Pages

3 October 2012

Edisi Bil Rumah Lama Dan Baru

Ini pun suppose aku nak jadikan WW. Tp pagi tadi dah buat entry bebel2, takyah la di WW kan. Ini smlm aku taruk dlm instagram n FB. Dgn caption "telan ailiyo tgk bil bulan ni"

Tanjat gegel tau.
Kenaikan melebihi 100%.
RM24.85 itu adalah bil di rumah lama. Yg mana masa tu mmg aku belum pindah (date kat bil tu kena bayar sebelum 2-9-2012. Mean, masa bulan 8 nyer lah penggunaan). Tapi kurang lebih mmg purata dalam RM30 je sebulan bil elektrik aku kat rumah lama. Mmg la sket. Umah pun sekangkang semut. Apa je pun ada kat rumah tu. Lampu kalimantang tu pun ada 3 bijik ja. Kipas siling pun satu ja yg terpasang selalu. Air-cond, heater segala takde. Mmg jimat.

Sekali.... pindah ja trus cam semput tgk bil. RM94.35.
Hoh!
Oh, sebenarnya dia ada bil bulan sebelumnya yg tak bayar lagi. Sbb retu belum menghuni maka, aku pun tatau entah kat mana bil tu. Ada RM7.05 untuk bulan 8. Ini yg masa buat renovation apa segala tu lah. So, maknanya bulan 9 penggunaan adalah RM87.23. Niceee... siap ada 2 kadar lagi. Dulu rumah lama, satu kadar je. Niceee lagi skali.

Oke, utk orang lain mungkin biasa lah jumlah ni. Tp bagi kami yg hidup berdua je, pulak ditambah waktu malam je ada kat rumah, mmg luar biasa rasanya nih.
Tp mungkin sbb awal2 ni kot. Tak buleh nak balance lagi.
Penggunaan barangan letrik mmg lah bertambah sket.
Lampu pun bertambah sket lah.
Aku tak suspect air-cond puncanya *sbb bila tunjuk ni, orang mesti kata air-cond kut*. Sbb aku masuk rumah ni musim tak panas. So, mostly mmg guna kipas sahaja. Seingat aku skali je kot aku on air-cond lama waktu tido.
Tapi aku suspect puncanya dari Coway - Induction Cooker - Heater.
Induction cooker pun sebenarnya jarang aku guna lagi. Coway pun katanya tak byk sgt 'makan' letrik. Abis tu apa penyebabnya neh??

Entah. Kita tgk plak bulan 10 ni cemana.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign