Oraits.
Selepas ini, bagi barang yang aku beli online, yg aku puas hati, aku akan share kat blog. Ada banyak jugak la, nati aku korek2 balik nama2 penjual tu.
Puas hati tu bukan saja dari aspek barang, tapi dari aspek berurusniaga dengan penjualnya.
Dari awal kita ber msg / emel. Feedback dia lambat atau cepat.
(ada pernah order barang, dah emel bukti resit pembayaran semua - dia boleh senyap ja - tak risau kita?at least, bagitahu la dah terima ke apa - mintak orang bayar tak nyempat2, dalam tempoh 12jam, tak boleh reserve la apa la. Amboi kemain ketat syarat kalah kedai glamer2 nih. Pastu bagi feedback lambat. Aku pernah order dgn Radiusite tu, mudah je - order - bayar - terus dia feedback. Tak de la kita ternanti nanti. Yer, aku paham, customer ramai, tapi aku ni mmg pembeli online tegar, aku tahu dah cemana cara2 orang nak jaga customer nih. Kalau yg lembap camtu, mmg tak la aku nak promote apatah lagi aku nak hashtag balik. Tak kuasa. Kita membeli dari dia guna duit... bukan cam derang bagi2 free kat artis tu kan. Tapi kalau ada yg bes cam aku promote before this.. dengan senang hati aku war warkan ya... dan aku doakan korang terus murah rezeki).
Tu hari, aku puas hati dengan kain cotton yg aku beli online.
Ni aku nak share lagi satu.
Cadar dari Projectrina.
Ni pun dari Instagram lah aku jumpa.
Asalnya Atitaharis la iklan (mostly yg Atita iklan mmg best!)
Aku beli lama dah.
Hujung tahun aku pre-order (sbb barang dia tak smpai lagi time tu).
Pastu dalam bulan 1 smpai.
Memula tgk cam eh..tebalnya. Berat tau masa sampai parcel tu.
Tapi bila da pasang ke cadar, bes.. i tell u.
Sbb dia agak berat, dia tak gerak2 la. Elok je terletak.
Senang juga berurus niaga dengan Rina ni.
Masa aku beli ngan dia tu, dia tgh final exam. Sempat lagi tu.
Aku rasa skrg pun dia study lagi ni.
Rajin. Aku sker tgk adik2 kita ni memuda da rajin ber bisnes kan.
Nati terus jadi businesswomen kan.
Tkpe, akak support uols okeh. Hihi.
Ni bila da pasang.
Kemas ja. Ailoike.
Kain dia pun jenis sejuk.
Ni dia tgh bukak pre-order lagi ni.
Aku dah hint2 ke myDH. Nak suh beliau belanja.
Tapi tak lepas. Huuhuu..
Tkpe la. Dah berlambak kot cadar aku. Tapi aku mmg minat cadar. Sama cam aku minat novel, minat buku, camtu gak la aku minat cadar. Pantang tgk cadar orang kata - harus nak beli - banyak2 pun takpe. Suka!
Oh. Harga cadar ni - RM150 include pos.
Ada cadar n 2 biji bantal.
Saiz - muat smpai queen n king sbb dia tak fitted. Aku nyer tilam tu bukan king, tp mmg tebal. Sbb tu masalah sket nak beli cadar. Beli queen, tak muat, beli king cam pakai baju bukan saiz. Jadi, letak camni.. elok ja.
Oleh itu saya bagi hashtag #sayasuka
2 juta komen
Assalamualaikum kekda.. lawanya cadar.. nak beli tapi kena hold dulu. hiewhiew. tapi serius kekda, cantik terletak tengok kat tilam kekda tu...iklan dari atita memang bagus, sheila suka juga usha-usha. hehhee sheila pun selalu risau kalau dah bank in, penjual tak beri feedback. hahahaa
HEEE...sue pun gila shopping online ni
nampak ade benda baru nak terjah ni :)
Terima kasih atas komen anda :)