Pages

Showing posts with label gangguan air. Show all posts
Showing posts with label gangguan air. Show all posts

8 March 2014

Jadual Catuan Air Peringkat 3

Peringkat 1, masih terselamat.
Peringkat 2, pun masih tiada dalam senarai.
But not for peringkat 3.
Dah buleh agak pun.
Mustahil tak terkesan sedangkan tempat lain semua dah kena.
Rasanya lelama satu wilayah n Selangor kena nih.

Untung la org Putrajaya yer, sbb Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya adalah zon yang dikecualikan kena catuan air.
Eh. Area opis aku pun dikecualikan lah.
Area Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Makanya... mandi di opis adalah alternatif. Hahahahaa.
Nangessss.... (T____T)

http://www.syabas.com.my/uploads/press_release/pelan%20catuan%20ketiga_1.pdf
SYABAS
 Me - Zon 2. Tskkk... nangesss lagi (T____T)


Maknanya start Isnin ni dah takde air utk 55jam (kata dalam tu lah.. tak tahu la pulak kan). Pheww...
Lps tu dia ada air balik petang. Makna - petang Rabu - kalau bernasib baik lah - baru ada air.
Dan Jumaat 9pagi dia tutup balik (dapatlah mandi dulu sebelum ke opis - sekali lagi - kalau betullah jadual tu).
Dan begitu lah sehingga 31 Mac. Itu pun ramalan. 
Aku terpikir, kalau cuaca panas berterusan, dan berterusan, cemna agaknya. Kalau smpai bulan April? Bulan Mei? Ya Allah.... begitu hebat dugaan Mu kali ini Ya Allah. 

Hazab kan? Mmg hazab. Dan aku tumpang simpati pada yang ada anak kecik dan anak ramai. Bagaimana? Tapi tu lah, ni baru ujian dunia kan. Sabar je lah. Nak buat cemna. Yang penting kita berdoa reramai agar diturunkan hujan. Takpe la bukan kat rumah kita pun, cukup lah kalau Dia cukupkan semula air di empangan. Sbb mmg sesuatu yang remeh takde air nih.

Sebenarnya sepanjang duk rumah sekarang - hampir 2 tahun - belum pernah terputus bekalan air. Yg dulu, yg masa raya tu kan - yg semua orang kecoh takde air sbb minyak tumpah kat empangan tu kan - area umah aku tak kena. Alhamdulillah sgt masa tu sedangkan byk tpt lain kena.

Aku dah siap siaga. Ada satu tong air yg mmg kiterang sentiasa penuhkan air sbb takut apa2 hal emergency - malam tadi dengan rajinnya aku basuh bilik air. Sbb nak isi balik air bersih. Ye lah, takkan nak buang camtu je air tu. Giler ko.. org tgh takde air, kita plak sesedap hati nak buang camtu. Sayang kan.. kesian orang yg susah payah ngangkut air tu kan. Jadi, rajin tak rajin, cuci bilik air. Settle - bilik air pun bersih. Penuhkan balik tong tu - baldi2 pun penuhkan - baldi takde penutup, so tutup dengan plastik - supaya takde la nyamuk/serangga ke apa masuk. 

Jadi, marilah kita berdoa agar Allah tamatkan lah cuaca panas ni.
Turunkan hujan dan bumi ini kembali segar seperti sebelumnya.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
doa mohon turun hujan
Kredit Image : Here

16 December 2013

Gangguan Bekalan Air 17 Disember 2013

Huwargh.. gangguan bekalan air lagik.
Kalau dulu yg masa ada lori minyak tumpah tu, area rumah kami tak terjejas, tapi kali ni mungkin kena kot. Mgt pun dah letak notis kat board. Haish. 
Mari kita baca sket press release dari Syabas nih. 

Full article sini - Press Release Syabas.
Dan kawasan terlibat pun boleh tgk kat web tu ya. Aku rasa, rata-rata kwsn KL ni kena je kot.

Dia kata tempoh pemulihan tu berperingkat. Jadi, mari lah kita simpan air jugak. MyDH kata, meh kata bawak sabun segala, mandi kat kolam. Erk.. tak kuasa la haih. Air tu pun tak tentu bersihnya. Kalau air takde lagi la cemna dia nak pam air tu. 


NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS (SEPARA) SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 2 (SSP2) DI BAWAH KENDALIAN PUNCAK NIAGA SDN BHD (PNSB) PADA 17 DISEMBER 2013

SYABAS ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja hentitugas tersebut adalah selama 13 jam iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam pada 17 Disember 2013. Dengan itu, gangguan bekalan air akan bermula jam 8.00 pagi pada 17 Disember 2013 apabila kerja dimulakan. Manakala tempoh pemulihan bekalan air pula dijangka bermula pada jam 9.00 malam, 17 Disember 2013 (Selasa) apabila kerja dijangka siap nanti dan berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember 2013 (Ahad). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Pihak SYABAS akan membuat segala persediaan bagi mengurangkan kesan atau gangguan bekalan air kepada pengguna dengan memenuhkan semua kolam simpanan sebelum kerja hentitugas tersebut. Dengan itu, adalah dijangkakan ada sebahagian pengguna di senarai tersebut khasnya kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kolam air dan kawasan rendah mungkin akan terus mendapat bekalan air tanpa kesan gangguan bekalan air. Adalah dijangkakan juga kebanyakan kawasan akan mendapat pemulihan bekalan air dalam tempoh 24 jam selepas kerja hentitugas siap nanti.  Dengan itu, secara amnya, adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keadaan georafikal kawasan yang terlibat di mana kawasan yang jauh daripada sumber bekalan serta kawasan yang tinggi akan mendapat bekalan yang agak lama. Selain itu, situasi bekalan air semasa di mana rezab bekalan air yang tipis pada masa ini akan melambatkan tempoh pemulihan bekalan air. Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air terutamanya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya. Sebagai persediaan, semua pengguna adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut.Pihak SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat.

Walaubagaimanapun, memandangkan gangguan bekalan air ini merupakan gangguan bekalan air berjadual dan notis awal telah dikeluarkan, dengan itu lori tangki tidak akan dibekalkan oleh SYABAS untuk tempoh gangguan bekalan air tersebut kecuali kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.  Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam tetapi tertakluk kepada kapasiti kemudahan sediada pada SYABAS.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas LRA SSP2 tersebut. Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign