Pages

Showing posts with label baju raya. Show all posts
Showing posts with label baju raya. Show all posts

26 January 2015

Baju Raya 2015

Ehehe..
Dah masuk Rabiulakhir, jadi boleh kot sembang pasal baju raya.
Giler awal. Haha.
Eh. Okay apa. Persediaan awal.
Lagi pun ai dah lama settle ganti puasa *libas tudung bawal ruffle*

Jap jap.. before tu.
Ai google color trend tahun ni.
Yang ni boleh kot jadikan idea if nak buat color combination.



Lepas tu ada kalau nak pakai warna terang2 pun takpe.
Sbb ada fashion fall/winter tahun 2015 gitu.
Antaranya



Kredit gambar [link : Dorly Design]

Ambik contoh kaler sudah lah kan. Jangan kau tiru pulak fashion gitu untuk buat baju raya.
Jadi, rasa rasanya fesyen apa tahun ni ya?
Rasanya dress mmg paling trend lah.
Ai mcm dah surrender nak buat dress tapi  masih belum rasa serik nak buat. Cuma, susah pula nak carik tailor yang buleh buat dress. Tu hari, nak tempah dah, tapi tailor yang biasa buat baju tu tak buleh nak buat dress. Ai biasa hantar baju kat Medan Mara - Nusy Clothier. Baju melayu myDH pun sememangnya tempah situ je. Baju kawen, baju tunang semua pun disitu. 

Jadi, ai ingat buat kurung moden lagi lah nampaknya.
kredit : Deep Shoppe
Atau buat leher style gini
kredit : seri anggun
Ni cam best pulak style leher dia tu.
Kredit : democart


Utk baju melayu, nak try suh tailor buat baju myDH gini.
Wah. Tetiba Dafi kan. Dafi okay lah perut flat. Kalau PJD - perut jalan dahulu, cemna?
Hahahaha.


Sebenarnya last year pun dah buat baju kurung moden.
Kain buat ala potongan A sket.

Saja bagi gmbr candid. Yang ni je jelas nampak style nya.
Eh. Ada Mai lah situ. Hye Mai. Hihi.

Tahun lepas tema weols purple gelap. Kami dua je le.. kalo raya kg myDH takde konsep baju sekayu nih. Konsep dia suka hati je.
Tahun ni beraya di kampung aiols. InsyaAllah.
Bila di kampung aiols, sejak tahun 2009 kami semua akan pakai kaler sama. Kaler je lah sama. Baju idak la sekayu.
Jadi, kami dah bincang kaler apa. 
Tema kaler apa ya...

Apa ya.. apa ya.. (gaya cam Fara Quin - juri MLM nak bagi markah tu)
Haha.

Okeh. Sebenarnya nak beli baju kosong ja. Bagi sama ngan baju melayu myDH. Tapi, tetiba ternampak adik ai sorang ni ada menjual tu hari. Jadi, ai lelaju w.app beliau - dan terus bank in dan last week - taraa.. dah dapat.
Nak tgk kain cemna leh g blog nadia nih.
Ada lah tema kaler ai pada salah satu baju tu. Hiwhiw.
Yey. Dah buleh tempah baju raya. Hiwhiwhiwhiw.. :P

**
Info :
1 Ramadhan : 18 Jun 2015 (Khamis)
1 Syawal : 17 Julai 2015 (Jumaat)

10 July 2014

Persediaan Hari Raya

Kejap je dah 12 Ramadhan.
Mmg cepat je masa berlalu.
Ahad ni dah separuh Ramadhan.
Apa pun, moga amal ibadat kita semasa bulan Ramadhan ni akan berterusan istiqamahnya sehingga bulan2 yang lain [dari segi amalan sunat yg dibuat masa bulan puasa ni lah - rajin baca Al Quran, solat sunat, etc].
InsyaAllah. 

Tu citer puasa.
Citer raya pulak.
Ha.. terpikir nak buat citer raya sbb tadi drop komen kt blog Su.
Dia kata dia macam rasa hambar nak raya ni.

Hurm.
Aku lak cemna?
Entah ek. Cam takde perasaan je nih.
Takde rasa excited, takde rasa gundah gulana ke apa.
Rasa biasa2. Huhu.


Persediaan pun.
Baju raya utk hari raya pertama mmg dari bulan 4 dah siap. Haha. Mmg la agak melampau. Tapi, malas nak tempah lambat2, nati takde orang nak terima lah apa lah.

Jadi, mmg baju raya kami bulan 4 dah siap.
Sungguh pun begitu, tak pernah try pun. Sejak amik dari tailor, baik aku, baik myDH, tak pernah try. Nasib la kalau ter ketat ke ter longgar ke.
Ada je elok terletak dalam almari. Nasib lah.
Tema kami tahun ni - purple black. Entah. Ye ke warna tu. Gitu lah kot lebih kurang.  Tak ingat dah. Haha. Sbb simpan pun dalam almari bilik tetamu. Jarang2 bukak lemari tu.

Pastu ada la baju kurung siap [nak buat baju ofis sebenarnya], beli masa HKK. Ha, lagi la. Dari bulan 3 dah simpan tak pakai. Biar situ.

Itu je lah.
Baju kasual, seluar ke, ingat nak beli jugak.
Pastu rasa, ah takyah lah. Sbb nak simpan utk travel bulan 10 nanti.
Hurm. Tu pun tak ready apa lagi tu. Apa pun tak booking. Visa pun tak buat lagi. Tapi tu semua orang kata sekejap je. Tp nak booking penginapan, nak ada visa plak. Risau jugak tu sbb macam tetiba je nak pergi situ (takde la tetiba, sbb tiket mmg beli awal tahun dulu). Mmg kena plan bebetul nih. Nak sewa kereta ke cemna ke.
Tu pun antara sebab macam takpe kot tak prepare utk raya sgt.
Bantuan khas yg dpt tu - kalau buleh nak simpan utk travel tu lah. Tapi, rasa cam tak dapek je nak simpan. Huhu.

Raya pertama mungkin dgn family mertua dulu. Tak tahu plan mereka ni cemana. Samada beraya di sini (lagi aku suka) atau balik Pahang. Aku rasa mmg balik Pahang lah tu. Then raya ke3 kot baru balik Perak. Tapi, kalau takde sapa kat rumah ngan mak aku masa raya pertama - maybe kite akan tukar plan tu lah. Kami flexible. Takde la rigid cam ah, takde takde.. ikut turn, turn tetap turn.  Alhamdullilah dapat keluarga mertua (dan suami) yang flexible :)

Cuti raya!
Hihi. Ai apply 5 hari! Muahaha.
Cuti byk lagi. Tapi tgk lah cemna. If boss bagi - sokay lah.
Saja amik before raya tu lama sket.
Nak buat kuih raya. Hahahahha. Rajin lah sangat.

So, begitu lah cerita utk hari raya.
Oh lupa. Kali ke-6 beraya as TTC'ian. As childless.
Ah. Malas ah nak pikir pasal tu. Mmg la orang akan tanya 'eh, kamu bile lagi? bile lagi? Anak mana?'. Lantak lah. Orang ada mulut, derang berhak tanya. If orang tu belah sedara aku n aku dah biasa, aku jawab je anak saya masih dengan Allah. Dia belum bagi lagi.
Kalau tak biasa tu - takpe lah. Senyum lah. Sambil terus makan lemang cicah rendang. Dan air sirap. Hahaha. Apa ada hal!


6 February 2014

Baju Raya 2014

Well.....
Biasa lah.... Haha.
Baru Rabiulakhir dah cerita pasal baju raya. Haha.

Tahun ni tak ragu ragu nak cakap pasal raya.
Sbb dah settle ganti puasa. 
Hiwhiwhiw.

Tapi, ini kira lambat la ni.
Sbb bila aku kata baru nak g beli kain, ada orang dah siap tempah.
Wow! Advance.
Puasa dah abis ganti kewww??
Hahaha. Matik la buat statement camtu. Satgi orang tu balas 'puasa ganti sudah, puasa enam sudah, skrg buat puasa sunat setiap hari Senin n Khamis'
Mahu terduduk tepi ceruk dibuatnya. Kahkahkah.

So,
Cemna baju raya tahun 2014 ni?
Kalau last year sana sini ber peplum (not include me, sbb ai awal2 kat ofis dah ber peplum)
Tapi rasanya fesyen kurung moden - plain - jadi pilihan.

Aku plan nak buat dress.
Yang ala-ala begini.
Maklum la, orang tinggi tak cukup kan, nak beli yang dah siap, mmg asyik kena alter saja.


idea fesyen raya 2014

Lepas tu terfikir, baju kurung moden pun nice jugak

idea baju raya 2014


baju raya, baju raya 2014, fesyen raya



Ayo.. takdak idea dah ni. Kain dah beli tu hari kat Jakel.
Kena hantar tempah dah ni. 

Kurung moden? Ke dress? Ke kurung moden?
Aiyark.
Tahun ni turn raya belah mertua. Vogue ber dress bagai kang, duduk berpeluh tiak di rumah plak saja kang. Jalan2 sekitar kampung saja kalau ada pun. Nak lagi bes kena pulak musim ujan kan.. syok sangat la kalau ber dress kan... hahahahaa. Entah. 

So, uols... apa fesyen tahun ini?

Dan kaler apa?
Tahun ni kaler cam tema futuristik. Tengok saja lah AJL pun tema futuristik. Kiterang nyer HKK pun tema itu jugak. Jadi, beli lah kaler yg futuristik yaw. Hihi.

23 August 2013

#OOTD : Friday, Syawal 16, 1434

Kah.
Lama tak letak gmbr poyo poyo kan.
Nah. Di pagi yg penuh kesejukan dan kehujanan di Kuala Lumpur ni.
Amik la sekeping gambau #ootd yg poyo.
Org kat Instagram da tgk la.
Ni jaja kat sini plak.
Motip dia - saja nak gitau, dah 16 Syawal baru dapat pakai baju ni. Patut ni pakai masa raya kedua, tp tak jalan mana. Tu pun dah terlupa ada baju ni. Mujo myDH peringatkan. Agak gedobos sbb cotton. 
Jadi, pakai la utk majlis jamuan raya dept hari ni.
Tudung den bertingkek tingkek.


Rakan kat insta kata kaler stoberi. Hihi.
Ye tak ye juga kan.

2 August 2013

Edisi Raya 2013

Haha.

Mood raya dah kew??
Aiols blum lagi sebenarnya.

Tapi sbb pagi tadi ada perhimpunan edisi Aidilfitri, jadi macam dah ada mood ari raya tu.

Perhimpunan Raya.

Kalo terer carik lah di mana puanstoberi dalam gambo
bulat bulat tu. Hahahaha.
Dept ramai nau anggota, begitu lah. Gmbo pun halus je.

Kuih Raya.

Kuih mahal. Jadi beli kepek2 sajork.
Bajet burst. Beli tudung byk nau kali nih.
Shawl lah, AJ lah, itu lah ini lah.

Padan muka kau. Haha.

Bukan Baju Raya.

Tapi beli masa Promosi Raya kt ofis nih.

Kira macam baju raya lah.
Tapi baju raya sebenar adalah finkkk... semua pun finkk..

Taktau lah ini nak pakai bila.

Haha.

Oke. Selamat Hari Raya uols.
Ucapan pre-raya utk pengunjung kebun stoberi yg start balik kg mlm ni.
Acik balik lmbt lagi. Acik cuti 2 ari je ari raya nih. Hihik.

8 May 2013

Edisi J Luxe By Jovian

Sapa follow instagram tau la tetiba aku meroyan kat J Luxe nih plak.
Ala, lama dah. seminggu ke 2 minggu lepas kot.


Dalam byk2 tu aku paling tertarik dgn ini purple ini. Masih menduduki carta kaler feveret ever aku lah purple walau ia telah di over shadow dgn barangan stoberi. Huhu.

Giler smart!
Mmg smart. Aku tak kata cantik. Sbb, ye lah bila pakai kat model ni, elok terletak je kan. Smart lah tu. Yer, kemudian ce tgk aku pakai plak. Haha. Baju buleh masuk kot. Kain labuh me-lepa. Huhu.

Dia jual kat Fashionvalet. Dia bukak pre-order seminggu kalo tak silap. Dlm minggu lepas.

Kerana ini juga aku terus register kat Fashionvalet. Oh. Cantik2 juga baju kat situ yer.
Sama lebih kurang Zalora jugak. Tp Zalora dah glamer kan.

Tapi last week kan kelam kabut sket aku nyer peng-online-nan. Dgn masalah TAC segala. Pastu sebuk nak ke Pesta Buku la apa la. Balik kg mengundi bagai.
Lagipun dari FB Jovian pun dia kata mmg ada poblem sket nak beli masa tu sbb ramai orang kut order. Susah nak log in dan nak beli.

Dan kesudahannya, tak beli lah. Haha.
Jimat duit mak hencik. 
Eh. Nak beli bebetul kah? Haha.
Giler. Pastu nak pakai g mana?
Raya?
Dah ada dah baju.
Pastu mana lah tau pregnant ke apa sok, dah kena simpan 9 bulan.
Eh. Berani cakap pasal pregnant ya. Haha. Hampunnn......


p/s : Anda tunjukkan lifestyle begini, nak beli itu beli ini. Tayang gambar kat FB makan kat tempat mahal2, tayang gambar makan eskrem mahal, mampu beli tudung mahal, mampu pakai phone/tab yang paling terkini, kereta besar menjalar, baju tak pernah tak branded. Bersesak2 bila ada sale kat memana. Tup2 mahu barang turun harga, mahu itu ini murah. Hahai. Tak konsistenlah, permintaan anda itu dgn gaya hidup anda itu. 
Bala ni. Memang bala. Hahahaaai...

Kbaiii..baiii..baii... 

6 April 2013

Edisi Mission On Weekend

Asal weekend je ada mission.
Ada ada je.
Kalo takde pun kena gak carik mission tu kan.
Heh!
Oke. Mggu ni byk mission nya.
Nak g tempah baju yg tertangguh mggu lepas tu.
Gi Perfect Living - carik sesuatu.
Pastu carik kasut kerja myDH. Oh yg ni susah. Kaki comei nau. Acena?

So, pepagi lps basuh baju segala, trus kuar.
Ke Perfect Living dulu.
Hurm. Tgk org da q panjang. Tp ai tak perlu. Ai da buat pre-reg secara online. So, trus je gi kaunter. Trus dapat beg beserta adiah bekas air. Wiii.... Hihi.

Tapi tak berapa bes lah kali ni.
Asik kitchen cabinet je. Hurm. Malas ah. Aku nak carik menda lain.
Jadi - mission is not accomplish!
Sedey. Lalu trus ke The Mall tu. Oh. Rupanya nak tutup da The Mall tu yer. Derang nak 'regeneration' (mmg dia tulis camtu kat situ. Bkn renovation). Tutup bermula bulan Mei hingga quarter 2014 katanya. Seme kedai pun takde dah. Tp McD masih ada. Tatau la derang pun tutup gak nati ke tak. 
Makan ini. 


Hihi. Lama dah nak makan. Asik tak berkesempatan ja.


Settle situ terus ke Maju Junction. Parking situ. Bukan ada mission situ. Tp terbeli tudung bawal AJ plak situ. Haih.... ni bkn dlm list mission, tp ter tengok lalu ter beli. Haha. Aku pun baru tahu last week kiosk AJ ada kat Maju Junction ni rupanya. Bagus. Takyah susah2 nak ke CM apatah lagi The Curve kan.

Gi Medan Mara. Antar baju dulu. Punya la ramai org nempah baju kat kedai aku nak tempah tu. Aku tempah situ sbb mmg baju2 rasmi ofis utk event pun mostly tempah situ. Jadi, aku da biasa pakai baju kedai tu. Cam baju team protokol  masa HKK. Mmg situ la buat pun. In fact, baju tunang aku pun tempah situ. Tp agaknya mmg kedai tu rega affordable n dia buat 'sedap'. Ramai sungguh orang. Siap kena q hokey nak ukur baju pun. Punya la ramai org. Mmg kedai tu je aku percaya pun. Aku pernah tempah kat kedai2 kat dalam yg nama dia Pasar Rakyat tu - tp mmg hasilnya agak 'kureng'. So, kalo tak antar situ, aku antar kat kg ja nati. Bkn kat kg la pun. Kat Kuala Kangsar. Ada satu kedai cina tu jahit mmg bes. Situ je aku antar dari arwah ayah aku ada dulu, smpai skang. Mmg sedap dan selesa aku pakai ngan dia. Pun, dia pandai nak 'bega' baju. Kalo batik tu kan ada design, dia tau la mana nak letak kat tangan, kat kaki baju. Mmg bes!

Masa tempah tu aku dgr akak tu kata dia tutup tempahan raya ujung April. Waaa... jadi korang2, cpt2 antar baju raya ya. Kut tak kang.. jenuh nak carik. Rasa org lain pun sama la tu.
So, mission tempah baju raya accomplish. Haha. Cam melampau kan. Ganti puasa pun tak abis, sudah antar baju raya. Takpe. Aku amik baju tu bln 6, jadi, kena settle ganti puasa b4 amik baju ya. Kalo tak.. mmg melampau!
Baju myDH pun antar skali. Senang. Thn lps dia pun terlewat jugak antar. Mujo ada org nak buatkan. Kalo tak..mau tak berbaju raya. Kali ni raya kat kg aku. Theme kami sekeluarga adalah... tggu dah siap kang. Haha.

Lps tu mission carik kasut. Pun accomplish. Jumpa kat Pertama. Haiyo... seksa sungguh mau carik kasut itu olang. Haha. Mujur jumpa.

So, 2 mission accomplish, satu tak. Hurm. Kena tukar plan nih. Takpe. Kita accomplishkan dgn mencari kedai2 sekitar rumah ni ja. Oh. Dalam pada tak accomplish tu, masa kat Perfect Living ada plak menda yg teringin. Tp takpe. Kena pikir dulu. Lps ni ada lagi Homedec kat KLCC. Derang ni org yg sama je pun. Smpai kiterang jalan2 situ pun kenal 2,3 orang salesman kat tpt yg kiterang penah beli menda kat derang. Cam Coway, 3D Board. Tu mujo tak jumpa org Fujihome, Sweet Dream. Eh. Byk plak aku beli barang rumah kat tpt camni eh. Hahah.

Oke lah. Tu je nak bebel ari minggu ni.
Selamat hari weekend.

17 January 2013

Edisi Baju Raya 2013


Korang dah tempah baju raya?

Arghh...! Dusyum...! Dusyum...! Aku tahu..aku tahu... puasa pun tak abis ganti, tetiba aku bukak citer pasal baju raya. Dusyum skali lagi!


Tp rasanya org dah start anta tempah baju raya dah ni.
Selalu, setiap tahun, semenjak keja kraf ni, baju raya aku is batik. Miahahaha. Giler kan. Napak nau org kraf nyer. Macam dah wajib plak. Yer lah. Sbb mmg kena pakai selalu kan. So, better beli pastu wat baju raya. Eh. Bukan tak raya pun ada beli juga. Muahahah (T___T)

Oke. Please. Tahun ni no more batik (ye lah tu). Oke, for the 1st day raya lah maksudnya. Raya ke2, ketiga buleh la nak ada batik (nak jugakkk... )

Tahun ni kami sefamily plan kaler purple. Tetiba ada yg nak pink pulak. Jadi, takpe lah. Pink, purple. Wah.. so sweet la kaler nya ya. Takde kaler blocking ya. Ni kaler2 comel je nih. Miahaha. Aku pun tatau. Nak pink ke purple. MyDH takde lagi baju pink. Pink yg bebetul soft pink tu. Hihi.


Dan baju fesyen apa ya. Tahun ni sure ramai peplum. Sana peplum. Sini peplum. Cam ada satu waktu tu fesyen baju vietnam tu. Yg baju labuh pastu pakai ngan suar. Sana vietnam, sini vietnam (huwaa... tetiba cam sedih tulis vietnam ni..tingat tiket burnt.. huwaaaa...) Aku pun ada tempah satu. Dah kasik ke orang pun. Sbb tetiba cam ketat giler. Tp bukan baju raya pun. 


Jadi, google baju kurung 2013. Kuar la baju2 comel.. seme pun ala ala peplum jugak.

Ini kaler dia sweet. Baju pun comel.
Piece.com.
Baju dari button my button ni pun comel2 juga.
buttons.
Begini pun cantik jugak
Butik Balqis
Nak carik kaler gini lah. Purple n pink. Hihi.
Zultimur
Tapi kalo nak buat ber riben2 tu kena pandai carik tailor. Kang dari beriben entah jadi bungkus apa. Aku pun tatau la tailor yg biasa aku antar tau ke dak buat baju moden2 sgt ni. Satgi entah jadi apa. Baru lah tahu. Tahun lps dah kena dah.. entah jadi apa sleeves puff aku. Sedih.... 

Beli dah siap lagi mudah. Tp tu lah nyer. Susah nak carik saiz oii... 

1 October 2011

Perosokkan Kaftan Itu

Ingat kaftan ini?

Entah mana entry nya dulu. Malas nak korek.

Dgn ini aku isytiharkan baju itu perlu di perosok kan dulu dlm lemari.
Baju itu membuatkan aku gemokkkkk.
Insyaallah, akan pakai semula bila sampai masa yg sesuai.

Tacayer?
Sila tgk masa 1st time aku pakai - Jamuan Hari Raya opis tempoh hari.

Sengaja letak yg napak sisi je. Kalo berdepan lagi ngeri rasa. Heh!
Walo baju itu sememangnya sepadan. Tak labuh. Tp membuatkan aku napak chubby. Terus rasa cam trauma bila tgk baju tu tergantung.


Blogger bertemu blogger.
Ini adalah blogger JIVEBUMZ.
Suaminya sama opis dgn haku.
Geram tgk anaknya yg punyai kaki macam drumstick kepci. (eh. Sesuka ko menyamakan kaki anak org dgn drumstick kepci. Ampunkan ahkak Ila... hihi)

Bertambah chubby bila mengenakan tudung ini.
Pertama kali juga mengenakan tudung dari jenama ini.
My dear dok komplen kata tak napak mata dah - masa dia dok drive la. Dari sblh mmg tak napak mata.
Yer. Sudah biasa dgn jenama yg satu itu.
Yg ini awningnya membulatkan muka.
Tp cam bes plak.
Yg ni tak bleh istihar apa-apa lagi. Mungkin akan diulang beli pesen lain atau tak beli langsung dah.

Ewah! menyalahkan tudung lah. Menyalahkan baju lah. Padahal mmg dah gemok pun.

Pada kawan2 lama yg membaca blog ini, sila lah lihat perubahan rakan korang ni yg dulu kurus melayang, skang mmg cam tong dram kan? Sadis.
Slmt tinggal berat dibawah 40kg.

29 July 2011

~Pasal Tema Hari Raya~

No no no.
Mukann... yg tu bukan baju raya saya.
Teehee..
Ramai yg igt tu baju raya saya dan tema saya tahun ini adalah coklat.
Sebenarnya sblm ni aku maleh nak citer pasal tema raya sbb aku lum habis ganti puasa.
Walhal sedari awal tahun da ada tema, da plan 1 family and bln 6 retu da siap pun baju raya.
Bahahahah (T__T)

So, last week da sambut raya ngan adik2 unit aku, baru leh citer.
Bahahhaaha.

Tema aku ada lah 


Jeng..jeng..jeng..


jeng..jeng..jeng..


jeng..jeng..jeng..


jeng..jeng.. jeng.

lalalalalaa..


lalalalala


lalalala..



ko ape hal pnstoberi??


nak mintak penyepak ke haper??

Muahahaha.....


oke lah..tema raya aku tahun 2011 ini adalah...



Taraaaaaa

Ha.. gitu la.. Maroon ya...maroon. Tp bukan itu la baju aku. Tu aku amik kat blog ni ha- sini

Tp aku pun thn ni mmg buat kebaya.
Baju satin kaler maroon (tp bila da siap aku tgk, eh..ini mcm merah hati je nih. Merah hati n maroon lain kan?? ke sama??)
Dan berkain songket dari warna senada.
Haha. Kebaya uolsss...muat lagi ke aku yg da macam tong gas nihh?? gerun pun ada. Takut pepagi raya pakai2, tgk tak leh nak butang uols.. ha, cenggana??? Hahaha.

Tudung pun da ready.
Masa Ariani buat sale gegila retu aku da beli yg platinum punya.
Simpannnn....raya nati baru resmi. Gigih tu aku simpan agar tak napak di pandangan mata ni.

Dan aku juga telah memaksa seluruh kaum keluarga lain memakai maroon jugak.
Kami adik beradik seme beraya di kampung aku tahun ni. So, aku mau seme napak sedondon.
Tp kau tau lah anak2 bujangan aku tu, bkn sker nak sedondon dondong neh.
Lps tu aku sound kat grup family kiterang kat FB
"takpe la kalo korang tak nak sedondon raya tahun ni, ucu nak wat apa kan..?"
Sekali ada yg jawab
"sapa kata taknak, org nak la"
Hahaha. Ate nyer, omak ea yg kata anak nya taknak sedondon.
Bahahahah

Aku rasa kaler merah/maroon ni sgt menyerlah ke dondonannya kalo pakai seme skali.
Sbb tu aku pilih kaler tu.

Eh. Igt lagi contest aku last year.
Kalo korang lum pilih lagi tema.
Leh semak sini - gambar sedondon
Ada himpunan 100 tema yg boleh dicari. Hihihi.
Ai pun dpt ilham kat contest itu jugak. Itu la gunanya ai buat contest. Bukan 'kosong' je. Hehe.

Itu saja. Tema mak maroon tahun ni.
Tema uolssss???

Hik hiksss :>

*Tp berani mati je ni nak bertema tema bagai sbb baju laki aku pun lum beli lagi. Igt nak beli hok redi made je. Skali sok da takde saiz. Fadan Huke la kan. Mendapat la sorang maroon, sorang ijau pucuk pisang. Bahahahaha.

28 July 2011

~Pasal Idaman Hati~

Yey!
Sukanya la hati ini.
Tp ni kira di antara kegembiraan aku lah.
Yg paling top kegembiraan adalah gi jalan2. Itu mmg tak dinafikan.

Ha kegembiraannya adalah - bila masa aku jumpa sesuatu yg muat, fit, sesuai dan sesaiz dgn aku.

Susah woh kalo ber saiz agak luar biasa ni.
Dulu lagi la. Kemain susah nak carik baju ready made ber saiz muat-muat dgn badan aku.
Ni da gomok sket ni, ok la.
Tp kadang bahagian kaki dia tu kena potong gak.
Tkpun kalo kain baju kurung, ko kena la lipat lipatkan bahagian pinggang tu. Dah tebal semacam.

Tu bila sekali jumpa yg sesuai rasa gembiranya la hai rasa hati. Hihi.
Lama dah aku carik baju camni.
Tp mana la nak ada saiz aku ni.
Tp akhirnya jumpa jugak idaman hati. Wiee..
Syok.


Ini lah dia baju yg ku idam-idamkan.
Dah lama dah. 
Skang baru bertemu.
Bes lagi sbb tangan dia da siap ber lengan. No need la inner, lagi pun baju ni dia buat lining. Kain pun jenis sejuk.
Kat In-Trend (edisi Raya) pun kata baju ni still 'in' dan masih boleh dipakai di hari raya nati. Hihi. Bes. bes.
Tak perlu alter segala. Terus terletak di badan saja. Tak sabar nak menggayakan di pagi raya ketika solat hari raya.
Usah ditanya harganya berapa, sama lebih kurang mcm kat luar sana.
Dan lebih menggembirakan tidak terkata, bila sang suami yg belanja pula.
Hihi. Tenkiu my dear!

Ops. Baju ni aku beli kat Promosi opis aku ni ha. Hari Isnin retu.
Promosi Kraf Aidilfitri.
Sapa ada kelapangan leh la jengah2.
Tp takde la byk sgt jualannya. Tp ada la, kot nak carik aksesori cantik2 tu. Kuih2 raya pun ada, leh tempah nati. Baju2 ready made pun ada. Tp byk baju pompuan lah.
Nak cuci2 mata leh la. Smpai 29hb ni.

20 August 2010

~Pasal Raya - Baju raya~

Baru kejap td pegi Ampang Park.
Ngeh ngeh.
Memula ingat saja nak tengok2 saja.
Ngeh ngeh.
Tapi dah ter berkenan satu baju.
Ngeh ngeh.
Baju kurung moden polos warna firus.
Ngeh ngeh.
Ada jahitan manik yg kemas di bahagian leher.
Ngeh ngeh.
Memula jalan2 ke kedai lain dulu kut ada yg lebih cantik.
Ngeh ngeh.
Tp bila dah jatuh cinta pandangan pertama.
Semua dilihat tak kenan belaka.
Ngeh ngeh.
Lalu terbeli lah baju tu jua.
Untuk di pakai di hari raya kedua.
Ngeh ngeh.
Nati boleh ke Jalan TAR pula.
Untuk mencari gandingan tudungnya.

Haha. Puas ati ku. Sbb retu baju raya baru ada sepasang. Konon yang lain nak beli kat Bandung. Tp kan tak sempat. So, terpaksa beli kat sini pula.

Baru leh duk senyap-senyap sbb da complete. Sudah ada baju raya pertama, raya kedua dan raya ketiga pun da ada t-shirt n jeans sedondong kedondong dgn my dear. Ngeh ngeh

Umm..beraya di kampung mertua - harus la ber penampilan menarik sepanjang masa. Tak gitu Kak Long Ina??... Ngeh ngeh ngeh.

28 May 2010

~PnStoberi sudah..korang dah??~

Huhu.
Ini pun kira da terlewat.
Kalo tak rasanya bulan 3 hari tu pun sudah.
Huhu.

Sudah apa nya la..
Sudah tempah baju raya!!!.
Kui kui kui.

Iyer..saya tahu bln puasa pun lambat lagi.
Ganti puasa pun saya tak abis lagi.
Tp sebukkk nak buat baju raya dah.
Hehe.

Yelah..org tak pandai jahit kan. Terpaksa la berebut2 utk menempah.
Kang lambat tailor da tak amik.

Baju me beli masa HKK retu. Crepe batik. Mmg every year sejak keja kraf ni kalo raya sure pakaian dari produk kraf la. Hehe. Tk batik, songket [buat kain je]. Huhu. Kan da slalu nyanyi 'pakai dan hiasi lah, diri dan kehidupan dgn kraf buatan Malaysia'...

Thn ni tema kami suami isteri putih gading. .Yelah dulu masa nikah tak pakai baju putih kan. So, sudah teringin skang. Baju my dear lum tempah. Dia cam biasak la. Tempah di Nusy sajork. Me plak udah menerai beberapa kedai kat MARA tu, yg Pasar Rakyat tu tp masih belum ketemukan yg 'sedap' dipakai.

So, nyer balik kg, antar kat tailor yg biasa sejak dari zaman blaja kat uitm dulu. Selain 'sedap', jahitannya juga kemas. Bila pakai baju yg ditempah dari tailor mesti kawan2 kata cantik jahitan dia. Siap ada yg nak mintak tolong tempahkan.

Cumanya..rega tak buleh blah. Da lebey kuang sama rega kat KL. Sbb tu dulu aku beralih arah kat MARA. Tup2 hasilnya tidak kena plak dgn citarasa ku. So, nyer kembali ke sana la.

Agaknya nyonya itu tau aku dari KL dan slalu antar kain2 yg 'susah nak jahit', dia slalu tekan rega. Geram gak..tp sbb da 'sedap' katanya. Hantar jugak la. Td tempah baju kurung moden, tgn sleeve-puff, kain duyung rega dia RM88. Kalo kat MARA, kat p.rakyat tu akak tu retu kata RM65. Kalo kat kedai2 luar tu plak range dari RM90. Bukan kah lebey kuang rega kat KL. Tp oleh kerana ini baju raya dan kain crepe batik, makanya tak berani la aku nak taruk risiko disitu.

Siap dlm bln dpn. Umpphh..bahaya jugak ni selain keinginan aku meluap2 nak pakai kang, aku risau jugak bln 9 sok dia tak muat. Risiko wes..sapa suh aku buat baju ikut shape n kain duyung. Nati tak muat nak masuk kat bontot baru tau. Huhu. So, bln puasa nati harap ada penurunan berat badan yer.

Beraya di kampung mertua harus lah bergaya lebih. Haha [motipppp???!!]

Jadi sudah ada sepasang. Sepasang lagi nak tgk kat Bandung nati. Eh...!! Haha.
Tp takde hal da skang ni sbb badan aku da saiz normal da. Beli yg da siap pun buleh dah. Dulu ye lah. Saiz S pun tak buleh pakai. Skang terus lompat saiz M gamaknya. Huhu. Mampat cam tong gas!!

Contoh baju tu nati. Nom nom nom. Gambar taken di sini - baju

PnStoberi : bila nak smbg ganti puasa ni??

12 September 2009

~..akhirnya mission accomplished 2~

Ada byk citer dlm citer ini. Mungkin panjang citer nyer,mungkin juga pendek. Tgk pada mood si penulis. Huhu.

Alah..citer pasal persiapan raya. Sama la mcm org lain kan. Hari ni mmg all out lah. Duduk di sekitar Jalan TAR lebey kuang 5 jam. Danggg!!! aku pun tatau cemna aku leh tahan selama itu. Elok dari tak ujan,pastu ujan smpai ujan benti pun aku still di situ. Hoho.

Ekceli ini adalah percubaan keempat aku utk bersiaran di sekitar jalan TAR tu.
Kali pertama-malam..tak lepas bila tgk paking keta takde. Lagipun masa tu mood nak membeli blum dtg sepenuhnya.
Kali ke2 - mood aku dah mari..cumanya..nak paking jadi masalah. Pakat giler nak pi area situ malam minggu eh..bukan malam Isnin. Tgk mcm takde paking je. Balik umah trus.
Percubaan ke3- try ari Selasa ke Rabu malam tah- tak la sesak sgt. My dear da dpt paking dpn2 kedai yg seberang SOGO tu. Sekali aku turun keta tgk keta kat dpn sudah ada kertas putih- kertas saman hooo...takmo lah aku. Tak memasal ajek kan. Lps tu my dear bwk pi Down Town Danau Kota - pun penuh sesak. Tak yah balik sajerk...

So..pada 12/09/2009 [hari ni la] aku tlh set kan minda aku utk turut serta memenuhkan kawasan jalan TAR. [okeh..aku mmg kena set minda kalo nak pi tpt2 sesak camtu..kalo tak nati aku merungut2 sakit kaki la pening kepala la rimas la..tp kalo aku da set minda aku utk bersesak2 tu..tak jadi masalah, Aku ok je walo 4,5 jam stuck dlm org ramai. Haha. Mengada je kan] My dear kata "tah pehapa tah awak ni..itu pun nak set2 minda" Kena la cik abg oii..kang sy bising2 lagi awak sakitttt telinga. Haha.

Kami kuar dari kul 9 lagi sbb nak pi Celcom Jalan Ampang. Incik Sani buat hal. Eh..bukan! Incik Sani tak salah, yg salah SIM kad Celcom. Lepas aku balik dari makan2 kat SS hari tu dia trus tulis 'no network coverage', kadang2 ada 'no access to network'. Smpai la ke pagi. [agaknya tipon tu pun pening bila aku amik gmbr banyak2. Kenyang gak gamaknya dia] Aku dah on off Incik Sani pun tak buleh. Lalu aku call la Celcom Centre menggunakan tipon adik clerk aku tu. Katanya try masuk sim ke hp lain, kalo tak buleh gak maknanya SIM itu rosak. Haiya..suda tuka pun tak buleh gak makanya mmg SIM rosak la tu.
Pegi la pepagi kat Celcom Centre dan hanya beberapa minit aje urusan tersebut siap. Dpt SIM baru. Tp..ada 2 ketidakpuasan hati disini. 1-Kena bayar okeh utk SIM kad baru tu. RM5 yg dia akan masuk dlm bil bulan dpn. No. Aku bkn bising pasal 5inggit tu. Cumanya pasal SIM kad tu rosak bkn aku nyer fault. Reti?? aku tak penah kuarkan pun mendalah tu. Elok la dia duk dlm incik Sani tu sejak aku beli bulan 1 thn 2008 dulu. Aku rasa mmg SIM kad ni jangka hayat dia dlm 2-3 thn je kut. Danggg..!!
No. 2 tak puas ati sbb paking setgh jam pun kena 3inggit. Hemm..malas nak komen sbb servis dia adalah cepat. Akur je lah.

Kami trus bergegas ke Maju Junction - paking shj. Lepas tu kami pi SOGO. Beli dan belah di situ sekejap. Carikkan baju my dear, carik baju keja aku. Aku nak carik baju putih. Mcm bes ajek pakai kemeja/blouse putih. So, dpt kat VOIR. Rega pun okeh [baju putih kebanyakan reganya adalah mahal dari baju kaler2. Apahal ah? ]

Lepas abis di SOGO kami bergegas ke MARA lak. Amik baju. Siap sudah..Yey!! sudah ada baju raya. Baju my dear tempah kat Nusy n aku lak dlm Pasar Rakyat tu. Tp..sedey sbb salah satu baju tu tang ketiak dia mcm ketat. AKu tatau la kut dia ukur kecik ato pun aku tergemuk ttiba. Tp..baju satu lagi tu elok je. Mujur aku anta kat 2 tailor berlainan. Emm..napaknya aku kena antar balik kat tailor aku biasa buat kat KK tu. Sedap dan puas ati. Aku tanak anta retu sbb aku rasa mahal sgt dia amik. Da dkt rate KL dia amik upahnya .

Lps amik baju barulah pi Jln TAR. Tujuan aku berpusing2 ke MARA dulu adalah sbb nak carik tudung utk match ngan baju aku baru amik tuh. Phuh! Mmg la ramai umat kat jalan TAR tu. Nak tgk tudung pun takde selera. Tudung adalah banyak dan berlonggok dan bila berlonggok gitu tetiba aku rasa mcm ''eishh..takyah la beli tudung baru".

Dh rasa mls beli tudung aku pi beli brooch kat CK Rahim tu. Situ kan banyakkkk sangattt brooch. Mmg bikin rambang mata lah. Saja nak beli utk kak ipar aku. Dan beli gak utk mak n diriku sendiri.

And then my dear nak beli minyak rambut dia kat Mydin. Beli yg sekali 3 tu..dpt la murah sket kan. Aku tk larat dh nak berlaga montot dlm Mydin tu. Aku tunggu luar je. My dear kuar je aku da dpt energy utk ke Ariani which aku tak plan pun mao ke situ.

Eh..da bukak 2 kedai Ariani lah. Tatau pun. Masuk situ bila da kena layan ngan SA dia mmg mcm kita da terpaksa beli la kan. Hoho. Bagus kan strategy derang. Beli la 2 pasang tudung di situ. Cehh.. berapa kali da aku masuk situ tp tak penah terbeli tup2 kali ni aku terbeli smpai 2. Danggg!!! Seb bek tk smpai kena swipe. Hoh! My dear tunggu di luar ajek. Mmg elok pun..kang pengsan lak dia dlm tu menunggu aku carik tudung.

Dah! Abis dah. Settled! Tp on d way balik tu ada satu lagi menda aku beli di Pertama. Haha. Ini lama dah mao beli, tp da nak raya ni kan..mao mengambil momen2 kali pertama beraya bersama suami kena la beli gak [ceh!! poyosss]. Tkde la smpai DSLR eh... DLSR ke tu.. Biasa2 aje. Nak jd blogger tegar katanya. Kamera enpon tu asik golappp ajek kalo tgkp gmbr tak cukup chya. Lgpun family aku nak wat bbq mlm raya ke2..tu yg kena ada tu. Ahaks.. Namanya adalah cik biru.
.

Dan dlm kul 3.30pm kami pun masuk dlm keta utk bertolak pulang ke rumah... Gitu lah. Mmg aku rasa ini kali pertama aku all out soping dari pagi hingga petang. Dan ini hasilnya...

Tak la byk sgt. Tkde smpai pun dpt paper bag mcm org lain kat Sogo tu.
Tahap plastik aje. Haha. Beli apa yg patut aje.
Plastik ijo tu adalah plastik baju tempah kat MARA tu.
Ijo plastik sama mcm ijo tema aku thn ni. Huhu.
Beg knapsack tu adalah beg yg kami bawa. Mudah sket, beli dan sumbat je dlm tu.


Owh..ini ada lagi cerita yg berkenaan dgn citer tu. Pjg sgt kalo citer kat atas tu.

~Citer pasal SOGO~
  • Org adalah ramai. Kat ruang legar bwh tu ada jualan baju2 utk jenama Diesel, BUM dan entah apa lagi tah. Ramai nyer org kat bawah tu. Aku tak target pun beli2 kat situ sbb tau dah kompem ramai. Tp selalunya kalo karoke kat sana [ms bukan bln puasa lah] sblm nak karoke/slps karoke aku pi gak join2 kalo ada jualan kat bwh tu. Sng sket. Tp..nak raya ni jgn buat hal lah..buat berlanggar montot ngan org ajek.

suasana kat ruang legar tu. Errk..nak pengsan nengoknya!
  • Aku smpai agak awal. Dan memulanya org tak ramai. Tp lps tu makin ramai..makin ramai..makin ramai dan..sesak dlm tu. Nak jalan pun tak buleh. Mcm sesak kat Jln TAR tu gak.
  • Satu aku puas ati pasal SOGO ini adalah dia bukak kaunter cashier yg byk. Tak mcm JJ yg mmg ada je kaunter dia ttp. Aku pi ari Jumaat waktu lunch hari tu which mmg org ramai lah. Kan pompuan2 suma kuar nak bersoping..leh dia bukak 1,2 kaunter ajek. Byk kaunter yg TUTUP. Boleh?? aku tgk org beratur pjg camtu trus takde napsu aku nak membeli. Tk kuasa la takat sepasang kasut aku nak beratur smpai setgh jam. Kuasa.. tp di SOGO paling lama pun tak smpai 10minit. Ok la camtu. Mmg aku suka beli barang kat JUSCO tp aku slalu perati kaunter bayaran dia slalu sgt tutup. Kena la usung barang2 kita jauh ke kaunter lain yg bukak.
~citer pasal PARKING~
  • Kami parking di Maju Junction. Ya..kami mmg suka paking disitu. Sbb ianya convenient. Paking adalah murah (tk ingat la berapa inggit-RM3 sekali masuk ke apa ke tah..tp murah la dari sekitar2 tu) dan buleh menggunakan T n G. Yess..ai loike. Kan mudah tu. Slalu kalo pi karoke kat SOGO tu pun aku n Dee mmg paking sini, sbb kan paking sogo mahal sket [tapi kalo karoke dpt cop,tak la mahal sgt]
  • Mlm yg aku kata pi Jalan TAR sesak tu pun ada citer pasal paking-Lps tgk keta yg kena saman tu, aku suh my dear carik paking bebtul. Try paking kat depan Campbell tu (ni dulu aku slalu paking gak sbb dia per hour kalo siang) Aku bajet dlm RM5-7 la kut utk sekali masuk malam2 nih. Tp rupanya RM10 ko..SEPULUH HINGGIT SEKALI MASUK OKEH!. Paking sebelah dia RM7. Waa...tak kuasa aku..aku nak pi tu pun tak tentu nak membeli belah lagi dan entah2 dlm setgh jam je nak pi. So, aku suh my dear pusing balik. Ada aku kesah kat org yg jaga dpn tu???. Mmg aku kedekut duit utk paking mencekik darah camtu. Aku mmg tak kesah utk bayar paking kat KLCC, Times Square dll shopping complex which aku tau tpt tu berbumbung,bersimen suma..tp kalo takat tpt camtu sekali masuk 10inggit aku mmg anggap cekik darah dan amik kesempatan. Kaya la ko raya nih.

Dahhh...penat la tulis panjang2. Nak join my dear tgk tv tu..mcm syiok ajek. Suka la Fauziah Ghous ni belakon..

13 June 2009

~buaT aPa Tah~

Lagi setgh jam menganjak ke jam 1 pagi..
apa tah yg ku godek kan dlm tenet ni tah..
Baca2 porem jer..bebaca blog kawan2 lain.
Kul brapa nak tido??? tak pe sok cuti..
Tp..sok nak pi jakel lah..mau menyelit2 dlm celahan org ramai..
Baju raya ku dah beli.
Kali ni mao beli baju utk mak n mak mertua skali.
Mao pegi lwt sket..supaya leh jalan2 kat pasar malam.
Tingin mao makan jagung rebus...makan laksa ngan cendol kat situ pun bes gak kan??
Emm..karoke pun lama dh tak pegi.
Salah sorang ahli kelab dh nak due..gamaknya lps dia due la pulak kut.
Nak karoke ngan my dear..usah dok harap la..
Dia kalo taknak..mmg taknak la.
Mcm tgk wayang citer nite @ d museum tu.
Gigih aku pi tgk ngan dee jer.
Seb bek la Dee keja area2 klcc tu..kut tak..kena la nunggu dvd..carik kat pasau mlm area umah in law aku tu..ada gamaknya.
Tp lepas aku tgk citer tu pun aku masih nak carik dvd..bes la citer dia..sgt menghiburkan
(entah la bila tawon la aku nak wat preview filem ni..mmg nan ado la tu..tp..citer ini sgt bes yer.. aku mmg sker amat..kalo ada nite @ d museum 3 pun aku nak tgk)

Udah la..aku nak smbg baca porem.
Kjp lagi tido la..cian my dear tido sowang..
Gudnite kengkawan..esuk citer pasal baju raya lak yer...

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign