Pages

Showing posts with label Juwita. Show all posts
Showing posts with label Juwita. Show all posts

25 August 2014

Kisah Best Buddy Datang Beraya

Kami buddy, takkan terpisah.

Haha.
Ni kesah aku ngan kawan aku sorang nih la. Juwita namanya.
Nak kata BFF pun boleh, nak kata best buddy pun buleh.
Kiterang ni rapat mmg rapat, tapi masa kawen, takde la smpai jadi bridemaid apa semua tu. Eh, aku kawen pun dia tak dtg tau. Aku pun tatau nak rasa sentap ke apa. Haha. Tp, apsal ek dia tak datang masa tu. Katanya kad tak dpt. Eh. Ye ke. Entah. Boleh? Hahaha.
"Ta, kenapa ah kau tak datang kawen aku. Makna kata, adiah pun tak bagi ni kan. Jadi, anniv kami ke6 ni sila bagi adiah" Hahaha.
Tapi, apa pun, kami tahu, kami mmg best buddy, yg mana kalau jumpa sure kena gelak tanpa sebab. Apa ke menda ntah. Mmg dari dulu camtu. Terjumpa je - baru balik dari cuti sem pun, boleh berterabur ketawa tanpa sebab. Lps tu tak bole benti ketawa. Orang tgk, like, eh, korang dah kenapa ketawa macam giler. 

Ekceli, kami kawan sejak UiTM. Diploma. Sahabat kesayangan. Saling tahu kisah cinta zaman2 1st love dulu. Aww... dating pun sesama uols. Tapi memasing tak menjadi cinta monyet tu.. kasihan... kihkihkih.

Tapi, walau apa pun, kiterang still sahabat.
Mmg jarang jumpa walau rumah dedekat je. Kerja pun memasing area KL [dulu dia kat treasury, skrg da dpt tukar area KL dah].
Tapi, kalau jumpa mesti lama dan mesti ada je cerita. Suami memasing pun dah ngam. Apa lagi...
Tahun ni, ada jugak la jumpa dia sblm ni. Yg dia datang shopping masa HKK

Mulanya aku jemput dak Ita ni datang rumah aku last week - yg masa aku buat laksa tu. Tp dia boleh senyap je lps aku antar w.app. Aku dah nak sentap dah ni. 2,3 hari baru dia reply kata nak dtg this week. 
Lps tu masa datang, dia ngan laki dia kata "saja taknak dtg last week, sbb kiterang nak layanan secara privacy, nak tuan umah layan weols je"
Saja tau..pandai amik hati ne.. haha.


Tapi, mmg betul pun kan. Aku rasa, utk best buddy nih kena buat special utk derang je. Jadi, kita buleh layan derang sepenuhnya. Ni nati tak sempat nak sembang. Sgt tak best. 

So, ari Sabtu tu, aku pergi wedding kat Sg. Ramal dulu, pastu gi majlis berendoi adik unit aku kat Cheras. Jem cam biasa lah. Balik tu terus buat spegeti. 
Dia smpai dalam kul 6.30ptg. Mujo derang dapat masuk parking dalam.
Lepak2 apa semua smpai kul 9.00mlm.

Tkde byk tgkp gmbr. Ini je yg ada.
Mmg tak semenggah la mengkalo laki aku tangkap kan..
Satu tu, mmg aku tak semenggah dgn muka minyak2, peluh2 seme kan. Mmg nampak tembam. Lantak. Jangan tegur dan bagi tips kurus semua bagai yea. Aku masih dalam zone 'berat ideal'. Jangan risau.
Satu tu ngan anak2 Ita. Gegar pulak laki aku tangkap. Si kakak, Nadra n si kecik Syifa. Eh. Kakak tu aku lupa pulak namanya. Apa ah. Tp yg Nadra tu, geram tau..mulut pokpek. Kemain suka makan donut.

Masa derang nak balik la jadi citer nih. Siap salam, bagi duit raya, masuk kereta semua dah.
Sekali kereta tak boleh start. Aku ingat keta dia pakai push start button gak sbb bunyi cam guna button tu. Rupanya mmg tak buleh start. Bateri kong. 
Adoyai.
Lps tu banyak la keluar 'mujur' dan 'nasib baik' kan.
Sbb sblm derang dtg rumah aku, derang pergi MValley. Kalau jadi kat MValley, lagi leceh kan. 'Mujur' jadi kat rumah aku. Lps tu, 'nasib baik' depa ni dpt parking dalam. In case, kereta mmg tak buleh start, ada problem, kereta ada kat dalam, secure la sket kan kalau nak tinggal. Dan 'nasib baik' jugak rumah derang dekat. Pepehal kita bole antar.

So, dah try, tak buleh start gak, laki aku pun dah ckp ngan guard, nak tggl je kereta tu while kiterang hantar je derang balik. Rumah derang kat Kg Nakhoda je pun. Small matter. Sementara myDH amik kereta, dtg lagi satu guard kata dia nak tolong carikkan jumper. Ha.. gitew.

Jumper ni pun satu masalah. Kiterang ni dari kereta lama (keta lama tu 2x gak breakdown tak buleh start sbb bateri), smpai kereta skrg, tak pernah nak amik pengajaran beli jumper tu. Kalau nampak kat Jusco ke mana tu, tetap taknak beli. Konon nak beli kat kedai aksesori kereta. Ita pun kata camtu gak. Depa pun selalu camtu, dah tgk, tapi tak beli, konon nak beli kat tmpt lain. Sudahnya begitu lah.

Hai la hai jumper. Kiterang punya la ketawa sbb mmg sama je apa di pikirkan.
Bila tgk kereta orang breakdown sbb bateri, sure akan cakap ngan suami "kita kena beli jumper nih". Begitu lah berulang ulang dan ulang. Beli nya tidak jugak.
Sama la derang laki bini. Kena beli, kena beli. Tapi tak beli jugak. Haha.

Guard tolong tanya kat orang, sorang brother tu ada jumper.
Pinjam la kejap. Sambung dari kereta chemerah.
Dan buleh la start kereta. Kalau tidak derang dah berangkut2 nak naik kereta aku dah. Hantar derang balik je.
One more, aku perhatikan neighborhood KSU ni mmg oke lah. Mudah je nak tolong orang. Cam kes anak terperangkap dalam kereta tu hari kan. Laju je orang tolong. Yang ni pun sama, ada je yg tolong suluh ngan handphone la.. Alhamdulillah lah, walau orang kata duk area2 cam ni memasing buat hal sendiri kan. Buat hal sendiri mmg buat hal sendiri, tp kalau ada kes camni, ramai je sudi bantu :)

Kiterang ni kalau jumpa sure ada je peristiwa. Sbb tu tak buleh kejap2 je. Tak menarik. Haha.
Lps tu punya la plan nak gi makan seafood kat Bagan Lalang lah.
Nak lunch rumah aku lah sementara bagi anak2 dia mandi kolam lah.
Plan tu byk, jumpa setahun sekali je. Haha.

Nanti datang lagi tau.. aku masak siakap stim pulak. Hiwhiwhiw.

4 March 2014

Edisi HKK 2014 : My BFF datang shopping

Ni kejadian masa hari perasmian.
Kat instagram pun da berlambak aku buat live update (ko pikir ko sapa nak live update segala kan?) Hoho. Tapi, takpe. Meh ai share sket gmbr hari perasmian.

Perasmian oleh
YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor;
Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Persembahan oleh adik2 comel.
Permata Seni Tari.

Persembahan pembukaan 

Hari perasmian - Khamis - 27 Februari 2014.
Bertugas cam biasa. Kumpulan sambutan dan protokol (usherrete).
Meriah kan uniform weols?? Tsskk... Masa Datin Paduka Seri bagi speech, dia kata usahawan jangan buat design yang ala ala gunung berapi / tsunami. Adakah baju weols ala ala gunung berapi? Huhu (T___T).

Tapi ye lah pun kan.. tetiba oren gitu. Mujo aku amik saiz XS. Kalau tidak... Huhuhu -_-"
Lps tu, tetiba my bff w.app, kata nak dtg.

No hal je.. kalau HKK ni kiterang oke je nak entertain kengkawan. Tak tu pun mmg aku selalu bawak lawatan berpandu.
Dalam kul 1 lebih dia sampai. Dia g solat apa seme. Aku pun masa tu baru settle abis bertugas. Makan dulu. So, lps tu baru entertain beliau. Call myDH skali turun sbb asben mmbr aku ni mmg dah kenal asben aku. Derang mmg boleh ngam la.

Seronok rasa sahabat dtg kan.. 
Ye lah.. sbb kiterang tak planning pun. Tau2 dia sampai je sbb kebetulan dia cuti.
Lps tu pulak dia pun membeli gak. Tu lagi bes.
Smpai asben dia kata 'Aku syak korang ada share la kat kedai2 korang bawak ni'

Haha.


Kat kedai ni dia beli batik sepasang - cotton - yang dah siap - dapat RM140. Oke sgt sbb kalau yg belum siap pun, biasanya dalam 130 camtu. Pastu asbennya dapat batik crepe (long sleeves) - RM140 gak. Murah gak tu. Biasa crepe cam mahal gak la. 

Jalan lagi, beli lagi sepasang. Kat sini, aku pun terjebak. Arghh.. cemana aku pun boleh terjebak nih. Siap cakap ni baju raya kedua. Giler..giler.. sebelum smpai raya ke tujuh, cecepat tarik derang keluar. Huhu. Pastu derang ada gak beli baju kaftan (baju tido) utk anak2 dara derang. Cumil angattt... :D

Then ada lagi la derang beli kat tpt aneka kraf. Dgn brooch nya, dengan gelang nya.. tu yg laki dia kata kiterang ada share ngan usahawan tu. Haha. Mana ada la. Tp biasanya ngan staff, lagi plak usahawan kiterang dah biasa, harga tu bule la lebih kurang. 

Derang balik dalam kul 6pm. Huhu. Lebih kurang 4 jam gak la derang abiskan masa dalam tu. Tu aku cakap, sapa nak dtg, takyah la kata 2jam. Harus terlebih. Ada 500 lebih usahawan dan pelbagai produk kraf. Ce kabo, kat mana lagi kita boleh dapat tgk pelbagai produk kraf (buatan Malaysia) yg duduk setempat. Masa Hari Kraf Kebangsaan la.

Aku biasa bawak lawatan. Cam Puspanita jabatan2 la kan. Derang selalu cam terperanjat bila tgk sendiri keadaannya. Sbb tak sangka sebesar ini dan seramai ini usahawan yg berkumpul. Apatah lagi bila tgk batik kan.. itu mmg rambang mata la. Sini la tpt dia. Harga? Sendiri turun dan bandingkan lah. Aku tak nafikan mmg ada yang mahal. Tp ada gerai yg menawarkan harga terbaik dan terpulang pada kemahiran kita lah untuk tawar menawar. 

Jangan lupa dtg ya - 
Hari Kraf Kebangsaan. 10 pagi - 10 malam.
Sehingga 10 Mac 2014 (Isnin)

1 December 2009

~BFF~

Best Friend Forever.

Google for definition of friend.
And got so many from here.

So, I take 1 simple definition :

1.friend - a person you know well and regard with affection and trust;

And for best friend, it goes:

1.best friend - the one friend who is closest to you

Jadi bukan mudah utk men 'title' kan seseorg itu sbg 'friend'.
Aku suka berkawan. Dan aku suka utk bertemu kawan2 baru. Aku ada ramai kawan dari forum dan ada 2,3 nya da mmg rapat seperti rakan lama.
Tp nyer..tak semua kawan buleh "in" dgn perangai aku nih. Dan aku pun tak mudah utk "in" dgn certain org. Entah ek. Mungkin kerana aku ni tak buleh hipokrit. [Eh! apahal citer hipokrit2 lak ni..lari tajuk nih. Cpt kejar tajuk itu kembali]

Entry ni aku nak citer pasal BFF aku yg sorang tu. Yang last week, before raya aji dia dtg umah aku tu. Bila jumpa dia ni masa berlalu pun tak sedar. Smpai dkt kul 1 gak la dia lepak umah aku. Gelak ketawa tak ingat org lain [sehinggakan para suami membawa diri melepak di luar umah].

Apa yg miracle dlm hub BFF kami ni, kami ni mcm buleh bc mind antara satu sama lain. Lepas tu kami ketawa tetiba secara berjemaah dan mengambil masa juga utk kembali normal.

[Rasa aku penah citer] Menda ni di sedari bila kami masih blaja kat uitm dulu. Masa tu da nak balik Lendu lps mid-term semester break. Jumpa dulu kat KLCC. Dgn bf memasing lah. Tau2 je bila aku napak muka kau, kau napak muka aku, berdedai ketawa kat situ smpai nak putus urut saraf pipi. Dkt nak setgh jam gak lah. BF kami [ketika itu] da kemana lari sbb kami ni dah ketawa tak berenti. Aku pun tak tahu cemna kami leh pecah ketawa masa tu. Tnpa bercakap sepatah kata, kami leh ketawa smpai merah2 muka [dia lah..sbb dia putih..aku ni kan sawo2 matang ajek]. Macam la berthn tak jumpa kan. Walhal seminggu je. Tpt kejadian, tu lah kat stesen putra KLCC, tpt yg bila kita da touch tiket kita nak kuar tu. Tak menghirau sekeliling kami leh ketawa kat situ. Tp satu sbb la aku rs, k'org berbaju kurung on dat day. Tp apsal nak ketawa smpai nak putus urat kentut aku pun tatau. Itu satu.

Satu lagi ms kami sembang2 kat bilik [kami ni mmg cukup kuat bersembang. Nak2 bila 2 lg room-mate kami balik kg ujung minggu, kami tak balik..ha..siap la ko..tido 4 pg pun penah] Tp aku tak ingat sembang apa, kami pause sekejap, tup2 kami leh tersebut "kelab dangdut" sesama. Oh! ini aku nak cerita pasal miracle dia pun susah..tp kami ingat la menda tu smpai skang.

Mungkin keserasian sbb ada aura dan chemistry tu lah. Wahh..mcm couple plak ada chemist, chemist nih.

Satu lagi habit kami ni, suka nak bergambar. Tp ko tau lah time tu. Mana ado kamera digital2 nih. Siap carik ni sapa yg pandai tgkp gmbr. Yelah..kalo panggil je sesapa kang, ada la bila da cuci, kuar gmbr sekerat, tak centre, atau paling sadis gmbr blur bergego. Kan tpt fokus tu cinonet je..kena la pepandai. Pastu plak kodak [pilem] tu bahagi2 kan. Kalo ada 36 tu, bhgi la dua org tak pun kalo nak cukupkan satu bilik bhgi la 4. Fuh..bila da tgkp2 gmbr tu kan..mula tak sabau nak gi cuci. Kat uitm tu ada satu kedai gmbr dia tptkan bwh blok k'org, jd senang la. Turun je anta cuci. Huhu.

Ini antara gmbr kami berdua. [sori le..aku tkde scanner, sbb tu la aku gigih tgkp gmbr ni balik. Haha. Sian kan aku..ada sesapa nak sodaqah scanner kat aku tak?? nak la gak scan gmbr masuk pesbuk. Kalo nak scan kat opis mana la ada masa. Lg satu malas lah. Aku namo gunakan harta pejabat utk kegunaan peribadi [maaf yer..mmg kedengaran agak poyo yer]. Huhu. Eh. Bc blog org waktu opis pun kira guna harta pejabat utk kegunaan peribadi la kan..hikss..ok, pasni aku usung cik ceri aku. Blueekkkk]
Adakah kami ke kelas begini rupa?? Haha. Ni saja je wat giler buat amik gmbr ala2 nak pi ngaji nih [baju ni le kami pakai masa kami pecah ketawa kat KLCC tu..tah pehapa la tah]

Tak clear. Ah..gasak lah. Memcm aksi ada. Kat tangga katil pun ado. Tu gmbr tu kalo ko takde gmbr passport ko buleh gunting ikut petak tangga tu. Haha.



Gmbr yg 4 org tu kami double date lah tu. BF2 kami dtg ke Melaka. Derang yg nak dtg Melaka, tp kami yg malamnya tu tak leh tido. Xcited ke apa tatau la. Yg pasti nyembang tak renti2.

Lps tu kan..ada sekali tu kami jd pasangan utk nari lagu chili cha-cha. Haha. Lawak giler la aku rasa. Masa ni diner ujung sem tu kan. Takde angin takde ribut, tkde org suruh, ttiba kami grup DPA part 5 blok balqis ni volunteer nak menari cha-cha plak. Siap carik skirt leh kembang2. Aku jd pompuan, BFF aku tu jd laki. Huii..mmg lawak la. Ini la buktinyer.. [err..gmbr agak censored..apsal mcm lesb*** jer aku nengoknya]


Gmbr kami makan megi [bihun PAMA], baju serupa pun ada [oh! benarnya baju tu ada 2 org lagi yg sama]

Lepas tu BFF aku ni mmg la jd peneman setia aku waktu aku carik adiah utk bf [ketika itu]. Ttiap thn dia neman. Penah satu thn tu, dia period pain ni..tp teman gak aku mencarik adiah kat Banda Melaka sanun. Hehe. Tu sbb aku sayangggg sgt kat dia.

Penah jugak kami buat gilew dgn membeli t-shirt yg sebijik sejibon utk BF kami. Dh la baju sama, wrapper, paper bag pun sama. Apakah???

Ni apa nih?? Surat berantai??
Haha. Ini masa kami boring kat dlm dewan kuliah [DK]. Ala..korang mesti penah buat lah. Koyakkan note book lecture kita tu, pastu main tulis2 dlm ketas tu. Passing2 la ketas tu. Lepas ko tulis, aku lak tulis, pastu aku,pastu kau. Yg dakwat pink tu dia nyer tulisan, aku hok biru tu. Ha..smpai 2 mukasurat kitaorg main. Kira mcm abis satu masa kat DK tu la. Masa ni lecture apa ek. Hj..alah aku lupa lak nama Tuan Hj ni [yg nyata bukan Hj Ilias]

Kira tulis2 mcm tu masa kat DK ok la lagi kan. Ada lagi kes kami siap makan biskut katebang [kapal terbang]. Ini bkn kat DK yer..ini masa kelas. Byg kan la..kelas bkn nya ramai. Buleh plak makan biskut. Nak lagi bes kami pass2 kan jugak kat org lain. Ini masa kelas che mad noh. Subject dia pun da mcm ala2 bosan. Sket2 kasitah gadam..sket2 kasitah gadam..dari kasitah-kasitah tu baik kita kasik makan dulu. Erk..ttiba aku rasa "jahat gak aku yer". Tkpe, nakal buleh kata Dr. Fadzley, tp berpada2 lah. Yg penting result mesti maintain DL..tak DL pun mesti 3pointer above. Huhu.

Biasa kalo balik kelas ptg kami mesti nak makan2. Aku slalu ajak [paksa] BFF aku tu beli makanan kat cafe [masa tu ada satu tpt je kafe dia..bkn mcm skang da ber food court bagai kat Lendu tu] Tkpun beli ABC ke. Nyaman nyer makan ABC dgn twisties kat koridor tgkt 3 tu smbil bergosip [ah! selalu tukar2 citer pasal bf jek.hua.hua.hua]. Kadang ada kopok2 kami beli dari RS blok A. Dia mmg ada jual kopok2 jenis roda, kacang2 ke kan.

Yang menambahkan chemistry dan membuat kami trus akrab adalah sbb kami ni jenis "ah! lantak la apa org nak kata" dlm erti kata lain maleh nak kecoh2. Contoh mcm kalo blok kami takde air [slalu gak takde air woh kat blok tu]. Kelas kul 10, biasa dlm kul 8 lebey atau kul 9 baru nak gi mandi kan. Jd kalo tkde air tu dgr la org kecoh2 kat luar [oh! bilik kami paling ujung berhampiran bilik air]. Org lain da sibuk angkat baldi nak carik air. Kami bangun terpisat2 bukak pintu. Pastu nati ada la classmate yg tgh kecoh akan kata "korang..takde air ni..taknak amik air?" [mungkin org tu berharap kami akan kecoh juga dan kuar kecoh2 smbil bawak baldi dan tuala]. Oh! kami tidak begitu. Slow n steady je amik baldi, pehtu ikut la mana org carik air tu. Atau penah skali kami bukak je paip bomba tu. Ha...jahat! jahat! Kalo bukak paip bomba ni air yg memula kuar tu mmg kotor giler..ko tggu la lama sket bagi dia jernih. Lps k'org amik air tu maka beratur yg lain turut memenuhkan baldi dgn air paip bomba tu. Oh ya! paip bomba juga disebelah bilik kami.

Kadang2 kerana tidak ketidak kecohan kami ni, kami slalu terlepas la menda2 yg org lain da lama tahu. Terutama gosip hangat. Mcm org tu couple ngan sapa, baru lepas clash ngan sapa. Haha. Tp masa tu kami dah amalkan konsep "ada aku kesah" Haha. Lebey baik layan bf sendiri kan. [Tp kalo kelas batal, lecturer takde tu kami cpt je dpt tahu. Huhu.].

Lps tu masa nak last2 part 6 tu kami ada buat buku ala2 scrap book. Dlm tu bebas la tulis memacam ttg persahabatan k'org tu. Lepas tu, ari last kami kat uitm kami pun tukar2 la buku tu. Oh! bercerita pasal ari last kat uitm, mmg la sedey giler. Aku tk penah nangis smpai bengkak2 mata la nak berpisah ngan kawan tp dgn BFF aku sorang ni mmg la aku menangis smpai bengkak mata. Dlm keta pun nanges lagik. Sbb aku tau aku takkan dpt lalui lagi momen2 manis dgn dia. Dia pun tak smbg wat degree. Sedih giler rasanya..

Dan lps tu walo kami jarang berjumpa tp kami ttp keep in touch. Cumanya ada sedikit terkilan sbb masa aku kawen dia tak dpt attend sbb kad jemputan aku pos tak smpai kat dia. Pastu plak aku lak buleh tk msg tak call..tah..apa la kena masa tu aku pun tatau. Padahal dia la antara nama2 yg aku awal2 dh reserve utk kad. Bongok sungguh! Apsal la aku tk terpikir utk antar sendiri by-hand. Apsal?? Apsal??? Apsal?? Menyesal giler aku rasa. Tp nak wat cemana?? Menda da lepas kan.

Apa pun aku sayang banget sama dia. Aku tau dia tak baca pun blog aku [sbb opis dia block byk aplikasi2 kat internet nih], Lepas ni kami plan nak pi holiday sesama. Nak nyembang smpai lobam. Haha. Mana tak nya..sbb kalo jumpa pun kami nyembang tak berenti berejam2. Smpai membawa diri la incik asben kami tu [pepandai la bawak diri yo] Seb bek la anak dia jenis tak meragam.

Utk sahabat BFF ku itu..i love you lah Juwita! Moga persahabatan kita ini akan kekal utk selamanya.

p/s: akan ada entry utk BFF yg lain pula menyusul nati.

Puanstoberi : kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar sekali.

20 June 2009

~JUWITA~



This entry specially create 4 my bes friend eva-Juwita.

Aku ni tak byk bes pren (tp pren...mmg ramai). Sorang,kwn ms sekolah rendah dulu (zirah-nati aku wat entry dia lak) peh tu Juwita ni. Dia ni kwn sepjg aku wat diploma kat uitm dulu. Mmg rapat banget. Rasa start rapat ms part 2. Mmg takde rahsia antara kami. Mungkin ms tu kitorang ada citer yg serupa utk dikongsi bersama iaitu pasal pakwe memasing. Huhu..macam la org lain takde pakwe ms tu ek.. entah..rasa dgn Ita ni amat la sekepala ngan aku.
Ingat lagi ada sekali tu aku gaduh2 ngan boipren aku. Ita ni la pi call balik boipren aku. Penah gak k'org jumpa sekali ngan boipren kitorg. Ala2 gathering gitu...ms tu nak balik melaka la. Tpt perjumpaan langsung tak class lak tu..ada ke kat menara maybank tu. Tu kan dkt ngan pudu..so lepak situ jap..kat situ mcm ada taman2 tu..ha..ada gambar masa tu..tp..tggu la kut2 aku rajin men scan nati.
Lps tu ada la jmpa sekali lagi ber4 kat melaka lak. Boipren dia ngan boipren aku gigih naik bas dr KL tu turun melaka jmpa k'org. Mlm tu memasing tak bley tido. Menyembang smpai nak pagi. Xcited sgt gamaknya. Haha.
Dgn dia ni pun aku mcm ada "telepati". Buleh sekali tu..tgh2 bersembang..lps tu kitorg pause.. tetiba ada kuar perkataan "kelab dangdut" dari mulut memasing. Aku tak pasti apa yg kitaorg sembangkan..tp..buleh tersebut perkataan yg sama lak.
Ita gak sepjg kawan ngan aku selama 3 thn selama tu gak dia setia menemankan aku membeli adiah befday utk boipren aku. Ada sekali tu dia period pain..tp..dia setia gak menemankan turun naik bas trus ke bdr melaka sanun. Huhu..sayang ko Ita.
Kerana aku gak dia penah fail kuiz (seb bek kuiz jer..huhu). Kira fail secara berjemaah ngan aku skali la. Paper subjek apa tah..tp aku igt lecturer dia Hj Lias tu (ni bebudak DPA kenal banget nih) Sbbnya aku senggugut truk ms kuiz tuh..kuar suma peluh jantan betina,lps tu da seram sejuk,pucat lesi..Ita la memapah aku bwk balik bilik. Sian kat dia..sbb aku dia pun tak leh amik kuiz tu..seb bek la kuiz kan.

Lps tu kenangan lain..mcm ajuk2 ckp lecturer tu mmg mainan kitaorg lah.. hahaha..jht giler lak aku rasa. Kan lecturer2 ni slalu mcm ada trade mark memasing..ha..bila da bosan study tu mula la kitorg buat ala2 lecturer tu berckp..mmg nak mampuih tul. Lps tu kalo dlm kelas yg bosan (kls En. Md Nor..haha..direct ckp tu) kitorg ada bwk bekal biskut..biskut kapal terbang tu.. mkn dlm kelas..hua hua hua..tp biskut tu bukan kitorg je makan..siap pass2 kat satu kelas..Astaga..buleh camtu..seb bek la tak repeat paper tu. Haaa....ngeri la kalo ttiba kena "tulah".

Dgn Ita ni, gmbr berdua mmg la byk giler. Kan sker amik2 gmbr ni dulu. Time tu manada kamera digital ni..pakai la kodak filem tu kan..pas tu kira ehh..ko da berapa ah?? kan satu filem tu ada 36 kpg. Kira kongsi sama byk la..jenuh lak nak kira balik..kelaka lak aku rasa.. Tp kalo pakai kamera skang ni lg tak terkata la byk gmbrnya kut..lps tu tak cuci..kumpul la beratus2 keping.

Mebi aku leh ngam ngan dia sbb dia mcm kakak2 gitu. Aku ni lak kan mcm byk bebudak sket..jd dia la slalu nasihat aku itu ini esp bab pakwe ni la.

Masa last day kat uitm,mmg la sedey giler..giler peluk2..nangis2..taktau nak ckp la.. aku tak penah nangis teruk camtu berpisah ngan kawan. Rasa mcm lepas ni susah la nak jmpa. Tp kitaorg ada buat satu buku ala2 mcm..mcm apa ah..entah..dlm buku tu ada la tulis kenangan2 kitaorg..tempek gmbr suma..n masa last day tu la tukar2 bku tu. Ada lagi aku simpan, bila bca harus la nak tergelak.

Dan kitaorg agak ter pisah oleh keadaan bilamana aku sambung degree (ceh..skema lak ayat). Jarang2 la contact sbb dia tak further degree. Dah malas katanya. Dan aku lak gigih smbg.. ada gak masa tu aku pi umah dia..tido umah dia.

Lps tu bila memasing da keja makin la jauh..tp aku ttp anggap dia la "shbt sepjg hayat", yg aku syg sgt.

Dia kawen dulu dlm thn 2006. Itu la last aku jmpa. Gigih aku pi sorang je kenduri dia sbb aku tak tau nak ajak sapa dh. Ha..mmg gigih.
Kira da 3 thn tak jumpa..rindu banget kat dia. Dia bersalin pun aku tak gi lawat. Entah..mcm ada je menda buat k'org tak terjumpa. Eh..aku penah terserempak gak skali ngan dia kat Sogo. Ms tu aku br abis karoke ngan geng karoke aku. Tp tak berckp sgt sbb aku nak cpt.

Aku kawen dia tak dtg...sbbnya aku antar kad jemputan ke opis dia..tp dia kata tak dpt..dan dia anggap mcm aku tak jemput dia la..sgt sedey aku rasa..aku lak takde la reti nak call ke apa ke dia kan..entah..dah tersurat camtu jadinya..takleh buat apa2 dah.

Dan smlm la baru kitorg dpt jumpa..takyah plan2 pun. Ari Jumaat tu aku call dia,trus dia kata jum la jumpa malam esuk. Jd jumpa kat Mc D jalan Pahang. Sng sbb Mc D tu 24jam. Lps tu Ita kata dia pun mebi buleh jumpa dalam kul 10 camtu. Mula aku nak ajak jmpa kat umah jer. Tp dia kata takut anak dia renyah2 lak.

Jadinya...seronok sgt sbb lama tak jmpa. Jmpa dlm kul 10.30 camtu. My dear ikut skali la sbb mmg kitorg nak kenalkan asben memasing ni. But..aku da kenal asben dia sbb coursemate aku kan (tp..Ita tak bercinta ms kat uitm..da keja br dia jmpa semula n bercinta ngan asben dia tu).
Sembang nyer sembang smpai kul 1.30am baru kuar dari mekdi tu. Haha. 3 jam okeh kat mekdi tu. Tak penah2 duk lama camtu.

Jmpa je mmg dah berderai ketawa..apatah..aku da warning laki aku dh..kalo tetiba ternapak kitorg gelak tnpa sbb tu..abaikan je sbb hnya kami berdua je tau apa kami gelakkan. Memcm citer la kuar. Gelak2 smpai berair mata.
Asben2 kitaorg lak amat memahami.. siap duk meja lain..bagi peluang kat kami yg tak berenti2 berckp (walhal..lari jauh tu sbb nak smoking). Daughter dia pun baik sgt..tkde la renyah2..bosan ke apa..eluk je duduk walo dh tgh mlm. Lps tu tido kat ibu dia. Sgt baik.. Moga2 anak aku nati pun mcm tu la..aku cukup risau kalo anak aku nati ngikut perangai renyah dan cpt bosan aku ni. Pendek kata perjumpaan "ad hoc" ni amat berjalan lancar.

Ada snap gmbr..tp tak upload lagi,..alah..hp aku kan poblem sket nak upload2 ni..bila la nak dpt pelarasan gaji ni..nak beli kamera lak nih..baru lengkap utk menjadi blogger sejati. Hua hua hua. Eh..lari tajuk suda...

My dear pun napak selesa ngan asben Ita..ok la tu..siap offer nak bagi baju batik lagi. Hai..lantak la korang..asal..buleh "masuk" kira ok la tu kan. Para suami kitorg ni pun bersembang sakan. Smpai kitorg lak kena ingatkan dah kul 1.30am..seronok nau bersembang.

Jadinya..gitu la keadaan aku ngan Ita yang tak jmpa 3 thn dan asben kitaorg yg 30thn tak jumpa. Huhu.

Utk Ita..aku syg banget sama ko..nati kita jmpa lagi tau..

Pnstoberi: Itulah namanya keindahan dalam persahabatan

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign