Pages

13 October 2012

Budaya Orang Kawen Sekarang

Yang aku rasa tak berapa nak sesuai, tapi aku dulu pun ada gak terbuat. Haha.

Ala, aku tulis2 ni sekadar pendapat ja. Jangan plak kecik hati, amik hati, terasa hati dan segala hati2 yang lain lah. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Ada setengahnya pun, aku pun buat masa aku kawen, dan sbb aku ada rasa cam 'terkilan' tu yg aku rasa cam tak berapa nak sesuai. 

Memula aku tgk bab outdoor photoshoot. Mmg dah jadi kewajipan kan. Sapa tak pegi tu akan terasa tak lengkap lah mahligai nya. Ada setengah amek pakej outdoor sahaja pun takpe, takde orang tu buatkan album, printkan gambar pun takpe, asalkan 'aku ada amik gambo outdoor'. Begitu. Apa la, bagai nak rak posing2, album apa pun takde. Dah posing tu, amik la pakej skali. Nak harap print sendiri tu mmg tak la. Tp kalo mana yg rajin dan ada masa tu buleh la amik kat Groupon kan. Buat sendiri. Dah alang2 buat photobook la. Baru la buleh tgk smpai ke anak cucu. Tp jgn jadi cam aku, tetiba semut bersarang dlm photobook kawen. Haha. Tu la.. manesss sangat!

Yg nak jadi budaya tak berapa nak sesuai tu bukan pasal photobook tu. Soalnya bila ada pasangan pengantin baru ni pegi outdoor time sedara mara masih ada kat rumah. Ye lah, outdoor biasanya lepas pihak keluarga pengantin dah balik. Dlm kul 3,4 ptg camtu derang keluar. Kadang tu kawan2 dari jauh pun ada datang lagi, sedara mara pun ada lagi. Yang mana nak balik tu, tanya lah mana pengantin, mana pengantin. Mesti lah nak jumpa pengantin. Kita pun sebagai pengantin, sebenarnya mesti nak ucap terima kasih pada family n sedara mara yg berpeluh2 tiak membantu kita. Tp kita takde pulak time derang nak balik tu. Napak tak berapa nak 'kena' kan. Dan aku sendiri pun buat camtu dulu. Mmg bila balik outdoor tu, mak kata makcik2 dah balik, sepupu sepapat dah balik, mmg aku ada rasa "Ya Allah hai...kenapa aku buat camtu... rasa tak sopannya. Padahal derang dah berpanas2 cedukkan lauk utk orang seme" Lps tu ramai lagi kawan2 yg dtg time kita outdoor tu. Mujo cam aku, aku outdoor dkt je. So, abg aku suh derang tggu, dapat la jumpa. Ni kalo outdoor jauh2 melantun. Yg malam baru nak balik. Hurm. Sendiri mau ingat lah. Ada gak aku penah tau kejadian kawan pengantin jejauh datang lps tu tak dpt jumpa pengantin, masa tu nak ajak makan dlm rumah dia takmau (sbb catering dah wrap up). Ye lah, kawan tu pun segan lah, unless kita sbg pengantin (juga kawannya) yg menjemput. 

Tak salah nak buat outdoor bagai, tp cuba carik time yg sesuai juga. Cam ada member aku, sbb dia nikah petang sehari sebelum majlis persandingan, dia buat outdoor pagi sblm majlis sanding tu. Awal pagi, dlm kul 10 camtu. Takpun buat keesokkan harinya. No hal kan. Mmg la cam bayar mekap 2x plak, tp cuba pikir balik kesesuian kita yg meninggalkan ahli family gitu saja. Mana yg jauh tu, esuk raya la baru kita jumpa jawabnya. Tak macam org dulu, aku igt lagi time abang2 kawen, pas abis majlis derang gi round seme rumah sedara. Mungkin la ada yg buat camtu. Tp kadang, lps kawen dah sebuk honeymoon pulekkk (yer, saya lah tu.. haha).
Cam aku masa wedding kat PJ, mmg plan nak buat outdoor sebelum majlis sanding, tp sbb mak andam buat hal. Buleh lak terlupa nak mekapkan aku, dtg lambat, so, plan tu hancur. Tp kami tetap ber outdoor. Haha. Lps sanding. Tp tak jauh. Jalan kaki je dari umah mertua aku. Kira panggil pun dengar. Oke gak gambar. Lagi unik hapa. Kat mana? 

Ha, tgk... ada yg kata 'kat lalang mana ko amek gmbr ni Ida oiii"

Itu kat ladang tebu oke. Kelas kau jahhh...ko hado outdoor tepi ladang tebu??. Takyah gi putrajaya bagai. Haha. Tp lps tu ada member ofis (bukan member pun, Pengarah Bhgn Kewangan) datang, kami sempat layan lagi. Masa tu mmg dah wrap up seme makanan, and kami dapat ajak derang makan dalam rumah. Fuh... Alhamdulillah yg sini. 

Satu lagi yg aku rasa budaya orang kawen skang yg tak berapa nak sesuai adalah bila DJ meleret entah hapa2. Pulak tu kuat sgt speaker nya. Ko apa kes ni?? Nak cakap pun kena jerit2. Ntah..tak minat btul aku. Yg si DJ bijak pandai tu plak hala speaker tu ke arah khemah yg orang tgh makan tu. Ntah, bagi orang lain, aku tatau, tp bagi aku annoying. Lebih annoying bila ada plak yg karoke. Hok bersuara emas tu takpe la, ni hok buleh buat pecah pintu tu.. Adoi.. but then aku salute la orang yg camni. Punya level of confident yg tinggi! Buleh la masuk rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa tu. Biar Azmeer tu peringatkan ko sket. Haha. Jahatnya haku ni.. oke, maaf yer.. saja bergurau lah. Tp seyes, menda2 camni tuan rumah kena perhalusi sket. Kita nak bagi keselesaan pada orang yg tgh menjamu selera kan. Ni macam nak pecah gegendang, nak bercakap pun smpai sakit tekak apa kes.
DJ satu lagi. Cuba la jgn amik DJ syok sendiri. Lagu dia suka je dia pasang. Pastu menceceh apa2. Eh, apa lah ertinya majlis perkahwinan kalo takde lagu bertema perkahwinan tu, at least lagu selamat pengantin baru tu pun oke dah. Pelik sungguh rasanya. Aku bab DJ ni, masa aku kawen dulu mmg aku carik bebetul lah. Aku takmo yg mmg orang kampung aku (sbb biasa aku tgk mmg derang amik org kg situ je, main tangkap muat je rupanya). Entah apa menceceh2. Pastu kang layan lagu lama je. 60-an seme. Mmg la orang tua sker, tp yg datang bukan seme orang tua yer. Dan DJ aku amik tu pun bagus. 2 hari sebelum majlis, dia dah dtg rumah, tnya aku nak lagu apa, nak ada karoke ke cemana. Dan selepas tu seme pun puji dgn DJ aku amek tu. Mmg thumbs up. Tak sesia smpai ke Ipoh aku amek. Haha. Sbb aku kata, aku sker lagu cinta2 indonesia, mmg byk dia pasang - akak aku kata pun bes. Pastu lagu2 lama sket cam lagu Kau Yang Satu kump Wow tu. Awal pagi, sbb umah aku takde marhaban segala, dia pasang marhaban yg Mawi tu. Yg tu mak aku puji. Lps tu takde orang nak menyumbangkan suara. Haha. Sbb orang luar, jd orang kg aku pun segan. Bagus. Takde memekak majlis aku. Haha.

Lagi, pasal door gift atau nama glamernya goodie bag. Goodie bag ni kan, lps kawen baru aku cam terasa, kenapa aku tak bagi bunga telur je. Mengapa. Mengapa. Mengapa. Rugi betul bila aku ilangkan adat tu. Pasal goodie bagi ni lantak lah, korang nak bagi apa pun. Tp better bagi makanan la kot. Kalo menda ngarut2 tu orang buang abis. Eh, ada yg simpan, tp ada yg buang. Aku memula mmg simpan, tp bila dah pindah, aku tgk byk giler plak segala towel la apa la, aku campak buang dah. Hoho. Dan aku rasa tak perlu la kot asing kategori. Yg ni utk kawan, yg ni utk sedara, yg ni utk ex-bf. Kalo awak ada situ, takpe.. ini orang lain yg kasik, tak kenal pun kawan2 awak tu. Tp tak kesah la tu. Bagi je lah kan. 
Aku pun buat gak yg ni. Tp sbb tukang bagi tu adalah kawan ofis aku juga, so derang kenal. Lagipun masa majlis kat rumah aku, kawan ofis dari KL datang satu bas, maka senang la kenal. Mungkin yg terlepas pun kawan2 lama la. Tp tu lah, aku rasa aku dah tersilap utk konsep nih. 

Lagi satu, pasal air basuh tangan. Eh. Ni bkn budaya. Saja nak cakap. Aku cukup annoying kalo gi kenduri yg tak sediakan air basuh tangan yg mencukupi. Fedap tul. Tp skang oke dah la. Derang bawak cam tpt sinki tu kan. So, basuh di situ saja. Oke la tu.

Eh. Panjang sudah membebel, saja... dah lama kot tak bebel2.. tetambah di hari minggu. 
Untuk semua, selamat Pengantin Baru dengan ucapan sbg pengantin mmg kita tak terpikir sebelum tu, tp bila dah lepas, baru kita rasa agak terkilan, tp yer lah.... cemana nak puaskan hati semua orang, ye dok?? 
New comments are not allowed.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign