Pages

4 March 2014

Edisi HKK 2014 : My BFF datang shopping

Ni kejadian masa hari perasmian.
Kat instagram pun da berlambak aku buat live update (ko pikir ko sapa nak live update segala kan?) Hoho. Tapi, takpe. Meh ai share sket gmbr hari perasmian.

Perasmian oleh
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor;
Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Persembahan oleh adik2 comel.
Permata Seni Tari.

Persembahan pembukaan 

Hari perasmian - Khamis - 27 Februari 2014.
Bertugas cam biasa. Kumpulan sambutan dan protokol (usherrete).
Meriah kan uniform weols?? Tsskk... Masa Datin Paduka Seri bagi speech, dia kata usahawan jangan buat design yang ala ala gunung berapi / tsunami. Adakah baju weols ala ala gunung berapi? Huhu (T___T).

Tapi ye lah pun kan.. tetiba oren gitu. Mujo aku amik saiz XS. Kalau tidak... Huhuhu -_-"
Lps tu, tetiba my bff w.app, kata nak dtg.

No hal je.. kalau HKK ni kiterang oke je nak entertain kengkawan. Tak tu pun mmg aku selalu bawak lawatan berpandu.
Dalam kul 1 lebih dia sampai. Dia g solat apa seme. Aku pun masa tu baru settle abis bertugas. Makan dulu. So, lps tu baru entertain beliau. Call myDH skali turun sbb asben mmbr aku ni mmg dah kenal asben aku. Derang mmg boleh ngam la.

Seronok rasa sahabat dtg kan.. 
Ye lah.. sbb kiterang tak planning pun. Tau2 dia sampai je sbb kebetulan dia cuti.
Lps tu pulak dia pun membeli gak. Tu lagi bes.
Smpai asben dia kata 'Aku syak korang ada share la kat kedai2 korang bawak ni'

Haha.


Kat kedai ni dia beli batik sepasang - cotton - yang dah siap - dapat RM140. Oke sgt sbb kalau yg belum siap pun, biasanya dalam 130 camtu. Pastu asbennya dapat batik crepe (long sleeves) - RM140 gak. Murah gak tu. Biasa crepe cam mahal gak la. 

Jalan lagi, beli lagi sepasang. Kat sini, aku pun terjebak. Arghh.. cemana aku pun boleh terjebak nih. Siap cakap ni baju raya kedua. Giler..giler.. sebelum smpai raya ke tujuh, cecepat tarik derang keluar. Huhu. Pastu derang ada gak beli baju kaftan (baju tido) utk anak2 dara derang. Cumil angattt... :D

Then ada lagi la derang beli kat tpt aneka kraf. Dgn brooch nya, dengan gelang nya.. tu yg laki dia kata kiterang ada share ngan usahawan tu. Haha. Mana ada la. Tp biasanya ngan staff, lagi plak usahawan kiterang dah biasa, harga tu bule la lebih kurang. 

Derang balik dalam kul 6pm. Huhu. Lebih kurang 4 jam gak la derang abiskan masa dalam tu. Tu aku cakap, sapa nak dtg, takyah la kata 2jam. Harus terlebih. Ada 500 lebih usahawan dan pelbagai produk kraf. Ce kabo, kat mana lagi kita boleh dapat tgk pelbagai produk kraf (buatan Malaysia) yg duduk setempat. Masa Hari Kraf Kebangsaan la.

Aku biasa bawak lawatan. Cam Puspanita jabatan2 la kan. Derang selalu cam terperanjat bila tgk sendiri keadaannya. Sbb tak sangka sebesar ini dan seramai ini usahawan yg berkumpul. Apatah lagi bila tgk batik kan.. itu mmg rambang mata la. Sini la tpt dia. Harga? Sendiri turun dan bandingkan lah. Aku tak nafikan mmg ada yang mahal. Tp ada gerai yg menawarkan harga terbaik dan terpulang pada kemahiran kita lah untuk tawar menawar. 

Jangan lupa dtg ya - 
Hari Kraf Kebangsaan. 10 pagi - 10 malam.
Sehingga 10 Mac 2014 (Isnin)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign