Orang selalu cakap 'tak mau la nanti orang cakap belakang belakang'
Kenapa?
Kenapa takut sesangat dengan orang cakap belakang belakang ni? Kenapa? Kenapa? (cea.. emosi plakkk)
Pernah dengar ini tak?
Orang cakap belakang belakang ni, tptnya mmg di belakang.
Menandakan anda mmg berada di hadapan mereka.
So, why worries?
One more, kalau kita tak mahu di perkatakan belakang belakang, jangan buat atau bagi peluang orang cakap kita belakang belakang (berapa byk belakang daaa....)
Sejak2 da berumur ni, cea berumur katanya, aku malas nak pikir pasal orang cakap belakang belakang nih. Lantak la. Lelebih lagi, dengan ujian yang aku hadapi ni, menda tu lagi buat aku tak kuasa nak pikir. Masalah picisan. Ko pikir lagi ko stress, solusi pun takde - baik takyah pikir.
Korang kan, lagi pikir cakap cakap orang, lagi tak senang hati.
Percaya lah.
Lantak Buat apa kita nak pikir pasal orang.
Selagi pikir, selagi tu lah korang tak senang hati.
Let them be. Nak cakap.. cakap.
Aku nak tanya, bila orang cakap pasal kita, apa yg kita kurang?
Ada gaji kita terkurang? Takde kan.
Ada rumah kita roboh? Takde kan.Ada baju kita koyak? Takde jugak.
Ada kita kebulur? Lagi la tak.
So, apa yg risau??
Kalau risau sangat - satu je - jangan buat orang bercakap pasal kita. Boleh?Tak boleh pulak. Mulut orang.
Buat pun dia bercakap,
tak buat lagi la bercakap.
So... let it be.
Takyah pikir sangat. Cam aku mmg aku tak pikir lah. Banyak menda lain aku perlu pikir dan boleh pikir. Pikir pasal treatment aku, pikir pasal kerjaya aku, pikir pasal family dsb.
Ada masa ke nak pikir risau2 pasal orang cakap belakang ni?? Takde masa oii.... Lantak la pi lah orang nak kata pasal kita beli kereta baru ke, orang cakap pasal kenapa tak jual kereta lama ke, orang kata asyik nak gi berjalan lah. Lantakkk.. aku beli kereta baru ke, aku pergi oversea ke, aku naik cruise ke, sesen pun aku tak guna duit mereka dan satu sen pun aku tak berhutang dengan mereka. So, dah kenapa plak ada orang yang risau kita papa kedana ke apa. Life kita, kita yang tahu. Orang mmg suka mengandai andai, macam derang plak duduk sebilik dengan kita, duduk 24jam dengan kita. Tahu luar dalam, tahu berapa digit jumlah yang ada dalam akaun kita. Konon lah...
Come on - jangan la guna word - 'nanti kita buat camni, orang cakap belakang belakang'. Aku sangat tak suka word tu. Hidup tak motivate langsung kalau asyik ada menda tu dalam minda. Satu hal, kita lak yg jadi negatif, sbb dok prasangka dgn orang. Dan kalau betul pun orang cakap belakang2, biar lah. Aku ingat lagi, dalam majalah apa tah, Siti Nurhaliza punya pegangan, masa tu dia belum la haibat cam sekarang. Pegangan dia - tak hidup dek puji, tak mati dek keji.
Aku suspect, orang yg risau sangat orang perkatakan pasal dia/cakap belakang belakang ni sbb dia pun selalu perkata hal orang/ cakap hal orang belakang belakang. Bila dah jadi habit dia, dia pun rasa semua orang camtu. Betul ke idok?? Haha. Jangan la marah. Abis tu dah selalu sangat prasangka ke orang. Padahal orang tu tak cakap apa pun. Kita je prasangka.
So skrg pikir. Nak jadi orang besarrRR ke orang kecikkk....
Jadi, please.. jangan guna term "takut orang cakap belakang belakang" Ai is don't like. Saya bagi hashtag #sayataksuka
2 juta komen
puanstroberi...sebab fikirkan oghang belakang dengan fikir kalo buat ni ..kang oghang cakap ape pulak .... itu le sebab nye ngape kita payah nak maju...... deme2 yang bercakap tu ..ade ke fikir pasei kita.... takde..... jadinye.... lantakkan je...
lantak kan aje,,,janji kita buat benda betul..if ikut orang ada je yg x betul...su ramai jumpa spesis cam ni...semua orang salah..dia je betul..tu yg asyik ckp belakang je tu...yang penting kita keep positive
Terima kasih atas komen anda :)