Ni rentetan dari yg keluar melawat Mira tu lah.
Sbb waktu tu dah lunch, jd minta driver yg bawa kami singgah makan kat memana.
Aku mmg blank area Ampang tu. Orang lain pun sama.
Jadi, driver tu bawa kami ke area Kg Pandan.
Kasihannn... aku baru tahu adanya tempat ni. Bukan aku je. Seme yg pergi tu pun baru tahu. Hihi. Maklum lah, weols mana selalu makan bawah2 pokok nih. Peluh tiak weolz (oke, statement mintak pelempang 2,3 das!)
Ada pun pecal lele, pecal ayam, pecal puyuh, pecal kembong juga pecal sayur.
Ni ala2 ayam penyet la kan.Masa pergi reramai tu, aku order ayam goreng (pecal ayam).
Not bad. Sambal dia sedap. Bagi aku yg kuat pedas, pedas dia tahap so so je. Bagi orang tak tahan pedas, oke dah kot. Ayam pun panas2 je.
Bila dah sedap. Maka, hari Sabtu aku repeat ngan MyDH. Hihi. Tp bukan lah semata2 kami ke sini utk makan. Haru kalo gitu. Ada la kiterang pergi uruskan urusan lain, dan singgah sini utk lunch. Kali kedua, aku amik pecal lele, while myDH puyuh. Dia ada bagi sup kosong jugak. Makan dua orang utk set cam atas tu dgn air laici n tea o suam RM15. Boleh la kan.. tp mungkin harga air tu akan naik tu. Sbb gula dah takde subsidi. Kihkihkih.
Lokasi kedai : Memang bebtul dekat dgn kedai Tupperware. Padahal aku kerap gi amik Tupperware situ. Tp cemna tah aku tak pernah terfikir nak singgah makan situ (cam statement atas tu lah.. peluh tiak kang.. tak mahu la makan bawah2 pokok nih. Kihkihkih). Berhampiran kompleks sukan tu. Kalau dari bulatan kg Pandan (office kiterang dari arah sini lah), jalan sket, masuk simpang kiri (jgn naik atas nak ke Maluri tu). Pastu napak kompleks sukan, ada sekolah seme. Napak Petronas. Ha. Tu dah dekat la tu. Kedai dia belah kiri kalo dari simpang tu. Parking padat sket la kalau lunch hour. Tp boleh la. Parking je la tetepi rumah orang tu.
http://hidupmausedap.blogspot.com/2011/09/asama-tomyam-ayam-pecal-lele-kg-pandan.html
Terima kasih atas komen anda :)