Rata rata dah update citer pasal Pesawat MAS yang hilang tu kan.
Aku dapat tahu bila bangun tido, boss masukkan news dalam grup w.app kiterang.
Pastu dengar berita, tgk internet.
Bila tgk internet, ha..memacam versi ko keluar.
Memula kata dah selamat mendarat kat Nanning, China.
Lps tu dapat lagi laporan kata berkemungkinan terhempas.
Risau nya Ya Allah... walau apa terjadi, semoga segalanya dipermudahkan.
Teringat citer2 omputih yg plane terhempas ni.
Cam cerita FLIGHT yang aku tgk last week.
Citer ni pun pasal flight terhempas.
Tapi, kapten dia dapat control flight tu.
Siap terbang terbalik.
Dan dapatkan minimakan orang cedera dan mati.
Citer ni bagus. Banyak pengajaran.Aku rasa pelik. Kenapa kalau citer omputih, mesti ada pengajaran. Tak banyak, sikit mesti ada.
Cam citer ni. Mmg banyak.
Citer yg tabiat buruk (kapten tu kuat minum arak) akhirnya memakan diri. Kehilangan kerja, kehilangan famili.
Kira kalau kita tgk citer ni, cam ada something la kita dapat.
Dan minggu sama jugak (pada keesokkan hari selepas aku tgk movie nih), aku tgk plak Kecoh Hantu Raya Tok Cha.
Ko rasa, ada pengajaran ke citer tu?
Haha.
Kalau la katakan tertgk wayang citer ni, harus merampus rampus marah.
Cam tak berbaloi bayar memahal.
Entah. Bila kata citer omputih lagi kualiti - ada orang marah.
Terpulang lah. Suka hati lah.
Aku pun tak kata aku tak sokong citer melayu.
Banyak je citer melayu aku tgk wayang.
Tapi, aku harap, citer2 antu2 komedi ni kurangkan lah. Tak membangunkan ummah langsung. Tgk tajuk pun takde keinginan nak tgk.
Apa pun, #prayforMH370
2 juta komen
moga2 ada yang selamat.....
citer Melayu...kebanyakan syok sendiri.... Pengarah dgn Penerbit ni.... lebih utamakan keuntungan......
Itulah mcm2 versi tgk senarai nama tu pembantu pilot mungkin ank timbalan kt org, ya allah moga segalanya baik2 sahaja Walaupun dah ada perkabaran mungkin terhempas
Terima kasih atas komen anda :)