Pages

16 April 2013

Edisi Pelbagai Jenis Ayam Di Hujung Minggu

Haha.
Tajuk apakebenda ntah.

*sat nak ngadu. Penat kan keja dgn orang yg asik pikir negatip. Sbb tu la gak aku revert entry hari minggu tu hari. Sbb manusia. Manusia yang susah nak pikir positif*

Oke. Tgk2 gmbr kat instagram.
Tetiba cam nak tergelak. Oh. Rupanya hari minggu tu hari aku makan pelbagai jenis ayam.

Dimulakan dengan ayam dinasor nih. Atau ayam rangka. 
Uols panggil ayam apa?

Kalo tgk ni tahu la beli mana. Pasau malam la mana lagi. Hari Jumaat kan hari pasar malam katanya.
Tapi kali ni tak beli dah putu piring. Kang jemu. Asik putuuuuu je kan.

Lps tu Sabtu. G Tesco jap. Igt nak carik rak tingkat2 tu. Nak ngomeh kan bilik tido tetamu tu. Udah ghoper bilik stor. Anak buah aku hok dajah 2 tu tak mau duk bilik tu. Katanya stor. Heloo... tpt tu dah jadi bilik solat oke. Aku mmg susun leklok barang. Cuma mungkin sbb kotak dan bekas bertindih2 dia imagine stor. Takde la aku nak rugikan bilik jadi stor plak. Stor tupperware takpe. Eh...!

Then lunch singgap KFC je. Try yg baru ni. Korean Spicy ke apa namanya.

Dia ada set dia, tp yg ni kami amik snack plate. Jadi, dia tukar ayam tu je lah.
Rasa? Boleh la. Takde la tak sedap. Takde la sedap bebeno (Faizullah..ini jawapan dia. Usah nak nanya2 lagi. Tarik tinger kang)

Kan KFC ni kalo masa promosi perisa2 lain ni, harus takde spicy kan. Jadi, order spicy dapat lah ini. Dia pun sebenarnya yg spicy tu lah. Cuma dia tambah sos manis pedas, taruk bijan. 
Tapi yg ni antara yg boleh terima dek tekak la dari perisa tomyam la oat la apa dulu tu kan.



Lps tu Ahad.
Lunch kat Ayam Penyet. Tempatnya Ampang Park.
Yer, bagaikan takde tpt lain. Ampang Park halanya. Udah la hari kerja pun salu ke situ. Eh. Dulu lah. Skrg dah jarang dah.

Sebenarnya dari Damansara. Meriki tpt. Pastu takde hala tuju. Singgah Jusco Maluri. Takde apa nak beli, nak makan pun org ramai giler. Tu yg singgah ke Ampang Park. 
Pastu lepas makan, perut jadi sebu sbb byk sgt makan sambal dia tu (T____T)

Jadi, tu lah. Asik nak mentekedarah ayam je keja nya kan.

Apa nak jadi?
Jadi ciken litel?? Hohohoi!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign