Pages

Showing posts with label JPJ. Show all posts
Showing posts with label JPJ. Show all posts

17 December 2013

Edisi Renew : Lesen Memandu

Dan seterusnya renew lesen memandu.
Ni pun mudah ja sekarang ni. Tapi aku tak buat kat JPJ Mini UTC Sentul, sbb tu hari masa myDH renew pun kat situ tak boleh buat yg bergambar. Boleh yg lesen biasa yang laminate tu je . Sistem down la apa la. Jadi, malas aku nak pergi situ. Kalau renew biasa, baik buat kat pos office je kan.

Jadi, pergi ke JPJ Maju Junction. Masa tu mmg aku cuti, jadi, moh le buat kejap (buat on my anniversary tu. 13.12.13. Ngeh ngeh ngeh.)
Sistem dah oke kut skrg ni JPJ. Tak smpai 10 minit, dapat lah lesen baru, yang bergambar. Hihi

Aku nak renew untuk  tempoh 3 tahun. Sbb sebelum ni pun aku buat 3 tahun terus. Kuasa ah setiap tahun nak renew. Ini bermakna aku tak pernah renew lagi masa derang mula kuatkuasakan lesen ikut tarikh birthday tu.

Lesen aku expired 19.12.2013. Suppose sampai 19.12.2016 lah kan. Tapi, dia buat pelarasan hingga date birthday aku yang berikutnya which pada 14.12.2017. Ha. Bukan je 3 tahun, tapi 4 tahun terus. Dengan bayaran RM105. Bila kira2 balik, untung juga kan. Sbb hampir 4 tahun tu kan sepatutnya RM120. Entah. Aku pun tak tahu cemna cara derang kira. Bayar je lah.

Lps renew, aku ke Hong Leong utk amik E-Batal aku. Then balik ke JPJ utk cop batalkan hakmilik. Ini pun settle kejap je. Sokay la. Dah oke dah kot sistem dia tu.

Jadi, pengalaman aku berurusan dgn JPJ?
Hurm. Yang boleh aku katakan, tak sama dgn aku rasa puas hati cam kat JPN n Imigresen. Bukan la secara direct aku tak puas hati dengan urusan aku tu. Urusan aku oke. Tapi cam.. JPJ ni masih nampak ke-kerajaan-nya tu. Yg jaga nombor, mangai.. masa aku pergi kat JPJ Wangsa Maju tu - yg pernah aku story sini - yg ikut suka ati dia je nak tempik2 orang. 
Yg kat Maju Junction ni, oke la sket. Tapi, rasanya elok ditambahbaik la kot orang jaga kaunter tu. Bagi yg muda2 sket. Takkan takde PKP yang baru2 kot (PKP - Pegawai Khidmat Pelanggan  N17). 
Lps tu yg kat kaunter aku buat lesen tu pun, orang yg jaga dia, boleh lak pakai rantai besi silver yg besar tu. Udah aku ragu2 nak bagi salam ke tak. Nampak cam Islam.. tgk pakai rantai gitu terus aku tak jadi nak bagi salam. Cover la sket kot yer pun. Tapi yer lah, lelaki pun kan. Kalau pompuan boleh la cover ngan tudung.

Jadi, JPJ, boleh di upgrade sket la perkhidmatan ni sbb berhadapan dengan public kan. Yg jaga kaunter nombor tu, bawak2 bersabar sket. Jangan tahu nak tempik orang je kerja nya. Tempik kau je tahu, tempik kami ni, taruk pajak gantung? Aku cakap pun, sbb aku pun dlm line govt (walo tak secara direct dengan kaunter).  Tentu kau tak suka di tempik2 camtu, so orang lain pun begitu jugak.

Tips untuk renew lesen.

# tak perlu bawa gambar, sbb gambar akan di ambil kat ofis JPJ tu je terus. Tapi, JPJ tempat lain aku tak pasti la kan. Call dulu la utk kepastian. Cam aku buat kat JPJ Maju Junction, mmg dia amik gmbr kat situ je. Tp ari tu masa awal2, dia ada tulis boleh terima gmbr di scan dari IC atau bawa gmbr sendiri latar belakang putih.

# proses mudah ja. Amik nombor - tunggu nombor panggil - serahkan IC, lesen lama dan lesen asal bergambar tu. Buat bayaran dan dia isi kan segala detail. Lps tu pergi amik gmbr kat kaunter amik gambar. Tunggu sekejap - dah selesai. Kalau orang tak ramai, kurang 10 minit mmg siap.

# yang diperlukan hanya lah lesen memandu asal n IC. Takde pun nak scan ibu jari apa seme. 

Untuk gmbr lesen ni mmg muka bebudak je jadinya. Entah nape. Sbb pakai tudung bawal kot. Muahaha. Dah ah. Utk gmbr2 lesen, pasport, IC exklusif hanya di Instagram. #poyonyanakexklusifbagai #ingatretiske

26 November 2013

Keranamu, 9763

Nombor apakah?
Yerp. No 9763 sgt dkt dgn aku. Dan famili aku.

Actually tu nombor askar arwah ayah.
Kereta arwah ayah dulu pun mmg beli khas nombor tu.
Dan bila aku beli kereta 9 thn lepas pun, aku mmg booking nombor tu gak.
While, adik beradik aku, termasuk aku, semua pun no phone hujung ada nombor tu. Eh. Semua ke. Abang aku no. 2 tak. Entah ek. Bukan la taksub sgt dgn nombor tu. Tp mungkin tu saja cara buat kami rasa 'dekat' dengan arwah yg dah lama pergi (tahun 2005). 

Tapi, kali ni nombor ni jugak la buat aku pening kepala.
Hai la 9763.


Tapi bukan pasal nombor ni. Pasal JPJ lah. Time ni lah nak buat mySikap lah my itu lah my ini lah. Hah. Kan dah masalah terus.

Grrr...
Dah kenapa ada orang lain minat nombor ni gak.
Frust nonggeng!

Nak booking, tengok2 dah ada orang beli dulu.
Sedihnya bukan kepalang. Tahap rasa taknak makan minum.

Dan time tu lah yang sistem down. Nombor pendaftaran jadi slow. Suppose seminggu je abjad dah berubah. Ni dah kena tggu 2 minggu. Rasa nak menangis.... (T____T)
Pulak tu sekarang, kalau tak melalui tender, kena tggu abjad tu berubah dulu baru boleh beli. Dulu rasanya cam takpe. Tah, aku pun tak ingat. Yang aku ingat, aku g JPJ, salesman kereta tu ikut skali, then aku bayar RM300 sbb nombor aku nak tu tak masuk dalam list kat tv yang dipamerkan kat JPJ tu. Tapi tu duluuuuuu... cerita 9 tahun lalu. Mana kan sama dengan sekarang kan.

Dan, akhirnya tak dapat la aku mengekalkan no 9763 tu. Cuma aku amik nombor yg sama dgn no phone aku satu lagi. Walau hati tak berapa puas. Tapi, oke je lah. Redhaaa... mujo hati ni dah belajar utk redha dengan sesuatu. Kira cam hati dah kebal la kan. Ujian hampir 5 tahun boleh redha, takkan hal camni nak bermuram durja kannnn...

Apa pun, walau tak dapat nombor tu. Walau tak dapat nak abadi kan kenangan, di hati aku, mmg ayah selalu ada... 

Al-Fatihah utk arwah.....

**
Nombor ni unik sebenarnya. Google google tgk ada orang buat analisis pasal  nombor nih. Dulu arwah ayah kata dia suka sbb 9 x 7 = 63. Lagi cerita pasal 9763 dan nombor lain - numberaday

18 November 2013

Masalah Sistem di JPJ

Ambil langkah atasi masalah mySIKAP

Putrajaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti wujud gangguan pada sistem pengkomputeran mySIKAP yang menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan urusan masing-masing.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, perkara berkenaan menyebabkan pejabat JPJ menjadi sesak sehingga menimbulkan kegelisahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai apabila berurusan di pejabat JPJ. Berikutan itu, beliau berkata, JPJ memahami masalah berkenaan dan memberi perhatian serius dengan mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan isu itu. “Antara langkah yang diambil ialah dengan membuka kaunter perkhidmatan di semua pejabat JPJ di seluruh negara pada hujung minggu; Jumaat dan Sabtu bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Sabtu dan Ahad bagi negeri lain.

“Langkah ini sudah diambil sejak dua minggu yang lalu dan akan diteruskan sehingga sistem mySIKAP stabil,” katanya dalam kenyataan, semalam. Ismail berkata, inisiatif lain turut diambil ialah dengan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi setiap hari bagi memantau prestasi sistem serta menerima aduan daripada semua pejabat JPJ untuk tindakan penyelesaian serta-merta. “Selain itu, kami mengarahkan vendor yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semula sistem ini untuk meningkatkan keupayaan kerangka utama daripada 415 mips kepada 1200 mips bagi menampung keperluan sistem JPJ. “Pada masa sama, JPJ bercadang untuk melantik panel bebas bagi mengkaji secara menyeluruh isu dan masalah yang berbangkit daripada migrasi sistem SIKAP kepada mySIKAP supaya penyelesaian jangka panjang yang konkrit dapat diambil,” katanya. Beliau berkata, panel bebas berkenaan akan melihat sama ada vendor dilantik melaksanakan pembangunan sistem mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ.

Kredit : Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/16 

*****
Haaa....saja aku nak selitkan cerita pasal masalah JPJ ni kat blog aku ni. Saja. Buat kenangan. Sebab, secara tak langsung, aku pun turut terlibat dalam ini gambar. Grrrr.... geram btul. No pendaftaran kereta baharu pun jadi lambat sbb dek system yg down ni. Betul la mencabarkan kesabaran. Rupanya sbb MySikap ni lah ye.

Dah kenapa time ni plak dia nak bermasalah kan.. bulan ni jugak la dia nak ber mySikap segala. Tapi aku rasa, ada ramai jugak rakan lelain terlibat. Tak kira lah apa urusan pun, semua ter kena.

Aku ada pergi JPJ masa weekend (last week, tapi tak ter settle jugak masalah aku). Skali ada pelanggan tu kena tempik dgn kakak yg jaga kaunter situ. Kesian plak aku tgk org tu terkulat-kulat. Aku suspect kakak tu berhangin sbb dia kena kerja hari minggu (masa tu minggu pertama yg JPJ buka Sabtu Ahad). Wah. Hangin kau je kau tahu. Hangin kami yang datang - tapi - system -asyik - down ni nak letak mana? Letak pajak gantung?. Aku dah rasa cam nak emel jeeee kat JPJ. Memalukan penjawat awam betul. Kot yer pun kawan tu tak faham, cakap leklok tak buleh ke? Nak tempik2, nak jerkah2 orang kenapa? Kau dibayar kot kalau kerja Sabtu Ahad ni. Ke kerja Lillahitaala je takde OT? Takkan la kan........


Aku byk lagi plak urusan kat JPJ ni. Dengan E-Batal aku yg aku tak amik lagi kat bank, pastu nak bawak ke JPJ. Pastu lesen memandu yang dah nak expired. Harus la kena pergi cepat2 gak ni. Udah la sistem asik down. Aku nak buat lesen baru yg ada gambar tu. Tak kiraaaa........

30 October 2013

Lupa Renew Lesen!

Ada orang tu kan. Dia kan. Boleh lupa plak kan. Nak renew lesen dia kan.
Dah nak hampir setahun kan.

Haaaaaaa......
Itu lah dia nya.
Tu hari aku nak tukar lesen. Lesen aku expired 19 December. Aku mmg tak pernah lagi buat lesen yang date birthday tu. Sbb aku buat dari tahun 2010. Jadi, nak la renew - buat yg ada gmbr. Tp tu hari ada poblem sket nak baca IC aku, jadi aku pikir aku nak tukar IC dulu.

Masa tu orang tu belagak. Dia kata taknak tukar. Sbb katanya lesen dia lambat lagi mati.
Oke la. Ai pun tak kesah. Taknak tukar takpeeeee...

Sekali kau.....!

Satu hari, ketika nak berurusan yg perlu kan lesen memandu.
"Lesen encik ni dah expired lah"
Haaa... mujo orang yg perasan tu bukan JPJ mahupun polis.

Tapi bole pulak encik tu nak kata "rasa saya dah renew tu hari"
Elo..elo..elo.. encik.. encik... kalau encik dah renew harus lah dah takde lesen lama tu (-_-")

Tak tukau lagi la tu... Pftttt...
Dekat nak setahun oke.

Terus gegas pergi UTC. Mujo lah UTC buka hari Sabtu mahupun Ahad.

Fuh. Mujo juga beliau ni pemandu berhemah. Tapi, kalau nak jadi cerita. Mana lah tahu. Terlanggar apa2 ke. Lagi kena saman sbb tak renew lesen. Satu hal je. Cemana beliau buleh lupa aku pun tak tahu. Lepas ni kena peringatkan la beliau. 

Oh. Dia kalau lebih setahun tak renew kena amik test drive semula ya.
Jadi... sila lah check lesen anda.
Sbb tu aku buat sekali 3 tahun. Takyah nak check2 banyak kali.

Takpun, aku rasa nak buat 5 tahun terus. Lagiii senangggg....

Encik beliau yang sedang keluarkan IC.

renew lesen, JPJ
Waktu operasi JPJ Mini UTC Sentul

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign