Pages

30 October 2013

Edisi 5S Baju Bajan

Bersepahhh... 
Tu pun baru 1/3 baju di humban keluar.
Dari 1 compartment wardrobe tu. 
Ada 2 compartment lagi tak dikeluarkan.
Tu pun dah jadi sepah camtu.

Naik pening nak kemas.
Kemas kemas. Ada lagi baju tak berpakai. Penuh balik almari.
Kemas kemas. Beli lagi baju. Penuh balik lemari.

Haih.
Ni last week. Beli hanger banyak2. 
Blouse, kemeja kena hanger. Dah tak boleh nak lipat lagi dah. Melimpah ruah.
Bila blouse/kemeja taruk hanger ni mmg napak messy btul. Tak suka.
Tapi wattodo... Dari almari yg dah sesak.

Jadi, kena 5S jugak.
Sisihkan mana mana baju yg dah jarang di pakai.
Dah siap beli satu kotak plastik besar yg nak buh baju tak pakai.
Mana langsung tak elok - buang la kot.
Mana rasa cam elok lagi - boleh bagi orang.

Tu baju je tu.
Tak masuk tudung lagi. Dulu fesyen bawal, segala macam kaler beli, sampai kadang kaler yg sama pun ado.. begitu lah kita perempuan ni kan. Pastu fesyen Ariani, penuh Ariani. Masuk Fareeda ada la 3,4 lai. Pastu skang shawl. Adeh.. mana nak sumbat nih. Aku nak carik hanger tudung bulat2 tu lah. Senang nak letak shawl. Dulu tak pernah fikir nak beli pun. Sekarang rasa cam susah dah nak jumpa. Kat downtown ada kot. Nati nak carik.


MyDH kata "elok awak buat jualan amal je tudung2 ni"
(T___________T)

p/s : Wardrobe tu built in wardrobe. Custom sekali dgn sykt buat Kitchen Cabinet. Anti-jump sliding door - 8ft - full height smpai siling. Ada juga make up hanging table with mirror. Ada yg cakap lak kang 'tak tanya punnn'. Saja tulis.  Huhu. In case... kot ada yg berminat nak buat camtu jugak.. 

Lupa Renew Lesen!

Ada orang tu kan. Dia kan. Boleh lupa plak kan. Nak renew lesen dia kan.
Dah nak hampir setahun kan.

Haaaaaaa......
Itu lah dia nya.
Tu hari aku nak tukar lesen. Lesen aku expired 19 December. Aku mmg tak pernah lagi buat lesen yang date birthday tu. Sbb aku buat dari tahun 2010. Jadi, nak la renew - buat yg ada gmbr. Tp tu hari ada poblem sket nak baca IC aku, jadi aku pikir aku nak tukar IC dulu.

Masa tu orang tu belagak. Dia kata taknak tukar. Sbb katanya lesen dia lambat lagi mati.
Oke la. Ai pun tak kesah. Taknak tukar takpeeeee...

Sekali kau.....!

Satu hari, ketika nak berurusan yg perlu kan lesen memandu.
"Lesen encik ni dah expired lah"
Haaa... mujo orang yg perasan tu bukan JPJ mahupun polis.

Tapi bole pulak encik tu nak kata "rasa saya dah renew tu hari"
Elo..elo..elo.. encik.. encik... kalau encik dah renew harus lah dah takde lesen lama tu (-_-")

Tak tukau lagi la tu... Pftttt...
Dekat nak setahun oke.

Terus gegas pergi UTC. Mujo lah UTC buka hari Sabtu mahupun Ahad.

Fuh. Mujo juga beliau ni pemandu berhemah. Tapi, kalau nak jadi cerita. Mana lah tahu. Terlanggar apa2 ke. Lagi kena saman sbb tak renew lesen. Satu hal je. Cemana beliau buleh lupa aku pun tak tahu. Lepas ni kena peringatkan la beliau. 

Oh. Dia kalau lebih setahun tak renew kena amik test drive semula ya.
Jadi... sila lah check lesen anda.
Sbb tu aku buat sekali 3 tahun. Takyah nak check2 banyak kali.

Takpun, aku rasa nak buat 5 tahun terus. Lagiii senangggg....

Encik beliau yang sedang keluarkan IC.

renew lesen, JPJ
Waktu operasi JPJ Mini UTC Sentul

29 October 2013

Kenapa Perlu Vitamin C

The Health Benefits of Vitamin C

So what is so important about this essential vitamin? Vitamin C contains antioxidants, which help fight off free radicals in the body, warding off inflammation, infections, and viruses. Furthermore, by helping to build proteins in various types of cellular constructions, vitamin C also protects against heart attacks and strokes. In general, this nutritional element promotes better vascular health and longevity.

New studies have shown even more significant health benefits of vitamin C, where the vitamin has proved to be useful in breaking down some kinds of oxidized fats. This suggests that vitamin C may even be important in preventing things like Alzheimer’s disease or autoimmune problems, as well as atherosclerosis, another problem of the circulatory system.

Doctors are often well versed about how this simple vitamin can affect multiple body processes. One specific manifestation of vitamin C effects is in its promotion of healthy teeth and gums. Periodontal problems and other related issues can be curbed with large intakes of vitamin C, although many other factors also apply. Generally, getting your daily recommended dose of vitamin C helps the body to handle challenges and build healthy tissues, while using the natural antioxidants to protect the body from outside invaders.

kredit : Here
*****
Maaf la.. aku qoute yg omputihnya je. Sbb yg melayu nyer, rata-rata 'penjual' vitamin C. Hihihi.
Oke, takpe. Vitamin C mmg selalu orang perkatakan. Sbb nya vitamin ni lah paling mudah didapati (dari buah la..bukan yg tablet tu). Dan juga khasiat nya yang pelllllbagaaaaiiiiii...




Jadi, mari la kita makan vitamin C. Tak kesah la tablet punya ke apa ke. 

Tapi aku prefer makan 'raw product' terus.
Lagi bes kot. Makan kiwi. Makan oren. Makan strawberry.
Jom.
Amalkan makan vitamin C utk kesihatan anda. 
Cewah!

p/s : Dulu, MyDH selalu selsema. Aku salu cakap dia tak cukup Vit. C (aku mmg jarang kena sbb masa kekecik dulu mmg asik kena paksa makan supplemen). Tapi, skrg, sbb aku selalu juicing (oren, bayam, epal hijau etc.etc) maka,dia pun dah jarang selsema and batuk. Alhamdulillah... Allah jua la penyembuhnya atas usaha kita :)

Jom Makan Pecal Lele & Puyuh Lele

Ni rentetan dari yg keluar melawat Mira tu lah.
Sbb waktu tu dah lunch, jd minta driver yg bawa kami singgah makan kat memana.
Aku mmg blank area Ampang tu. Orang lain pun sama.
Jadi, driver tu bawa kami ke area Kg Pandan.

Kasihannn... aku baru tahu adanya tempat ni. Bukan aku je. Seme yg pergi tu pun baru tahu. Hihi. Maklum lah, weols mana selalu makan bawah2 pokok nih. Peluh tiak weolz (oke, statement mintak pelempang 2,3 das!)

Nama kedai dia Asama Tomyam. Tapi takde jual tomyam kot. Kot malam aku tak tahu. Tp siang, aku tgk seme orang amik set camni je.
Ada pun pecal lele, pecal ayam, pecal puyuh, pecal kembong juga pecal sayur.
Ni ala2 ayam penyet la kan.
Masa pergi reramai tu, aku order ayam goreng (pecal ayam).

Not bad. Sambal dia sedap. Bagi aku yg kuat pedas, pedas dia tahap so so je. Bagi orang tak tahan pedas, oke dah kot. Ayam pun panas2 je.

Bila dah sedap. Maka, hari Sabtu aku repeat ngan MyDH. Hihi. Tp bukan lah semata2 kami ke sini utk makan. Haru kalo gitu. Ada la kiterang pergi uruskan urusan lain, dan singgah sini utk lunch. Kali kedua, aku amik pecal lele, while myDH puyuh. Dia ada bagi sup kosong jugak. Makan dua orang utk set cam atas tu dgn air laici n tea o suam RM15. Boleh la kan.. tp mungkin harga air tu akan naik tu. Sbb gula dah takde subsidi. Kihkihkih. 

Lokasi kedai : Memang bebtul dekat dgn kedai Tupperware. Padahal aku kerap gi amik Tupperware situ. Tp cemna tah aku tak pernah terfikir nak singgah makan situ (cam statement atas tu lah.. peluh tiak kang.. tak mahu la makan bawah2 pokok nih. Kihkihkih). Berhampiran kompleks sukan tu. Kalau dari bulatan kg Pandan (office kiterang dari arah sini lah), jalan sket, masuk simpang kiri (jgn naik atas nak ke Maluri tu). Pastu napak kompleks sukan, ada sekolah seme. Napak Petronas. Ha. Tu dah dekat la tu. Kedai dia belah kiri kalo dari simpang tu. Parking padat sket la kalau lunch hour. Tp boleh la. Parking je la tetepi rumah orang tu.

Korang nak info n gambar leh tgk blog beliau ni :
http://hidupmausedap.blogspot.com/2011/09/asama-tomyam-ayam-pecal-lele-kg-pandan.html

28 October 2013

Melawat Baby Mira

Ini cerita last week. Tp kat instagram dah jaja la gmbr ni seme pun.

Melawat baby Mira. Mira ni staff kat HR Dept gak.
Jadi, pergi. Kata orang.... amik berkat *yes, walau aku TTC'ian, but then, I'm not having prob nak tgk baby baru ke apa... walau masa tu rerakan lain akan cerita pengalaman derang.. tp bebuat dek' ja. Everything should be oke lah. Takkan la nk suruh orang 'diam..oooii.. diam lah.. jangan la cerita...' Haish.. 

Bos kasik kuar awal sebelum lunch. Dkt je umah dia. Ampang sajer..
Baby Alisha (nama penuh lupa la plak.. maafkan che da ye)

Masa ni kiterang ni baby baru 3 hari.. eh..ye ke.. tapi kurang 1 week la.
Memula aku taknak angkat baby tu. Takuttt.... maklum la ai kan masih 'remaja'. Kuikuikui.
Tapi, dah derang suruh juga, jadi meh la..meh ai angkat. Hihi. Udah la ber selendang tok ti kan. Hihi.

Apa pun, tahniah Mira.. atas kelahiran baby girl ke dua ini (ni anak no. 3 beliau).
Dengan harapan. Moga kakak mu ini akan turut jejak mu nanti. Insyaallah......

25 October 2013

Currently Addicted : Garden Mania

Aku tak main candy crush, segala diamond dash apa seme tu (tlg jangan otomatik invite saya dgn diamond apa seme tu yer.. saya tak main..). 
Aku sker lagi main game yg bila rasa  nak main, main je. Takde nak kena mintak nyawa kat kawan la apa la. Nak kena ada jiran la baru naik level. Ah. Tak kuasa aku. Menyusahkan.

Baik main cari ayat ke, cari menda tersembunyi ke.
Atau.. aku sker mainan yg makin lama makin susah. Huhu.


Cam ini lah.
Memula mmg la cam senang.
Anak2 pun suka.
Konon cam tolak kan je sayur2 yg sama jenis.

Tapi, try lah smpai level 55 (me currently level 56). Aku target nak main sampai level 100 (Download dan start main pada 14 Okt tu ari)
Tu ari aku stuck kat level 51. 3 ari 3 malam tak dpt settle kan. Punahhhh... Namun akhirnya berkat kesabaran.. settle. Haha.

Yang bes sbb dia bukan main ikut tempoh masa. Jadi, takde la stress. Cuma dia ada moves - katakan dia ada 20 moves - so dah abis moves, tapi tak dpt complete kan sayur dia nak tu kira dah failed lah. 

Dia ada bantuan. Boleh potong dari coins yg kita kumpul. Tp aku tak mau guna tu seme. Aku kumpul duit dan guna lah otak yg ada utk dapatkan jenis sayuran yg dia nak tu.

Memang bes. Sila lah donlod if tak tau nak main apa dah. Tp abiskan smpai level 100 oke.

Satu lagi yg aku baru donlod
Buttons and Scissors.
Tapi ini sap sap soi sangat.
Tak mencabar langsung.
Memang ada kena ber fikir. Tapi mudah sgt. Maleh ah. 
Tapi nati nak try hard levels nih. Nak tgk hard ke tak.

Aku suka permainan minda cemni. At least, otak bergerak jugak kan. Huhu.
Sudoku pun ada donlod gak. Cuma lama dah tak main.

Doa Pelindung Diri & Doa Keluar Rumah

kredit : Here


kredit : here
*****

Moga kita dan keluarga serta kesemua rakan-rakan dijauh kan dari segala mara bahaya. Aminnn.......

24 October 2013

Siapa Kata Kerajaan Je Banyak Kerenah Birokrasi

Asal sebut je birokrasi sure jari menuding - government. Pejabat govt la kononnya paling byk kerenah birokrasi. Ada step sana sini. Lembap. Lambat. Tak efficient.

Oke. Takpe. Aku kerja kerajaan. Aku akui memang ada kerenah birokrasi. Tapi ye lah. Kerajaan kot. Katakan lah in term of expenses. Bukan sesenang camtu nak keluarkan duit kan. Mesti la ada pengesahan sana sini. Oke. Org akan kata, itu takpe lah duit. Bab lain pun lembap. Terpulang. Kadang tu yg mengata tu tak pernah pun berurusan sendiri, asyik dengar 'orang kata la'. Memang lah ada yang lembap, lambat cam kura kura. Tp bukan semua, segelintir. Tp hok yang segelintir tu lah orang akan kata macam kan keseluruhan kerajaan ni lembap ayam. 

Baik. Takpe.

Hari ni aku berkesempatan pergi kedua dua tempat. Government n swasta.

Mulakan dgn swasta. Aku g bank. Tiga hari lepas (Isnin), aku settlekan bayaran kereta aku. Lps tu, orang kaunter tu kata
'cik boleh dtg lagi 3 hari utk amik statement e-batal. Nanti bawa e-batal tu beserta geran kereta ke JPJ utk pembatalan hakmilik' 
Maknanya hakmilik bank dalam geran kita akan di batalkan. Oke lah. Aku tanya hari Rabu ke? Dia kata better hari Khamis. 
Jadi, pagi tadi masuk lah lewat ke ofis. Sbb alang2 nak pergi amik tu, aku boleh buat lesen memandu yang baru. Dan juga ke Pejabat Hal Ehwal Veteran ATM (uruskan kad pesara arwah ayah aku).
Bank ni kul 9.15 buka. Kami park kereta di Maju Junction sbb JPJ n Pejabat Veteran pun kat situ. Senang lah kan. Tak jauh pun dari bank tu. Memula ingat nak buat IC skali kat situ. Rupanya dah tutup JPN situ. Bila dia tutup eh? Haha. 

Oke, takpe lah. Terus ke Pejabat Veteran. Masih awal orang pun takde. Kat sini aku nak tanya pasaipa kad pesara tak smpai kat rumah (kampung) lagi. Padahal dah mintak masa bulan puasa tu ari. Tup2 dia kata dah hantar. Tak smpai lah kot (oke. Napak cam kerenah birokrasi kan). Tapi, dia print balik kad tu. Dan dapat lah. Dalam 15 minit settle. Lega di situ.

So, kami ke bank tu plak. Nak amik e-batal sebagaimana yg dikatakan. Jalan kaki saja. Naik jejambat tu. Jauh tak jauh, tp cam nak peluh tiak gak lah. Pepagi. Kira exercise la kan.
Sampai je terus g kaunter 7 sbb orang tu kata takyah amik nombor, terus gi kaunter 7. Cakap nak e-batal. Orang tu pun check2... bagi kat officer dia (kot). Skali orang tu kata 
'siapa suruh cik datang eh? Tak siap lagi ni e-batal nih'
Damn! (cea.. dah pandai cakap damn uolzzz). 
'Selalunya saya akan call kalau orang nak amik e-batal nih'

Aduhai. Bersabar je lah wahai hati. Tu hari masa buat full payment tkde plak budak kaunter tu bagitahu cam itu. Dok kata 3 hari, 3 hari. 
Jadi, aku tanya 'biasa berapa hari. Sebulan lah yea' (senang.. ckp je sebulan, takde la kita cam orang gile nak pegi balik pegi balik)
'Tak.. 3 hari ke seminggu. Kita akan call'
Aku pun bagi no talipon. Tiga nombor skali aku bagi. 

Sapa kata kerajaan je selalu buat orang camtu. Takde la nak minta maaf ke apa pun. Kalau kerajaan oke lah sbb berkhidmat utk rakyat kan. Ini, kita bayar perkhidmatan dia. Interest dia makan dari duit kita berapa banyak dah. Selalu cakap penjawat awam ni gaji dari duit rakyat yang bayar cukai. Kononnya lah kan. Padahal kalau bank tu pun bukan gaji dari duit pelanggan? Dah makan duit kita, nak minta maaf pun susah ke? Jadi, balik lah kami dengan kehampaan. Berjalan lah balik sampai peluh tiak. Oke la kami mmg area2 situ. Kalau datang dari jauh? Bongok betul. 

Lepas ni lantak kau lah. Kau call, nun tahun depan baru aku amik. Apa menda e-batal tu aku pun tak tahu. Tpi dia kata ada kena mengena dgn JPJ. Aku suspect, dia tak key-in lagi permohonan aku tu. Lagi satu yg aku rasa bengap sgt tu, dia boleh tanya, cik bayar kat mana tu ari? Hai.. kata canggih sangat swasta ni kan. Takkan la bila dia tgk detail aku tu kat system dia, dia tak boleh tahu aku bayar kat mana.

Oh. Selama ni kerajaan je lah yg lembap. Kerajaan je la yg asik suruh orang balik bila dokumen tak siap. Aku risau satu je ni kang. Buat la dia tak update, tak pepasal aku kena bayar lagi plak bulan ni. Nak lagi bes, tetiba ada interest plak ni. Sbb statement tak keluar.

Aku pernah buat full payment utk PTPTN. Dia keluarkan statement sementara yang mengatakan kita dah habis bayar. Nanti baru keluar surat katanya. Yang official punya. 

Cam bank ni, takde pun. Mmg aku risau btul lah. Siap nak tunggu seminggu. Tu pun kalau yer. Kalau tak yer. Tahun depan kot. 

Dah tak dpt e-batal tu, kami pun balik lah. Buat IC. Singgah jap UTC (semua ini dah dgn kebenaran boss yea). Dalam 10minit settle semua. IC boleh diambik dalam masa sejam. Tp kami tak boleh nak tggu. Jadi, ptg nati lah amik. Sbb JPN buka smpai jam 9malam.

Jadi. Kerajaan je lah yang banyak kerenah birokrasi yea?

23 October 2013

Detox Drink, Kekda Tak Buat Ke?

Tak pernah lagi. 
Sbb malas. Haha.

Ada yg bertanya 'kekda tak buat detox drink tu ke?'
Takde la dia tanya direct camtu. Tp aku tahu la dia merujuk kepada detox drink yg letak buah2 tu. Yang lebih kurang camni.

Aku tak pernah buat lagi.
Sbb malas.
Nak potong2, nak simpan beberapa jam.
Kalau nak bawak pergi ofis, lagi aku malas. Sebab kena bangun pepagi, potong itu ini. Acik malasss.. bangun pun cukup2 masa utk mandi, solat je. Tu pun kadang iron baju pun pagi. Pemalas giler kan (sbb tu kalau tetiba aku ter masak nasik goreng pepagi tu dah rasa habis haibat smpai kena tunjuk kat instagram. Kihkihkih).

Tapi boleh ja pun..potong memalam sebelum tido, masuk kat peti ais kan.
Tapi cam buh lemon je tu, aku ada buat gak.
Tapi, sbb kat sini susah nak carik buah yg organic, jadi ada keraguan jugak la di situ bila kena rendam dengan kulit2 buah tu. Cam kalau blend, kita boleh buang kulit dia. Takpe kot. Basuh la bersih2 kan.

Haaa... orang kata aku rajin sbb buat juicing bagai, padahal aku la insan paling pemaleh wey. Nak buat itu pun aku malas. Kihkihkih.

Tapi sebenarnya ni senang je.
Cuba tgk ni, cam sedap je kan.

Tapi, bila dah minum, buah tu makan ke cemna?
Haha.
Baik blend terus kot.. terus masuk dalam perut segala menda tu. Kihkihkih.

Takpe. Boleh je memana.
Web ni bes. Banyak resepi detox drink
http://itsjello.com/55-homemade-flavored-water-recipes/


p/s : ni hari kita cerita pasal makanan kesihatan je yea.

Jus Timun, Bayam, Epal Hijau dan Lemon

Sound so green huh!

Memang la. Kalau dulu, aku baca tu pun dah cam eiiyuu... tak boleh telan nih.
Epal hijau tu oke la lagi. Tengok timun, bayam.. boleh ke nak telan wey..

Boleh sebenarnya.
Takde apa masalah pun.

Jangan la pikir bila tgk timun tu, kena letak sebijik timun. Tengok bayam, terpikir seikat bayam tu. Tak lah. Buh amaun skit2 ja. Tak suka timun, buh suku je, tak suka bayam buh la segenggam je. Gitu. Bukan nak sekali blend selambak. Terus jadi 'hulk' kang sbb hijau sangat. Haha.

Kalau ikut aku ni lagi la teruk. Mana suka makan sayur.
Sayur dalam bihun pun aku letak tepi (even smpai skrg pun aku tak makan jugak. Habit kot).
Kalau sayur hijau memang big no no no la kat aku.

Tapi, kalau dah terpaksa gini. Dah bertebuk tebuk perut ni. Dah takut. 
Gigih gak la telan.
Satu lagi pun, minda ni. Minda ni kena set bahawa, apa kita nak minum ni rasa tak la teruk sgt. If belum minum dah fikir teruk, jadi, bila dah buat teruk la rasa nya.

Takde la 'suck' sgt pun rasanya. Oke je. Sapa yg nak cuba tu, cuba je. Takkan muntah belahak lah. Percaya lah. Haha.
Dan kalau taknak rasa 'green' sgt, buh lemon atau halia (dah buat entry tips tu kat sini).
Selalu aku tak buh lemon, tp semalam buh lemon. Dan, mmg ilang rasa 'ketimunan' dan 'kebayaman' itu. Hihi. Jadi pasni buleh naik level la kot. Try sawi cam Dini buat (oke.. aku pun ada rasa cam.. sawi..?? herghh.. even myDH yg makan sayur pun bila sebut buat jus sawi dia pun hah!)

Tapi dia pakai epal merah. Aku pakai epal hijau
Apple Cucumber Spinach Juice Recipe
Here’s what you’ll need:
1 handful of spinach
1/2 cucumber
1 apple
1/2 lemon
1/2 inch piece of ginger root

Ingredients for Apple Cucumber Spinach Juice
Start by thoroughly washing your spinach to remove any dirt or grit that could be still on the leaves. Then carefully wash your cucumber, apple and lemon.
Cut your cucumber and apple into smaller chunks so as to make your juicer happy. Then cut your lemon in half and remove the rind but leave on as much of the white as you can. Then cut a 1/2 inch piece of ginger root and remove the outer skin of that.
I started by putting my ginger and lemon in the juicer followed by the cucumber chunks. By putting the ginger in first, you are getting as much of that ginger juice pushed through as possible. Then I added in the handful of spinach and followed that with the remaining apple. I followed the spinach with the apple in order to help the juicer process it because spinach can be hard on your juicer.

One cup of this apple cucumber spinach juice will give you 132 calories and 34 grams of your total carbohyrates. It will also give you 890 milligrams of potassium and 4 grams of protein.
In terms of vitamins, you’ll be receiving 9% of your daily vitamin E, 17% of your daily vitamin B-6, 131% of your daily vitamin C, and 148% of your daily vitamin A.
This apple cucumber spinach juice will also give you good amounts of 13 different minerals. Some of those include: 13% of your daily calcium, 17% of your daily copper, 17% of your daily iron, and 42% of your daily folate.


* cam biasa - gambar refer kat instagram sajork.

22 October 2013

1st Time Ke Kenanga Wholesale Centre (KWC)

Ha... mmg out dated lah chepuanstoberi ni kheeennn. Orang lain dah berkurun abad - ulang alik - tetiap bulan ke Kenanga, aku baru nak pergi. Naseb arrr kann.... Maklum la, 'jauh' sangat kan. Memang begitu adat nya. Kihkihkih.

Entah ek. Dari hari ke hari, bulan ke bulan, makan tahun terus aku tak ter pegi Kenanga ni.
Tapi dek kerana nak carik skirt labuh, ku gagah juga untuk pergi.
Jadi, setelah proposal diterima oleh myDH, maka jom lah pergi.

shopping baju di Kenanga
Gambar sekadar hiasan : Google

Masuk parking ber tingkek tingkek tu. Dapat parking tingkat 11 sanun. Phew. Penuh. Hari minggu. Kalau nak raya lagi lah padat agaknya.

Jalan Kenanga
KWC Official web

Lps parking, terus turun level paling bawah. MyDH kata turun dari bawah, naik balik ke atas. Waa.. bes..bes.. Sampai je terus rambang mata. Phew. Giler ah. Giler nih. Cemna nak kawal nafsu nih. Risau nih. Pusing la dari tingkat bawah tu smpai tingkat 6. Dan hasilnya - 3 pasang skirt labuh, sepasang blouse, selai legging dan sepasang jaket. Semuanya kurang dari satuslimaploh. Tu pun telan ailiyo gulp gulp je tgk dress yg semuanya kurang dari RM50. Tp tak beli. Sok sok lah. Gambar hasil belian dah jaja kat insta, jd sini takyah (malas nak upload sebenarnya).

Tempat makan pun senang. Ada kedai melayu. Kiterang lunch kedai Ulam apa kenamanya ntah. Tingkat berapa lupa dah. Tp dkt ngan booth each a cup (minuman feveret - mango passion fruit). Bukan food court lah. Aku napak food court cina je. Surau pun ada. Pendek kata selesa je pun kalo nak shopping. 

Tapi area Kenanga ni mmg byk tul kedai2 jual segala baju harga borong ni yea. Keliling KWC ni pun seme kedai2 jual baju. Masa nak kuar dari area tu, meliar je mata tengok baju bajan yg bes nya.. banyak nya dress dress.

p/s : Rupanya ramai bebudak ofis ni pun belum pernah shopping kat sana. Huhu. Bila aku citer beli memacam kat sana, dah reramai nak pergi. Plan nak g hari Jumaat la, apa lagi. Dekat je sebenarnya pun dari ofis kiterang ni. Dah jadi rombongan che stoberi ni namanya. Haha

Saya Nak Bagi Tahu. Saya Bukan Robot.

Adui. Saya akui, kadang kala saya jarang drop komen kat blog orang.
Tapi, kadang kala, kalau free, saya akan drop komen.
Tapi...
Terbantut hajat nak drop komen kalau napak design yang canggih cam gini
Dah kenapa keluar gmbr saluran elektrik pulak????
Adui.
Kau mampu baca gambar tu. Jenuh aku pikir apa perkataan nih. Rupa rupanya kena abaikan gambar tu. Cuma taip je perkataan. Tapi.. ahhh... susah lah ada menda nih. 

Please prove you're not a robot.
Yer. Saya bukan robot.

Dah pernah buat entry ni dulu.
Tapi, masih ada juga yg suruh prove samada kita robot atau bukan.

Huhuhu (T____T)
Nangis ni. Saya bukan robot. Bukannn.

Mungkin. Anda mmg nak show word verification sebelum orang komen.
Yg ni mmg tak boleh buat apa lah kan. Terpaksa redho kekdahnya.
Tapi. Mungkin. 
Mungkin anda tak sedar bahawasanya blog anda perlu verifikasi dari robot.

Dari itu, sekiranya anda tahu memang takde robot yang baca blog anda, dan tak komen di blog anda, sila la periksa. Caranya :
Settings---> Post & Comment -----> show word verification ----> klik lah pada NO.

Sekiranya masih buntu. Ini lah gaya muka bentuk keadaannya. 


Jgn risau. Sekiranya anda takut mak enon (anonymous) yang komen, dan anda perlu meng approved komen dulu, itu tak mengapa.

Anda boleh pilih mana satu pilihan di ruangan 'who can comment'. Pilih lah selain dari anyone itu

Jadi, please.
Robot tak baca blog anda. Mungkin.
Tapi saya, seorang manusia yang baca. Dan tak perlu prove kot.

Serabut perut tetiba nak komen ada gambo saluran elektrik tu.
Seriyes.

21 October 2013

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia

Agensi di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan.
Untuk keterangan lanjut kepada yang berminat, boleh layari laman web kraftangan
Tarikh tutup permohonan : 4 November 2013

p/s : Mungkin agak sukar nak masuk portal kami (Kraftangan) ni lantaran 'traffic congestion'. (tetiba hit plak portal kraf). Maaf atas segala kesulitan. Tp sesiapa yg nak borang dan syarat permohonan, boleh la emel ke saya. Insyaallah..saya akan bantu utk emel kan semula borang dan syarat. 


***********
Pitam nih. Dah la aku ada family trip end of November tu.
Dgn nak buat shortlisted lagi, interview lagi.
Huwaaa.... takut nyaaa cuti tak approved... tapi kalau lepas pun cam tak sedap perut jugak tinggalkan kerja nih. Aduyai....

Edisi Menghargai Follower & Pengkomen #5

Oh. Giler lama dah sgt aku tak buat EDISI ni.
Rupanya last tahun 2011. Ku pikirkan tahun lepas.
Takpe la, sesekali, kena ada jugak edisi camni. Utk hargai pembaca2 yg rajin datang berkunjung. Yang rajin drop komen bila dah habis baca. Bukan yg datang masuk, tak baca apa2, tetiba drop komen 'wow'. Nampak beno nipu nyer kata Usop Wilcha. Haha. (dah tak komen dah lps aiols buat entry tu uolss..  tp aiols rasa ada lagi 2,3 orang cam gini gak nih.. cemna nak tgkp lagi nih ).

Oke. Kita sambung lah edisi menghargai follower dan pengkomen nih.
Last yg ini : Edisi Menghargai Follower

Again, apa yg aku buat ni, aku takkan review perihal blog, apa yg ada kat blog ke, design ke, tulisan ke, apa ke. Sbb aku bukan pakar dalam menentukan reka letak blog orang. Tak cantik di mata kita, tak semestinya tak cantik di mata orang lain. Jadi, tak kesah. Apa yg aku buat adalah selalunya hal persahabatan.

Mari kita berkenalan dengan cik adik kita yang sememangnya rajin turunkan komen kat blog kengkawan. Selalu gak aku tgk dia komen kat memana blog. 
Dan blog aku pun selalu dia komen. Dan aku tahu, pada entry dia komen tu, dia baca. Jadi, mari lah kita hargai nya.


Memula aku panggil dia Masya. Hihi. Dia kata 'kak..tu  bkn nama kita, tu nama gabungan, nama kita Yana'
Hikhik.. tp cam dah terbiasa pula panggil dia Masya.

Rasa, dalam setahun dua ni baru 'rapat' dengan Yana a.k.a Masya ni.
Aku tahu, dia ni mmg sahabat yang baik.

Paling terharu, maasa aku lepas operation bulan Mei tu ari. Terus dia msg. Sbb serasa aku, aku tak pernah bagi no phone kat dia. Atau, mungkin pernah bagi, tapi kami tak pernah ber utus msg. Lagipun kami tak 'friend' kat FB. Terharu sangat rasa bila sahabat yg tak pernah bertemu muka, yang dikenali hanya di blog sudi mendoakan kesihatan kita. 

Then, satu lagi yg terharu bila dia buat entry ni

Walau bukan secara direct dia buat entry tu utk aku, tp pada last paragraph tu, dah cukup buat aku terharu sekali lagi. Yanaaa.... terima kasih bebanyak kerana persahabatan yang tulus ni.

Oh, lupa pula. Sebagaimana gambar kat blog dia, itu lah cinta hati, buah hati dia - Amir. Masih jadi anak tunggal kesayangan. Yana ni kerja kerajaan jugak. Dia buat akaun. Tu lagi buat kami ngam. Sesama govt kot. Tapi, dia jauh la sket. Agak payah dia nak turun KL. Dan aku pun, agak payah jugak nak turun area dia. Jadi, entah bila kami dapat jumpa. Takpe, 1 sweet day nanti pasti akak jumpa adik akak yg sweet ni kan. Skrg ni lagi mudah sbb kami berhubung kat w.app je :)

Dan yg kelakar, Yana ni pun pernah jadi antara salah sorang yg ter silap hantar emel. Dari cikstoberi jadi cikstroberi. Hihi. Lepas tu, orang tu fwd balik emel2 tu, ada lah emel Yana ni. Hihi. Takpe lah. Sekarang aku dah tukar pun emel tu. Sian, menyusahkan orang plak kan. 

Apa pun, ini lah salah satu faedah yang dapat dari ber blog - menambah kenalan dan kawan. Mana lah tahu, apa2 hal boleh mintak tolong kan.

To Yana, nantikan Mystery Gift dari akak ya. Tapi..mungkin takes time sket tau nak antar. Nak ke post office bercinta nau skrg ni. Huhu.

*****
Idea asal dan detail tentang menghargai follower dan pengkomen ada kat entry tahun 2011 aku nih. Giler lama dah. Ter stuck dekat nak 2 tahun. Hoho.

19 October 2013

Nasihat Dr Hamid Arshat

Serba salah. Fikir nak taruk sini ke blog 'sebelah'.
Sbb kalau taruk sini, sure ada ayat cliche 'sabar lah..sabar lah..'.
Bukan. Bukan tak suka ayat bersabar tu.. tp Insyaallah mmg tgh bersabar kot.
Selagi saya ingat rukun Islam... selagi saya percaya tentang Qada dan Qadar Allah, Insya Allah.. bersabar.
Tapi kalau nak cakap bersabar jugak, boleh. 
Tpi mohon ditukar kan jadi 'teruskan bersabar'. Boleh?? Hihi. Chill!

Oke.
Letak sini lah. Ramai yg boleh baca. Letak sana. Hanya 'kita kita' je boleh baca.
Walau ramai je dah baca kat page Dr Hamid kan.



Ada yg aku ikut.
Ada yg tak.
Huhuhuhu.

18 October 2013

Saya Dan Shawl

Retu dah ada buat entry pasal shawl ni kan.
Skrg mari kita gedik2 pula dengan entry pemakaian shawl saya. Eceh. Siap nak entry bagai. Siapa peduli kau nak pakai shawl cemna pun kan? Kihkih.
Aih. Sebenarnya malu betul nak tayang muka selfie nih. Sesekali takpe la. Lagipun skrg ni jarang dah taruk gambar sendiri kat blog. Kang kata tak mesra pengguna pula. Kihkihkih.
Jadi, hantam saja lah labu. Mostly guna camera 360 uolsss.. kihkihkih sekali lagik.
Shawl Cotton. Beli kat Jalan TAR.
Seploh hinggit cuma. Kualiti kain bes.
Mudah bentuk. Tak pakai inner pun.
Saya pakai shawl memang cara yg paling paling paling simple.
Yg caranya - letak shawl atas kepala. Bahagi kan sebelah kanan pendek, sebelah kiri panjang. Bawa yg pendek itu ke bahu kiri - sematkan dengan brooch. Yang panjang lilit kan di kepala. Kemudian sematkan dengan peniti atau brooch. Kemaskan bahagian depan.
If wide shawl, kita akan dapat buat bentuk curve.
If shawl biasa saja ukurannya, dapat bentuk segitiga di hadapan.
Alter kan agar menutup bahagian dada.
Sbb saya agak kecik tapi tak berapa nak molek, jadi, biasanya shawl bidang biasa pun dah boleh tutup bahagian dada.
Itu yg buat saya suka ber shawl.

Shawl jalan TAR jugak. Seploh hinggit jugak.

Selalunya sy tak pakai inner. Tp kalau nak ber inner saya akan pakai tudung yg jenis awning. Samada awning lembut atau keras. 
Tu awning lembut. Beli kat Ariani. Memang sedap pakai. Rasa nak beli lagi. Tp mengenangkan staff Ariani yg nak taknak layan orang, jadi bleerghhh.... tggu lah tahun2 dpn pegi. Tpi Ariani jalan TAR tu oke. Nak pergi tu yg bencinta.

Shawl online. Happylifeshoppe.
Shawl dia comel2.

Ni pun pakai shawl ngan tudung awning Ariani jugak. Yg jenis pendek tu. Jadikan inner. Mostly, kalau dengan shawl chiffon mmg akan pakai ngan tudung awning nih. Ha, ni jenis wide shawl. Bes sbb boleh buat cam curve dpn tu, pastu boleh buat layer2 sket. Ni kalau waktu pagi jadi, lepas lunch, dah Zohor, tak tentu boleh jadi camtu ke tidak semula. Hohohoho.

Then ada jugak saya buat gaya sematkan pin di belakang.
Khaylaa Couture.
Beli masa Promosi Aidilfitri kat opis.

Yang ni payah sket. Jgn pakai camni kalo mood anda tak berapa baik. Tengok lah. Yang inner dah jadi berombak rindu dalam tu. Itu awning lembut tu. 

Halfmoon shawl - Poplook

Half moon shawl. Ada satu je. Rasa cam bes jugak. Cuma, nak beli yg wide sket. Baru senang nak 'bega-bega' kan jadi labuh sket.

Kemudian, terbaharu. Cea.. terbaharu katanya. Saya la terbaharu. Fesyen ni dah lama.
Loop shawl yg beli kat Al Humaira.
Berbulan juga shawl ni ter peruk dlm lemari akibat takde idea nak pakai cemana.
Loop shawl ni no choice. Kena pkai inner jugak. If not, tak boleh nak sematkan dia ngan pin.
Inner neck ni pun beli kat Al Humaira jugak. Inner ni pada mulanya mmg tak reti pakai. Cam nyusahkan je. Tp dah beli memahal. Pakai lah. Tp selesa. Saya yg tak pernah pakai inner pun rasa selesa.


Loop shawl paling mudah digayakan sebenarnya.
Tak perlu lilit. Hanya sarung, dan pin kan ikut keselesaan anda. Utk bentukkan bahagian hadapan, tarik2 je ke atas bahu.
Loop shawl ni adalah shawl yg telah dijahit kedua dua hujungnya. Mean dia akan jadi bentuk bulat. Tp bukan lah cam tudung syria yg boleh di sarung terus. Kena la bentuk2 kan sket.

Boleh carik kat utube tutorial pemakaian loop shawl ni. Mudah je sebenarnya. Rasa macam nak beli lagi nati. Hihi.

Sebenarnya, myDH tak berapa nak suka kalau saya pakai shawl ke ofis. Bukan apa. Jadi lambat. Dia suka kalau saya pakai tudung 'sauk' tu ja. Tudung awning lah. Itu kan kejap je pakai nya. Hihi.

Tapi saya boleh ja semua. Awning boleh. Bawal boleh. Shawl pun boleh.

p/s : Lambat kuar entry. Pagi jln Tun Razak jammed. Ada keta ter bako tu. Lewat smpai ofis. Pastu terus pergi MOTAC. Ada taklimat.

17 October 2013

Pengalaman Bertugas Di Parlimen

PTD's biasa lah ni kan, jadi pegawai bertugas kat Parlimen. Cam aku ni, yg bukan PTD (aku ni pi tido boleh lah. Haha) bukan selalu lah jadi pegawai bertugas ni. Jadi, terpaksa lah poyo poyo catat pengalaman sini. Maafkan je lah ke-poyo-an hamba ya. (eleh, bertugas Parlimen pun mahu cerita.. kata dek orang lain.)

8.10.2013- mewakili agensi utk turut sama dengan wakil MOTAC. Kira bertugas ni pun dia pick2 je. Aku ni pun 1st time. Org lain ber time time dah kot pergi jadi pegawai bertugas. Atau pun mungkin jadi pegawai perantara peringkat jabatan/agensi.

Tapi bukan mudah sesuka kita nak masuk Parlimen ni kan. Aku pernah sekali, masa tu baru beli kereta, dan konon nak jalan2 waktu malam lah. Sekali termasuk lorong ke Parlimen ni ha. Kan lorong Parlimen ni hanya utk ke Parlimen. Manade jalan ke tpt lain. Ha, engkau..siap guard tu dah angkat senapang dah. Haha. Sudah la malam. Pastu, dia nampak budak perempuan dan kawan2..jadi dia bagi je lah U-turn. Bikin malu saja. Mengong.

Dah kena bertugas ni, mari lah kita pergi dengan kereta ofis je. Booking je lah drive anto jap. Bukan jauh pun. Aku nak drive skrg? Haha. Kalau selagi namanya bukan emergency, aku dah tak kuasa nak pegang stereng. Aku rasa ability aku drive pada masa ini dah drop down. Tggl 35% je kot. Lagi pun bawa kereta kena fikir parking entah mana. Kereta jabatan ni, mudah je dia bagi masuk. Bagi pass jabatan kat post guard, dan dia akan tukarkan dengan pass 'pegawai bertugas'. Masuk parlimen pun cam kat airport jugak. Kena scan beg. Lps tu register dan pergi lah ke bilik sekreteriat. Mmg cam rusa masuk kampung gak lah kejap. Haha. Aku smpai dalam kul 9pg. Awal. Officer yg duty pun tak berapa ramai lagi. Mmg tercangak cangak jugak. Tp muka mesti kompiden. Smpai ada orang dari kementerian lain plak yg tanya aku, skrg dia patut pergi mana. Aku pun memandai je kata pergi cari bilik sekreteriat ikut kementerian. Kihkihkih. Tu ah..muka kena kompiden..

Biasanya bilik sekteriat ni dah ada la urusetia dari kementerian memasing. Share la dengan 2,3 kementerian lain. Lps tu urusetia akan bagi kupon makan utk hari tu. Dpt la RM20. Utk makan di cafe nanti.

Aku bertugas masa Dewan Negara.
Kata orang, yg bes masa Dewan Rakyat. Agak kecoh2 sket kan.
Dewan Negara ni smoothly running ja.
Sesi soal jawab.
Pastu ada pembentangan rang undang-undang.
Pastu kami yg bertugas ni buat la laporan.

Begitu lah.
Walau pun sesi aku kena tu abis jam 8.00 mlm, tp oke lah. Pengalaman baru kot. Dan dapat kawan baru lagi. Hai Farah.. Cea.. macam kan dia baca blog aku.. kihkihkih :>

p/s : gambar takde. Segan kot nak amik2 gmbr sgt. Kang cam jakun sgt plak. Kihkihkih

Edisi Juicing : Sedap Ke Tak?

Oke. Ini soalan paling feveret.
Kalau up gmbr sure org akan tanya 'sedap ke ni?'
Secara jujur saya tak tahu nak jawap apa. 
Contoh macam durian crepe la. Ramai kata 'sedap'. Tp saya kata 'tak'. Nak abiskan seketui pun payah. Mmg pernah saya buat, pernah saya beli. Tp mmg saya tak suka rasa dia. Dan pelik apsal la seme orang kata sedap. Haaaa... jgn la marah sbb sedap itu sesuatu yang subjektif. Juga cam feveret saya la - laksa. Ada yg kata tak sedap.. rupa pun cam muntah kucing. So, kesedapan bergantung pada individu. Ceaa..  

Tapi, takde la saya annoying ke apa ke kan bila orang tanya sedap ke tak juice ni. Oke je. Tanya lah.
Sbb kalau menda kita tak pernah makan ni, mesti kita nak tanya sedap ke tak.

Cam dulu, saya mmg tak makan ulam ulaman. Tgk orang makan - tanya sedap ke? Sekarang, ha.. bila terpaksa makan. Segala ulam raja ke ulam cabang tiga ke pegaga ke apa semua telan. Sedap? Mmg la tak sedap. Sayur. Hijau. Manade sedap.

Oke. Mari kita tgk apa kata Vanessa Simkins. Hehe. Ala ni yang saya subscribe dari web All About Juicing nih. Dia akan emel la tip2 juicing nih. Tp ni dah lama dia tak emel plak. Tajuk dia Bad Tasting Juice? Not After This.

Hi There Ida,
I almost spit up my green juice when I tasted this recipe:
Broccoli, carrot, celery and cucumber.  I got the ratio all wrong.   

Does your juice sometimes...taste bad?
I was able to fix that green juice quite quickly with an apple and ½ a lemon.  I'm going to show you how to fix almost any juice.

Your weapons:  Apples, ginger, carrots and lemons are your juicy friend fixers.
If a juice is too vegetable-y or strong, and it could be sweeter, add an apple
Carrots work well to fix vegetable juices because they add sweetness and have a generally friendly taste. (betul! carrot mmg friendly taste. Saya mmg takde masalah dgn carrot)
Ginger can hide and blend the taste of green, fruit and vegetable juices pretty well.  You'll only need a little though, so experiment slowly. (memang kadang2 saya letak ginger - yg selalu ter update as 'garlic'. Mengong lah sungguh. Garlic ngan ginger pun tak tahu beza ke che Da??)
Lemons work great to hide the taste of the more vegetable-y juices as well.  Add one without the peel to save a green juice.  

The combination of an apple + a lemon works well in most cases. Or, add more of the vegetable or fruit you do like in the recipe so that the flavor trumps the rest of the ingredients.  

Keep these juicy weapons around just in case you need them. 

With love and juice,
********************
So, don't worry about the taste oke. Asal kita tahu tips n trick. And try n error juga. Cam tu ari saya try buat tomato and orange. Tak ngam!. Saya tak suka langsung rasa tomato juice. So, takkan buat dah. If buat pun akan campur dengan buah2 lain yg hilangkan rasa tomato. Bayam - walau hijau dan menakutkan - takde rasa apa. Celery - ada rasa cam masin2 sket, sesuai dengan epal hijau.
Tapi, jangan konfiden sgt campur2 ikut suka. Takut ada side effect. Jadi, sebelum nak mix kan, google dulu. Biasanya dalam laman web omputih, mmg ada byk resepi juicing. So, boleh mix n match ikut resepi derang. Kang ada yg cirit birit terlebih detox kang. Hihi.

Oh. Dah lebih kurang 5 bulan saya ber juicing ni. Apa kesan dia? Kesan dia - berat badan maintain. Now mmg maintain 44-45kg. Sbb buah buahan/ sayur ni berserat. So, dia akan mudah detox. Bila detox, yg tak perlu dalam badan pun akan turut keluar. So, let's juicing!! Opss.. jgn kata rajin tak rajin. Sbb saya pun manusia paling tak rajin. Tapi takat nak buat jus yg kurang 2 minit siap nih, takkan tak rajin kan.

p/s : Semalam, seorang sahabat lama (hai Zatul), bagitahu dia pun dah mula ber juicing sbb ter pengaruh tgk saya ber juicing. Dia ni bukan TTC'ian yer.. dia ada anak 3 dah pun. Happy rasa bila kita dapat pengaruh kan healthy food pada orang.
Timun - carrot - orange. Dan sedikit halia.

Nak tambah yogurt drink pun boleh.
Lagi sedappp.. tapi dah ci ngelat.
Sbb ada gula.

16 October 2013

Less VS More


1GB atau 2GB?

Sedang berkira kita mahu men-downgrade kan data plan yg sedang digunakan.
Jadi, tgh berfikir, nak amik yg 1GB sahaja atau pun 2GB.
Aku mmg nak cut cost memana expenses merepek yg aku bayar bulan2 skrg ni.
Utk internet/communication expenses je dah lebih 200 ringgit/mth. Sangat membazir.
Aku mmg guna data plan DIGI (tp ni sket je - 500mb sajork). Sbb ni supplemen line kpd myDH. 
Lps tu dah ada broadband yg 5GB which skrg mmg aku tak guna pun. Sgt2 jarang gunakan. Malas nak on laptop. Ada gak cadang nak terminate kan, tp kang kalau ada apa2 hal nak guna internet, payah pulak. Lagipun tak membebankan sgt. Sokay lah.

Yg perlu downgrade ini lah.
Rasa nak turunkan jadi U28 tu je cukup lah kot.
Murah sket bayo. Lagipun coverage UMobile ni hanya excellent kat bando2 beso je. Ce kalo balik kg. Menyakitkan hati. Mmg guna wifi streamyx je pun kalo balik kg. Sokay la kot kan kalo 1GB pun.

p/s : staff umobile ni mmg nak kena bagi customer service course lah. Dulu call pun terhapa jugak. Ni even kat kaunter pun, layan orang cam hampagas je. Boleh tak friendly sket muka tu. Kalau pun kau tak dapat cuti hari raya, muka tu jgn buat org annoying boleh? Benci aku. Terminate terus baru tahu (harus ada orang komen cam gini ni - jgn marah, sabar.. sabar... bluerghhh....)

Ramai Dah Guna Nour Ain

produk kecantikan nour ain

No. No. No.
Jangan takut. Acik tak jual barang ni.
Hihi.

Acik saja nak tulis.
Nampaknya skrg ni fenomena Nour Ain pula ya.
Sana sini orang ber Nour Ain.
Termasuk aku terjebak skali.

Eh. Cemana aku boleh ada? Bukan aku pakai Dermagic ke? Hihi.
Takde lah. Aku tak beli 1 set pun lagi.
Aku just pakai serum Vit C dia je.

Tu pun baru 1 week. 
serum vitamin c

Aku mmg tak pernah nak try produk direct selling cemni.
Tapi bila aku tgk muka ada sorang akak ofis ni cam floless je, tu yg aku berkenan nak beli.
Dia kata dia pakai Nour Ain. 

Mmg aku nak ingat nak try 1 set.
Tapi nanti lah.

Banyak lagi Dermagic tu.
Tp yg bes, aku boleh je guna serum tu walau cuci muka ngan Dermagic.
Dah ku kata, kulit ku ini, apa je pun boleh...

Oh. Aku beli kat budak ofis je. Dia dealer. Takyah sesusah nak carik sana sini.
Alynn.. nanti akak nak beli 1 set lah. Hihi.

14 October 2013

Surat Pekeliling : Pemakaian Suit Pants Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja


JPA baru keluarkan last Friday.
Dulu pegawai awam tak boleh pakai slack.
Sekarang dah dibenarkan.

Tapi, bagi Pihak Berkuasa Berkanun cam weolz ni, pemakaian adalah tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa.
Jadi, tggu ya smpai di 'wartakan'.

Contoh suit yang dibenarkan



Nampak la ala-ala korporat sket kan. Hihik. Lps ni kalau bertugas parlimen pun smart sket kan. Hihi
Tapi, saiz 'comel' cam aku nih kan payah la nak carik slack ready made. Satu hal pula nak ber tempah bagai.

Tak mengapa lah, pakai skirt (labuh) lagi bes kot.
Hihi.

************
Tapi sebenarnya, mmg sebelum ni aku nak carik blazer ala jacket. Kira cam aku takmo la pakai blazer sbb nampak cam poyo formal sgt kan. Nak carik jacket. Pakai ngan skirt labuh/kain itam. Kat dalam kalau pakai kemeja lengan pendek pun oke. Contoh camni
Lawa. Mana nak carik nih.

Ni nampak cam blazer sket

Ni lawa. Suka!

Ni comel. Tpi tak tutup punggung plak.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign