Aku baru nak buat entry utk review perkhidmatan talian telepon aku ni kan.
Tup tup, genap setahun aku guna, dia jadi musibat plak.
Tu yg aku menghamuk hamuk tu hari tu kat facebook. Weekend 2 minggu lepas.
Amboi kau.... hamukan sesaja. Hahaha.
Citernya gini.
Selalunya aku tak pernah missed bayar segala bil slps gaji. Biasanya bila gaji jer, trus aku bayar segala bil melalui Maybank2U. Semuanya aku tanda dlm satu kertas yg aku dah buat khas utk pembayaran bil setahun punya. So, aku rasa mmg aku dah bayar lah segala bil.
So, ari Sabtu tu, tgh sesebuk nak wedding adik ipar aku, tetiba dpt msg kata talian aku kena blocked sbb ada bil berjumlah RM300++. Tak tanjat gegel ko dibuatnya. Masa bila plak punya bil kan.
So, jadi tak sedap hati. Lps tu, ptg tu gak, lps balik dari umah in law aku, trus ke branch Umobile kat AEON AU2. So, aku check bila last payment. Dia kata pada bln Ogos. Aku cam rasa, eh... betul ke? Tp malas nak bising, aku terus bayar je RM300 tu.
Sbb lagipun dokumen nak semak pun seme kat ofis.
Tanya kat budak yg kaunter tu, dia kata dalam sejam dua dia akan aktifkan semula talian.
So, dlm 8.30malam (aku bayar dalam kul 5ptg camtu), aku tgk tak aktif lagi phone aku.
Still takde line.
Cuba call customer service - 1318. Tak jawab. Call plak 018 388 1318. Pun takde jawapan.
6 minit aku tggu (guna speaker phone), tak berjawap. Motip??
Takpe, kita try lagi skali. 5 minit je aku tggu. Kang aku baling pulak phone tu lagi satu hal.
Tk lama, try lagi. 4 minit je aku tggu. Takde. Jadi aku simpulkan mmg takkan ada orang jawab.Aku terus isi form dlm web dia. Juga aduan tu jugak aku emel kan kat customer service dia. Tp emel ni derang akan tengok dan jawab hari bekerja. So, lantak. Asal aku dah hantar.
Jadi, esuknya iaitu hari Ahad (hari kenduri adik ipar aku tu, terpaksa gak aku ke Jusco AU2 tu sbb nak suh gak dia bukak line aku. Wah.. ko, kalo bab motong motong, laju je kan. Nak aktifkan balik musibat sgt). Aku gi pagi lagi. Tp dapat nombor 3 jugak.
So, bila turn aku, tak sempat budak tu tanya terus aku kata
"saya ada soalan, pertamanya, kalo kita call 1318 tu waktu malam, hari minggu mmg takde orang jawab eh?"
Budak tu jawab. "eh, ada la kak, kenapa kak?"
"Ha..ini lah soalan kedua saya, berapa lama nak aktifkan balik talian yg kena barred lps kita dah bayar?"
"Biasanya dalam sejam ke dua jam"Hah! that's my point la kan.
Geram, geram gak, tp aku takkan nak maki hamun situ. Imej kena jaga jugak. Haha. Lagipun kang keluar dalam paper "seorang penjawat awam didapati mengamuk di kiosk Umobile" . Lagi haru biru. (jaga imej sendiri tu tak kesah sgt kan, imej penjawat awam tu susah sket - cea..mementang baru balik course tatatertib kan)Aku cakap senang je.
"Check balik sistem awak, saya dah bayar semalam. Ni dah lebih 12 jam saya tunggu, apa kes tak aktifkan balik. Kalo nak barred tu laju je. So, skang awak aktifkan line saya balik atau pun awak pulangkan balik 300 saya semalam. Saya nak SEKARANG jugak!. Saya takde masa ni. Saya nak balik kampung petang ni. Menyusahkan betul uols ni. Ini takpe la kat KL, kalo saya on d way balik kampung, dan ada emergency, nak kena call, celah mana saya nak carik line. Cuba cakap"
Terkemut kemut budak tu.
"Oke, saya aktifkan" dia pun godek2 dlm PC dia.
Aku tak kira. Aku nak menda tu aktif time tu gak. Sekarang
Lps tu aku ada cakap "awak mesti bawak perkara ni ke pihak atasan awak. Menyusahkan pengguna ni. Apahal plak line 1318 tu tak berjawab. Menda ni simple je. If awak punya customer service jawab call saya malam tadi, sure dah selesai. Takde la menyusahkan orang macam ni. Better awak bagitahu pihak atasan awak, atau saya buat aduan ke SKMM"
Tahu dia jawab apa.
"Takpe..buat la aduan"Hoi. Teruk btul kan. Aku cakap "yer, mmg saya akan buat aduan. Tapi, awak pekerja kat sini, yg selalu jumpa customer, kena bagitahu orang atasan awak"
Aku kan, sket je lagi nak mintak kat dia nak jumpa manager dia (sbb aku tau manager dia ada dlm ofis tu sbb ada dia keluar sekejap. Tp yer ke manager)
So, ada la dlm 20 minit camtu dia aktifkan balik.
Dia minta maaf gak la. Tp aku banyak kali cakap suruh dia bagitahu pihak atasan.
Tp percaya ker dia bagitau. Aku tak rasa dia akan bagitau. Yg aku rasa dia kata 'gi mampus la kau..pedulik hapa aku'
Takpe... ko tunggu..ko tunggu... Muahahahah!
Hari Isnin aku balik kg, jadi tak sempat nak bkk emel (aku mmg guna emel ofis. Napak la rasmi. Takkan nak guna emel cikstoberi. Euuuwww....)
Hari Selasa pagi, aku tgk emel aku dah berbalas. Dari customer service derang. Dua dua balas (yg form aduan kat web ngan emel). Katanya talian aku dah aktif la apa.
Igt aku nak say thanks camtu ja??. Meh aku basuh lagi.
Aku kata, talian tu aktif sbb aku pegi ke branch. Kalo aku tak pegi, mmg takkan la aktif. Aku cakap, aku dulu pengguna Celcom, which kalo kita call utk cakap dgn customer service mmg tak pernah menghampakan. Kejap je dpt cakap n settle masalah. Dan aku cc kan sekali emel tu ke SKMM. Ha, lantak la walo aku rasa cam takde kaitan. Tp belasah lah. Mana lagi kan. SKMM la jaga mereka semua ni.
Dan pada 11 Okt derang balas emel tu :Rujukan Kami: CRQ *****Nombor Akaun: **** Salam sejahtera Cik Ida, Merujuk kepada aduan saudari yang diterima melalui emel di customer.service@u.com.my pada 9 Oktober 2012 berkenaan akaun bernombor seperti di atas. Kami amat kesal dan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh saudari dalam menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan pada 6 Oktober 2012 yang lalu. Maklumbalas ini telah kami lanjutkan kepada Pengurus bahagian yang berkenaan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya bagi memastikan kepuasan pengguna terjamin dan sokongan serta maklumbalas yang berterusan dari saudari amat dihargai sebagai penggalak untuk kami terus berusaha.Umobile ni, kalo kat rumah lama aku dulu, mmg tip top oh line dia. Sgt sgt laju. Orang kata kalo tgk utube tu mmg takde tersekat2 langsung lah. Kalo Celcom mmg meng-hampeh!. bukan je tersekat, terus hang dibuatnya.
Cik Ida, sekali lagi kami ingin memohon maaf dan terima kasih di atas maklumbalas ini. Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi kami di customer.relation@u.com.my Sekian, terima kasih.
Yang benar, Nooraini Binti NawawiUnit Hubungan PelangganU Mobile Sdn. Bhd.
Cuma rumah skang ni slow sket, tp masih oke. Aku mmg guna 2 menda dari Umobile ni. Broadband - RM68/month. And utk phone - RM149.50/month. Line dia mmg aku puas hati. Tp tu lah..customer service cam musibat. Ni pun aku dah semak semula, mmg aku dah bayar yg dia kata tak bayar tu. Nati nak pegi balik branch tu. Kalo ikut mmg tak kuasa, tp dah amik duit RM300, takkan nak senyap je. Aku sekeh kang baru tau!
Terima kasih atas komen anda :)