Saya suka satu pasar malam ni.
Sbb mmg bes.
Makanan dia mostly mmg puas hati.
Byk makanan dia yg saya terpaksa ulang beli setiap minggu.
Terpaksa oke. Haha.
Paling saya suka - popia goreng (rasa pernah update gambar nya. Kat instagram mmg ada)
Lps tu pizza pun oke.
Lps tu YTF pun oke. Yg YTF ni mmg dah tau rasa dia sbb pakcik ni mmg meniaga kat pasar malam area rumah lama gak.
Lps tu makanan kelantan cam laksam pun sedap. Ramai giler org beratur.
Lately ni saya cuba putu piring plak.
Baru nak cuba sbb saya tak berapa gemar putu piring.
Sbb ada satu minggu tu rasa cam teringin je plak.
Masa tu mmg org beratur. Yg beli smpai 10 ringgit pun ada.
Jadi, saya cuba.
Mmg sedap. Lembut. Pulak tu gula dia penuh meresap ke semua tpt.
Takde kedekut punya.
Jadi, bertambah lagi makanan terpaksa beli setiap minggu.
Selain tu, buah2 pun oke kat situ. Elok2 masih rangup mcm kat Cokit punya jugak.
Rega pun takde la melampau mahal.
Pernah p pasar malam kat Jusco AU2 tu. Hadoi. Kecewa.
Tgk buah2 dia pun. Alaaaa....haiii....
Tapi laksa, kureng sket la. Sbb saya punya expectation kalo laksa tu tinggi sket.
Maklum la. Saya pun buleh masak laksa kan.
Cewah! Taknak la kata saya pun buleh masak laksa yg sedap. Itu namanya masuk bakul - ko golek lah sendiri. Muahaha.
Rasanya, semenjak duk di sini, kalo saya tak balik kampung, takde course, tak outstation, mmg saya akan singgah ke pasar malam ni setiap ari Jumaat. Mmg kalo ada d rumah, hari Jumaat bermakna bukan hari utk memasak lah. Haha.
Oh. Di mana lokasi?
Sentul. Kat jalan Pahang pun buleh nampak dah.
Pasar Ramadhan pun kat sini. Tp kami tak pernah pegi lah. Thn ni la kot. Tp...tak tahu lah. Sbb saya agak tak berminat nak bersesak kat Pasar Ramadhan.
Dan makanan2 yg saya sebutkan kat atas tu, ada gerai2 tertentu je lah yg sedap. Bkn la seme tpt.
Hihi.
Eh. Jap. Motip nak guna kata diri 'saya' plak nih??
Terima kasih atas komen anda :)