Pages

27 March 2014

Wall Sticker Idea

Menda ni dah lama dah kan.
Aku pulak baru nak gedik gedik nak buat.
Haha.

Lantak lah. Bukan basi pun idea tu kan.
Being me. Kalau nak tu, jam jam tu jugak lah nak kena carik.
Pening.

Jadi, survey2, ada jual online.
Tapi, kalau terus ke kedai dia, lagi murah.
Terus la ke Viva Home (-_-")

Mujo dkt ngan opis. Balik kerja terus ajak myDH. Pergi oke je. Tak jammed.
Skali balik... hamikkau.. 2 jam smpai ke rumah.
Gilos. Padan muka. Mujo laki aku tak bebising.

Sebenarnya aku nak buat gini
kredit : Here
Atau gini
kredit : Here


Ha. Kau.
Tau kenapa aku tetiba gedik nak buat camni.
Ya betulll.... aku tgk instagram 'Mastura'. Kihkih. Nampak cam cantik je dia buat. Terus gedik nak buat. Tapi entah lah jadi apa nanti agaknya kalau dah buat. Kuikuikui.

Lps tu tgk menda ni cam bes je, beli satu lagi. Nak letak kat built in wardrobe. 
Begini lah kononnya. Tapi ini cantik beno.
Aku beli simple saja.



Kalau cantik, nati nak beli lagi nak letak kat kitchen kabinet pulak. 
Begini ke. Haha. Ni kena tangan art nih. Kang jadi pehapa kang. Kuikuikui.


Tapi mendalah ni tak boleh byk2 sgt tempek. Kang nampak cam umah kap lam ya nga pula. Teeeheeee.

26 March 2014

Tiada Entry. Busy.

Yuhuuu....
Huwarghhh... lama giler aku tak menulis.
Naper eh?
Boleh tak alasankan kerana pening kepala memikir misteri MH370 nih?
Haha.

Entah ek.
Tulis pun, bukan ada orang nak baca. Dulu bes la.
Eh.
Napak nau menulis kerana ada orang baca.
Kemana matlamat asal ni?? Menulis kerana minat ni??
Aaaaa....

Tu lah uols.
Ai sebenarnya bz amat kat ofis.
Amat. Amat.
Tu lah. Lepas 1 and half year kat unit ni, ai confess, ai admit, apa yg ai buat ni mmg berat.
Ai buat perkhidmatan. Ai buat pembangunan organisasi. Tatatertib. Dan juga Persaraan.
Kalau orang tau HR, orang akan tahu apa yg ada dalam perkhidmatan.
Dalam perkhidmatan tu ada pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, bla bla bla. 

Tapi.
Ai suka je. Kecuali bila orang salah menafsir tujuan ai. Orang ni kan selalu ingat kita nak jatuhkan derang kan. Tahpehapatah. Menyampah.
Lelain ai suka. Ai mmg suka HR. Walau background study ai lari sket la.
Ai dulu kan belaja pentadbiran korporat. Sekarang. Lari sudah.

Hurm.
Tapi bz bz tu sempat gak pikir nak cuti cuti.
Bes nya dapat kalau ke Perhentian kan.... hurmmm.....
Snorkeling. Mmg teruja sgt dah nak pergi. Redang dah pernah pergi. So, nak try perhentian pulak.
kredit : Here
Tak pun Cameron Highland. Lama dah tak gi Cameron Highland.
Bes nya stoberiii.... Hoiiii! Tolong lah.....
kredit : Here
Tak. Tak. Tak.... 
tak boleh.. tak boleh..
Ada sesuatu yang lebih best dari ni semua.
Jadi, mari kita berjimat cermat.

kredit : Here

18 March 2014

Lyrics : I Like Chopin (instrumental) ~ Gazebo





Remember that piano, so delightful, unusual
That classic sensation, sentimental confusion
Used to say "I like Chopin"
Love me now and again, wooh
Rainy days never say goodbye
To desire when we are together
Rainy days growing in your eyes
Tell me where's my way
Imagine you're facin' a sunshine reflection
A vision of blue skies, Forever distractions
Used to say "I like Chopin"
Love me now and again, wooh
Rainy days never say goodbye
To desire when we are together
Rainy days growing in your eyes
Tell me where's my way
Rainy days never say goodbye
To desire when we are together
Rainy days growing in your eyes
Tell me where's my way
Rainy days never say goodbye
To desire when we are together
Rainy days growing in your eyes
Tell me where's my way
Tell me where's my way

Senyap. Dan Disappointed.

Senyap sunyi plak lately.
Entah ek.
Dengan kejadian2 kebelakangan ni, rasa hidup pun turut huru hara.

Aku byk meraban raban kt FB lately.
Dulu dah kurang.
Tapi, tu hari abis sari suntuk aku meng-spam wall FB orang.
Ha, lantak kan.
Pastu status plak cam blur blur - lantak lah kan.

Disappointed.

Lain yg di cakap, di sampaikan ke orang dalam versi lain.
Dan orang mula mengecop aku menyakitkan hati orang.
Terasa. Di lubuk hati paling dalam.
Mengapa orang tu tak tanya sejauh kebenaran citer tu.
Kecewa.
Paling kecewa.

Tanggungjawab.
Aku rasa, semua orang, tak banyak, sedikit, pasti ada rasa tanggungjawab dalam dirinya.
Tapi, orang anggap kita bekerja utk fun agaknya. Tak kesah pasal tanggungjawab.
Apa guna aku nak sekat rezeki orang.
Apa guna aku nak sakitkan hati orang.
Takde guna.

Kita bukan nak hidup menongkat dunia pun.
Tengok je lah kejadian yang menimpa negara kita ni.
Ada yang sedang2 elok nak bercuti semua dah, tup tup sapa pun tak tahu nasib kemudiannya.
Tetiba hilang. Entah hidup entah mati.
Jadi, jangan lah sesenangnya kita menganggap orang tu buruk segalanya. Kita bukan hidup selamanya di dunia ni. Untung nasib kita sendiri pun, kita tak tahu lagi. 

Gitu lah.
Cakap salah.
Tak cakap salah.
Bila cakap, di salah erti.

Bila tak cakap, di kata tak buat kerja.
Sampai bila camni.

Orang kata - kalau tak salah - biarkan je.
Aku mmg sedang biarkan. Walau hati ni mmg rasa tak tenteram.
Kenapa la ada orang berfikiran macam tu. Aku tahu tanggungjawab aku. Takkan lah aku nak simply2 nak bagi orang 'jatuh'.

Dan lagi sedih bila orang bulat bulat percaya.
Ye lah. Aku ni jahat kan. Aku ni lah yang buruk perangai. Aku lah yang teruk. Orang lain semua maksum dan lindungan kaabah belaka. 

Tak pe lah.
Terpulang lah. Yang pasti aku tahu, tanggungjawab aku, aku kerja untuk dapat keredhaan Allah. Biar setiap sen yang aku dapat setiap hujung bulan tu berkat. Allah tahu itu. Biar lah orang lain mengganggap aku jahat, aku sentiasa menyakitkan hati orang. Hidup ini bukan utk pleased kan semua orang.
Yang aku tahu, Allah ada untuk aku.


12 March 2014

Jawatan Kosong

Lupa pula nak paste.
Ada jawatan kosong nih.


If tak nampak, sila klik kraftangan.net/jawatankosong/
Sila lah.
Sapa yang berkelayakan dan berminat.
Ada apa2 nak tanya berkaitan jawatan tu - sila lah call 03-21627459. Minta sambung ke HR, minta nak cakap dgn ai ya. Eh. Dah kenapa orang nak cakap ngan ko kan? Haha. Mamaiiii...!


Sekian.

11 March 2014

Tips Untuk Menghindari Panggilan Tele-Marketer

Ha kau. Siap nak bagi tips aku nih.
Sbbkan aku ni orang yg sentiasa jadi target tele-marketer, aku dah buat memacam taktik utk derang nih. Meh aku share apa aku pernah buat.

Ada orang kata - kalau orang call dan tanya nama penuh - terus je cakap salah nombor.
Bagi aku tak boleh pulak. Sbb kang tup tup dibuatnya dari jabatan memana. Dah jadi satu hal plak.
Mana tahu dpt grand prize satu juta ke. Ha..kan rugi. Kohkohkoh (mmg tak la kan).


Antara yg pernah aku buat :

#bila orang tanya nama, dan kita mengaku, dia pun perkenalkan dari mana - cecepat aku kata salah nombor. Biasanya dia akan repeat balik nama kita utk confirm, sbb tadi kata ye, ni dah kata wrong number. Pedulikkan. Terus je kata - wrong number, wrong number, sorry aar... masa derang terpinga pinga tu - kita boleh letak phone. 

#Agen insurans - yang ni aku ter layan pulak. Ter oke. Ter... sbb saja nak tgk. Pastu aku tanya bab zakat bila simpan dalam insurans dia - smpai orang tu yg annoyed ngan aku - bangang abadi ni, dia yg amik masa kita - dia pulak marah kita balik. Ni aku kategori kan tele-marketer paling bangang abadi yg pernah call aku. Kalau jumpa dedepan mmg tahap aku tendang masuk dlm longkang je sbb takde budi bahasa (ini aku pernah buat entry khas dulu).

#Astro - Orang Astro ni call atas nama abang aku. Sbb dulu aku pakai Astro atas nama abang aku. Tp dah 3 tahun kot delete akaun tu. Dah banyak kali dah aku cakap sila la delete number aku nih. Tak jugak. Sudahnya yang latest ni dia call, aku suh laki aku jawab. Jadi laki aku cakap - tolong delete nombor nih, dah banyak kali call, sangat menggangu. Siap mintak nama orang yg call tu. Nama penuh. Laki aku kata 'kalau ada Astro call lagi, atas nama abang saya, saya akan carik awak'. Tergagap gagap budak tu bagi nama penuh dia. Lantak la kalau dia menipu nama dia pun, as long dia aware yg kita annoyed dengan cara mereka.

#paling latest - aku dah lelah la nak bersoal jawab dengan tele-marketer ni. Buat sakit hati je. So, skrg aku buat - pick up call - dia tanya nama - kita mengaku - pastu bila dia cakap dari mana - buat senyap je. Jangan letak phone sbb  nampak cam biadap. Just biar je smpai la derang yg letak phone. Aku rasa ni cara paling terbaik dan kita pun tak sakit hati. Tau je dari mana terus senyap je.. biar derang je dok hello hello. Aku pernah buat camni time Ustaz Don tgh bagi ceramah. Kebetulan dia tgh baca Fatihah. Aku biarkan phone to on dengan bacaan Al-Fatihah. Mesti dia tergamam dan ingat dia dah dalam kubur. Hahahahaa. 

Annoying kan tele-marketer nih.
Aku rasa, kerja paling kesian adalah tele-marketer.
Jadi, sila lah carik kerja yg oke sket.

Ko jadi promoter lipat baju kat supermarket tu lagi mulia dari tele-marketer nih.
Sbb skrg ni, orang bukan percaya kalau orang call call ni. Sesilap korang yg kena saman nanti atas hak perlindungan data peribadi.


Kat sini ada lagi memacam taktik yang korang buleh buat if dapat panggilan dari tele-marketer
Waystoannoytelemarketer

Star Cruises & Matta Fair 2014

Alah, cam tak clear plak.
Takpe, klik sini - Star Cruises utk lebih clear.


Matta Fair this weekend.
So, apa lagi.... cecepat grab.
Rega masih lagi macam aku beli last year.

Kalau yg macam aku pergi tu dia tulis RM1,600 (2 person), bila plus plus dalam 2k camtu (tak lebih pun). Pastu kalau nak beli masa Matta Fair, kita kena ada date sesiap, bayar booking dalam RM100 sorang, then within one week settle kan semua. Senang je ngan derang ni, Maybank2U saja. Dah bayar tu takpe, nati kalau tak jadi kita buleh claim. Tp ada la t n c dia, makin lambat bagitahu cancel, makin byk la yg dia potong.

Aku tu ari mmg beli direct dengan syarikat Star Cruises, bukan travel agent lelain. Kalau ngan travel agent mungkin derang akan sediakan pengangkutan dari KL - Penang. Naik bas. Tp kami g sendiri je. Lagi mudah. Naik kereta, parking tpt disediakan. Oke ja.

Aku pun macam nak pegi je Matta Fair nih. Macam la... macam je.. hihi. Nak carik hotel2 yg bes bes. Dalam Msia lah.. 

10 March 2014

Cakap Belakang & Petua Senang Hati


Orang selalu cakap 'tak mau la nanti orang cakap belakang belakang'
Kenapa?
Kenapa takut sesangat dengan orang cakap belakang belakang ni? Kenapa? Kenapa? (cea.. emosi plakkk)
Pernah dengar ini tak?

Orang cakap belakang belakang ni, tptnya mmg di belakang.
Menandakan anda mmg berada di hadapan mereka.
So, why worries?

One more, kalau kita tak mahu di perkatakan belakang belakang, jangan buat atau bagi peluang orang cakap kita belakang belakang (berapa byk belakang daaa....)


Sejak2 da berumur ni, cea berumur katanya, aku malas nak pikir pasal orang cakap belakang belakang nih. Lantak la. Lelebih lagi, dengan ujian yang aku hadapi ni, menda tu lagi buat aku tak kuasa nak pikir. Masalah picisan. Ko pikir lagi ko stress, solusi pun takde - baik takyah pikir. 

Korang kan, lagi pikir cakap cakap orang, lagi tak senang hati.
Percaya lah.
Lantak gi mampus la dengan orang yang suka ngumpat, cakap belakang belakang ni.
Buat apa kita nak pikir pasal orang. 
Selagi pikir, selagi tu lah korang tak senang hati.

Let them be. Nak cakap.. cakap.
Aku nak tanya, bila orang cakap pasal kita, apa yg kita kurang?
Ada gaji kita terkurang? Takde kan.
Ada rumah kita roboh? Takde kan.
Ada baju kita koyak? Takde jugak.
Ada kita kebulur? Lagi la tak.
So, apa yg risau??
Kalau risau sangat - satu je - jangan buat orang bercakap pasal kita. Boleh?
Tak boleh pulak. Mulut orang. 
Buat pun dia bercakap,
tak buat lagi la bercakap.
So... let it be.

Takyah pikir sangat. Cam aku mmg aku tak pikir lah. Banyak menda lain aku perlu pikir dan boleh pikir. Pikir pasal treatment aku, pikir pasal kerjaya aku, pikir pasal family dsb. 

Ada masa ke nak pikir risau2 pasal orang cakap belakang ni?? Takde masa oii.... Lantak la pi lah orang nak kata pasal kita beli kereta baru ke, orang cakap pasal kenapa tak jual kereta lama ke, orang kata asyik nak gi berjalan lah. Lantakkk.. aku beli kereta baru ke, aku pergi oversea ke, aku naik cruise ke, sesen pun aku tak guna duit mereka dan satu sen pun aku tak berhutang dengan mereka. So, dah kenapa plak ada orang yang risau kita papa kedana ke apa. Life kita, kita yang tahu. Orang mmg suka mengandai andai, macam derang plak duduk sebilik dengan kita, duduk 24jam dengan kita. Tahu luar dalam, tahu berapa digit jumlah yang ada dalam akaun kita. Konon lah...

Come on - jangan la guna word - 'nanti kita buat camni, orang cakap belakang belakang'. Aku sangat tak suka word tu. Hidup tak motivate langsung kalau asyik ada menda tu dalam minda. Satu hal, kita lak yg jadi negatif, sbb dok prasangka dgn orang. Dan kalau betul pun orang cakap belakang2, biar lah. Aku ingat lagi, dalam majalah apa tah, Siti Nurhaliza punya pegangan, masa tu dia belum la haibat cam sekarang. Pegangan dia - tak hidup dek puji, tak mati dek keji


Aku suspect, orang yg risau sangat orang perkatakan pasal dia/cakap belakang belakang ni sbb dia pun selalu perkata hal orang/ cakap hal orang belakang belakang. Bila dah jadi habit dia, dia pun rasa semua orang camtu. Betul ke idok?? Haha. Jangan la marah. Abis tu dah selalu sangat prasangka ke orang. Padahal orang tu tak cakap apa pun. Kita je prasangka.


So skrg pikir. Nak jadi orang besarrRR ke orang kecikkk....
Jadi, please.. jangan guna term "takut orang cakap belakang belakang" Ai is don't like. Saya bagi hashtag #sayataksuka

Pray For MH370 : Semoga Dipermudahkan Segalanya.

Ya. Kita semua masih bersedih. Masih keliru. Masih tertanya-tanya di manakah hilangnya pesawat MH370 tu.
2 hari hujung minggu mmg banyak meluangkan masa utk menanti berita perihal pesawat ni.
Sedihkan.
Mana lah pergi nya?
Itu je soklan yg aku rasa bukan aku sorang, tp semua tertanya tanya.
MyDH smpai belum nak tido pun tanya lagi 'mana pegi ye katebang tu?'
Tiada jawapan.

Selama 2 hari ni gak penuh newsfeed FB kita, Instagram, Twitter perihal #prayforMH370.
Tu tak kira orang w.app dengan berita yg kononnya dia lah paling update.
Tak kira la berita itu benar atau sebaliknya, better jgn reveal dulu.
If tak betul, kesian kat waris yg tertunggu.
Kata dah jumpa la hapa tapi govt sembunyi berita la apa.
Nak buat apa sembunyi pun.
Udah udah la sebarkan menda yg tak pasti.

Kat instagram lain pulak halnya.
Ada yg bengang2 bila ada yg gunakan hashtag prayforMH370 secara tak sepatutnya.
Huhu.
Bengang sbb amik gambo selfie - then hashtag prayforMH370.
Amik gmbo longkang pun hashtag tu jugak.
Dan ada yg jual barang pun guna hashtag tu. Free promotion katanya. Beribu orang tgk kot. Eh. Usahawan mmg kena ada ciri2 camtu kan - bijak mengambil peluang. Kuikuikui. Bijak peluang lalu kena kecam. Kasihan. (T____T)

Hai. Nak buat cemna. Aku tgk, yg buat camtu kategori "bebudak baru nak menetas".
Maaf kan je lah mereka.
Golongan ini, lagi ditegur lagi derang buat.
Ini kategori yg rasa 'manade aku buat salah, orang tunjuk simpati pun salah ke?'
So, let it be lah. Walau kadang aku bengang jugak. Kita ni ingat kot ini lah gmbr anak mangsa2 kejadian ke, mangsa terlibat ke skali ha... amik kau, gmbr dia sendiri yg buat duckface (-_-")

Takpe la. Lupakan semua kisah tu.
Mari lah kita berdoa agar pesawat tu cepat2 ditemui.
Mohon Allah rungkaikan lah segala misteri.
Mohon Allah berilah petunjuk kepada pencari2.

Utk ikuti news pasal ni, aku suka baca forum.
Yes. Mmg la separuhnya sumber meragukan. Tp syok. Sbb berdiskusi perihal berkaitan gak. Ada yg bagitahu pasal itu ini. Jadi dpt gak la info. Kadang derang buat andaian pun rasional dan kita cam a ah kan.. betul gak tu.

Tapi sekarang pelbagai kemungkinan ada.
Semua orang terbayang apakah yg terjadi sekiranya kita sendiri yg berada dalam pesawat ketika itu.
Cam citer Final Destination tu. Ya Allah hai.
Lps tu aku tgk couple yg dikatakan pergi berbulan madu (kat paper siap detail dia gi bulan madu sbb baru keguguran - oh..smpai se detail itu halanya - kata gi bercuti dah la) sempat bergambar dengan family dia sebelum naik flight.
Kalau aku, mmg takde la family aku nak hantar smpai airport kalau pergi bercuti nih.
Lain lah pergi bertugas ke, belajar ke, umrah ke kan.
Ke lepas ni aku kena suh family aku hantar gak sbb mungkin itu yg terakhir kita jumpa mereka.
Eh. Sebak plak aku pikir kan.

Yang tahu apa berlaku hanya lah mereka yang berada dalam pesawat tu.
Dan yang pasti hanya Allah yang Maha Mengetahui.

9 March 2014

Eat Clean, Eat Healthy : Tomato


Tomato.
Salah satu excellent food jugak.

Dulu, mak mak kita selalu suruh makan tomato sbb nak bagi kulit cantik kan.
(terbukti bila ada sepupu aku salu bagi anak dia makan tomato - and anak dia makan tomato cam makan epal tu je - kulit mmg cantik - halusss sangat tanpa ada sebijik jerawat)


Aku mmg tak suka tomato mentah.
Tak boleh masuk langsung.

Tapi, buat air - atau masuk dalam masakan i.e masuk dlm kari ikan/ayam masak merah/tomyam - then aku buleh makan.

Elok tau consume tomato ni. At least sehari sebijik. Utk elakkan kanser.
Aku selalu buat juice (kalau tak suka tomato, buat juice ada lah alternatif terbaik (guna juice extractor, jgn guna blender/buat smoothie) dan campur dengan orange - takkan ada rasa tomato. Seriyes)

Nak kulit gebu, nak kulit cantik, nak kulit glowing - makan lah tomato (mungkin juga terbukti pada aku sendiri, which ada jugak yg tegur ada perubahan pada kulit. Nampak glowing kata mereka - eceh. Ni nak tulis pun segan nih, kang ada yg kata masuk bakul angkat sendiri pulokkk.. tp demi nak membukti yang natural itu lah yg terbaik khennn....)

Keratan artikel dari KOSMO

Kali ini, kami bawakan anda mengenali 11 kelebihan buah tomato yang boleh digunakan dalam rejim kecantikan harian anda.

1-Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.

2- Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.

3-Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.

4-Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.

5-Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

6 -Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.

7-Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.

8-Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.

9-Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.

10-Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.

11-Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.

p/s : Orang ada eczema mungkin tak sesuai makan tomato - so, kalau ada sakit apa2, better refer to doctor dulu ya, apa yg buleh, apa yg tak buleh... :)

8 March 2014

Pesawat MAS Hilang, Movie Flight dan Hantu Tok Cha

Rata rata dah update citer pasal Pesawat MAS yang hilang tu kan.
Aku dapat tahu bila bangun tido, boss masukkan news dalam grup w.app kiterang.
Pastu dengar berita, tgk internet.
Bila tgk internet, ha..memacam versi ko keluar.
Memula kata dah selamat mendarat kat Nanning, China.
Lps tu dapat lagi laporan kata berkemungkinan terhempas.
Risau nya Ya Allah... walau apa terjadi, semoga segalanya dipermudahkan.

Teringat citer2 omputih yg plane terhempas ni.
Cam cerita FLIGHT yang aku tgk last week.

Citer ni pun pasal flight terhempas.
Tapi, kapten dia dapat control flight tu. 
Siap terbang terbalik.
Dan dapatkan minimakan orang cedera dan mati.
Citer ni bagus. Banyak pengajaran.

Aku rasa pelik. Kenapa kalau citer omputih, mesti ada pengajaran. Tak banyak, sikit mesti ada.
Cam citer ni. Mmg banyak.
Citer yg tabiat buruk (kapten tu kuat minum arak) akhirnya memakan diri. Kehilangan kerja, kehilangan famili.
Kira kalau kita tgk citer ni, cam ada something la kita dapat.

Dan minggu sama jugak (pada keesokkan hari selepas aku tgk movie nih), aku tgk plak Kecoh Hantu Raya Tok Cha. 
Ko rasa, ada pengajaran ke citer tu?
Haha.
Kalau la katakan tertgk wayang citer ni, harus merampus rampus marah.
Cam tak berbaloi bayar memahal.
Entah. Bila kata citer omputih lagi kualiti - ada orang marah.

Terpulang lah. Suka hati lah.
Aku pun tak kata aku tak sokong citer melayu.
Banyak je citer melayu aku tgk wayang.
Tapi, aku harap, citer2 antu2 komedi ni kurangkan lah. Tak membangunkan ummah langsung. Tgk tajuk pun takde keinginan nak tgk. 

Apa pun, #prayforMH370

Jadual Catuan Air Peringkat 3

Peringkat 1, masih terselamat.
Peringkat 2, pun masih tiada dalam senarai.
But not for peringkat 3.
Dah buleh agak pun.
Mustahil tak terkesan sedangkan tempat lain semua dah kena.
Rasanya lelama satu wilayah n Selangor kena nih.

Untung la org Putrajaya yer, sbb Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya adalah zon yang dikecualikan kena catuan air.
Eh. Area opis aku pun dikecualikan lah.
Area Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Makanya... mandi di opis adalah alternatif. Hahahahaa.
Nangessss.... (T____T)

http://www.syabas.com.my/uploads/press_release/pelan%20catuan%20ketiga_1.pdf
SYABAS
 Me - Zon 2. Tskkk... nangesss lagi (T____T)


Maknanya start Isnin ni dah takde air utk 55jam (kata dalam tu lah.. tak tahu la pulak kan). Pheww...
Lps tu dia ada air balik petang. Makna - petang Rabu - kalau bernasib baik lah - baru ada air.
Dan Jumaat 9pagi dia tutup balik (dapatlah mandi dulu sebelum ke opis - sekali lagi - kalau betullah jadual tu).
Dan begitu lah sehingga 31 Mac. Itu pun ramalan. 
Aku terpikir, kalau cuaca panas berterusan, dan berterusan, cemna agaknya. Kalau smpai bulan April? Bulan Mei? Ya Allah.... begitu hebat dugaan Mu kali ini Ya Allah. 

Hazab kan? Mmg hazab. Dan aku tumpang simpati pada yang ada anak kecik dan anak ramai. Bagaimana? Tapi tu lah, ni baru ujian dunia kan. Sabar je lah. Nak buat cemna. Yang penting kita berdoa reramai agar diturunkan hujan. Takpe la bukan kat rumah kita pun, cukup lah kalau Dia cukupkan semula air di empangan. Sbb mmg sesuatu yang remeh takde air nih.

Sebenarnya sepanjang duk rumah sekarang - hampir 2 tahun - belum pernah terputus bekalan air. Yg dulu, yg masa raya tu kan - yg semua orang kecoh takde air sbb minyak tumpah kat empangan tu kan - area umah aku tak kena. Alhamdulillah sgt masa tu sedangkan byk tpt lain kena.

Aku dah siap siaga. Ada satu tong air yg mmg kiterang sentiasa penuhkan air sbb takut apa2 hal emergency - malam tadi dengan rajinnya aku basuh bilik air. Sbb nak isi balik air bersih. Ye lah, takkan nak buang camtu je air tu. Giler ko.. org tgh takde air, kita plak sesedap hati nak buang camtu. Sayang kan.. kesian orang yg susah payah ngangkut air tu kan. Jadi, rajin tak rajin, cuci bilik air. Settle - bilik air pun bersih. Penuhkan balik tong tu - baldi2 pun penuhkan - baldi takde penutup, so tutup dengan plastik - supaya takde la nyamuk/serangga ke apa masuk. 

Jadi, marilah kita berdoa agar Allah tamatkan lah cuaca panas ni.
Turunkan hujan dan bumi ini kembali segar seperti sebelumnya.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
doa mohon turun hujan
Kredit Image : Here

7 March 2014

Masalah Penstoran

Aku rasa aku ada masalah penstoran la kat rumah aku tu.
Bukan rasa. Mmg iyer.
Dek kerana perangai 'sayang barang', kat rumah tu berlonggok barang yg - kalau buang nanti nak guna balik, padahal tak guna pun sampai bebila. Sgt pftttt.... -_-"

Yang dihangkut dari rumah lama - bawa ke rumah sekarang - masih banyak.
Satu lagi penyakit aku - walau barang tu macam pre-loved, aku tak boleh nak jual. Entah ek. Ha, tu mmg penyakit gak tu. Aku tgk orang senang je jual baju, jual tudung pre-loved apa seme. Aku cam ada ke orang nak beli baju kurung camtu. Eh. Ada you... habis baju dia. Padahal biasa2 je kot. Tapi, aku nak buat camtu, masih belum terbuka hati. Nak bagi free ke orang atau bagi ke rumah anak yatim - tu takpe, tapi nak jual tu cam.. masih teragak agak ada ke orang nak beli baju/barang terpakai nih. Tapi rumah anak yatim pun dah tak mo baju baju nih. Umah anak yatim kat kampung aku tu pun, tak mahu dah baju sbb cam lambakan (ye lah..orang hantar baju buruk2..dah jadi tpt longgokan baju lama plak)

Jadi, rumah aku penuh barang!
Yang kadang aku pun sakittt mataaa.. apsal aku tgk rumah orang lain barang dia minima je.
Geram betul aku.

Aku kena gak buang barang2 aku tak guna.
Tapi.. kang bila dah buang tu la baru nak guna.
Masa tu la baru.. la... dah buang baru nak pakai.
Selalu camtu. Kan?

Satu lagi yang memenuhi rumah aku is - buku.
Ya. Buku.
Kegilaan aku pada buku membuatkan berlambak buku2 kat rumah aku.
Tidak tertakluk kepada novel, yang banyak adalah majalah, buku2 kesihatan, buku motivasi, buku agama.

Tu tak masuk album, photobook.
Tu tak masuk ke dapur. Dengan Tupperware, segala mak nenek bekas plastik (which, tu ari aku dah buang bekas yg bukan tupperware - pun masih byk lagi)
Pfttt..
Mmg ada masalah storan aku ni.
Mmg kompom.
Aku kalau boleh nak minima kan barang dalam rumah aku ni. But how... urgh.. problem!

Aku ada follow satu blog ni http://iheartorganizing.blogspot.com/

Bes. Sbb dia salu tunjuk dia nyer cara susun2.
Blog omputih la.

Dan kebetulan latest entry dia pasal rak susun barang.
Yang pada masa yang sama, aku mmg nak carik rak camtu.
Gambar kredit to blog itu lah.


Kemas kan? Suka. Nak carik.

Ikea?
Bukan lah. Ada kedai furniture yang ada rak2 camni, lebih lawa pun ada. Dan yang penting lebih murah dari IKEA. Huhu.
Aku tahu ada satu kedai tu kat KL nih.
Nanti nak pergi.
IKEA tu kadang sudahlah kena pasang sendiri. Nak ngangkut ke mansion atas langit aku tu kang satu hal.
Kedai ni, sesilap terus hantar ke rumah - siap pasang pun boleh (erk, tak muat lif plak kot).

p/s : Aku ada terpikir nak beli bakul rotan kat HKK ni nak isi majalah / novel / buku. Pastu tgk harga - buat aku terpikir - lebih baik aku beli rak cam kat atas tu terus. Lagi kemas...!

Cukuplah Allah Bagiku

Ada orang kata begini
Ye, aku tahu, statement tu pada orang yg dah ada anak.
Tak perlu aku dan kami2 yg TTC'ian ni sentap tak memasal kan.

Tapi kadang, terasa jugak la. Huhu.
Itu normal.. kalau tak terasa tu yg tak normal.
Yer, mungkin Heart kami Empty.
Tapi,

Mungkin "heart" kami "empty"
Tapi, cukuplah Allah ada untuk kami :)

6 March 2014

Doa Mula Kerja, Doa Akhir Kerja

سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


5 March 2014

Eat Clean, Eat Healthy : Infused Water

Contoh infused water.

Why infused water?
But why infuse water with fruit, herbs or flowers you ask? The answer is simple. By improving the flavour with a healthy option, it’s an easier way to achieve your recommended daily amounts. By adding fruits and herbs you are including essential vitamins. The most common flavours used are cucumber, mint, basil and citrus fruits. But feel free to use your imagination to produce a flavour to suit you!
Although there are many flavoured waters on supermarket shelves, producing your home made drink is cost effective and far healthier. Most infused waters available at supermarkets include preservatives, artificial sweeteners and colourings, sodium, sacralise sucrose, dextrose, high fructose corn syrup and refined sugar. Now do you think it’s time to produce your own?

Oleh kerana tak sukar nak buat infused water berbanding juicing, jadi cuba lah buat infused water nih.

Senang amat.
Nak dengan taknak ja.

Malam, before tidur, boleh sediakan infused water ni - masuk fridge - dan esok boleh bawak gi ofis dah. kan senang tu.


Setakat ni saya baru buat cucumber + lemon.
Nak buat stoberi tu cam sayang plak kan.


Nak weight loss? Minum banyak air. Tapi tak suka atau tak lalu minum banyak air. So, infused water is the solutions. Baca nih. Kredit to : http://fruitinfusedwaters.com/infused-water-for-weight-loss/

Which fruit infused water is best for weight loss? The answer is: the one you will drink the most. When it comes to weight loss, more water is better and the goal is to drink as much as you can. Drinking infused water for weight loss is one of the easiest habits you can have to help you lose weight without a lot of effort.
Here are 7 tips for drinking more water:
#Drink a large glass of water before every meal, NO EXCUSES. This is one of the easiest rules to follow when it comes to weight loss and it’s also the most important. You must stay hydrated.
#Drink your first glass of water within 15 minutes of waking. Put a large full glass of water on your bed stand every night and drink it when you wake up in the morning.
#Have a pitcher of fruit infused water in your refrigerator at all times. Keeping a large pitcher of fruit infused water available will encourage you to want to drink more water. Plus, the vitamins and nutrients that the fruit adds to the water will provide an additional healthy boost.
#Buy a travel infused water bottle. A lot of people have reported their amount of daily water intake went way up when they got a travel water infuser. It’s convenient to take it to work, school, the gym, or on the road – it’s an easy and convenient way to drink more infused water. #My favorite is the stylish and portable AdnArt fruit infusion water bottle.
#Hungry and want a snack? Go drink two 8 oz glasses of water and wait 15 minutes. If you are still hungry than your body needs food and you should have a healthy snack, if not good for you! You just saved yourself some calories, use that surplus to enjoy a nice glass of wine with dinner or to shave  200 calories or more off your daily total.
#Decaffeinated tea counts!! Going to Starbucks with your friends? Order a decaf tea!! You can count it as water and your beverage will be zero calories. Most independent coffee houses have their own specialty teas. Once I had a coconut tea that it was so delicious and much better than my husband’s 500+ calorie coffee drink!
#Try more recipes! We have our own fruit infused water book: Fruit Infusions has over lots of recipes for cold and hot infused water recipes. This book adds lots of variety to your fruit water recipe collection.
Once you start drinking a gallon a day you will notice you are more thirsty and will crave it, your body will help you along if you can stick to it for a week or two. Our bodies need water to stay cool and hydrated, you will also notice clearer skin, stronger hair and nails and best of all water fills you up and it is zero calories!


Takde idea la nak buat apa utk infused water.
Takpe, boleh tgk web ini.
Memacam simple resepi ada.

Let's try. 
Eat Healthy, Eat Clean.
Ke arah hidup yang lebih sihat.

Pesanan penaja :
Ada orang kata kurus tu sihat.
Ada orang kata gemuk tak sihat.
Sebenarnya, terpulang pada apa kita makan. Kurus tapi makan ikut suka hati pun tak guna gak kan. Ada yg berisi pun, elok je dia makan teratur pastu amalkan healthy lifestyle. Lagi bagus kut dari si kurus tu.
So, semuanya berpada pada lah kan :)

#puanstoberisuka : Cadar Online

Oraits.
Selepas ini, bagi barang yang aku beli online, yg aku puas hati, aku akan share kat blog. Ada banyak jugak la, nati aku korek2 balik nama2 penjual tu.

Puas hati tu bukan saja dari aspek barang, tapi dari aspek berurusniaga dengan penjualnya.
Dari awal kita ber msg / emel. Feedback dia lambat atau cepat.
(ada pernah order barang, dah emel bukti resit pembayaran semua - dia boleh senyap ja - tak risau kita?at least, bagitahu la dah terima ke apa - mintak orang bayar tak nyempat2, dalam tempoh 12jam, tak boleh reserve la apa la. Amboi kemain ketat syarat kalah kedai glamer2 nih. Pastu bagi feedback lambat. Aku pernah order dgn Radiusite tu, mudah je - order - bayar - terus dia feedback. Tak de la kita ternanti nanti. Yer, aku paham, customer ramai, tapi aku ni mmg pembeli online tegar, aku tahu dah cemana cara2 orang nak jaga customer nih. Kalau yg lembap camtu, mmg tak la aku nak promote apatah lagi aku nak hashtag balik. Tak kuasa. Kita membeli dari dia guna duit... bukan cam derang bagi2 free kat artis tu kan. Tapi kalau ada yg bes cam aku promote before this.. dengan senang hati aku war warkan ya... dan aku doakan korang terus murah rezeki).

Tu hari, aku puas hati dengan kain cotton yg aku beli online.
Ni aku nak share lagi satu.

Cadar dari Projectrina.
Ni pun dari Instagram lah aku jumpa.
Asalnya Atitaharis la iklan (mostly yg Atita iklan mmg best!)

Aku beli lama dah.
Hujung tahun aku pre-order (sbb barang dia tak smpai lagi time tu).
Pastu dalam bulan 1 smpai.
Memula tgk cam eh..tebalnya. Berat tau masa sampai parcel tu.

 Tapi bila da pasang ke cadar, bes.. i tell u.
Sbb dia agak berat, dia tak gerak2 la. Elok je terletak.
Senang juga berurus niaga dengan Rina ni.
Masa aku beli ngan dia tu, dia tgh final exam. Sempat lagi tu.
Aku rasa skrg pun dia study lagi ni.
Rajin. Aku sker tgk adik2 kita ni memuda da rajin ber bisnes kan.
Nati terus jadi businesswomen kan.
Tkpe, akak support uols okeh. Hihi.

Ni bila da pasang.
Kemas ja. Ailoike.
Kain dia pun jenis sejuk. 

Ni dia tgh bukak pre-order lagi ni.
Aku dah hint2 ke myDH. Nak suh beliau belanja.
Tapi tak lepas. Huuhuu..
Tkpe la. Dah berlambak kot cadar aku. Tapi aku mmg minat cadar. Sama cam aku minat novel, minat buku, camtu gak la aku minat cadar. Pantang tgk cadar orang kata - harus nak beli - banyak2 pun takpe. Suka!

Oh. Harga cadar ni - RM150 include pos.
Ada cadar n 2 biji bantal.
Saiz - muat smpai queen n king sbb dia tak fitted. Aku nyer tilam tu bukan king, tp mmg tebal. Sbb tu masalah sket nak beli cadar. Beli queen, tak muat, beli king cam pakai baju bukan saiz. Jadi, letak camni.. elok ja.

Oleh itu saya bagi hashtag #sayasuka

4 March 2014

Edisi HKK 2014 : My BFF datang shopping

Ni kejadian masa hari perasmian.
Kat instagram pun da berlambak aku buat live update (ko pikir ko sapa nak live update segala kan?) Hoho. Tapi, takpe. Meh ai share sket gmbr hari perasmian.

Perasmian oleh
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor;
Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Persembahan oleh adik2 comel.
Permata Seni Tari.

Persembahan pembukaan 

Hari perasmian - Khamis - 27 Februari 2014.
Bertugas cam biasa. Kumpulan sambutan dan protokol (usherrete).
Meriah kan uniform weols?? Tsskk... Masa Datin Paduka Seri bagi speech, dia kata usahawan jangan buat design yang ala ala gunung berapi / tsunami. Adakah baju weols ala ala gunung berapi? Huhu (T___T).

Tapi ye lah pun kan.. tetiba oren gitu. Mujo aku amik saiz XS. Kalau tidak... Huhuhu -_-"
Lps tu, tetiba my bff w.app, kata nak dtg.

No hal je.. kalau HKK ni kiterang oke je nak entertain kengkawan. Tak tu pun mmg aku selalu bawak lawatan berpandu.
Dalam kul 1 lebih dia sampai. Dia g solat apa seme. Aku pun masa tu baru settle abis bertugas. Makan dulu. So, lps tu baru entertain beliau. Call myDH skali turun sbb asben mmbr aku ni mmg dah kenal asben aku. Derang mmg boleh ngam la.

Seronok rasa sahabat dtg kan.. 
Ye lah.. sbb kiterang tak planning pun. Tau2 dia sampai je sbb kebetulan dia cuti.
Lps tu pulak dia pun membeli gak. Tu lagi bes.
Smpai asben dia kata 'Aku syak korang ada share la kat kedai2 korang bawak ni'

Haha.


Kat kedai ni dia beli batik sepasang - cotton - yang dah siap - dapat RM140. Oke sgt sbb kalau yg belum siap pun, biasanya dalam 130 camtu. Pastu asbennya dapat batik crepe (long sleeves) - RM140 gak. Murah gak tu. Biasa crepe cam mahal gak la. 

Jalan lagi, beli lagi sepasang. Kat sini, aku pun terjebak. Arghh.. cemana aku pun boleh terjebak nih. Siap cakap ni baju raya kedua. Giler..giler.. sebelum smpai raya ke tujuh, cecepat tarik derang keluar. Huhu. Pastu derang ada gak beli baju kaftan (baju tido) utk anak2 dara derang. Cumil angattt... :D

Then ada lagi la derang beli kat tpt aneka kraf. Dgn brooch nya, dengan gelang nya.. tu yg laki dia kata kiterang ada share ngan usahawan tu. Haha. Mana ada la. Tp biasanya ngan staff, lagi plak usahawan kiterang dah biasa, harga tu bule la lebih kurang. 

Derang balik dalam kul 6pm. Huhu. Lebih kurang 4 jam gak la derang abiskan masa dalam tu. Tu aku cakap, sapa nak dtg, takyah la kata 2jam. Harus terlebih. Ada 500 lebih usahawan dan pelbagai produk kraf. Ce kabo, kat mana lagi kita boleh dapat tgk pelbagai produk kraf (buatan Malaysia) yg duduk setempat. Masa Hari Kraf Kebangsaan la.

Aku biasa bawak lawatan. Cam Puspanita jabatan2 la kan. Derang selalu cam terperanjat bila tgk sendiri keadaannya. Sbb tak sangka sebesar ini dan seramai ini usahawan yg berkumpul. Apatah lagi bila tgk batik kan.. itu mmg rambang mata la. Sini la tpt dia. Harga? Sendiri turun dan bandingkan lah. Aku tak nafikan mmg ada yang mahal. Tp ada gerai yg menawarkan harga terbaik dan terpulang pada kemahiran kita lah untuk tawar menawar. 

Jangan lupa dtg ya - 
Hari Kraf Kebangsaan. 10 pagi - 10 malam.
Sehingga 10 Mac 2014 (Isnin)

3 March 2014

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Selamat Pagi Isnin!
Moga minggu ini ceria ceria sahaja hendaknya.

Ada sesuatu dalam perancangan.
Moga segalanya dipermudahkan oleh Nya
Doakan yang terbaik untuk kami suami isteri.


2 March 2014

Eat Clean, Eat Healthy : Jom Turunkan Berat Badan


Kalau dah berjaya kurangkan berat badan, kita maintain kan BMI dengan healthy lifestyle :)

1 March 2014

Eat Health, Eat Clean : Plain Water With Lemon


Cuba lah.
Anda akan rasa perbezaannya.
Utk saya, cukup utk 1 or 2 slice of lemon - dimasukkan dalam 2 liter air - dan minum bila seharian di ofis.

Hello March!

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Phew.
Hectic February.

Hello March.
Moga anda baik baik sahaja ya.

Takmo hectic lagi ya.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign