Kembali kepada mood utk membaca novel.
Huh! Novel da beli masa Pesta Buku PWTC bln 4 tu ari.
Tak baca. Bukan taknak baca. Tp kononnya nak abiskan novel lelain.
Tapii.... tu lah. Ada novel yg aku baca separuh2 je. Sbb rasa cam.. aloh.. tak best la pulak.
Jadi, lantak lah. Baca je lah novel nih.
Sbb nya, selagi aku tak abiskan semua novel tu, aku tak boleh nak beli novel baru.
Ni dah kemaruk nak beli novel baru nih.
So, novel ni baru abis baca last week. Amik masa 1week gak abiskan. Buku ni tebal. Sangat.
Cerita dia oke lah. Siti Rosmizah kot. Semua org tahu (kaki novel lah) dia antara penulis yg best. Tp aku tak pernah ada koleksi dia. Baca pernah la dulu. Pinjam kot. Huhu.
Curi Curi Cinta.
Oke. Bes. Sedih.
Cerita anak derhaka. Yang buat mak dia yang buta smpai merajuk hati. Last2 masa bersalin kena minum air basuhan wuduk (air kaki) mak dia. Oh. Masa ni mmg aku menangis hiba lah. Kihkihkih.
Tapi tidak lah cerita anak derhaka je sebenarnya. Dah tajuk pun curi curi cinta sure la kisah sebenarnya kisah cinta.
Kisah anak orang miskin. Yang berangan nak kawen dgn org kaya. Tu yg smpai jadi anak derhaka. Tp di pertengahan cerita dia insaf. Tp suami pulak buat hal. Tak percaya kan isteri. Memalukan isteri. Akhirnya si isteri membawa diri. Merajuk hati. Tak boleh memaafkan si suami.
Tapi akhirnya, harus la happy ending kan. Walau abang kesayangan si isteri meninggal sbb kena bunuh.
Yang bes cerita ni adalah, aku tak boleh ngelat nak tahu apa ending dia.
Haha.
Aku ni mmg suka dah baca baca... pastu cam tebal lagi nak abis, aku tgk je page page belakang. Kahkahkah. Pastu dah tahu lah... ala... kawen jugak.. ala..bahagia jugak.
Tapi ni, mmg boleh tahu happy ending, tp kita cam tak tahu la jalan citer. Eh, bila masa dia pegi sambung blaja. Cemana dia boleh baik ngan laki dia. Ha. Gitu lah. Jadi, mahu tak mahu, abiskan jugak la baca. Setiap page itu. Ada 1165 page *pitam*
Boleh la. Sapa suka 'ber novel', novel ini worth buying and worth reading :)
***nak baca sinopsis : GoodReads
***nak baca sinopsis : GoodReads
Terima kasih atas komen anda :)