Pages

10 October 2013

Mengapa Saya Menonton KL Gangster 2

Di panggung wayang? (poyo nyerrr)

Kerana saya pencinta filem Melayu?
Urmm.... takde la sgt.

Kerana saya peminat Aaron Aziz?
Eh. Not. Sy la kot perempuan luar biasa yg tak fanatik Aaron Aziz. Biasa biasa je. Takde la rasa aaaa... Aaronn.. tolongg *histeria*. Tidak. Sama je cam saya tgk Zizan ke Adi Putra ke. Eh. Tp suka la tgk Syamsul Yusuf pakai rambut panjang tu. Takde la cam KL Gangster sebelum ni. Dgn 'tatoo' menjalar kat leher dia tuh.

Kerana saya memang rajin tengok wayang?
Tak la jugak. Dulu rajin aaa.. skg malas. Tido kat umah lagi bes. Haha.

Jadi, kerana apa?
Sajaaa....
Lagi pun mmg aku tak tgk yg download2 tu.


Jadi, moh la pergi tgk.
Aku pergi tgk early bird hari Sabtu lepas.
Sbb early bird, jd tak ramai. Ada la dalam 20 orang camtu kot.
Jualan tiket dengarnya juta2 gak, tp tak cecah target la kot. Berapa tah target dia. Ada aku baca dlm sokkaba hari minggu tu.

Cerita dah oke. Penuh aksi. Bikin org geram je ngan Rosyam Noor. Hye.. dah kenapa kau jahat cam setan hah. Siap rogol perempuan dedepan orang. Haihh...  Kereta berbijik2 meletop. Tak cukup itu kontena pun terhempas. Tapi, jadi sia sia bila org dah tgk awal2. Secara percuma. Kasihan...

Dah lah Syamsul.. takyah merajuk sgt lah. Oke dah citer awak tu. Kalau awak merajuk lagi la pihak lawan tu ketawa kemenangan. Pi buat cerita lain lagi. Yg lagi bes. Biar je derang nak bocorkan ke apa ke. Kalau kita di pihak yg benar, Insyaallah, Allah akan bantu.

Nak citer review pun, seme orang dah tgk yg donlod tu kan..  Paling bes dan menyerlah. Sofi Jikan. Bangla jaga stesen minyak - Ron 95, ron 97. Hihi.

Oh. Cerita ni under klasifikasi ada sebenarnya? 18PG? 13SG? Entahh.... tu pun jadi isu panas nampaknya. Aduii.. Tapi yang nyata.. ms pergi tu ari ada je orang bawa budak sekolah rendah. Memula aku igt cerita ni under U sbb ada budak. Tp citer ni mmg tak sesuai utk tontonan bebudak lah. Kut yer pun, nak bawak anak sedara masa kuar dating, bawak la tgk citer katon meatball tu. Ini bawak tgk citer nih (sbb orang tu bawak 3 orang budak yg lebih kurang sebaya, takkan anak.. yg membawa pun anak2 muda yg macam couple).

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign