Pages

Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

28 July 2015

Inner / Anak Tudung Arzu

Ini cerita before hari raya. 
Nak mencari inner yang selesa.
Sebab sebelum ini, saya bukanlah pemakai anak tudung/inner.
Ha... cemna tu?
Kalau tudung/shawl yang jarang, saya terus pakai tudung Ariani yang saiz kecik tu (mini).
Nama nak pakai anak tudung memang tidak.
Ini berterusan dari saya lepas sekolah - masuk U - dan kerja.
Dah biasa dah. Dan anak rambut mmg beri kerjasama tak berselerak keluar.
Cumanya now ni, kena pakai anak tudung gak. Kena. Kena.
Masa gi jualan vendor kat PWTC tu macam tak ternampak je anak tudung yang best.

Pernah baca orang kata inner kat Arzu best.
Jadi, moh la kita pergi kejap. Kang dah raya mana nak cekau anak tudung pulak.
Sehari sebelum cuti, pergi jap KLCC waktu rehat.
Arzu scarf ni ada kat KLCC ngan MidValley je.
kredit : streetdirectory
Dulu penah lah masuk Arzu ni. Masa tu dia kat sebelah kiri Watson. Now dah pindah sebelah kanan Watson plak. Lama dah kot pindah ni. Aku ja taktau. Dedulu Arzu ni harga okay jugak lah. Now, dah boleh tahan dah harga shawl dia. Tak mampu dek non. Yang mampu hanyalah inner nya sahaja.
Tu pun memula dia kata 3 inner RM59.
Bila bayar dia jadi RM62. Aku siap eh, bukan 59? Cashier jawab "tu tak termasuk GST. Dah masuk GST RM62" Dan lepas tu cashier pandang sipi sipi je ke aku like hoi, ko takde duit takyah la beli sini. Haha. Aku je la kot terasa. Tahu la masa tu aku bawak beg pouch bodo ja. Takde bawak handbag bagai kan. Masa tu gak ada mak datin gaknya tgh bayar. Shawl yang beratus2 hinggit. Terus rasa kerdil diri ini yang hanya beli 3 keping inner tu pun tanya lagi kenapa jadi mahal. Hahahaha.
Lantak lah. Ada aku kesah. Asal kita bayar kan. Bukan curik. 
Tapi kureng sket la layanan salesgirl kat sini. Nampak cam selekeh ja mula la tak layan ja. Tak macam Charles n Keith (KLCC gak) tu, elok je layanan dia. Kalau camtu, dari taknak beli pun jadi nak beli.



Sama je kot ngan inner magic. Entah. I is donno sbb ai tak pernah ada inner magic.
Member yang ada inner magic dia kata lagi bes kain Arzu ni.
Beli 2 inner yang macam inner magic tu - biru gelap n kelabu. 
Satu lagi jenis ikat belakang. Belum pernah try lagi yang tu.

Tapi, mmg selesa bila pakai.
Takde la panas ke, rasa tersepit telinga ke.
Tu ari pakai masa raya. Boleh tgk kat gmbr raya pakai tudung biru tu. Memang elok senang nak bentuk shawl yang dipakai bersama inner tu.
Okay lah. Buleh beli lagi lah nanti.

Oh ya. Aku ada beli satu inner neck.
Ni bukan jenis ninja tu. Aku ada 3 dah yang jenis ninja tu. Beli online dari Al Humaira.
Tapi, aku tak berapa minat sbb macam susah nak pakai. Nak kena serelum abis rambut bersepah. Tak suka tau walau dalam inner ke apa ke, aku nak rambut kemas rapi.
Jadi cari inner neck macam jenis tudung Ariani tu, tapi awning dia lembut. Dapat la. Kat pasar malam ja. Selesa juga. RM10 saja. Nak carik lagi minggu depannya tu. Sekali dah takde kedai tu kat pasar malam. Sabo je lah.

13 June 2014

KL International Hijab Fair 2014



Ada sesapa dah pergi?
Mulanya nak pergi waktu rehat tadi.
Tapi, kengkawan semua ada hal.

Takpe lah.
Esok pun buleh pergi.
Apadahal. Dokek yo umah ngan pwtc tu.
MyDH sure tobat lahum takmoh pergi.
Suh beliau hantar je atau drop kat lrt pun buleh nih.
Byk gak seller best yg masuk ni.

List yg bukak booth buleh tgk sini
http://www.klihf.com/exhibitions.html

29 May 2014

#puanstoberisuka : Shawl Online



Menarik?
Tertarik?
Yang ni?
Sweet angat kan.
Omey angat kan.

Nak tgk lagi yg sweet, yang omey.
Klik saja happylifeshoppe

Huhu.
Sebenarnya ini kali kedua aku repeat beli kat sini.
1st dulu kiterang beli 3 orang. Jadi, cost post tu cam murah la buleh share kan.
Aku beli yg ni masa tu.
Mudah bentuk.
Tak perlu iron.
Dan aku ni jenis tak pakai inner kan. Walau tak pakai inner/anak tudung, dia masih elok terletak. Tak jarang sbb kita akan belit dua kali.
Dia jenis wide shawl, dan ukaran panjang dia pulak tak terlalu panjang.
Std la cam shawl lain. Cuma wide.
Setengah shawl dia cam wide, and terlebih panjang. So, orang kecik molek (eceh perasan la pulak) cam aku ni dia cam kembang2, besar sgt.
Yang ni just nice.
Lagipun dia nyer material lembut dan ringan. Tak terasa la berat ke apa.
Sebab tu la aku repeat beli 2 yang atas tu.

Cara berurusan pun mudah.
Emel tanya available ke tak yg kita nak tu. Pastu cepat je dia balas.
Terus bayar. Antar screen capture bayaran kat dia. Dia balas dengan tracking order skali.
Tunggu dalam 2 hari dah smpai (aku tu ari, order Jumaat, dia pos Isnin, Selasa smpai)

Dan terus pakai. Sebagaimana diciwi kan di instagram nih.
Muahahaa.
Model kat atas cun, cantik.
Dapat ke aku.. hanyut.... dengan tembam nya. Eh. Dah lama tak juicing. Berat naik woh.

Apa pun, Masya n Cha komen kata nampak muda.
Aww.. terus jatuh perasan muda 10 tahun dari usia sebenar (T___T)

Uols pergi la riki riki. Dia ni tak pernah aku tgk amik slot iklan kat i.g yg femes2. Tp stok dia mmg cepat je abis. So, uols.. check it out yerp... happylifeshoppe

26 December 2013

Square Shawl From SBU

Apa itu SBU?
Kalo 'instagrammer' yang aktif sure tahu lah kan SBU nih.
SBU ni stand for Sincerelybyus.
Salah satu butik tudung yg femes ames skrg nih.

Aku pun tergedik gedik la nak pergi. 
Walau tak jauh dari rumah, tapi takkan aku nak pergi ke situ semata-mata kerana nak beli beberapa helai selendang kan. Mahu hamukan myDH.

So, sementelah ai dah course kat Shah Alam, dapat lah menyelinap jap.
Berdiskusi dgn adik opis aku - dia pun bawak keta masa course tu - semak2 kat google maps - dia tulis jarak perjalanan dalam 6 minit dari hotel kiterang course tu. Wah. Ini sudah bagus.
Tamat je kelas petang tu (biasa kan ada gap masa antara course petang ngan dinner kan), terus desup pergi.
Oh. Mmg dekat je pun lah.

Rezeki kiterang, dapat parking bebetul depan kedai :)
kedai shawl sincerelybyus shah alam
kredit : Gmbr dari official web SBU

Senang je nak carik. Dia kat Padang Jawa. Landmark dia dkt JPJ. Kalau kat google maps tu dia akan nampak Pizza Hut Delivery. Ha, situ la tu. Paling senang nak tgk adalah bawah tu berhampiran dengan kedai mamak. 

Aku bukan la beli byk nau pun. Lebih kepada saja nak tgk. Tpi beli lah 2 square shawl dan cookies. Cookies? Hihi. Yerp, SBU ni pun ada jual cookies. Sedap plak tu. Cookies ni dari vendor2 yg letak kat butik ni lah. 

Kalau tgk instagram derang, mmg full house betul lah masa cuti Krismas semalam. 
Aku tak pasti derang ni boleh buat online ke tak. Tgk kat official web dia ni cam boleh.
Tapi, tak tahu. Kalo kat insta dia kata takde online lagi. So, call lah tanya cemana ya.
Antara square shawl yg ada. Gmbr from insta SBU

Takpun, kalau duk dekat tu, pergi je butik dia. Lagi best kot.
Atau kalau duk KL pun dan suami jenis mmg rajin melayan, pergi je lah sana. Tak jauh pun. Lalu Federal Highway tu je. Balik singgah ICT. Kihkihkih.

Aku ni, kalau nak meredang jauh sket ni, suami ku mmg malas nak melayan. Tu ari nak ajak gi Radiusite Rawang pun tak pergi2. Nak kata jauh, tak la jauh, pun tak pergi. Oke lah.
Lps tu skrg tgh berusaha nak ajak gi Al-Humaira Bangi plak. Nampak nya masih belum berjaya (-_-")

Weols masa beli.


Dan aiols ber selfie dengan square shawl, tp pakai gaya shawl. Gitew.


Oh. Aku juga berbangga pada owner yg buka butik2 tudung or pakaian muslimah ni. Ramai dah. Memuda lak tu. Keep up good work adik2. Takpe.. korang buka, akak jadi pembeli je yer.. hihi :)

1 November 2013

Saya dan Shawl (Edisi Dua)

Klass kauuu... ada edisi bagai khenn...
Haha.

Oke. Sebenarnya sekarang saya sudah byk ber shawl dari bertudung 'sauk' mahupun bawal.
Tapi, kalau esuk2 lusa dah boring, tak tau la kan. Kembali ber bawal la gak nya. Huhu

Ada orang kata 'takde anak boleh la lilit lilit bagai'
Terpulang lah.... 
Ye lah tu..Agaknya orang beli shawl ni semua yg anak dara dan orang takde anak la kot.
Kat Al Humaira dan tpt2 lain tu, cepat abis shawl2 dia di beli dek orang takde anak la tu (T____T)
Tapi, ada je pun orang beranak pinak ber lilit shawl. Nak ngan taknak jaaa...

Dulu mmg cam leceh nak ber shawl sbb aku tak suka pakai anak tudung (inner).
Kompem melekap kat dahi lah.
Tapi, bila aku dah pakai inner yg selesa dari Al Humaira ni, aku rasa oh... pakai inner lagi senang nak pakai shawl. Yeyy.. dapat lagi satu alternatif kepada shawl + tudung awning. Inner Ayraa ni lah aku beli. Memula aku beli ni aku share ngan Dak Nad  (budak ofis). Dia kata bes kak inner dia.. oke, aku pun beli lah. Memula nak pakai tu payah giler kot. Lps tu dah terai pakai. Rasa, eh selesa la pulak. Inner dia ada dua jenis.


Satu yg gini. Satu lagi bulat je atas dia. Aku rasa bentuk muka aku sesuai ngan ada cam shape sket depan tu.

Bila aku pakai loop shawl Thea (dari Al Humaira jugak), mmg sesuai ah pakai ngan inner tu.


Loop shawl Al Humaira ni mmg bes. Chiffon dia jatuh terletak. Aku ada beli dari tpt lain. Kecewaaa... beli 2 plak tu. Sedihhh.. dah la mahal dari Al Humaira. Jahitan dia, kain dia tak se best Al Humaira. Al Humaira.. bila nak re stock Thea ni?? Nak pergi butik dia kat The Strand tu mmg idok la myDH nak layan weyy.. sedeyhhhh (T____T)

Tapi takpe, skrg aku boleh pakai inner tu dengan shawl dari Nurschahijab.
Haaa... ni budak ofis yg jual. Mmg dia yg jahit sendiri. Dia ni pun designer bidang fesyen kat ofis kiterang. Bes shawl dia. Chiffon yang elok terletak je. Mudah tul nak pakai. Elok dia melekat ngan inner tu. Semalam aku outstation seharian ke Perak, pakai shawl ngan inner tu. Oke. Selesa je. Salu mesti rasa cam 'rengsa' je. Lps balik tu, singgah ofis, solat Maghrib. Lps tu da malas nak belit belit. Aku belit sukahati aku je tak buh pin. Cuma taruk peniti je. Skali..eh, oke jugak lah. Bes! Bes! Terus w.app beliau nak beli lagik. Hikhik :D

Nak tgk shawl Nurschahijab ni bule tgk kat instagram beliau http://instagram.com/nurschahijab
(FB aku tak pasti, ada kot).
Boleh gak nak request nak kaler apa.
Yg bes sbb hujung tudung tu bentuk curve macam halfmoon. Bukan cam shawl biasa.


Aku beli 2.
Yang kaler merah hijau tu, aku pakai ikut suka je tu. Baru beli, tak iron pun, terus belit je.
Yang biru kuning mustard tu, belit leklok sket la. Oh ya..tu 1st attempt aku pakai 3 piece pants suit ke ofis after pekeliling keluar. Huhu. 

Lepas ni nak request kaler pulak. Hihi.

18 October 2013

Saya Dan Shawl

Retu dah ada buat entry pasal shawl ni kan.
Skrg mari kita gedik2 pula dengan entry pemakaian shawl saya. Eceh. Siap nak entry bagai. Siapa peduli kau nak pakai shawl cemna pun kan? Kihkih.
Aih. Sebenarnya malu betul nak tayang muka selfie nih. Sesekali takpe la. Lagipun skrg ni jarang dah taruk gambar sendiri kat blog. Kang kata tak mesra pengguna pula. Kihkihkih.
Jadi, hantam saja lah labu. Mostly guna camera 360 uolsss.. kihkihkih sekali lagik.
Shawl Cotton. Beli kat Jalan TAR.
Seploh hinggit cuma. Kualiti kain bes.
Mudah bentuk. Tak pakai inner pun.
Saya pakai shawl memang cara yg paling paling paling simple.
Yg caranya - letak shawl atas kepala. Bahagi kan sebelah kanan pendek, sebelah kiri panjang. Bawa yg pendek itu ke bahu kiri - sematkan dengan brooch. Yang panjang lilit kan di kepala. Kemudian sematkan dengan peniti atau brooch. Kemaskan bahagian depan.
If wide shawl, kita akan dapat buat bentuk curve.
If shawl biasa saja ukurannya, dapat bentuk segitiga di hadapan.
Alter kan agar menutup bahagian dada.
Sbb saya agak kecik tapi tak berapa nak molek, jadi, biasanya shawl bidang biasa pun dah boleh tutup bahagian dada.
Itu yg buat saya suka ber shawl.

Shawl jalan TAR jugak. Seploh hinggit jugak.

Selalunya sy tak pakai inner. Tp kalau nak ber inner saya akan pakai tudung yg jenis awning. Samada awning lembut atau keras. 
Tu awning lembut. Beli kat Ariani. Memang sedap pakai. Rasa nak beli lagi. Tp mengenangkan staff Ariani yg nak taknak layan orang, jadi bleerghhh.... tggu lah tahun2 dpn pegi. Tpi Ariani jalan TAR tu oke. Nak pergi tu yg bencinta.

Shawl online. Happylifeshoppe.
Shawl dia comel2.

Ni pun pakai shawl ngan tudung awning Ariani jugak. Yg jenis pendek tu. Jadikan inner. Mostly, kalau dengan shawl chiffon mmg akan pakai ngan tudung awning nih. Ha, ni jenis wide shawl. Bes sbb boleh buat cam curve dpn tu, pastu boleh buat layer2 sket. Ni kalau waktu pagi jadi, lepas lunch, dah Zohor, tak tentu boleh jadi camtu ke tidak semula. Hohohoho.

Then ada jugak saya buat gaya sematkan pin di belakang.
Khaylaa Couture.
Beli masa Promosi Aidilfitri kat opis.

Yang ni payah sket. Jgn pakai camni kalo mood anda tak berapa baik. Tengok lah. Yang inner dah jadi berombak rindu dalam tu. Itu awning lembut tu. 

Halfmoon shawl - Poplook

Half moon shawl. Ada satu je. Rasa cam bes jugak. Cuma, nak beli yg wide sket. Baru senang nak 'bega-bega' kan jadi labuh sket.

Kemudian, terbaharu. Cea.. terbaharu katanya. Saya la terbaharu. Fesyen ni dah lama.
Loop shawl yg beli kat Al Humaira.
Berbulan juga shawl ni ter peruk dlm lemari akibat takde idea nak pakai cemana.
Loop shawl ni no choice. Kena pkai inner jugak. If not, tak boleh nak sematkan dia ngan pin.
Inner neck ni pun beli kat Al Humaira jugak. Inner ni pada mulanya mmg tak reti pakai. Cam nyusahkan je. Tp dah beli memahal. Pakai lah. Tp selesa. Saya yg tak pernah pakai inner pun rasa selesa.


Loop shawl paling mudah digayakan sebenarnya.
Tak perlu lilit. Hanya sarung, dan pin kan ikut keselesaan anda. Utk bentukkan bahagian hadapan, tarik2 je ke atas bahu.
Loop shawl ni adalah shawl yg telah dijahit kedua dua hujungnya. Mean dia akan jadi bentuk bulat. Tp bukan lah cam tudung syria yg boleh di sarung terus. Kena la bentuk2 kan sket.

Boleh carik kat utube tutorial pemakaian loop shawl ni. Mudah je sebenarnya. Rasa macam nak beli lagi nati. Hihi.

Sebenarnya, myDH tak berapa nak suka kalau saya pakai shawl ke ofis. Bukan apa. Jadi lambat. Dia suka kalau saya pakai tudung 'sauk' tu ja. Tudung awning lah. Itu kan kejap je pakai nya. Hihi.

Tapi saya boleh ja semua. Awning boleh. Bawal boleh. Shawl pun boleh.

p/s : Lambat kuar entry. Pagi jln Tun Razak jammed. Ada keta ter bako tu. Lewat smpai ofis. Pastu terus pergi MOTAC. Ada taklimat.

2 October 2013

Edisi Shawl Situ Sana Sini

Sekarang ramai betul orang jual shawl.
Kalau dah semua orang jual shawl, siapa lagi nak beli?
Haha.
Takpe, kalao semua orang jual shawl, aku lah tukang beli.
Haha.
Mudah benar nak carik orang jual shawl skrg. Kat instagram. Kat FB. Kat Website, blog apa tah lagi lah.
Oleh kerana skrg ni ramai malas nak berpeluh tiak kat jalan TAR tu, baik lah kita beli online sajork.

Aku ada la 2,3 pasang beli online shawl nih. 

shawl warna warni, dua tone


Shawl ni kalau online, lebih untung kalau beli share.
Sbb shawl ni ringan. Beli 3 pun masih dengan kos pos yg sama.
So, nak beli je carik kawan.
Shawl Ezlynn ni aku beli yg NC8.
Share ngan 2 orang lagi budak ofis. Jadi, kos makin murah lah.

shawl riben ringan tak perlu iron
shawl dari Happylifeshoppe

Ni pun share jugak. Bertiga jugak. So, jimat kos di situ.
Oh. Shawl ni bes. Dia wide shawl. Aku beli sebijik corak dalam gmbr tu. Riben riben. Instead of peminat stoberi, aku jugak giler riben. Mostly sandal aku ada riben. Haha. Bebudak sgt khennn....
Shawl ni walau wide shawl, don't worry lah. Takde la besar mana kalau dah adjust2 tu. Just nice je pun ngan aku yg 'petite' ni sbb boleh tutup dada. Ada gmbr kat instagram aku pakai shawl ni g ofis. Suka shawl ni. Tak perlu iron. Ringan. Dan mudah bentuk. Rasa macam nak beli lagi. Tapi... agak2 la kan. Melambak pulak shawl kang.


wide shawl online
shawl by Khaylaa Couture 


Ini plak aku bukan beli online.
Tapi derang bukak booth masa Promosi Hari Raya kat ofis aku tu hari.
Oke gak shawl nih. Aku pakai masa hari raya. Ikut cara yg dia ajar pakai. Then, skang aku ingat2 lupa dah cara nak pakai cam kat atas nih. Payah sgt, lilit biasa sajork.

Satu lagi aku beli loop shawl kat AlHumaira

shawl, loop shawl

Tak pernah pakai lagi sbb kena tgk tutorial dulu. But, sebenarnya oke gak loop shawl ni. Mudah.

Edit. Satu lagi shawl aku pernah beli online. Halfmoon shawl dari Poplook.
Ala2 gini. Tp plain
shawl, halfmoon poplook

Lagi aku beli kat mana ah shawl?
Tak byk sgt koleksi shawl ni. Sbb aku tak suka pakai inner. Magic ke tak, aku tak suka. Mostly shawl kena pakai inner. Dan mmg sejak lepas abis sekolah aku tak pernah ada anak tudung (atau inner yg org skrg panggil. Ala, masa skola dulu panggil sekop je. Hahaha) Aku carik shawl yg boleh pakai tanpa inner. Atau pun kalau susah aku akan pakai dengan tudung awning Ariani (yg pendek tu). 

***ada gmbr mungkin tak boleh nampak sbb amik direct dari Facebook. Kalau FB di block, maka gmbr tu pun nan hado la yea...

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign