Pages

9 April 2013

Edisi Putu

Bukan Kutu ya. Putu.
Ter dpt idea untuk buat entry ni rentetan dari entry ini yg mana ada yg kata putu piring kaler kuning. 
Dan.
Haha.
Aku baru tahu bahawasanya kaler sebenar putu piring adalah kuning.
Oh. Kasihan kan. Nama je duk Malaysia.
Seyes la. 
So, aku tak buleh imagine camne kaler kuning tu. In fact, masa derang buat demo kuih tradisional kat sini pun putu tu kaler putih. So, aku anggap mmg turun temurun lah kaler putih.
Rupanya kaler kuning (-_-")
kredit : Here
Oh. Ini la kaler sebenar putu piring ya. Yg aku beli tu ari kaler putih.
Dan aku rasa. Sepanjang idup aku dah nak masuk 34 tahun ni, aku mmg jumpa mmg kaler putih. Tak pernah jumpa kaler kuning.

Sebab.
Kat Perak tak glamer putu ini.
Sedari kecik aku didedahkan dgn putu ini.
kredit : Here
Ha. Mmg sedap. Liat2 gitu. Diperbuat dari kelapa dan tepung beras serta tepung pulut.
Mmg dulu masa kekecik salu je beli kat pasar pagi kat Kuala Kangsar.
Now. Kalo teringin, balik dari kampung nak ke KL, buleh singgah Agro Bazaar kat RnR Ulu Bernam. Mmg sedap. Panas2 je lagi.
Jadi, itu lah sebab aku tak biasa dgn putu piring. Susah pun nak carik kat Perak.
Yang ini namanya Putu Tepung Beras (kot). Haha. Entah. Mak aku panggil putu jer. Dan buleh kot sebut nama Putu Perak.

Tapi, putu bambu aku tau.
Pun. Aku tak berapa minat gak. MyDH suka.
kredit : Here
Dan kalo nak makan, beli je yg brand Putu Bambu World tu kan. Kaler ijau. Sedap gak la.

Pastu putu apa lagi.
Putu mayam.
kredit : here
Haaaa... yg ini seriyes. Betul tak tipu punya. Aku tak pernah makan!
Taktau naper. Tapi, aku rasa macam aku tak suka.
Aku pernah jumpa dan tengok la. Tp aku tak pernah rasa untuk nak merasa. Ngehehe.
Taktau la kan. Kut2 dah rasa, aku jadi suka. Cam putu piring kat atas tu. Huhu.

Lagi.
Dari komen tu ada yg kata putu halba.
Cemana bentuk nya.
kredit : Here
Oh. Begini. Cam putu piring jugak.
Dan.
Yang ni pun seriyes. Bukan je tak pernah rasa dan makan, tapi mmg tak pernah jumpa kot.
Dari artikel Kosmo ni katanya makanan ni glamer kat Kelantan (ohh...patut la pun).

Putu yg glamer pada hari raya pun putu gak kan.
Putu beras.
kredit : here
Atau pun putu kacang.
kredit : Here

Sama ke tak ngan putu beras tu?
Ni aku tau lah. Mak aku pernah buat dulu masa kekecik dulu. Buat kuih raya. Huhu.

Dan bila google lagi, ada satu lagi.
Putu Belanda. Ni org Indonesia punya makanan kot.
kredit : Here
Banyak jenis rupanya putu putu ni.
So, tepuk dada tanya selera, apakah putu yg menjadi kegemaran anda?
Haha.
Tiba tiba.

Sekian.
Kisah putu untuk hari ini.
(T___T)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign