Pages

Showing posts with label Tahun Melawat Perak. Show all posts
Showing posts with label Tahun Melawat Perak. Show all posts

13 February 2012

Tahun Melawat Perak : Ulu Chepor

Mau pegi mana?
Che-mor..

Igt tak iklan ni dulu? Iklan apa ke tah, yg masa kita smbut raya skali ngan CNY tu.
Ulu Chepor ni kawasan air terjun. Kira kawasan perkelahan la.
Dia terletak kat area Chemor gak la ekceli.

Sedikit info yg dipetik dari blog ini :
Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini telah dikomersialkan dan diselenggarakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Banyak kemudahan yang terdapat di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini seperti tandas, surau, kedai menjual makanan dan pondok-pondok kecil bagi pengunjung berteduh. Jalan untuk menuju ke kawasan ini juga berada dalam keadaan yang baik.

Lps pegi Taman Rekreasi Gunung Lang tu, lepak kejap kat Ulu Chepor ni.
Memula ingat nak pegi situ dulu, tp time tu tengahari, bajet sure ramai org. So, extent kan. Dlm kul 4 baru tiba situ. Igt nak mandi, tp tak jadi lah. Anak buah aku je mandi.
Maleh nak salin baju. Mmg ada penyakit aku ni kalo mandi tpt2 awam ni.
Since abg and akak ipar aku nak ajak dinner kat Ciku Ciku tu skali pas mandi manda ni, maka, aku decide malas mandi.
Sbb kalo tak, aku tak perlu salin baju dah. Naik je keta baju basah2 tu smpai umah. Huhu.
Nak salin kat toilet/bilik persalinan.
Mmg tak la.

Aku penah skali mandi kat PD, lps tu aku cam tak sker nak salin2 kat tpt toilet/salin baju tu. Tggu kering jap baju, naik keta. Mandi kat RnR Hway PD tu. Hahah. Dasyat giler kot.
Sbb dulu, aku penah gi waterfall kat Gabai ke mana tah, 'horror' giler tpt salin baju dia. Ada yg takde kunci la pintunyer, hancing pering, air pun kecik. So, aku tak caya seme tpt2 nak salin baju tu. Gelimattt...!

Anak buah aku takpe, dia budak kecik. Suh dia salin baju dlm keta ja. Haha. Aku cover line la.
Ada la gambar sekeping dua my dear amik. Skali napak giler perut boncit. Kuasa aku... kang bertalu2 org wish aku congrate sbb mengandung. Kuwasa.!

Tp ada le sekeping ni. Masa ni org da tak ramai sbb da petang.

Tpt ni mmg bes. Ayor nyer sejok kome... menggigil anak buah aku mandi walo pun kejap. Haha. Bes giler kot. Tggu la balik lain kali nati, mandi bbetol. Ni aku teman anak buah aku mandi, lepak kat batu2

Tp tu lah, yg mendukacitakan tpt ni. Sampah masih la ada di merata-rata. Diapers budak2 mmg bersepah je kat batu2 tepi sungai tu. Sedih btol lah. Sampah merata-rata. Nak duduk pun aku geli sgt. Kenapa yer, seme tpt air terjun camni, keadaan mmg worst. Sampah mmg tak bleh dikawal. Mana tak dtg kencing tikus ke rotavirus ke apa tah tu.

Masuk sini, satu kereta RM2, tp dia ada gak wakaf2 kecik. Leh wat sewa harian la. Ada byk la gak wakaf dia.

Image : Google.

Masa aku masuk pun ada derang bagi kertas yg ada tulis2 cam kat atas ni la. Aku rasa, bleh lagi la kot kalo nak call nombor2 tu kalo nak sewa wakaf ke apa tu.

Dulu, masa kat Kolej (sblm masuk UiTM), aku ada pegi ngan budak2 kolej. Tp masa tu kiterang ada hiking sket. Naik tgkt atas sket, so cam privacy. Ni da tua2 camni, kuasa la haih. Lagipun da petang kan. Scary je. Mandi bawah sudah. Tp jgn lak mandi bawah tpt air toilet kuar tu. Naya. Hahah.

Overall oke la. Lagi pun tpt ni dkt je ngan exit hway Jelapang. Mmg tak puas nak mandi ayo terojun ni. Kena repeat balik kg my dear kat Ulu Dong tu plak. Situ takpe. Bilas mandi seme leh buat kat umah. Tader masalah. Huhu.

10 February 2012

Tahun Melawat Perak : Gunung Lang

Jalan jalan di Perak sempena Tahun Melawat Perak.
Haha. Boleh??
Memula igt nak gi Pasir Salak. Skali baca review org kat blog, langsung tk jadi pegi. Seme kata tpt tu macam tak terjaga, rumah2 kutai pun semak2 dah. 
Sayang skali. Mmg sayang. 
Kenapa Pasir Salak ni tak dimasukkan dlm tpt ikon Perak tu? Padahal pada lagu Perak Darul Ridzuan tu ada je citer pasal Dato Sagor, Dato Maharaja Lela tu. 

Takpe la. Itu pepandai la pihak berkenaan pikirkan kalo nak menarik lebih ramai pelancong ke negeri Perak ni. Jgn smpai org kata 'gi Perak, apa yg ada?'. Ha.. padahal byk je tpt menarik celah2 tu. Contohnya ni la salah satu. Taman Rekreasi Gunung Lang. Aku pun tak penah pegi. Padahal sng je kot nak pegi. Dia kat exit kedua kalo nak masuk Ipoh. Kalo ikut hway, nak kuar Ipoh ada 3 exit. Exit pertama kat Tesco/Jusco tu. Exit kedua sini la (masuk jalan Kuala Kangsar), then ketiga - exit Jelapang. Jadi tpt ni pada exit kedua, masuk dia sebelah Petronas.


Apa je yg ada kat sini?

Ada ikan beso beso kat jeti.
Leh beli makanan ikan dgn rega singgit atau tak puas lagi bleh roti kat kedai makan situ. Ikan ni cam lapar je. Campak je makanan berebut rebut makan.

Lps tu leh naik bot. Gi seberang tasek. Kejap je bot ni. 5minit camtu je.


Dah napak pun seberang sana.
Ada ikan gak dlm tu. Tp tak berani aku nak campak makanan, kang tetiba menda lain kuar menyambar, ko mampu?? Idak la teman weh...

Apa ada kat seberang sana?

Ada beberapa biji rumah camni. Rumah Perak la gamaknya.


 Ada la 2 eko ostrich ni. Sblh nyer plak rusa 2,3 eko. Ada gak la rabbit. Tp tak amik gmbr pulak.

Lps tu ada menara tinjau ni. Tp tak bleh naik. *haha. Acapkali jalan2 aku asik pakai baju belang2 ni je kan. Napak nau da takde baju jalan2. Tp baju ni sedap. Kalo pakai tgh panas pun tak la rasa sgt peluh tiak tu. Huhu. Beli kat Jusco je, tp selesa.

Kawasan ni ekceli cantik. Dan luas. Tp tah.. nak kata tak terjaga, elok tgk rumput pendek. Tapi tah.. cam takde 'aura' rasanya. Sayang plak. Kalo btul derang selenggara leklok suppose ada la signage/notice/signboard ke apa la yg tunjuk arah2 nak kemana. Tunjuk umah tu umah apa. Citer la sket2. Ada binatang apa dlm setiap tpt tu. Sayang. Serius sayang sbb aku rasa bleh dikomersialkan tpt ni. Tak lama kami pusing2 dlm tu. Kembali semula ke jeti.


Bot ada je pusing2 anta amik situ.


Abiskan makanan ikan yg beli utk anak buah aku utk dia bagi kat ikan tu. Then lepak kat tempat yg nyaman nih.


Belikan anak buah aku eskrem n kiterang makan kacang. Huhu.
Waktu dtg takde air terjun dari atas tu.
Balik dari seberang sana. Tgk ada air terjun.
Mungkin dia dah set timer kot. Kul 2 ada ayor terojun.
Kot la. Aku pun tatau. Kang ada org smpai kul 2, tetgk takde la menda ni. Haha.


Tapi nyaman la. Sejuk je. Tau je lah, aku duk sini dalam kul 1 smpai kul 2 lebih.
Panas terik tahap menggelegak otak tu. Peluh tiak tu tatau nak kata dah la. Hahah.


Sini sebenarnya faveret spot utk org kawen amik gambar outdoor.


Jadi itu je lah. 
Sedikit info berkaitan Taman Rekreasi Gunung Lang ni.
Utk naik bot tu dewasa RM3, kanak2 RM1.50.


Dia buka tahun 2000. Dan selepas lebih 11 tahun, baru aku berpeluang nak jejak sini.

Oke la tu. Bln Jan gi Dataran Lang. Bulan Feb gi Gunung Lang.
Bleh klik web MBI ni utk nak baca serba sedikit perihal Gunung Lang ni - MBI
Tp jgn lupa, tasik ni juga ada mitosnya tersendiri. Sbb kan mitos tu juga aku tertangguh nak pegi. Dikhabarkan ada yg penah napak naga (aku rasa ular la kot) kat tasik ni. Masa aku tggu bot kat jeti nak balik ke seberang sana tu, bot yg nak amik kiterang siap pusing cam jauh sket. Kiterang cam tertanya2 gak la. Kenapa dia cam pusing jauh. Aku lak cam napak air kat tgh2 tasik tu cam ada alunan sket. Tapi malas la nak pikir bebukan kan. Takde apa lah. Sekejap sgt pun naik bot tu. Insyaallah, kalo niat kita sekadar nak menikmati ciptaan Allah ni, takde apa la kot.

Cuma tu je lah, pihak2 yg terbabit, sila la 'ceria' kan sket taman yg seberang sana tu. Luas dan cantik sebenarnya. Sayang. Takut satu hari nati jadi cam Pasir Salak tu jugak.

Jadi, marilah berkunjung ke Perak. Haha. Promote pree ni tawwww.......

4 January 2012

TMP 2012 : Kellie's Castle

Oke, sempena TMP 2012 ni kan, kalo da takde idea nak buat entry, aku akan up kan citer2 berkenaan tpt menarik kat Perak. 

So, ari ni meh kita jalan2 tgk Kellie's Castle
Letaknya di Batu Gajah.
Aku pernah pegi. Tp zaman sekolah dulu la. Lamaaaa sangat. Mmg teringin nak pegi balik. Tggu la nati bila ada masa. Tpt ni cantik, tp ada juga citer mistik2 nya. Abaikan je lah citer mistik tu. Nak citer mistik, seme tempat pun ada mistiknya tersendiri. Biasa la. Tpt lama kot. Tp ramai gak salu photoshoot kat sini.  Salah satu tpt pengantin bergambar jugak.

Bangunan ni sebenarnya tak siap dibina. Tp itu lah keunikannya. Bleh klik web PDT Batu Gajah ni utk tau sket2 pasal sejarah nya - Istana Kellie. Sini pun ada jugak = Istana Kellie

Masa aku pegi dulu, tak kena bayar lagi. Skang ni ada bayaran nak masuk situ.
Info Bayaran masuk Kellie's Castle : *credit PDTBG
** Dewasa - RM 3.00 
** Kanak-kanak (Atas 12 tahun) - RM 2.00 
** Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM 1.00 
** Pelajar - RM 2.00 (Pada hari biasa sahaja) 



Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari). Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 
No. Tel. : 05-366 8198 
No. Faks : 05-366 8199 



Cantik tpt tu. Unik ja.
Jadi, mari berkunjung ke Kellie's Castle. Rasa dan alami misterinya. Eh..?? Hihikkss


*All images credit to FB Tourism Malaysia and google

3 January 2012

Tahun Melawat Perak


Tahukah anda tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak? Tahuuu.... jawab meke beramai-ramai.
Sebagai anak jati Perak yg berada di rantauan (rantauan la sgt kan), aku nak tumpang la promote negeri aku ni. Lagipun Pak MB da suruh rakyat Perak pun turut sama mempromosi kan nyer. Source : MyNewshub

Aku kadang cam kecik ati la, sbb salunya Perak ni bkn la pilihan utama utk gi bercuti cuti kan. Salu kita dengar org kata "aku nak gi holiday kat Penang". "Minggu dpn nak gi bercuti kat Melaka lah".  "Lama da tak pegi jalan-jalan kat Kelantan". Tapi jarang la org kata 'nak gi bercuti kat Perak lah'. Aku pun kalo org kata camtu, mesti cam eh, apa ada kat Perak tu eh? Ha.. tu la pasal. Biasanya instead of org sebut "Perak" tu org akan sebut tempat yg ada kat Perak tu je. Contoh cam "nak gi Pangkor lah" atau pun "nak jalan2 kat Taman Tasik Taiping lah". Dan cam Penang tu plak, jarang kita dgr, nak gi Georgetown lah.

Tak kesah la kan. Tp itu lah keistimewaan negeri tempat tumpah darah aku tu.  Setiap daerah dia ada keistimewaan tersendiri. Setiap tpt dengan loghat nya masing-masing.

Utk Tahun Melawat Perak (TMP) ni, enam kluster dibahagikan dan ada 10 ikon pelancongan Perak. Dipetik dari Utusan :

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman (gambar) berkata, enam kluster tersebut merangkumi Ipoh (Gopeng, Batu Gajah, Kampar); Taiping (Matang, Kuala Gula, Kuala Sepetang, Larut); Kuala Kangsar (Sungai Siput); Royal Belum-Lenggong, Pulau Pangkor - Lumut dan Teluk Intan (Kampung Gajah, Perak Tengah).
Sepuluh ikon pelancongan itu ialah bandar raya Ipoh, Zoo Taiping, Kuala Kangsar, Hutan Royal Belum, Pulau Orang Utan Bukit Merah, Air Panas Sungai Klah, Gua Tempurung, Hutan Paya Bakau Matang dan Taman Herba.

Dalam paper ni dia tulis 9 ja tu. Ada lagi satu tertinggal dalam ikon tu iaitu Lumut-Pangkor. Bleh tgk kat web rasmi TourismPerak.

Antara ikon pelancongan tu ada jugak yg aku tak penah pegi cam Air Panas Sg Kelah, Royal Belum, Gua Tempurung, Paya Bakau and Taman Herba. Taman Herba tu mmg tatau la. Lokasinya di Batu 1, Jalan Simpang Pulai - Batu Gajah, Kampung Kepayang. Tiket masuknya RM2 sahaja. Bleh pegi la nati kalo balik Perak. Info berkenaan Taman Herba ni  bleh tgk kat sini atau sini

So, thn depan mari ramai-ramai kita melancong ke Perak yer.
Byk tpt menarik sebenarnya. Aku sendiri pun tak abis pusing lagi ni. Semua ada sebenarnya kat Perak nih.
Nak gi Istana Lama - ada (Kellie's Castle),

nak gi Pulau - ada (Pulau Pangkor), nak gi pantai ada- (Teluk Batik),

nak masuk gua pun ada (Gua Tempurung), nak tgk Istana dkt sungai ada (Istana Iskandariah), Muzium yg dibina tanpa paku ada (Muzium Diraja Kuala Kangsar), taman tema ada dua (Bukit Merah Laketown Resort n Lost World Of Tambun). Nak jalan2 taman tasik yg ada pokok cantik meredup ada (Taman Tasik Taiping), nak tgk zoo siang buleh, malam pun buleh (Zoo Taiping), nak tpt sejuk leh gi Bukit  Larut (Cameron da jadi negeri Pahang lak walo naiknya harus dari Perak), dan banyak lagi lah.

Yg nyata, mari lah melawat negeri Perak - Yours To Discover.

Info2 lanjut bleh tgk kat laman web Tourism Perak
Gambar2 dari FB Tourism Malaysia - Destination Perak

*bkn advertorial, saja mem promo tanah tumpah negeri kelahiran ku. Sayang Perak selamanya. Eh..??? hahahaha (^_^)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign