Pages

15 April 2013

Edisi Review Novel : Ros Biru Untuk Dia & Cintaku Luruh Di Oxford


Apa yg berlaku weekend ini?
Aku duk ngadap novel. Miahihihih.
Cintaku Luruh Di Oxford tu dlm 2,3 mggu gak aku baca. Gemok sgt buku dia. Cam takes time juga. Yang Ros Biru Untuk Dia - kurang 24jam aku baca. Settle.Haha. Gilers woh (ye lah... aku tahu lah.. aku takde anak kan.. jadi, buleh la ngadap buku tu je kejanya kan... cliche')

Nak review.
Cintaku Luruh Di Oxford.
Sebagai peminat tegar Kak Su, mana mungkin aku tak buat koleksi buku ini. Wajib... mmg dah jatuh tahap wajib beli buku Kak Su ni. Kali ni dia tulis bersama suami dia (Imaen).
Tebal buku ni. 700++ page. Haha. Tp aku boleh baca dengan penuh kesabaran dan abiskan tanpa membuka halaman belakang2 utk tahu kesudahan cerita. (Haha. Kantoi. Perangai aku mmg gitu. Kalo rasa cam eh..tak sabar aku nak tau, aku pi selak2 page belakang. Mmg cam anti-klimaks namanya). Biasa aku buat camtu, kalo buku tu membosankan. Kalo tak...mmg aku bersabar.
Tapi, buku ni sebenarnya mana buleh nak tgk blkg2. Nati kau akan ketinggalan jalan cerita. Kak Su n Imaen pandai mengolah cerita. Buatkan kita rasa berdebar2 je. Bila lah Falah nak bertemu Zuha ni. Dah 5 tahun  ni tak jumpa. Pastu tup2 duk satu tpt, pun tak terjumpa. Alahai.. (cuma... ada sedikit komen. Zuha cikgu praktikal, dan Falah pengurus estet, tapi takkan Zuha tak pernah tahu nama pengurus estet tu kan. Mesti ada tulis kat memana. Atau org ckp2 ke. Tapi mungkin Zuha tak amik tahu kut kan). Takpe lah. Tak kesah lah tu. Takde effect. Kalo org buat drama/filem tu lagi la tah perhapa kan.
Yang lelain mmg diperhalusi dengan sebaiknya. Bukit Dussek. Dari cerita tu, letaknya di Perak. Dan. Oh, aku anak jati negeri Perak pun tak tahu menahu wujudnya Bukit Dussek. Gaya macam bes je Bukit Dussek tu walopun hanya sebuah estet. Huhu.
Dan bila hati telah gembira pabila Zuha bertemu Falah, tetiba potong stim bila Zuha kawen dgn Wassim. Huwaaa... pasaipa plak kawen dgn Wasim ni. Penat aku tggu, dan sabar baca, smpai lebih dari setengah buku, tup2 hang kawen ngan Wassim, Zuha. Aduh. Mmg rasa tak nak abiskan (oh, ni pun express juga. Dalam masa 2 minggu terus kawen). Siapa Wassim? Kawan bapak Zuha. Bujang terlajak. Ha..kau tau lah jarak umur dia kan. Menyampah lah Zuha ni, tak usul periksa terus jump into conclusion. Kesian Falah tau.
Tu lah. Selalu kalo novel/drama sure lah heroin kawen dengan hero. Ni apahal kawen dgn org lain nih. Tua pulak tu. Aaa...geram. geram.

Tapi... itu bukan ending cerita ya. Ada suku lagi page yang belum habis setelah cerita Wassim kawen dengan Zuha. 
Nak tahu ending dia, marilah kita baca buku tebal dan gemok ini. 

Bagi aku bes lah. Takyah bagi berapa bintang lah sbb nati macam bias. Sure aku bagi 5 bintang punya kan. Boleh gak tgk sini utk orang lain punya komen dan review - goodread

Ros Biru Untuk Dia.
Aku start baca pagi Sabtu dan tgh mlm dah settle. Haha.
Bukan lah sehari suntuk aku ngadap buku ni sbb aku ada gak keluar g Tesco lah apa lah pagi tu. Entah cemana lah aku buleh speed reading. Haha.
Tapi... kalo aku tak sesabar nak abiskan makna buku ini bes lah juga.
Kisah arkitek - Lyanna, yg dah bertunang ngan Adam. Mmg dia cinta mati kat Adam nih. Tup2 ter berkahwin dgn Fakhrul. Bost tpt keja dia. dan Fakhrul ni plak panas baran. Dan dia tak buleh terima dia kena kawen dengan Lyanna. Mlm pertama dah kena lempang. Tk cukup ngan lempang, dia pecat gak Lyanna.
Adam plak accident. Koma. Pastu lumpuh.
Tapi novel kan. Bila dah kena lempang segala pun still Lyana sebagai isteri jadi baik juga. Last2 Fakhrul pun jadi baik. Gi honeymoon kat Australia. Tp belum lagi abis. Bila Lyanna pregnant, tup2 Fakhrul tak ngaku pulak itu anak dia. Abis la kena sepak terajang si Lyanna ni. Mengidam nak makan kek lapis Sarawak pun Fakhrul taknak belikan masa dia outstation ke Sarawak. Dan kemuncaknya anak dlm kandungan Lyanna mati dek kerana tendangan Fakhrul. Dan cam biasa, setelah mengetahui siapa yg buat onar, Fakhrul minta maaf balik.
Apakah kesudahnnya? Apakah Lyanna menerima Fakhrul semula? Adam cemna? Banyak konfliknya. Sbb tu aku laju2 baca smpai abis. Haha. Pastu macam seme orang saling kenal mengenal plak dalam ni. Huhu. Tkpe itu bukan persoalannya.

Kalo tanya bes ke tak bes? 
Jawapannya bes. Boleh dibaca. Dan dikhatam dalam tempoh kurang 24jam. Huhu.

Okeh. Hepi reading.
Dan aku masih terus bertungkus lumus nak abiskan beberapa novel lagi before tambah koleksi masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yg start 26hb  April - 5 Mei nati.
Sapa nak pegi?? Mari kita deting2 kat sana. Hahaha.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign