Pages

6 January 2011

~Pasal Hari Sunat Berpuasa~

Sudah hari Khamis pun. Utk pagi ni, mari kita 'sharing is caring' tentang hari hari yang disunatkan berpuasa. Untuk rujukan kita bersama

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

   1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
(Syawal tahun ini - 30 Ogos 2011-Selasa)

   2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
(1 Zulhijjah : 28 Oktober-Jumaat)

   3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
(9 Zulhijjah : 5 November-Sabtu)

   4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
(9 Muharram : 5 Disember-Isnin)

   5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
(10 Muharram : 6 Disember-Selasa)

   6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
(1 Rejab : 3 June)

   7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
(1 Sya'ban : 3 July)

   8. Puasa pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis.

   9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah*.

Bulan Qamariah :
Tahun Hijrah atau Qamariah pula digunakan lebih kepada urusan-urasan ibadah dan akhirat. Contoh paling tepat apabila puasa sunat hari-hari Abyad (putih) tepat jatuh pada 13, 14 dan 15 haribulan dalam bulan-bulan Hijrah.
(kredit to : yabjad)

2 juta komen

gud info....thanks sharing hehe

tq for sharing, sy dok pasang niat every year nak rajin puasa sunat, tapi rajin jugaaa makan... huhuhu

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign