Pages

2 October 2013

Dah Nak Expired, Patut Jual Murah

Cissss.....
Senget pulak dah. Takpe lah.. kt dlm PC napak oke. Bila upload, senget.
Yang nak diperkatakan tentang date BB tu (Best Before).
Betul lah. Belum expired. 06.11.2013. Ada sebulan pun lagi.
Tapi, hampir nak expired.
Nak nak tgh kecoh perihal org kena keracunan makanan kat kenduri kawen kat Kedah tu kan. Risau btul nak makan. 
Patut lah jual murah. Sebulan je lagi nak expired.
Aku beli ni bkn kat pasaraya yg ada brand.
Ni beli cam kat supermarket yg ada jual memacam (dia cam tpt org yg meniaga beli beli barang lah. Kira cam gudang besar gitu, tp dia ada gak jual barang loose). Tah apa nama kedai dia tah. Kat PJ sanun. Bukan sengaja nak masuk beli menda ni kat situ. Tp ada nak carik barang, dah sementelah lalu kedai tu, tu yg singgah. Ternampak lak ni. Murah dari harga biasa. Beli je lah. Silap aku jugak lah. Tak tgk expired dia. Sbb biasa beli kat Tesco, Carefourre atau Jusco menda2 tu murah gak, tp lambat expirednya. Ini sebulan lagi oiii... buatnya aku ter simpan lama sket. Tk makan, mmg dah expired terus. Kalau aku tgk date ni mmg aku tak beli lah. Sbb aku akan beli barang yg expired dia paling kurang 6 bulan. Dan paling penting, date beli tu dekat2 date manufacturing. Ni dkt setahun dah duk dlm kotak tu. Eiii.. geram tul.

Dan sbg bandingan, aku ada jugak beli Milo kotak kat Jusco last week.
Dia bagi murah gak. Tp idak la nak expired.
Senget juga. Alah..mencik btul. 

Expired dia 27.06.2014. Lama lagi. Tak tahu dia buat bila sbb takde manufacturing date. Tp takpe.. ada lebih setengah tahun lagi nak expired.

Tu menyampah bila beli kat kedai biasa2 nih.
Tapi ye lah..silap aku jugak tak tgk expired date.
Pengajaran. Lps ni sila alert sungguh2 dgn expired date.

***
Kesian sungguh baca tragedi yg meninggal lepas keracunan makanan tu. Tak tercapai dek akal rasanya. Tp tu lah, dek kerana tak pentingkan aspek kebersihan (ayam tu dipercayai dah busuk dan berbau), orang lain terpaksa tanggung akibat. 
Teringat kenduri aku 5 thn lepas. Buat secara gotong royong juga. Ada jugak ayam masak merah. Mujur lah takde kes sakit perut.. aku cukup risau... cuma yg bes, walau masak secara gotong royong, semua duk puji daging rendang tok sedap. Kami tuan rumah pun merasa sket je. Tapi, skrg ni mak buat kenduri arwah kecik pun dah panggil katering sajork. Malas nak masak2 bagai. Penat. Huhuhuhu.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign