Pages

18 March 2014

Senyap. Dan Disappointed.

Senyap sunyi plak lately.
Entah ek.
Dengan kejadian2 kebelakangan ni, rasa hidup pun turut huru hara.

Aku byk meraban raban kt FB lately.
Dulu dah kurang.
Tapi, tu hari abis sari suntuk aku meng-spam wall FB orang.
Ha, lantak kan.
Pastu status plak cam blur blur - lantak lah kan.

Disappointed.

Lain yg di cakap, di sampaikan ke orang dalam versi lain.
Dan orang mula mengecop aku menyakitkan hati orang.
Terasa. Di lubuk hati paling dalam.
Mengapa orang tu tak tanya sejauh kebenaran citer tu.
Kecewa.
Paling kecewa.

Tanggungjawab.
Aku rasa, semua orang, tak banyak, sedikit, pasti ada rasa tanggungjawab dalam dirinya.
Tapi, orang anggap kita bekerja utk fun agaknya. Tak kesah pasal tanggungjawab.
Apa guna aku nak sekat rezeki orang.
Apa guna aku nak sakitkan hati orang.
Takde guna.

Kita bukan nak hidup menongkat dunia pun.
Tengok je lah kejadian yang menimpa negara kita ni.
Ada yang sedang2 elok nak bercuti semua dah, tup tup sapa pun tak tahu nasib kemudiannya.
Tetiba hilang. Entah hidup entah mati.
Jadi, jangan lah sesenangnya kita menganggap orang tu buruk segalanya. Kita bukan hidup selamanya di dunia ni. Untung nasib kita sendiri pun, kita tak tahu lagi. 

Gitu lah.
Cakap salah.
Tak cakap salah.
Bila cakap, di salah erti.

Bila tak cakap, di kata tak buat kerja.
Sampai bila camni.

Orang kata - kalau tak salah - biarkan je.
Aku mmg sedang biarkan. Walau hati ni mmg rasa tak tenteram.
Kenapa la ada orang berfikiran macam tu. Aku tahu tanggungjawab aku. Takkan lah aku nak simply2 nak bagi orang 'jatuh'.

Dan lagi sedih bila orang bulat bulat percaya.
Ye lah. Aku ni jahat kan. Aku ni lah yang buruk perangai. Aku lah yang teruk. Orang lain semua maksum dan lindungan kaabah belaka. 

Tak pe lah.
Terpulang lah. Yang pasti aku tahu, tanggungjawab aku, aku kerja untuk dapat keredhaan Allah. Biar setiap sen yang aku dapat setiap hujung bulan tu berkat. Allah tahu itu. Biar lah orang lain mengganggap aku jahat, aku sentiasa menyakitkan hati orang. Hidup ini bukan utk pleased kan semua orang.
Yang aku tahu, Allah ada untuk aku.


2 juta komen

Assalamualaikum kak ida. sabar banyak ye. dugaan ~~~

sabo le Puanstoberi...... dah namanya manusia....

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign