Pages

5 October 2013

Berhati Hati Memilih Kontraktor Kitchen Cabinet

Siapa yang tak mahu dapur kelihatan cantik berseri kan camni kan

mencari kontraktor kabinet dapur
IntechKitchen.

Esp kita yg perempuan ni.
Dapur aku skrg, walau pun tidak la secantik mana, tp aku puas hati. Rasa bes je nak memasak walau pun sekangkang kera cuma keluasannya. Tak kesah la, asal hajat dah tercapai (walau sedih takde bottle rack - alasan kontraktor, tak muat dah.. sobsss). Cuma, tak puas hati, penuh atas top tu. Cemna nak susun pun aku tak reti dah. Apsal tgk dalam majalah apartment, majalah dapur ke top derang kemas takde barang? Aku punya.. haihh.. mujo guna induction cooker, bole la buat tpt potong sayur.. if not... kena potong kat meja makan pulak...

Dalam memuaskan susun atur dapur, Kitchen Cabinet (KC) salah satu item wajib ada. Rasa cam semua orang pun akan buat KC nih bila masuk rumah baru. Aku pun samooo... tak kira lah cemna pun, KC wajibbb.. kuasa aku nak beli almari sementara ke apa. KC ni sama cam grille lah. Kena ada... 

Tapi dalam mencari kontraktor mmg bukan kerja mudah.
Aku pun nun melantun smpai ke Seri Kembangan. Haha. Jauh oi.. cam kan kat KL dah takde org nak buat KC nih. Haha. Nun smpai ke Kajang pun aku riki. Tu segala HomeDeco, Homedec, apa segala fair tu mmg aku pergi. Smpai kenal org2 sales tu.Ye lah, pusing2 pun orang tu jugak. Demi nak mencari hasil dan pilihan terbaik. Tp yg biasa promo kat fair tu pun tengok jugak. Kadang ada murah, kadang ada mahal. Dan kena tgk waktu derang buat promotion. Luckily, masa aku buat, dapat promo murah utk top jenis granite. So, terus grab. Alah, kan dapo sekangkang kera, bule la buat granite. Cuba kalo dapur berbelas2 kaki cam rumah teres, mmg tak la kan.. tahap belas2 ribu plak hanya utk dapur. Memang tak mampu la mak hincik... 

Sykt aku buat ni pun tak la best sgt. Tapi oke la. Cepat juga dia buat.
Cuma, ada la sesket yg rasa cam tak puas hati. Jadi, kita report balik, then dia betulkan. Lelain oke. Takde la major yg tak puas hati.

Tapi, bila aku terbaca blog ni - kabinet dapur hancur
Memang aku rasa kesian kat orang tu.

Jahat betul lah ada orang camtu.
Kita ni kadang mmg nak tolong 'orang kita' tapi, orang kita tu pulak mainkan kita nih.
Cemna lah kan.

Sama la kes area rumah aku tu. Memula kiterang mmg ada di propose oleh kontraktor 'orang kita'. Memacam dia boleh buat. Nak hack dapur lah, boleh buat bilik air cam hotel lah. Kebetulan sebelah rumah aku pun, amik dia. Tapi tak la hack bagai. Yg simple reno la kot. Cam wiring, grille tu seme. Cuma, dek kerana dia quote agak tinggi berbanding bukan orang kita, maka, kita amik la yg murah. Ha, jgn kata aku takmo tolong orang kita. Tp cam aku cakap tu lah. Dalam kita nak menolong tu lah dia amik kesempatan. Kerja tak selesai. Kontraktor rumah aku kata - dia dah hilang entah kemana. Sudahnya kontraktor aku tu yg siapkan kerja dia. Kesiannya.

Yg kabinet hancur tu pun kerja orang kita lah.
Kenapa lah camtu. Aku tak kata semua kontraktor orang kita macam tu. Tp sebabkan ada nila setitik ni lah, yg akan jadi rosak susu sebelanga.
Hari tu, baca dalam paper pun ada kes camni. Siap buat tuntutan tribunal. Orang kita jugak.

Dari itu, berhati hati lah dalam memilih kontraktor.
Survey blog2 orang sbb biasanya ada review yg betul dari owner.
Survey juga dari forum2. 
Bukan senang kita nak keluarkan duit, tapi ada orang yg sesenang nak amik duit kita.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign