Pages

Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts
Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts

26 March 2015

Sharing Is Caring : Tips Hantar Borang Mohon Kerja

Oleh kerana saya terlibat secara langsung dalam proses pengambilan dan pelantikan anggota kerja baru, mari lah saya share kan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan.
Kalau mohon kerja jabatan kerajaan, saya rasa boleh la gunakan tips ni. Esp jabatan kerajaan yang masih gunakan kaedah hantar borang secara pos ni. Kenapa kami buat cemni? Sbb rasa lebih senang nak shortlist sbb dah tentu dapat tgk bukti segala sijil semua. Takpe, takat ni kami masih boleh handle. Dan kali ni aiols and team dah buat penambahbaikan.

Boleh katakan tiap tahun ada buka iklan.
Dan setiap kali itu lah aiols dengan my team akan tertimbun dengan ribuan borang permohonan.
Oh. Kali ni tak macam dulu nampaknya.
Mungkin sbb dalam iklan ada kami tuliskan taraf jawatan adalah tetap/kontrak.
So, orang nampak kontrak tu macam ala, takyah la. Kontrak kot. Gitu lah kot.
Tapi, tetap lah menimbun.

Hari Selasa

Hari Rabu

Jadi, bila dah biasa datang menimbun nimbun ni kenalah kita buat shortlisted bebetul.
Tahun ni aiols buat sedikit penambahbaikan di mana masa buka sampul lagi kita dah sort out.
Contoh dulu, buka sampul terus key in.
Now tidak. Kita dah ada kriteria samada nak proses key in terus atau tidak.
Maknanya kita dah ada sort kan mana yang terus boleh key in atau tidak.
So, bila dah buat camni, mmg ramai lah tak di sort out untuk di key-in. 
Ada yang tak ambik cop pengesahan - put aside
Takde salinan IC - put aside.
Takde salinan SPM etc etc etc - put aside.
Hey. Yang penting IC, Sijil Lahir, PMR, SPM and Sijil Tamat Sekolah. And Dip/Ijazah (tgk apa jawatan kita mintak). Tebal cam buku talipon pun, kalau takde ni semua, takyah la weh. Membaziaq duit pos je ye.

Kami ada checklist. Bila dah buka sampul, kita stapler senarai checklist tu. Kalau semua bertanda  ✔ baru lah kami proceed itu key in. Kira ini dah masuk dalam shortlisted pertama lah. Kira kalau dah di key in ada peluang dah la utk dipanggil interview. Tapi, lps tu ada lah kriteria lain yang telah ditetapkan ya.

Tak proses ini tidaklah maksudnya kami reject terus cam ah kau pergi masuk kotak sana dan lupus.
No no no. Kami tetap akan key in tapi keutamaan pada yang lengkap semua permohonannya. In case ada calon tak sesuai atau tak menepati kehendak baru kami pergi cari semula borang2 yang tak lengkap. Jadi, peluang nak panggil interview tu dah tipis lah kan.

Sebenarnya salah siapa?
Kita jangan anggap, ala, takpe, tak amik cop je.. takkan tu pun nak berkira.
Ini bukan kes berkira tak berkira. Tetapi, don't take for granted ya.
Cuba tgk kat atas tu. Beribu permohonan tiba. Dan yang lain okay je ikut arahan.

Antara yang tidak diproses

Orang lain boleh follow the guidelines, kenapa tidak kita kan?
Jadi, tips nya :

1) Isi lah borang dengan lengkap. Semua dokumen diperlukan disertakan sekali. 
2) Patuhi semua guidelines yang diberikan. Jangan take for granted dengan mengandaikan takpe lah, tak perasan kot ni. Jangan ada rasa begitu.
3) Pilih jawatan bersesuaian dengan kelayakan akademi. Esp jawatan penolong pegawai atau pegawai. Ada yang kelayakan Diploma Asuhan Kanak-kanak contohnya. Tapi mohon Pereka. Atau pun, ada diploma akauntan tapi mohon jawatan Penolong Jurutera. Jauh sangat tu dik.
4) Double check sebelum hantar borang. Pastikan semua ada. Pastikan tidak terhantar dokumen asal. Ada ya. Terhantar IC original. Call balik kita dan minta kita pos. Tu lah. Jangan cuai. Satu lagi jangan lah hantar salah borang. Kali ni kami dapat borang Majlis Peperiksaan ke apa ke ntah. Mungkin sbb tarikh tutup nya sama, so dia dah confuse. Yang tu dia buat alamat sini, yang sini dia buat alamat sana. Reject lah dik oi.. Tu lah, nak mintak lagi sana sini. Jadi, double check sebelum hantar tu. Tak kira lah kau orang OCD atau tak, dalam mintak kerja ni mmg kita kena jadi orang yang terlebih OCD. Check la semula borang2 tu. Puluh2 kali pun takpe.

Ada beberapa hari lagi sebelum tarikh tutup 30hb nih.
Dan my team sedang bertungkus lumus key in borang yang lengkap.
Dan seterusnya proses shortlisted.
Pemilihan calon untuk temuduga.
Temuduga.
Dan paling akhir surat tawaran.

I'll be away for 2 weeks masa depa tgh uruskan ni.
Tapi, segala perancangan dah dibuat utk adik2 ai yang berdedikasi ni.
So, bila ai dah masuk kerja, InsyaAllah yang dishortlist dah settle.

Kalau takde apa aral, target ai bulan Mei interview dan sebelum puasa nak hantar surat tawaran. Tu target ai lah buat masa ni. Moga tercapai lah. InsyaAllah.

16 March 2015

Iklan Jawatan Kosong

Rasanya sejak ai duduk di HR dr tahun 2012, mmg every year ada iklan jawatan kosong nih.
Phew!

Dulu mereka pernah buat direct dgn Job Malaysia sbb nak taknak lambakan application form. Tapi, kite rasa macam sedikit renyah sbb nak kena pi amik raw data kat office Job M'sia etc etc.

So, now weols stick dulu la dgn cara konvensional. Guna borang yang di download dari portal rasmi. Memang la result nya nanti beribu application yang sampai (rasanya belas ribu kot kali ni), tapi okay lah kot. Puas hati sket. 
Alah, nak cepat key-in tu mudah ja. Sapa yang hantar borang tak penuhi syarat, tak amik cop pengesahan kat sijil and tak ikuti semua arahan yang kita tetapkan, mmg kita tak proses.
So, kalau nak di proses, dan masuk dalam list shortlisted, sila lah ikut arahan yang telah ditetapkan.

Orait. Ini adalah jawatannya.


Borang dan syarat lain boleh didapati di portal kami [link : jawatan kosong]
Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2015 (Isnin).

If tak boleh masuk ke atau tak boleh download borang ke apa, feel free to contact me.
Emel : idaramli2011@gmail.com.
Nanti kami akan bantu.
Atau boleh terus telefon office.

Good luck (utk applicants dan juga utk diri sendiri yang nak 'berperang' dengan borang)

12 March 2014

Jawatan Kosong

Lupa pula nak paste.
Ada jawatan kosong nih.


If tak nampak, sila klik kraftangan.net/jawatankosong/
Sila lah.
Sapa yang berkelayakan dan berminat.
Ada apa2 nak tanya berkaitan jawatan tu - sila lah call 03-21627459. Minta sambung ke HR, minta nak cakap dgn ai ya. Eh. Dah kenapa orang nak cakap ngan ko kan? Haha. Mamaiiii...!


Sekian.

6 November 2013

Sayangi lah Kerja Anda Kerana

Beribu malah berjuta kot yg nak kan 'tempat' anda tu.

Bila takde kerja nak kerja.
Bila dah bagi kerja. Taknak pulak buat kerja.
Dah smpai kena tindakan tatatertib bagai.
Haih (T_____T)

Bebel. Tu puanstoberi la bebel.
Huhu.

Sejak iklan keluar pada 21 Oktober, hehari kiterang ngadap borang.
Bukan seratus, bukan dua ratus, malah beribu. Tentah belas ribu kot.. (exact figure belum ada sbb masih key-in)

Ini antara minggu pertama. Oke. Masih sekotak.

Ni dah masuk ujung minggu pertama. Terbelahakkk menengoknya. Kita terpaksa la panggil staff dept lain selain HR jugak tolong (OT lewww...ihiks). Kadang2 ada je yg dtg bantu sesambil dah abis waktu ofis hour tu. Bantu bukak sampul cam dak Faizullah kita tu pun dah oke.. hihi.


Seterusnya.. minggu kedua.. minggu last... semakin parah. Bos kiterang pun turut sama bantu (gmbr ngan bos tu kat FB n Instagram je lah. Takyah la jaja sini, kang uols kenal plak bos ai. Ngehhh.. Ihiks).


Hehari 3,4 guni. Paling banyak hari Khamis 31hb tu - 5 guni!
Dan ini hari terakhir.
Kihkihkih.
Elok je tersimpuh di celah timbunan sampul tu kan.
Banyak sampul pos ekspress. Sbb semua takut tak sempat kot.
.Nampaknya, kaya pos Malaysia.
Huhu.

Oke, terima kasih la pada yg memohon.
Dan maaf juga kalau susah nak access web kami. Terkezut web tu tetiba traffic byk sgt. Huhu.
Walau cemana pun, kami cuba bantu sedaya upaya.
Ada yg call, bagitahu problem tu, terus kami emel kan syarat n borang.
Ada jugak reader yg emel terus ke aku, and aku emel kan jugak.
Takde masalah.. boleh saja.

So, sekiranya anda dah hantar, berdoa sajalah terpilih.. dapat panggil interview pun dah seribu satu rahmat kalau tgk cemna banyaknya orang hantar kan...
Tu sbb aku kata - sayangi lah kerja anda.. kerana..kalau anda persia kan.. beratus ribu lagi orang nak tempat tu... 

Kiterang dah start key-in data nih. Nanti aku buat entry cemana plak kategori2 orang mohon nih. Mungkin ada yg kelulusan degree tp mohon jawatan gred R1 or R9 (ni cuma kelayakan sekolah rendah/SRP/PMR sahaja).

Once again, kerja lah bebaik..demi agama, bangsa dan negara.. Peace! :D

21 October 2013

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia

Agensi di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan.
Untuk keterangan lanjut kepada yang berminat, boleh layari laman web kraftangan
Tarikh tutup permohonan : 4 November 2013

p/s : Mungkin agak sukar nak masuk portal kami (Kraftangan) ni lantaran 'traffic congestion'. (tetiba hit plak portal kraf). Maaf atas segala kesulitan. Tp sesiapa yg nak borang dan syarat permohonan, boleh la emel ke saya. Insyaallah..saya akan bantu utk emel kan semula borang dan syarat. 


***********
Pitam nih. Dah la aku ada family trip end of November tu.
Dgn nak buat shortlisted lagi, interview lagi.
Huwaaa.... takut nyaaa cuti tak approved... tapi kalau lepas pun cam tak sedap perut jugak tinggalkan kerja nih. Aduyai....

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign