Pages

Showing posts with label menyampah. Show all posts
Showing posts with label menyampah. Show all posts

25 March 2015

Kenapa Ada Rasa Meluat?

Pernah tak rasa macam meluat? Meluat yang mmg tahap meluat sangat.
Meluat ni ikut definisi kat DBP :
1. berasa hendak muntah, me­loya, meluah; 2. sangat benci, menyampah

Ha, kiranya meluat ni lebih atas dari benci dan menyampah.


Satu perasaan yang tak sepatut ada pada kita kan.
Tapi, apa nak buat. Kita manusia pun ada hati dan perasaan kan.
Lalu aku google "hindarkan rasa benci dan meluat pada orang"
Terus la tgk satu persatu yg keluar.
Dan dari artikel ini agak bagus.
Aku cedok sket lah.
Utk full article klik [link : halaqah]

Perasaan menyampah sering melanda kita dan perasaan ini memang tidak selesa. Sukar juga untuk menceritakan rasa ini. Macam nampak sampah, malah lebih teruk dari itu. Meluat, benci, marah, rasa macam nak muntah....berbagai rasa tak selesa yang membentuk rasa menyampah. Nampak muka orang yang kita menyampah, perasaan jadi terganggu. Melakukan kerja yang kita tidak suka, perasaan terganggu. Ia boleh membunuh mood. Bila kita rasa menyampah, yang lebih susah adalah diri sendiri sedangkan orang yang kita menyampah terus hidup seperti biasa. Kerja yang kita tidak suka juga tidak akan selesai. Lebih banyak rugi daripada untungnya. Jadi, jika dilanda rasa menyampah, tindakan bijak ialah merawat rasa menyampah itu, jangan sampai ia membunuh keceriaan. Membiarkannya memusnahkan keceriaan umpama membawa membawa atau mengusung orang atau beban kerja tersebut dalam hati dan fikiran. Ia akan mengikut ikut kita ke mana-mana. 

Sampah di minda dan hati
Untuk memudahkan kita menanggapi masalah ini, saya suka mengaitkan rasa menyampah ini dengan sampah. Sampah ialah benda yang telah kehilangan fungsi asal. Apa yang kita panggil ‘sampah’ hari ini, suatu masa dahulu kita panggil dengan berbagai nama dan kita menyimpannya atas berbagai kegunaan khusus. Kertas pembalut makanan pernah berjasa melindungi makanan yang kita makan dari kekotoran supaya makanan tersebut tidak membahayakan kesihatan kita. Setelah habis fungsinya, ia pun bernama sampah. Suatu masa dahulu apa yang kita panggil ‘bunga’ menjadi perhiasan yang menyejukkan mata memandang tetapi akhirnya apabila telah layu ia dibuang dan dipanggil sampah. Dalam perkataan lain, sampah adalah apa yang ‘tidak berguna’, ‘kotor’ atau ‘menyemakkan’ di mata kita. Tempat yang layak untuk sampah ialah dalam tong sampah. 

Apabila kita menyampah kepada seseorang, sedar atau tidak, minda dan hati kita melabelkan orang itu sebagai ‘kotor’, ‘tak berguna atau ‘menyemak’. Apabila dia dianggap tak berguna, maka kita pun memasukkan dia dalam ‘tong sampah’ minda dan hati. semakin ramai orang atau perkara yang kita menyampah, hakikatnya kita menjadikan minda dan hati kita sebagai tong sampah besar! Andai dibiarkan minda dan hati akan ‘reput’ dan busuk sehingga menutup atau menenggelamkan perasaan positif yang lain. Sebab itu, bila kita menyampah terhadap seseorang, kita buta kepada kebaikannya dan jasanya dilupakan begitu saja!
Mengapa kita biarkan rasa ini dalam minda dan hati sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Pencipta segalanya mencipta setiap sesuatu ada sebab dan peranan tertentu. Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia! 

Kenapa menyampah?
Renungkan siapakah orang yang kita menyampah melihatnya. Perhatikan dengan jujur, adakah orang lain juga menyampah terhadap orang ini? Renungkan juga apakah perkara-perkara yang kita menyampah melakukannya. Perhatikan dengan jujur, adakah orang lain juga menyampah terhadap pekerjaan ini? Adakah sebab yang wajar untuk kita menyampah melihatnya? 

Hadiahkan Doa Dengan Penuh Kasih Sayang
Seperti perasaan negatif yang lain, memang bukan mudah untuk mengikis rasa menyampah dalam sekelip mata. Bergantunglah kepada Allah. Dia pernah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Dia juga yang menciptakan hati yang merasa dan akal yang berfikir. Maka semudah itu jugalah Dia membantu kita menangani rasa menyampah ini.

Berdoalah untuk diri sendiri supaya perasaan kita sentiasa terpelihara. Doakan juga orang yang kita menyampah dengan penuh kejujuran. Adakalanya dalam kita mendoakan orang lain pun, tanpa sedar kita masih membawa perasaan menyampah tersebut. Contohnya, kita mendoakan “Ya Allah, lembutkanlah hatinya...” secara tak sedar secara muktamad kita melihatnya sebagai seorang yang keras hati dan lupa ada kemungkinan yang keras hati sebenarnya adalah diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan doa terseut salah, tetapi sekadar untuk renungan betapa dalam doa yang paling indah pun kita masih terpenjara dalam persepsi yang negatif tentang diri orang lain. “Ya Allah, semoga dia akan berubah...” adalah doa yang baik dan indah untuk orang lain. Namun secara halus, ia menggambarkan persepsi bahawa orang yang didoakan itu perlu berubah sehingga si tukang doa mungkin terlupa bahawa dirinya lebih perlu berubah.

******
Kesimpulannya, perasan meluat ni mmg tak baik dan tak patut ada dalam diri kita.
Even, ada orang yang kita rasa sangat me-meluat-kan.
Kita kena redha. Malah doakan je lah agar dia tak lagi jadi seorang yang meluat.
Tapi, pelik lah. Kenapa ada manusia macam tu ya.
Pelik!

6 April 2014

Misteri Panggilan Telefon Dari 052205800

Ha. Misteri katanya.
Siapa pernah dpt call dari nombor ini?
Tiada?

Oke. As for me yg mmg selalu diganggu tele-marketer ni, mmg nombor ni naik call haku.

Itu adalah nombor Astro ya.
Yer. Mmg nombor Astro.
Aku tak tahu lah kejadah apa dia menggunakan nombor 05 yakni negeri kelahiran aku tu.

Pelik betul lah.
Dan bila google - ramai yg kena dengan nombor ni. Really Annoying.

Memula 2,3 kali dia call. Aku tak pick up. Ku biarkan je.
2 hari selepas tu dia call lagi.
Aku jawab.

Rupanya dia dari Astro dan nak cakap ngan abang aku.
Hawau tau Astro nih. Ha. Kan.
Dah berbuih mulut aku suruh update data.
Suruh delete nombor aku tu.
Nombor tu bukan atas nama abang aku. Itu nombor aku.
Kisahnya dia suspect nombor tu abang aku punya, sbb memula dulu, dulu la.. dulu... tahun 2004 camtu, abang aku masukkan Astro kat umah kampung. Nama dia. Pastu bila aku kerja KL, aku suh tukar nama n alamat utk mudah hantar bil. Tapi, aku dah terminate dah pun bil tu 2 tahun lepas.
Yer. 2 tahun lepas. 
And such a big company yang kebuluq sgt customer, dia punya modus operandi, dia tak delete no phone kita. Lantak lah kalau Astro menafikan hal ini. Tp aku amat yakin ini dia punya modus operandi. Walau dah terminate, dia akan terus menghantui kita. Hingga ke akhir hayat. Ini macam hantu kak limah pun yer ni. Mmg hantu betul Astro nih.

Awas la engkorang yg pernah register nombor phone korang ngan Astro.
Sesilap kita dah meninggalkan alam fana ni, dia masih carik kita. Percaya lah.

Tu hari, laki aku dah ugut2 orang Astro tu suruh delete. Dah takde terima call dari nombor yg tu. Setakat ini lah. Esok esok tak tahu lagi tu. Yg ini nombor dari Perak pulak. Punya nak nak jugak bercakap kita. Kita tak angkat pun telepon lagi. Ada aku baca, ada orang tu 29kali dia call sbb tak berjawab. Gigihnya Astro. Mungkin orang yang call ni dapat komisyen.

Aku siap cakap, Astro ni mmg mengganggu betul lah. Dah beratus kali saya suruh delete nombor ni, itu nama abang saya, kalau tak delete, atau dapat lagi call, saya saman Astro.
Ha. Kau. Limit. Geram.

Aku try nak hantar emel kat Astro.
Rupanya Astro tak pakai emel utk sebarang complaint.
Siap ada form. Yg mewajibkan isi no phone n nombor IC kita. Itu pun terhad 500 patah perkataan. Berlawak ya Astro. Aku dengan UMobile, siap berbalas balas emel - panjang2 pulak tu. Apa takut ke orang nak hantar emel?? Takut lew tew... 
Wah. Satu lagi modus operandi dia yg cantik sangat kan. Sesenang je mintak IC kita.
Mmg sorry lah aku nak bagi. Sesilap dijadikan butiran kita utk promote barang dia.
Jadi, ini sajalah medium yg paling sesuai digunakan.
Dan Astro yang budiman.
Tolong. Tolong. Dan tolong.
Jangan ganggu aku lagi.
Aku pun sekarang dah guna apa menda yg kau nak promote.
Beyond ke, HD ke, PVR ke apa mak nenek tu semua dah ada.
Dan aku tak kebuloq dan tak hadap IPTV ke apa menda ntah tu.
Tolong ya.

Sekali lagi kau call, aku sanggup mintak cuti dan terus pergi complaint kat pejabat Astro.
Sekian.


Yang benar,
Saya Yang Dah Sangat Muak Nak Terima Call Dari Astro

11 March 2014

Tips Untuk Menghindari Panggilan Tele-Marketer

Ha kau. Siap nak bagi tips aku nih.
Sbbkan aku ni orang yg sentiasa jadi target tele-marketer, aku dah buat memacam taktik utk derang nih. Meh aku share apa aku pernah buat.

Ada orang kata - kalau orang call dan tanya nama penuh - terus je cakap salah nombor.
Bagi aku tak boleh pulak. Sbb kang tup tup dibuatnya dari jabatan memana. Dah jadi satu hal plak.
Mana tahu dpt grand prize satu juta ke. Ha..kan rugi. Kohkohkoh (mmg tak la kan).


Antara yg pernah aku buat :

#bila orang tanya nama, dan kita mengaku, dia pun perkenalkan dari mana - cecepat aku kata salah nombor. Biasanya dia akan repeat balik nama kita utk confirm, sbb tadi kata ye, ni dah kata wrong number. Pedulikkan. Terus je kata - wrong number, wrong number, sorry aar... masa derang terpinga pinga tu - kita boleh letak phone. 

#Agen insurans - yang ni aku ter layan pulak. Ter oke. Ter... sbb saja nak tgk. Pastu aku tanya bab zakat bila simpan dalam insurans dia - smpai orang tu yg annoyed ngan aku - bangang abadi ni, dia yg amik masa kita - dia pulak marah kita balik. Ni aku kategori kan tele-marketer paling bangang abadi yg pernah call aku. Kalau jumpa dedepan mmg tahap aku tendang masuk dlm longkang je sbb takde budi bahasa (ini aku pernah buat entry khas dulu).

#Astro - Orang Astro ni call atas nama abang aku. Sbb dulu aku pakai Astro atas nama abang aku. Tp dah 3 tahun kot delete akaun tu. Dah banyak kali dah aku cakap sila la delete number aku nih. Tak jugak. Sudahnya yang latest ni dia call, aku suh laki aku jawab. Jadi laki aku cakap - tolong delete nombor nih, dah banyak kali call, sangat menggangu. Siap mintak nama orang yg call tu. Nama penuh. Laki aku kata 'kalau ada Astro call lagi, atas nama abang saya, saya akan carik awak'. Tergagap gagap budak tu bagi nama penuh dia. Lantak la kalau dia menipu nama dia pun, as long dia aware yg kita annoyed dengan cara mereka.

#paling latest - aku dah lelah la nak bersoal jawab dengan tele-marketer ni. Buat sakit hati je. So, skrg aku buat - pick up call - dia tanya nama - kita mengaku - pastu bila dia cakap dari mana - buat senyap je. Jangan letak phone sbb  nampak cam biadap. Just biar je smpai la derang yg letak phone. Aku rasa ni cara paling terbaik dan kita pun tak sakit hati. Tau je dari mana terus senyap je.. biar derang je dok hello hello. Aku pernah buat camni time Ustaz Don tgh bagi ceramah. Kebetulan dia tgh baca Fatihah. Aku biarkan phone to on dengan bacaan Al-Fatihah. Mesti dia tergamam dan ingat dia dah dalam kubur. Hahahahaa. 

Annoying kan tele-marketer nih.
Aku rasa, kerja paling kesian adalah tele-marketer.
Jadi, sila lah carik kerja yg oke sket.

Ko jadi promoter lipat baju kat supermarket tu lagi mulia dari tele-marketer nih.
Sbb skrg ni, orang bukan percaya kalau orang call call ni. Sesilap korang yg kena saman nanti atas hak perlindungan data peribadi.


Kat sini ada lagi memacam taktik yang korang buleh buat if dapat panggilan dari tele-marketer
Waystoannoytelemarketer

3 December 2012

Edisi Aku Berat Hati, Kenapa Kau Susah Hati

Perbualan kosong. Sekadar berbasa basi kata orang. Nati dikatakan sombong pula.
A : "Beratnya rasa nak pegi course ni"
B : "Ala, tu berat tu pasal nak tinggalkan cik abang la tu"

Hek ele.
Mengapakah masih ada orang2 berpemikiran kolot begini di zaman2 globalisasi nih yer. 
Serius pelik. Ruang lingkup pemikiran masih tertutup.

Berlawak 'cliche' sebegitu dah lama orang tinggalkan la.
Taknak pegi kursus sbb tak sampai hati nak tinggalkan laki/bini.
Dan lagi la tak relevan kalo yg menuturkan orang dlm golongan PnP.

Our responsible.
Bukan taknak pegi atau berat hati ni sbb suami ke isteri ke apa.
Tapi cuba pikir. Orang yg taknak pegi tu mungkin ada tanggungjawab yg lain.
Perlu menghadiri kuliah contohnya. Lagi pula ada tugasan utk dibawa ke markah akhir (carry mark).
Bukan pasal berat hati nak tinggalkan laki ke bini ke.

Contoh la katakan aku la yg A tu (ke mmg aku? Muahahah)
Aku bulan ni je dah berapa tpt aku pegi. Dah berapa kali aku 'tinggal' laki aku.
Dari lps raya haji - seminggu aku di kampung temankan mak. Then aku trus ke Sabah. 3 hari. Then ke Terengganu. Then ke Marriot tu plak. Semua tu hasben aku kat KL, mmg tak pegi dgn aku. Apa kes plak aku berat hati kerana nak tinggalkan laki. Kita mmg bekerja. So, tanggungjawab tu bukan lah utk family semata-mata. So, takde masalah aku rasa kalo nak tinggalkan suami kerana kerja bila mana dia redha.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ 

binti Abu Bakar yang  membantu  suaminya,  Zubair bin Awwam dalam  menguruskan
segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak,
dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. 
Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh 
dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah  s.a.w dan baginda 
tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di 
dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam 
dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu 
sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan 
urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang
sama ) . Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan 

kepada isterinya untuk keluar bekerja. 

Persoalannya, bukan aku nak berhujah perihal hak hak isteri pula. Cumanya, tak perlu kot nak buat lawak cliche, lawak lapuk yg kata malas nak gi course sbb tak sanggup tinggal suami la apa tu. Tu lawak kat kenduri kawen kampung kampung boleh la. Ni lawak plak kat tpt yg kalo orang lain tengok mmg orang yang menyertai adalah golongan yg kononnya semua kategori 'profesional'. Eh. Malas lah nak layan orang camni. Anoyying. Se- annoyingnya. Orang lain mungkin senang dgn lawak lapuk camtu. Dgn aku, mmg tak la.. zaman dah maju nak buat lawak mengong camtu. Eh. Jap, tapi kalo yer pun aku berat hati kerana nak tinggalkan laki la kan, apa salahnya kan. Suami kita. Ko senak perut pasaipa?

Kita ni ada banyak lagi tanggungjawab untuk memajukan diri. Jangan la nak komplen sana komplen sini. Seronok menjaga tepi kain orang. Smpai bila nak maju kalo duk ada orang yg asik berpikir camni yer. Hurmm... kesian....

p/s : Kesian kat Lisa Surihani masa ML tu ari. Kenapa la AC tanya ke dia secara umum camtu. Mmg dia gelak2, tapi.. aku tau cemana dia rasa. Pulak bila AC kata 'sibuk, tak sempat jumpa kot' dan dijawab dgn hilai tawa para penonton. Bagi aku tak perlu kot tanya bila nak mengandung, apatah lagi secara terang-terangan camtu. Tp bagus pun dia bagi jawapan 'minta AC tolong doakan lah'. Bila bila ni bukan kerja kita. Apa yg dia nak cuba sampaikan? Eh. Aku plak emo. (T___T)

17 January 2012

Perihal Beg ku Ber Sopak

Lama giler kot nak buat entry ni.
Ni baru tingat balik. Dulu pun Mekchu pun ada buat entry camni.

Tu lah tu, beg seme suka ber 'sopak-sopak'.
Mencik tau. Yelah.. ai mmg tak mampu kekdahnya nak ber beg Gucci mahupun LV kan, maka mendapat la beg bersopak kayak ginih.
Ceh! Igt kut beli beg Sembonia da tak bersopak.
Cemtu gak.. igt kut nak buat beg jalan2 la.
Skali da bersopak camni mmg ku lenjan je hehari.
Tunggu je dia bersopak melarat ke seme badan dia.
Skang ni masih sopan lagi sopak dia sbb blum melarat.

Tp kalo jarang pakai pun camni gak la kekdahnya.
Macam 'makan diri'.
Beg CR pun gini, beg Sembonia pun gini. Beg Coach? Ha..tu tatau lagi.
Kalo sopak gak ku hantar balik ke HK. Hahahaha.

Lps ni pakai beg plastik je la. Sng sket kalo kuar ari Sabtu, trus je buh barang.

27 September 2010

~Pasal Soalan Itu~

Pelik oih. Aku pikir da hmpir 2 thn aku kawen ni takde dah la soklan2 mcm tu.
Ada jugak lagik...
Tgk aku gemuk, tnya soklan tu.
Bukan..bukan tak buleh tanya..tp cuma letakkan diri kita pula di tempat org kena tnya tu.
Ter guris tak perasaan?
Cena kalo kita shift kan soklan tu kepada "eh..duk tnya kat org ni, awak plak bila nak kawen? bleh cepat2 beranak"
Boleh??
Tah..aku tak penah la nak sebuk tnya bila org nak kawen, nak beranak..tp org sker la sebuk2 tnya ke aku.
Kalo la ditakdirkan satu hari nati org yg bertanya tu duduk di tpt aku pula, baru dia tahu 'sakit' nya perasaan masa menerima soalan tu.

Dah lama aku tk dgr soalan tu. Sapa tak mengandung dlm 2-5 bulan lps berkahwin mmg la hazab dgr soklan yg sama dan bila kita menjawab pelbagai komen plak yg bersambung lps tu. Ada yg mmg hazab dan ada yg memberikan motivasi.
Entah. Dgn keadaan aku yg hampir 2 thn tak mengandung ni, serius..aku rasa aku amat berbeza dgn org dan kadang2 ia buleh buat aku low-self confident which that's not really me.. keadaan persekitaran yg mendesak aku utk berpikir mcm tu. Tp aku harus hadapi jugak. Dan aku redha sbb aku tau Allah datangkan dugaan ni sbb Dia tahu aku boleh hadapi. Persetankan la org2 dgn soalan yg tu.

Ah! Dah la. Malas nak pikir. Baik aku pikir task seterusnya utk buat entry iPhone tu.

19 August 2010

~Pasal Dua Kali Lima~

Kejadian mlm semlm.

Dkt care4. Eh. Smlm care4 ni bikin havoc je tau. Tgh syok2 beli brg tetiba alarm berbunyik. Aku risau jugak ada kebakaran ke. Tp tgk suma org buat 'no hen' je so, aku pun buat 'no hen' jugak la. Tetiba dtg org keja kat situ yg mcm supervisor la kut dia kata "ketepi..ketepi" Owh..tetiba aku jadi kalut. Igt kut mmg ada kebakaran ke apa la. Rerupanya pintu rolling shutter tu nak tertutup dari atas. Mungkin bila alarm tu berbunyi otomatik la pintu tu tertutup. Mungkin supaya kalo ada kebakaran dia tak cpt merebak.

Pihak pengurusan care4, buleh tak lain kali buat annoucement kalo ada bunyi2 yg mencemaskan ni. Mengkalo ada kebakaran bebtul cemna?? Ckp la "tuan puan pelanggan dihormati, harap bertenang kerana tiada sebarang kecelakaan berlaku, sila awasi kepala anda kerana pintu roller shutter akan tertutup secara otomatik". Ha..buleh tak??buleh tak?? mana la kita tau roller shutter tu nak trun dari atas tu. Mmg dia turun slow je. Mengkalo la shutter tu rosak plak. Lalu terhempas atas memana kepala customer cena?? Harap menda2 ni jgn la diambil mudah. Udah la memcm citer pasal care4 ni dah kuar.

Ok, back to d stori - ingat dulu kat blog 'sebelah' aku tu ada citer pasal org yg aku delete dr fren list bila dia kata aku emo sbb dia tnya kat aku pasal anak. Ha..buleh plak terjumpa lak dgn dia smlm. Ter 'suet suet' bila napak aku. Abis takkan nak buat sombong. Aku kalo ramai org buleh je aku angkat tgn je. Tak kuasa aku nak pegi ke dia. Tp dah takde org..pegi je la. Masa tu dia dgn wife kat kedai makan. Katanya baru lps berbuka. Aik dah kul 9 lebih baru nak berbuka. Ok. Wat eva.

Then biasa la salam2 suma. Aku pun salam ngan wife dia (sbb mmg aku kenal la wife dia kan). Wife dia tnya la apa kabar. Lps tu trus tanya "takde lagi ker?". Eii..eii..eii..eii...
Aku jawab la..takde..tu yg buleh kuar memlm ni. Kalo ikut giler aku buleh je jawab "takde apa? baju raya? kasut raya? atau kuih raya?". Sbb retu ada budak cawangan call aku tnya camtu la lebey kuang, aku jawab mcm tu la. Fadan muka. Nak tnya..sila tnya direct "eh. ko tak mengandung lagi?". Atau nak lagi bes "eh. apsal ko tak mengandung lagi ni. Ko tak pandai 'main' yer" (soklan ni aku penah kena weh...tingat tingat lagi. Tp takpe..bumi ini bulat. Ko ingat tu..!!)

Menyampah tak? Aku tnya org yg se naseb dgn aku sahaja. Menyampah tak? Sbb kawan lama ko tak jumpa lps tu soklan kedua dia tnya adalah dah beranak ke belum?. Menyampah tak?

Keterlaluan tak kalo aku kata menda camni la yg membuatkan lebih ramai org yg buang anak. Ha. ko pikirlah sendiri apa relevannya. Mcm Wardina ckp dlm MHI pagi td (aku smpat tgk MHI smpai kul 7.30pg b4 gi keja) org sekeliling juga menyumbang kpd kes pembuangan bayi ni. Memula aku mcm marah. Apa hal kita lak dipertanggungjawabkan. Lps tu aku pikir, betul jugak. Sbb nya : kes2 dlm kain ni mmg org suka amat.

Ye lah. Kalo dah lama tak jumpa bkn tak buleh tnya pasal keja ke, pasal kawan2 lain ke, pasal nak raya ke, baju raya dah beli ke belum ke. Adeeeh...

Jadi aku simpulkan 2 x 5, 5 x 2. Bagus la tu.

17 June 2010

~Tolong saya...~

untuk jawab soalan yang diberikan oleh kawan saya di muka buku.

abistu bila nk ada anak sendirik?

Sbb nya saya da pening nak pikirkan jawapan.
Soalan dia mcm soalan yang tanya.. abis tu bila nak beli kereta??
Kalo mcm tu saya ada la jawapan.
Yg ni bebetul buat saya buntu lah.
Saya ada jawab jugaklah kat muka buku tu..tp saya nak tau kut2 ada jawapan lain.

Ini jawapan saya kat mukabuku :
Sila la tanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sbb hanya Dia yang Maha MEngetahui. Sy tak berani nak cakap lebih2 sbb saya seorang yg percaya apa yang ditentukan oleh Nya..org lain saya tatau la sbb selalu je tanya pada saya soalan yang semuanya ketetentuan Tuhan.

Terima kasih atas bantuan anda.

*oleh yang demikian ada entry di blog sebelah*

~update: bila aku jawab mcm atas tu, beliau kata aku EMO dan takut aku MERANCANG. Haha. Sukati la aku nak emo ke apa. Kalo ko tak tanya soklan tu aku tak emo lah, selama ni ada aku emo? Ada ? Piraahh... asik nak jaga hal dalam kain org je tak sudah..

*ok, org emo ada smbg entry emo kat blog sebelah*

PnStoberi : maaf la lagi skali pasal yg sama..lantak lah..!

8 June 2010

~Benci FB~

Bila chat tegur org yg da lama kita tak tegur..
akan kuar soklan ini
"eh. ko pregnant eh?"
"eh.ko gemuk giler skang. mengandung yer?"
"eh. ko da hamil ker?"
'eh. ko dah ada ker?"
Ada apa?? ada duit?? ada banglo?? ada penampo???

Berapa ratus ribu kali dah aku ungkapkan dalam blog ni.
Ni baru lagi ni aku kena ni..baru sesaat ni. Tu aku terus tulis ni.
Aku baru je nak tegur sbb nak tnya pasal ada member tu mak dia baru meninggal.
Dia trus tanya soklan tu.

Woiihhhh!!!...
Dgn ini aku declare..aku takkan tegur sesapa pun dlm chat tu yang aku rasa dia akan tanya soklan gitu. Hatta ada hal penting pun. Pegi mamp** lah. Hanya dgn org tertentu shj yg aku bbetul tahu tak sibuk pasal aku mengandung, hamil, pregnant dan sewaktunya.
Serius aku menyampah thp dewa.
Jadi..pepaham sendiri sudah.
Kalo ko pun rasa tak suka org tanya soklan tu, patut ko pun tak buleh tanya soklan tu pada org lain. Boleh?? aku pun tak pernah nak tanya kat org "eh..ko mengandung?" "eh..ko hamil?" "eh..ko pregnant?" "eh. ko da buncit?" eh itu eh ini..hiewwww!!!!

Benci..benci..benci..rasa terus nak remove saat2 ini juga.

Lantak..tak payah tulis kat secret blog lah.. pamer kan je kat sini. Dgn harapan org tu akan baca dan sedar.

**update**
That person minta maaf kat aku. Katanya saje je kot2 aku nak gitau dia aku dah peknen. Dia kata dia lagi stress. Dia tau aku mcm marah sbb dia terus tanya "da ada ke?". Then aku kata aku malas nak ckp pasal anak. Babai. Aku pangkah chat tu..aku ttp trus fb. Tu yg dia lelaju mintak maaf kat inbox. Yelah..korang pikir yer..aku baru tegur 'salam'. Dia terus jwb lama tak jumpa yer..pehtu tanya da ada ker. Kalo korang la..apa perasaan korang. Dlm palotak tak ingat lain gamaknya. Padahal aku nak tnya hal kat kg tu. Kut2 dia tau.

Persoalan nyer skang, bukan aku stress ke hapa. Tp menda2 gini la buat aku stress. Dgn tawaran jawatan baru hari tu aku makin redha dgn perjalanan dan ketentuan yg Tuhan berikan pada aku. Aku yakin sgt Tuhan dah tentukan yg terbaik utk aku. Aku dah redha..tp keadaan sekeliling dan org2 camni lah buat aku depress!.

Takat ni aku da kenal pasti 2 org yg sker attack aku dgn menda2 gini. Persamaan antara mereka ni adalah mereka kawen awal dari aku dan masih tak mengandung. Makanya aku conclude kan mereka ini takut aku hamil dan beranak terlebih dahulu dari mereka. Simple. Kalo tanya derang sure la derang akan jawab "eh..takde lah". Tp kalo gitu gayanya takkan la aku tak buleh buat assumption camtu. Yelah..acapkali duk tanya "ko peknen yer" bila aku upload gmbr yg napak perut aku buncit tu. Tanya juga menda yg sama bila aku tulis "Alhamdulillah". Betul.. mmg aku nantikan tp bukan itu saja tujuan utama dalam hidup aku ni. Aku pun ada misi dan visi dalam hidup ni yg perlu aku capai. Hal anak ni mmg kena serahkan pada Tuhan. Bukan kita yg buleh tentukan 'eh..aku nak mengandung bulan ni'. Tup...main, esuknya test da mengandung. Ha..

Dgn itu aku tak buleh nak ungkapkan 'sapa yg mengalami je tahu perasaan nyer' sbb org2 ni juga yg 'memijak' semangat yg patut dikongsi bersama. Aku bukan nak minta simpati ke apa dalam blog ni. Dan aku juga tak buleh nak janji takkan tulis menda2 mcm ni. Sbb aku nak meluahkan juga..tak buleh nak simpan. Biar nati kalo ada anak, anak aku baca cemana sukarnya aku nak menghadapi hari2 tanpa kehadiran 'dia'. Macamana aku rasa aku amat perlukan sgt2 'dia' supaya boleh menutup mulut2 org ni [tapi aku rasa tak juga..bila dah 1, tnya bila nak ada lagi, bila dah ada, tanya lagi bila nak tambah lagi, bila dpt pompuan, tanya bila nak ada lelaki..begitu la sebaliknya nak menghadapi manusia yg merimaskan ni].

Aku ingat org yg senasib dgn aku takkan nak timbulkan persoalan mcm tu sbb aku rasa derang ni pun sure tak suka bila diasak dgn soalan mcm tu. Tp aku silap..derang rupanya takut...derang dah jadikan org yg senasib dgn derang ni saingan. Mcm kecewa bila tgk saingan tu berjaya beranak dulu. Series aku tak paham. Kalo betul pun aku mengandung, tk perlu tanya2..sok2 ada la gmbr aku terpampang kat situ. Tk perlu la jadi kak nam ke kak nap ke kak nom nom nom ke duk sibuk2 tnya 'da mengandung?' ' dah hamil?' 'da pregnant?'.

Prinsip aku mudah, kalo aku tak suka org buat menda tu kat aku, aku tak buat menda tu kat org lain. Sama la mcm situasi ni. Aku benci org tnya aku pasal mengandung, jd aku tak pernah tnya kat org pun 'eh..ko tak berisi lagi..eh..ko dah mengandung'. Yelah..kadang aku berdepan juga dgn org yg taknak ngaku dah mengandung. Itu pun satu spesis juga. Tk phm. Dah mengandung pun masih menidakkan juga. Kang sok dah buncit perut cemna nak sorok. Kalo anak tu tau ibu dia masih menyembunyikan dia sure dia kecewa. Kalo ada..ckp je ada. Bukan mengandung luar nikah kan. Ok..ini bkn persoalannya.

So..better aku off topic ni. Mmg bosan la blog aku ni kan. Seskit pasal perasaan yg sama. Entah.. lantak lah.

Dan..doa aku, utk org berdua tu, aku harap derang mengandung dan beranak dulu dari aku supaya aku tak dihujani lagi dgn perasaan gundah gulana derang tu yg takut aku melebihi derang. Dah. Full stop.

PnStoberi : makin sebak rasa....

7 July 2009

~mencik tau~

Ha..hehari aku post.
Apa kes??..takde kes...saja nak buat kes..

Cuma nak kata aku mencik!

Kalo kita tak suka org tanya soklan tu kat kita.
Maka kita pun jgn la tnya soklan itu juga.
Ada paham??

Dan sila la jgn buat sebarang spekulasi sblm aku sndiri yg ckp.
Ada paham

Tak paham sudah..

Lagi sekali aku ckp...aku mencik!!!

Pnstoberi: apsal nak wat spekulasi tetiba..takut aku mendahului ke????

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign