Pages

31 October 2012

Permohonan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian

Rasa semua yg keja govt tahu kot kalo nak ke luar negara mesti kena isi borang.
Borang Permohonan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian namanya.
Semua tahu, tp ada tak buat kot.... hihihiw.

Kena isi tau. Jangan tak isi borang ni.
Skrang dah ada borang baru.
Boleh tgk kat link ini - luar negara atas urusan persendirian

Mengapa mesti isi?
Saja suka suka?
Saja nak gitau kat kengkawan kita gi oversea?
Haha.

Oke. Ini salah satu prosedur yg mesti di follow oleh kita penjawat awam.
Kan masa memula masuk keja dah berjanji utk tidak ingkar perintah.
Don't eh. Jgn take easy menda2 camni. Kita mana tahu apa yg bakal terjadi.
Mana lah tau kut ada kejadian yg tak diingini pulak berlaku time kita pi ke luar negara tu.
Dgn isi borang ni juga kita boleh ambil insurans yang dicover oleh kerajaan.
Ini sebenarnya pun salah satu kemudahan sbg penjawat awam.
Jangan ingat ini menyusahkan. Bukan susah pun. Isi. Lps tu hantar la ke HR. Tau lah derang luluskan. Nati sampai lah kelulusan tu. Kalo lmbt hantar, lps dah balik dari bercuti baru dpt kelulusan. Kuikuikui.

Tahu tak kalo didapati kita ke luar negara (atas urus persendirian) tanpa kebenaran kita boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Ya, contoh kes ada dlm buku Setitik Nila (e-book dari JPA yg ada himpunan contoh kes2 tatatertib - yg jadi buku rujukan aku gak skang ni)




Keputusan Lembaga Tatatertib ke luar negara tanpa kebenaran : "dikenakan hukuman amaran dan turun gaji sebanyak satu (1) pergerakan gaji selama dua belas (12) bulan"
Wohooo... tak mudah kawan..tak mudah... gilo ko.. turun gaji, lps tu setahun baru naik balik. Wohooo...!

(sementara aku uruskan kes tatatertib, mungkin aku nak buat entry contoh2 kes yg kita anggap remeh, tp sebenarnya boleh jadi kes tatatertib - satu tugas yg sebenarnya seronok.. tp ramai la yg menyampah kat kita. Heh!)

*nak isi borang lah walo tatau buleh lepas ke tak pegi ni...risaunya la hai..moga date exam tak jatuh pada date tersebut. Mau soping baju raya di sana, di sana, di sana. Haha. Melampauuu....!!
*eh, patut wordless lah hari ni, takpe lah. Entry dah siap draft - publish ja.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign