kredit : Metro
kredit : Mstar |
Hujan je banjir.
Banjir je hujan.
Dan paling bes. Hujan je jammed cam baghdaddd... (ha..jgn lak tanya "Kekda, baghdad tu apa? Haha.. akak pun tatau...tp cam sedap je nak sebut. Hahahai)
Yer saya.
Saya adalah salah sorang yg ter trapped dlm jammed smlm.
Kuar ofis 6.45pm. Sampai rumah 8.45pm.
Dgr azan Maghrib kat radio. Dan dgr azan Isyak jugak kat radio.
Aduh.... lenkali kalo camni, lewatkan trus balik. Balik pas Maghrib. Tak memasal betul.
Masa dgr radio Suria tu ada sorang caller tu dia kata dia kat Hway Batu 14 ke mana tah. Yg arah2 Kajang tu lah. 2 jam dah dia tak sampai2 lagi. Anak kat Taska tak amik lagi. Huhu.
Mmg ini la permasalahan yg sering terjadi. Ujan je jammed mmg gegila. Nak plak ujan menderu lebat tepat2 kul 5 ya. Lagipun aku ada keja urgent, so balik lewat skali. Skali kauuu... Jalan Tun Razak mmg tak bagi peluang langsung. Aku stuck dari Prince Court smpai nak ke Tabung Haji tu dkt nak sejam. Mula ingat nak lalu AKLEH. Oh. Mmg tak buleh. Sbb bawah terowong, mahupun selepas traffic lite dkt Ampang Park tu sgt la tak bergerak. Lari ke Jalan Ampang. Situ agak smooth. Cam terkujat jugak la sbb jalan Ampang ni jarang nak smooth. Oke. Takpe. Pastu amik jalan Jelatek, pun jammed, tp bergerak jugak la. Naik ke DUKE. Smpai kat DUKE, nak membayo kat TnG la nahas. Beratur lagi panjang. Disitu lah ceritanya smpai 2 jam. Buleh smpai Perak hoke. Dan kalo takde jammed segala kurang 20minit smpai rumah kalo aku ikut DUKE tu. Haihh...
Malas nak cakap kenapa, kenapa.
Tepuk dada, tanya la perangai.
Aku tak kata pasal sistem saliran ke apa.
Buat la 10x SMART tunnel ke bijak tunnel ke, tp kalo minda kita tak smart tak payah la.
Takyah pikir jejauh, seme ni mesti sbb sampah tersumbat. Mesti punya.
Tgk je lah longkang kat memana pun. Botol air, plastik, pampers, pad itu ini seme humban dlm tu.
Tak kira tu, kat tetepi jalan raya. Aku salu tgk kalo jammed tu, mmg tetepi jalan, kat rumpur2 tu, kotor..memacam menda ada. Selipar pun ada. Tu kalo perati bebetul entah2 spender pun ada. Haa... geram dah tu.
Sama gak kalo pegi tempat2 berkelah ke. Sbb tu la jadi kencing tikus segala. Makan2 pastu sedap je longgok situ sisa2 dia. Biar je tggl kat situ. Ewah haii.. ada tong sampah, walo pun dah penuh, kumpul jugak la tetepi tu. Ini tidak. Biar je lah terselepuk kat tpt situ. Tu aku malas dah nak pegi picnic2 kat waterfall ke apa. Tak suka. Dah la tpt salin baju pun bau hancing pering.
Mentaliti.
Ada yg begitu mudah buang sampah kut tingkap kereta.
Aku bersyukur sbb asben aku pun sgt displin bab ni. Dia mmg cam pantang la tgk org buang sampah. Kat memana lah. Bukan je dari dlm keta. Geram je dia tgk.
Takyah la nak kondem kerajaan ke apa ke yg buat sistem pengairan tak elok ke apa.
Perbetulkan lah dulu perangai kita ni.
Kenapa nak buang sampah merata.Kenapa nak campak segala dalam longkang.
Geli tau tak. Geli sgt.
Dulu masa rumah lama, mmg kalo ujan lebat camni air naik tinggi. Paling tinggi dkt nak cecah lutut. Ko tahu betapa geli aku nak randuk air tu. Dah la aku ni penyakit tak bule kena air lopak2 camtu. Sure gatal punya satu, eh..dedua kaki. Bila da kering, ko tgk la apa yg berterabur. Botol air mineral, plastik.
Entah. Malas nak kata lah.
Kalo nak jadi negara kelas pertama. Minda pun kena kelas pertama.
Dah. Aku menulis cam nak kempen pilihanraya plak.
Hahahai.
(P/S : Nad.. walo akak ni tak pandai sgt pasal nama tpt dan amik geografi smpai form 3 ja, tp akak tau Baghdad nama tempat.. cuma kalo digabungkan menjadi "Jammed Baghdad" apa jadi?? Haha.. Comel Nad ni tau..bagi tau Baghdad tu apa plak.. hahaha)
(P/S : Nad.. walo akak ni tak pandai sgt pasal nama tpt dan amik geografi smpai form 3 ja, tp akak tau Baghdad nama tempat.. cuma kalo digabungkan menjadi "Jammed Baghdad" apa jadi?? Haha.. Comel Nad ni tau..bagi tau Baghdad tu apa plak.. hahaha)
Terima kasih atas komen anda :)