Pages

10 March 2014

Pray For MH370 : Semoga Dipermudahkan Segalanya.

Ya. Kita semua masih bersedih. Masih keliru. Masih tertanya-tanya di manakah hilangnya pesawat MH370 tu.
2 hari hujung minggu mmg banyak meluangkan masa utk menanti berita perihal pesawat ni.
Sedihkan.
Mana lah pergi nya?
Itu je soklan yg aku rasa bukan aku sorang, tp semua tertanya tanya.
MyDH smpai belum nak tido pun tanya lagi 'mana pegi ye katebang tu?'
Tiada jawapan.

Selama 2 hari ni gak penuh newsfeed FB kita, Instagram, Twitter perihal #prayforMH370.
Tu tak kira orang w.app dengan berita yg kononnya dia lah paling update.
Tak kira la berita itu benar atau sebaliknya, better jgn reveal dulu.
If tak betul, kesian kat waris yg tertunggu.
Kata dah jumpa la hapa tapi govt sembunyi berita la apa.
Nak buat apa sembunyi pun.
Udah udah la sebarkan menda yg tak pasti.

Kat instagram lain pulak halnya.
Ada yg bengang2 bila ada yg gunakan hashtag prayforMH370 secara tak sepatutnya.
Huhu.
Bengang sbb amik gambo selfie - then hashtag prayforMH370.
Amik gmbo longkang pun hashtag tu jugak.
Dan ada yg jual barang pun guna hashtag tu. Free promotion katanya. Beribu orang tgk kot. Eh. Usahawan mmg kena ada ciri2 camtu kan - bijak mengambil peluang. Kuikuikui. Bijak peluang lalu kena kecam. Kasihan. (T____T)

Hai. Nak buat cemna. Aku tgk, yg buat camtu kategori "bebudak baru nak menetas".
Maaf kan je lah mereka.
Golongan ini, lagi ditegur lagi derang buat.
Ini kategori yg rasa 'manade aku buat salah, orang tunjuk simpati pun salah ke?'
So, let it be lah. Walau kadang aku bengang jugak. Kita ni ingat kot ini lah gmbr anak mangsa2 kejadian ke, mangsa terlibat ke skali ha... amik kau, gmbr dia sendiri yg buat duckface (-_-")

Takpe la. Lupakan semua kisah tu.
Mari lah kita berdoa agar pesawat tu cepat2 ditemui.
Mohon Allah rungkaikan lah segala misteri.
Mohon Allah berilah petunjuk kepada pencari2.

Utk ikuti news pasal ni, aku suka baca forum.
Yes. Mmg la separuhnya sumber meragukan. Tp syok. Sbb berdiskusi perihal berkaitan gak. Ada yg bagitahu pasal itu ini. Jadi dpt gak la info. Kadang derang buat andaian pun rasional dan kita cam a ah kan.. betul gak tu.

Tapi sekarang pelbagai kemungkinan ada.
Semua orang terbayang apakah yg terjadi sekiranya kita sendiri yg berada dalam pesawat ketika itu.
Cam citer Final Destination tu. Ya Allah hai.
Lps tu aku tgk couple yg dikatakan pergi berbulan madu (kat paper siap detail dia gi bulan madu sbb baru keguguran - oh..smpai se detail itu halanya - kata gi bercuti dah la) sempat bergambar dengan family dia sebelum naik flight.
Kalau aku, mmg takde la family aku nak hantar smpai airport kalau pergi bercuti nih.
Lain lah pergi bertugas ke, belajar ke, umrah ke kan.
Ke lepas ni aku kena suh family aku hantar gak sbb mungkin itu yg terakhir kita jumpa mereka.
Eh. Sebak plak aku pikir kan.

Yang tahu apa berlaku hanya lah mereka yang berada dalam pesawat tu.
Dan yang pasti hanya Allah yang Maha Mengetahui.

1 juta komen:

tang situasi kritikal camni pun ada yang ambik peluang.....alahai... tolong le asingkan bab duit dengan situasi camni.... kalo le benda ni terjadi pada deme..agaknye deme suke oghang buat camtu???

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign