Pages

Showing posts with label UTC. Show all posts
Showing posts with label UTC. Show all posts

17 December 2013

Edisi Renew : Passport

Seterusnya renew passport plak.
Ni baru lagi (11.12.13)

Aku baca entry ini, konon takmo renew dah. Konon la sangat khen. Tapi, betullah, tahun 2013 ni aku tak ke mana pun. Jangan kata nak g luar, dalam Malaysia pun jarang. Kalau tidak, ada la bulan 1 tu ke Vietnam. Tp kan tak jadi. Tiket burnt gitu saje.

Kali ni renew kat UTC Sentul. Dah buat persediaan, dah tgk time buka pukul berapa, tapi tetap lah silap jugak. Hey. Kau ni mengapa. Aku rasa aku dah tgk bebetul dah. Waktu operasi 8.00 pagi - 10.00 malam. Tp bila dah sampai, dah beratur, rupanya jam 8.30pagi. Grrr... silap lagi. Tapi tak pe lah, sbb aku smpai situ dalam 7.30 pagi. Gi amik gambar dulu pastu naik beratur. Gile. Setgh jam beratur. Tersilap percaturan. Pergi masa orang Selangor cuti. So, orang ramai.

Kali ni dapat nombor 1022. Mean orang ke 22 lah kan. Agak awal la jugak nombor dipanggil apa seme. Cuma yg problem ibu jari kiri aku nih. Susah nak trace. Akak imigresen tu kata selalunya orang tua je yg ada kes cemni. Erkk.!! Haha. Ye lah, sebenar mmg prob ibu jari aku nih. Selalu masalah kalau nak keluar duit ASB ke T. Haji ke. Dulu aku igt sbb IC. Tp sebenarnya ibu jari aku la. Dah tukar IC pun gitu jugak. Tak masuk IC, buh ibu jari atas alat scan pun tak boleh jugak. Abis, takkan nak tukar ibu jari? (-_-")

Macam IC gak, kami buat je dulu. Dah bayar, kita masuk kerja. UTC Sentul buka smpai jam 10.00 malam. Jadi, balik kerja singgah amik. Masa nak amik tu, petang dalam kul 6.00. Dia tulis nombor dah habis. Aku pun tanya, kalau nombor habis, buat apa nak buka smpai malam. Dia kata sehari dalam 500 nombor keluar. Dia buka smpai malam supaya semua yg 500 tu boleh amik passport tu pada hari tu jugak. Tak perlu datang banyak kali. Katakan derang tak stop kan nombor nanti passport tak sempat nak siap. Kiterang pun cam ooooo.... 

Pengalaman berurusan dengan Imigresen ni pun aku puas hati. Orang yg kat kaunter pun oke. Bila nombor kita di panggil, dia terus ucap selamat pagi n aku pun bagi salam. Oke lah kan. Cuma kakak yg bagi nombor tu yg tak senyum langsung. Ah. Lantak la. Period mungkin.

Jadi, tips utk renew passport kali ini :
# walau katanya buka smpai jam 10.00, elok lah datang pagi sbb takut nanti nombor habis. Tapi kalau hari biasa yang bukan cuti sekolah, yg bukan ada public holiday negeri bersebelahan, mungkin smpai malam ada nombor lagi. 

#Bermula April 2013, gambar mesti berlatar kan warna putih. Sbb gmbr pasport tu dah jadi hitam putih. Jadi, bawa lah gmbr berlatarkan warna putih. Sumber : Sinar Harian

#Sehari sebelum aku renew, keluar dalam paper yg bermula Mac 2014 tak perlu bawa gambar dah. Dia amik kat sana je. Dia buat cam IC n lesen memandu la kiranya. Tapi, apa nak buat, sbb aku perlukan pasport untuk perjalanan bulan Januari 2014 (T_T).  Sumber : Kosmo

#Dah takde guna borang. Untuk yang permohonan baru just bawa salinan kad pengenalan. Utk yang renew tak perlu salinan IC. Bawa gambar dan pasport lama sahaja.

#Kalau taknak cuti pun takpe, datang awal dan kemudian bayar. Lps tu balik kerja ambik sbb ada ofis imigresen yang buka smpai jam 10.00 malam. Contoh UTC Sentul n Pudu. Boleh semak waktu operasi di sini : imi

Cerita pasport
Kali pertama
Kali kedua

Oleh kerana gambar hitam putih, muka aku jadi kembang setaman. Dah la pakai shawl. Ah. Hantam saja lah labu.

Edisi Renew : Kad Pengenalan

Selesai sudah.
Renew Kad Pengenalan (IC).
Renew Passport.
And.
Renew Driving Licence.

Dah. Tak perlu nak pikir2 lagi bila bila bila nak renew.
Alhamdulillah. Settled.

IC ni sebenarnya bukan la renew. 
Cuma nak tukar alamat. Bila dah tukar alamat, secara otomatis dapat la IC baru yg ada 2 gambar tu.
Yang ni aku buat lama dah. Bulan 10 dulu kalau tak silap.
Buat kat mini UTC Sentul.

Tips utk buat / tukar IC :

# boleh tgk web JPN utk kadar bayaran. Cam aku, tukar alamat, bayaran RM10

# kalau duduk kat area rumah yang ada JPN kat UTC, better buat situ. Sbb buka smpai malam. Orang pun tak ramai. Siap dalam masa sejam. Nak tggu pun boleh, nak balik dulu pun boleh. Aku tu ari, buat, lepas tu gi kerja. Balik kerja petang baru amik IC yang dah siap tu. Mudah kan. 

#Tak perlu lah apply online bagai. Lagi lambat ja. Tu pun nak amik kena gak pergi JPN. Buat je la terus kat office JPN. Lagi senang.

#semak waktu operasi kat link ini - JPN waktu urusan kaunter

# I.C lama dia bagi balik. Cam dulu dia amik. Cuma, dia tebok kat tpt cip tu lah. Boleh la kita buat kenangan. Hihi.

Bagi aku lah kan, pengalaman aku  berurusan dengan JPN, mmg aku puas hati. Takde sebarang masalah pun. Orang jaga kaunter oke. Orang jaga tpt amik gambar oke. Takde la bingit2 bertempik bagai kan. Semuanya smooth walau ibu jari aku ni agak bermasalah nak trace. Abisss.. takkan nak tukar ibu jari pulak khenn.. Hihi.
Jadi, sapa tak tukar IC baru tu, boleh la tukar. Tup2 kang govt kata wajib tukar semua, lagi la ramai orang nak buat.

30 October 2013

Lupa Renew Lesen!

Ada orang tu kan. Dia kan. Boleh lupa plak kan. Nak renew lesen dia kan.
Dah nak hampir setahun kan.

Haaaaaaa......
Itu lah dia nya.
Tu hari aku nak tukar lesen. Lesen aku expired 19 December. Aku mmg tak pernah lagi buat lesen yang date birthday tu. Sbb aku buat dari tahun 2010. Jadi, nak la renew - buat yg ada gmbr. Tp tu hari ada poblem sket nak baca IC aku, jadi aku pikir aku nak tukar IC dulu.

Masa tu orang tu belagak. Dia kata taknak tukar. Sbb katanya lesen dia lambat lagi mati.
Oke la. Ai pun tak kesah. Taknak tukar takpeeeee...

Sekali kau.....!

Satu hari, ketika nak berurusan yg perlu kan lesen memandu.
"Lesen encik ni dah expired lah"
Haaa... mujo orang yg perasan tu bukan JPJ mahupun polis.

Tapi bole pulak encik tu nak kata "rasa saya dah renew tu hari"
Elo..elo..elo.. encik.. encik... kalau encik dah renew harus lah dah takde lesen lama tu (-_-")

Tak tukau lagi la tu... Pftttt...
Dekat nak setahun oke.

Terus gegas pergi UTC. Mujo lah UTC buka hari Sabtu mahupun Ahad.

Fuh. Mujo juga beliau ni pemandu berhemah. Tapi, kalau nak jadi cerita. Mana lah tahu. Terlanggar apa2 ke. Lagi kena saman sbb tak renew lesen. Satu hal je. Cemana beliau buleh lupa aku pun tak tahu. Lepas ni kena peringatkan la beliau. 

Oh. Dia kalau lebih setahun tak renew kena amik test drive semula ya.
Jadi... sila lah check lesen anda.
Sbb tu aku buat sekali 3 tahun. Takyah nak check2 banyak kali.

Takpun, aku rasa nak buat 5 tahun terus. Lagiii senangggg....

Encik beliau yang sedang keluarkan IC.

renew lesen, JPJ
Waktu operasi JPJ Mini UTC Sentul

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign