Ha kau. Siap nak bagi tips aku nih.
Sbbkan aku ni orang yg sentiasa jadi target tele-marketer, aku dah buat memacam taktik utk derang nih. Meh aku share apa aku pernah buat.
Ada orang kata - kalau orang call dan tanya nama penuh - terus je cakap salah nombor.
Bagi aku tak boleh pulak. Sbb kang tup tup dibuatnya dari jabatan memana. Dah jadi satu hal plak.
Mana tahu dpt grand prize satu juta ke. Ha..kan rugi. Kohkohkoh (mmg tak la kan).
Antara yg pernah aku buat :
#bila orang tanya nama, dan kita mengaku, dia pun perkenalkan dari mana - cecepat aku kata salah nombor. Biasanya dia akan repeat balik nama kita utk confirm, sbb tadi kata ye, ni dah kata wrong number. Pedulikkan. Terus je kata - wrong number, wrong number, sorry aar... masa derang terpinga pinga tu - kita boleh letak phone.
#Agen insurans - yang ni aku ter layan pulak. Ter oke. Ter... sbb saja nak tgk. Pastu aku tanya bab zakat bila simpan dalam insurans dia - smpai orang tu yg annoyed ngan aku - bangang abadi ni, dia yg amik masa kita - dia pulak marah kita balik. Ni aku kategori kan tele-marketer paling bangang abadi yg pernah call aku. Kalau jumpa dedepan mmg tahap aku tendang masuk dlm longkang je sbb takde budi bahasa (ini aku pernah buat entry khas dulu).
#Astro - Orang Astro ni call atas nama abang aku. Sbb dulu aku pakai Astro atas nama abang aku. Tp dah 3 tahun kot delete akaun tu. Dah banyak kali dah aku cakap sila la delete number aku nih. Tak jugak. Sudahnya yang latest ni dia call, aku suh laki aku jawab. Jadi laki aku cakap - tolong delete nombor nih, dah banyak kali call, sangat menggangu. Siap mintak nama orang yg call tu. Nama penuh. Laki aku kata 'kalau ada Astro call lagi, atas nama abang saya, saya akan carik awak'. Tergagap gagap budak tu bagi nama penuh dia. Lantak la kalau dia menipu nama dia pun, as long dia aware yg kita annoyed dengan cara mereka.
#paling latest - aku dah lelah la nak bersoal jawab dengan tele-marketer ni. Buat sakit hati je. So, skrg aku buat - pick up call - dia tanya nama - kita mengaku - pastu bila dia cakap dari mana - buat senyap je. Jangan letak phone sbb nampak cam biadap. Just biar je smpai la derang yg letak phone. Aku rasa ni cara paling terbaik dan kita pun tak sakit hati. Tau je dari mana terus senyap je.. biar derang je dok hello hello. Aku pernah buat camni time Ustaz Don tgh bagi ceramah. Kebetulan dia tgh baca Fatihah. Aku biarkan phone to on dengan bacaan Al-Fatihah. Mesti dia tergamam dan ingat dia dah dalam kubur. Hahahahaa.
Annoying kan tele-marketer nih.
Aku rasa, kerja paling kesian adalah tele-marketer.
Jadi, sila lah carik kerja yg oke sket.
Ko jadi promoter lipat baju kat supermarket tu lagi mulia dari tele-marketer nih.
Sbb skrg ni, orang bukan percaya kalau orang call call ni. Sesilap korang yg kena saman nanti atas hak perlindungan data peribadi.
Kat sini ada lagi memacam taktik yang korang buleh buat if dapat panggilan dari tele-marketer
Waystoannoytelemarketer
4 juta komen
ok...cara ketiga tu nampak cam kejam..... bio die nyembang soghang2...
Assalamualaikum kekda. kahakhakah terbahak2 sheila baca. macam2 gaya boleh buat ye. selalu sheila takkan angkat call nombor pelik2 ni.. kalau terangkat gak, sheila jawab apa2 kena tanya suami dulu. hihihi. kita singgah sini sambil klik tabung nuff kekda ~~~
hahahaha.. tergelak2 zana baca cara ni kekda sayang oiii...
cara last sekali tu mmg terbaik.. pasang surah al-fatihah kat pc ni, then bagi diaorang dengar.. hahaha..
nice sharing kekda.. zana selalu suruh call balik jer lps office hour.. tp lps tu mmg zana x jawab la phone tu.. hehehe
saya biasanya cakap, takpelah terima kasih. saya tak berminat.
terus saya letak fon huhu..
Terima kasih atas komen anda :)