Pages

25 January 2011

~Pasal Cukai~

Dah byk kali gak aku terbaca kat blog org pasal CUKAI nih.
Tadi baca plak kat blog Adia pasal ni.
Mula aku mcm tak igt pasal tax nih, then tadi baru smpai bil Astro (aku mmg guna alamat opis), so trus bkk tgk. Trus mcm nak hangin. Walo aku amik kira paling murah nyer pakej (Family+3mini) tp kena gak RM3.30 tax nya. Ye.. mmg la tak byk mana. Tp kalo didarab doblas. Didarab plak dgn suma penduduk yg guna Astro. Pergh!. Itu kira paling minima. Eh. Ada lagi yg minima kan. Tak kesah. Tp yg dikesahkan 6% Govt. Service Tax tu. 

Then kad kredit lagi ada govt tax.

Then segala bala tax yg 5% jadi 6%.
So, nati dpt bil telefon, bil broadband dah jadi 6%.
Tp bg bil telefon, penggunaan kita pada bln 12 masih dikira 5%. Ini aku baca kat garispanduan tax by kastam.
Entah cemana dia buat bil tu nati kita tgk je lah. Mana tah bil bulan nih.
Udah la aku tak pegi pegi lagi nak register anta bil kat emel je tu.
Nak buat tu pun kena mengadap ke opis Celcom tu. Tah bila masa aku leh selit masa operation hour dia tu. Ari Sabtu buleh la. Nati lah pegi. Print bil pun da kena caj. Eiiii....

Iyer aku paham, tujuan tax bagi kerajaan ni adalah utk buat segala kemudahan asas utk rakyat, bagi subsidi minyak, gula (as 'they' said) dan juga mengajar kita agar berbelanja secara berhemah. Tp some of 'perkhidmatan' ni dah jadi keperluan. Umah aku yg dikelilingi bangunan tinggi tu takkan jelas siaran tv nya kalo tak guna Astro. Bintik bintik mcm ujan batu. Lepas tu gmbr dia ter tarik tarik ke kanan. Ko mampu nak bersabar kalo gaya gitu?. Nak buh antena buleh, tp aku rasa kena buat lebih tggi dari KLCC. Mampu??

Ok la, mungkin aku leh potong segala pakej aku amik tu. Amik basic. Yg ada Prima n Ria tu je. Ada ke pakej yg tu. Atau takyah tgk tv. Ha.....
Then telefon-guna prepaid balik. Leceh yg ni. Tak berkenan tul nak beli topap topap skang ni. Ada urgent call kredit dah due plak. Brrr... 
Then broadband - Potong je. Boleh?? Err... errr...errr....
Dan elakkan makan kat kedai ada tax nih. Masak je kat umah.
Kalo ber holiday takyah tido hotel, tido kat dlm keta je. Boleh????

Malas nak ckp apa. Mmg la aku kerja kerajaan. Gaji naik tiap tahun. Rata2 k/tgn kerajaan ni kenaikan ni antara 20-80 je setahun (kump. sokongan & PnP 41 lah). Aku rasa kenaikan utk setahun tu mmg utk menampung segala tax berkaitan tu. Pasti.

Nak bebel lelebih pun tak guna gak. Menda tetap akan berlaku. Bayar tetap akan bayar. Ni bila plak aku nak langsaikan PTPTN nih. Maleh nak pikir dah. Byr je baki semua. Tkyah nak pikir ujrah ke hijrah apa tah tu.

Oh. Nak tau pasal tax ni boleh baca kat garispanduan ni. Aku rasa clear sket la bila baca ni. Kut tak tertanya tanya gak la kan.

Oke. 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

11 juta komen

Dalam pada marah2 tu leh lagi la dier nak tulis slogan 1 Malaysia tuuu..Lawak la ko ni Reen...Hikhikhik...

Korang yg keja gomen ni ada la gak nek gaji...Kompeni aku ni, dengan xde bonusnye, nak nek gaji pun, puas mimpi dulu la baru dapat (Tupun kalo dapat..heh)

Adialuze :
Kat bil astro dia tulis camtu. so, aku tempek je la camtu.

Carik keja lain je la Adia. haha. pi keja bank. Bonus patblas bulan gaji. hahahahahah.

hehehe...
astro kat rumah aku mmg yg basic je...
tepon aku mmg pakai topup... hubby aku je pakai line sbb company bayar...
broadband pakai dgn terkawal... tak kan lebih dari limit... ;p
pegi holiday setahun 2 kali je...
makan kat luar hanya hujung minggu...
hehehe... ktorg mmg 'berkira-kira' ;p

betui sesangat apa sis kata
klu nk pk sumer..duk umah n buat apa patut je la...nie lar dunia skrg..sikit2 tax..belum lagi tet bunyi bayar tol..sekali jln tett..byr tol..
sama la bila nk abis ptptn nie..

ejaMaria :
Aku kena belajar dgn ko lah ni. Aku rasa aku 'memang' kena 'berkira-kira' lps masuk umah baru nati. Itu pasti sbb byr kat MOF pun hampir half gaji. *Uhuk*

Anie :
mujo tpt keja akak ni takde tett..tett.. byr tol
Kut tak mmg lagi geram lah.
Mmg kena berbelanja secara berhemah la pas ni :D

kak reen.. sabar je laaa
kita pakai streamyx ni, kena jugak ke cukai?

Astro mmg kena ada sebab kalau tidak, mmg tak nampak pape kat tv tu..

Esok lusa nak terminate line phone, nak berbalik kepada prepaid... takde jalan lain..

~ain :
Mmg tgh sabar ni. Sbb apa kita nak buat kan. Nak kan perkhidmatan tu kena la byr gak kan. Sadis tau sbb takde pilihan.

Akak bkn taknak tukar prepaid, tp nyer leceh tau. kang da abis kena top up plak, kalo tak abis pun da smpai due date. pening..peningg..

Reen, kalo betul la patblas bulan bonus, jom kita apply sama2..Hikhikhik

Adia :
Cuba la tnya pada meke keja bank. Mmg bonus byk bln (tak tau la ada ke tak patblas bln tu, tp mmg byk2 bulan).
Huhu..aiols da oke da keja kat sini. uols pi la mintak.. huhuhu :D

cite pasal bil ke nih... malas nak baca...
sbb skrg ni sy handle bil2 tipon kt opis ni... sgt la tensi... ari2 kol org celcom.. manager lak sy call tu.. smpi die pon ckp.. istana punye pasal... mst boleh... ntah2 dlm ati.. celakee istana ni.. ari2 cari aku... hahhahahah

kt bil celcom tua de tulis pasal custom tax tu... die suruh refer kt website la tapi

CBL :
Bil akak da dpt. Tp still 5% sbb byrn utk bln 12 retu. Bln 12 still 5% tax dia. huhuhu

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign