Cea.. tajuk harus ala ala Ustaz Kazim (pepagi dalam kul 6-7 selalu ada ulang Kalau Dah Jodoh ni. Maya HD. Pastu kan.. asik la ulang ceramah yg sama. Haih.. kalau dia ulang yg lelain oke jugak. Ni yg sama, smpai aku dah hapal part 'Volkswagen daz auto' tu).
Jodoh.
Siapa kita untuk tentukan siapa jodoh kita. Betul tak? Ada yg bercinta bagai nak rak pun tak berakhir seperti apa di rancang. Tapi ada je baru kenal sehari dua, sok sok terus eh, dah kawen.
Aku rasa, aku ada kedua dua tu. Tpi aku tak ngaku la aku bercinta bagai nak rak. Miahahaha. Harus la cover... rasa cam cinta monyet, tp tak kot sbb masa tu dah lepas SPM. Manade monyet2 lagi. Masa sekolah manade main cinta.. dah aku ni comot momot, manade orang nak. Kahkahkah.. kasihan pula rasa nya. Lantak la, asal skrg dapat suami yg sgt sporting..cea..
Oke, pastu lps SPM (lps dapat result sementara nak tggu masuk U) ada berkenalan dgn satu mamat ni. Agak complicated sket perkenalannya. Tp dia pun baru pas SPM. Masa ni arwah ayah aku ada lagi. Dia menentang hebat oke. Ayah aku garang. Lps dah habis SPM pun still tokleh nak dating ke couple nih. Kata mereka 'esukkk..dah kerja.. mesti ada orang lain.. kat ofis tu nati jumpa juga orang lain' (daaaa... tu diaaa.. akhirnya.. aku kawen org se ofis - kata2 ayah ibu ni kan mustajab). Tapi.. org muda katakan. Degil..... kawan jugak. Smpai la dpt masuk U. Still kawan. Tp dia tak masuk U. Lagi ayah aku marah... tp degil... kawan jugak.. darah muda katakan. 3 tahun aku buat diploma mmg aku berkawan dgn dia je lah. Masa tu handphone pun mahal lagi. Kejap ada line..kejap takde kat Lendu tu. Jadi, public phone jadi saksi percintaan. Kah.. hak tui.. sanggup beratur berejam jam. Takpun guna kad (sekarang ada lagi ke phone guna kad nih). Melambak kad talipon aku. Ada aku simpan lagi. Jadi bahan 'rare' tu. Mana ah aku simpan?, nanti balik kg nak carik. Tu tak kira lagi surat. Selang 2 hari surat aku smpai kat pejabat asrama. Ada je pulak tu tukang ngambik. Hihihi. Pastu ada tukar2 buku. Cam diari la. Dia satu aku satu, tulis tulis.. pastu nanti jumpa, tukar tukar. Hahahah.. sanggup (buku tu aku dah bako..sblm aku kawen. Huhu). Aku tahu dia sayang aku. Tp aku jahat. Masuk je degree, aku buat hal. Setan mana tah merasuk aku nih. Macam menyesal pun ada. Aku jadi cam lagu Kekasihku Di Menara. Hahahahahaha.... Dan akhirnya.. 3,4 tahun sia sia begitu sahaja. Takde dah ku anyam buih buih di lautan untuk menjadi ikrar cinta kita. Kahkahahaha.. Tapi tak pe lah. Takde jodoh. Lagi pun, aku rasa, aku begitu mentah.. tak pikir pun nak kawen.
Seterusnya, dgn myDH, mmg boleh dikatakan takde kiterang cinta cintun lelama. Walau kami seofis, tp rasa cam kawan sekejap je pun. Terus tunang, 8 bulan pastu nikah, kawen. Abis citer. Tp tu lah, cerita kalau dah jodoh kan. Padahal, aku kenal myDH ni lama gak la. Ye lah, seofis kan. Aku kawen ngan dia tahun ke4 aku kat ofis nih. Tak sangka lah.
Tapi, selepas aku clash dgn yg 1st tu, ada la aku kawan lagi. Masa ni dah ke arah menganyam buih buih impian lah. Hahahah. Ada kawan masa final year degree. Seronok time tu.. nak nak lagi konvo skali ngan boipren katanyewww.. kahkahkah.. giler. Tapi tu lah. Kalau bukan jodoh kan. Bukan lah. Kami berpisah secara baik. Cea... bajet retis sgt ni buat ayat cliche camtu. Tp mmg btul pun. Ada la menda yg aku tak boleh penuhi masa dia propose aku. Mmg rasa bodoh aku nih, tp tu lah. Aku pikir, bukan sbb aku buat decision bodoh tu, tp sbb dia mmg bukan jodoh aku. Full stop.
Mmg semua ex aku ni, aku berpisah secara baik. Masih berkawan. Aku takde masalah berkawan dengan mereka. Baik di fb, atau alam realiti. Cuma takde la selalu contact ke apa. Dia tahu mengenai aku sket2, aku pun tahu life mereka sket2. Org kata tu tiada dendam, tiada apa. Oke je.
Kenapa aku cerita camni? Sebenarnya, setelah berbelas tahun, ex zaman lps SPM tu call aku. Hahahhaha. Tanjat gegel tau. Udah la guna phone ofis. Dengan dia ni mmg aku terputus hubungan. Sejak bila entah. Dia dpt nombor dari website ofis aku. Itu susah jadi govt servant nih. Terbuka nau maklumat diri. Lagi2 nama yg agak lain dari orang lain. Soalan pertama dia tanya 'anak dah berapa?'. Ceh.. cam takde soklan lain. Nak je aku cakap 3 orang dah. Tp, malas la kan. Jawab je lah.
Berkawan, bertanya khabar, sesekali boleh. Pada aku tak perlu lah sampai nak merapatkan ukhwah semula. Biar lah derang tahu life aku cemna (aku tahu, mereka mmg baca blog ni. Salah sorang mmg pengikut setia - hye utk beliau. Kihkihkih), dan aku pun tahu serba sedikit tentang mereka. Cukup lah. Memasing dah bahagia dengan jodoh memasing.
Masa lalu jadikan lah pengalaman yang mendewasakan kita.
All pic : google.
Terima kasih atas komen anda :)