Pages

8 March 2014

Jadual Catuan Air Peringkat 3

Peringkat 1, masih terselamat.
Peringkat 2, pun masih tiada dalam senarai.
But not for peringkat 3.
Dah buleh agak pun.
Mustahil tak terkesan sedangkan tempat lain semua dah kena.
Rasanya lelama satu wilayah n Selangor kena nih.

Untung la org Putrajaya yer, sbb Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya adalah zon yang dikecualikan kena catuan air.
Eh. Area opis aku pun dikecualikan lah.
Area Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Makanya... mandi di opis adalah alternatif. Hahahahaa.
Nangessss.... (T____T)

http://www.syabas.com.my/uploads/press_release/pelan%20catuan%20ketiga_1.pdf
SYABAS
 Me - Zon 2. Tskkk... nangesss lagi (T____T)


Maknanya start Isnin ni dah takde air utk 55jam (kata dalam tu lah.. tak tahu la pulak kan). Pheww...
Lps tu dia ada air balik petang. Makna - petang Rabu - kalau bernasib baik lah - baru ada air.
Dan Jumaat 9pagi dia tutup balik (dapatlah mandi dulu sebelum ke opis - sekali lagi - kalau betullah jadual tu).
Dan begitu lah sehingga 31 Mac. Itu pun ramalan. 
Aku terpikir, kalau cuaca panas berterusan, dan berterusan, cemna agaknya. Kalau smpai bulan April? Bulan Mei? Ya Allah.... begitu hebat dugaan Mu kali ini Ya Allah. 

Hazab kan? Mmg hazab. Dan aku tumpang simpati pada yang ada anak kecik dan anak ramai. Bagaimana? Tapi tu lah, ni baru ujian dunia kan. Sabar je lah. Nak buat cemna. Yang penting kita berdoa reramai agar diturunkan hujan. Takpe la bukan kat rumah kita pun, cukup lah kalau Dia cukupkan semula air di empangan. Sbb mmg sesuatu yang remeh takde air nih.

Sebenarnya sepanjang duk rumah sekarang - hampir 2 tahun - belum pernah terputus bekalan air. Yg dulu, yg masa raya tu kan - yg semua orang kecoh takde air sbb minyak tumpah kat empangan tu kan - area umah aku tak kena. Alhamdulillah sgt masa tu sedangkan byk tpt lain kena.

Aku dah siap siaga. Ada satu tong air yg mmg kiterang sentiasa penuhkan air sbb takut apa2 hal emergency - malam tadi dengan rajinnya aku basuh bilik air. Sbb nak isi balik air bersih. Ye lah, takkan nak buang camtu je air tu. Giler ko.. org tgh takde air, kita plak sesedap hati nak buang camtu. Sayang kan.. kesian orang yg susah payah ngangkut air tu kan. Jadi, rajin tak rajin, cuci bilik air. Settle - bilik air pun bersih. Penuhkan balik tong tu - baldi2 pun penuhkan - baldi takde penutup, so tutup dengan plastik - supaya takde la nyamuk/serangga ke apa masuk. 

Jadi, marilah kita berdoa agar Allah tamatkan lah cuaca panas ni.
Turunkan hujan dan bumi ini kembali segar seperti sebelumnya.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
doa mohon turun hujan
Kredit Image : Here

1 juta komen:

alahai...kesiannye.... awok harap le catuan dan kemarau yang melanda sekaghang ni tak lame.... kesian semua oghang...... takpele... ape yang boleh awok cakap... bersabo le puanstoberi....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign