Pages

1 October 2012

Edisi Persediaan Housewarming

Bukan la kata aku ni dah cukup bagus dan nak bagi tips bagai untuk buat housewarming ke apa. Tp just nak sharing aku nyer pengalaman buat housewarming tu hari. Agar tak kelam kabut, peluh merecik cam aku ni ha... Pengalaman housewarming aku, mmg bes, tp sedikit kelam kabut dan ada sedikit frust bila hujung2 tu sbb makanan dah totally out. Huhu.
Ni antara yg harus dikenalpasti sblm nak buat housewarming.

1) Bajet
Ha, ini mmg first n foremost la kan. Takde bajet, cemna nak buat. Tambahan lagi kita baru duk berpeluh tiak kuarkan duit utk buat renovation itu ini kan. Ada je gatai kaki nak ke Ikea la apa la kan. Tapi, kalo dari awal kita dah niat nak menjamu orang, sebagai sedikit tanda untuk berkongsi kesyukuran, Insyaallah, ada kelapangan Allah bagi untuk itu.
Utk aku, aku takde la bajet riban riban. Cuma, aku ada dpt elaun perpindahan tu (utk kakitangan kerajaan yang berpindah rumah yg dibeli dengan pembiayaan dari Kementerian Kewangan). Jadi, itu lah yg aku peruntukkan. Belum dapat lagi, tp permohonan aku tu, Alhamdulillah dah lulus. Tunggu cek je dari akaun. Utk housewarming tu hari ada la dlm plus minus 1k lah aku peruntukkan. Choc fountain - sewa - RM200, bahan2 dia ada la dlm RM100 kut. Lps tu nasi dagang RM300. Then utk laksa, nasi impit, rendang ayam, satey dll tu, ada lah dlm RM500 camtu.
Nak buat majlis ni pun idak la patutnya memacam makanan ada. Paling senang order nasik berlauk je. Abis citer kan.

2) Senarai jemputan.
Dari awal, aku mmg dah fikir list of guest. Mmg kurang dari 100 orang pun. Masa aku ajak tu ari pun, ada la 60orang camtu je. Aku tak buat RSVP sbb mebi ada yg cam tak selesa camtu. Dan biasanya orang akan kata - Insyaallah, kalo takde apa2 hal, akan datang. Tu yg buat aku susah sket nak bajetkan berapa ramai dtg. Aku membayangkan half dari jemputan je dtg. Tu lah kesilapan aku sbb walo pun half, mesti la derang dtg ngan spouse/family derang. Kira plus minus harus kena assume ada 100 orang jemputan.

3) Pemilihan menu
Menu barat? menu timur? menu utara? Ini terpulang lah pada kita kan. Kalo nak senang order saja. Kalo nak seronok, cuba masak sendiri. Aku mmg dah decide nak masak pun ada, nak order pun ada. So, makanan berat - nasi dagang. Tu order. Laksa aku buat. Nasi impit ngan lauk pun buat. Lepas tu ada side dishes yg buat cam rojak buat, salad popcorn. Then aku mmg plan nak jugak ada choc fountain. Maklum la masa kawen tu ari, menda ni masih tak berkembang lagi kan. Jadi, masa ni je lah aku buleh realisasi kan. Nak tggu beday anak, entah la bila. Huhu. Mmg dlm palotak aku ni plan nak buat cam candy station. Hurm. Umah pun tecik tet lagi mau nak berstation station bagai. Letak je situ.
Bercakap soal menu ni juga, kat rumah mmg kena ada standby satu makanan yg boleh masak segera in case berlaku kejadian makanan habis. Tp jgn la pulak ko letak maggi di situ. Paling elok, at least ada spageti. Sbb spageti ni kan semudah ABC je kata dek chef Ridz. Rebus spageti, tuang sos dia, taruk daging cincang tu, siap la. Tp tu lah, aku tak terpikir pun. Ada mee pun oke gak. Goreng mee pun kejap jek.

4) Kad jemputan
Kad jemputan aku amik je design yg ada kat internet nih. Mudah. Google image je housewarming invitation. Melambak kuar. Edit je. Mula aku igt nak antar kedai utk print kad tu. Tp tak sempat. Jadi, aku cuma dapat emel kan je pada semua kengkawan ofis. N utk kawan2 blog/internet, aku tepek kat FB ja. Simple je kad aku ni ha.
Memula aku buat design lain. Tp yg ni cam bes je. Sesuai la ngan aku yg duk 'rumah burung' tu kan. Haha.

5) Masa dan tempoh majlis
Masa (time) majlis ni pun kena pikir gak. Memula aku nak buat 10pagi - 10malam. Ada sebab aku nak buat camni. Sbbnya rumah aku bukan mudah nak keluar masuk kereta. Parking terhad. Jadi, aku nak mudahkan guest. Tp myDH kata cam lama sgt. Jadi kita start 12tghari and tamat 8 malam. Dan, menda ni ada kaitan dgn jumlah jemputan n menu. Lagi lama kita buat, lagi byk makanan kena standby. Tu lah, aku fail sket yg ini. Dlm kul 7 tu makanan mmg seme dah habis. Giler betul aku rasa. Sempat kazen aku kata "patut kul 6 ko dah tutup dah majlis ni" Huhu.

6) Pengisian majlis.
Kena pikir gak apa yg perlu, apa yg tak perlu. Tujuan sebenar mmg utk menjamu kawan2. Tp yg sebenar-benarnya majlis ni macam majlis kesyukuran lah. Jadi, lebih elok kalo ada bacaan Yasin beramai ramai. Dlm jemputan mmg aku tak mention ada bacaan Yasin sbb aku tak buat secara formal. So, santai camtu je lah. Alhamdulillah.... lepas jugak lah niat aku nak buat bacaan Yasin berjemaah ni. Sebab tu gak aku buat awal housewarming ni sbb nak sekalikan dgn bacaan Yasin tu. If dah lewat sgt, tak bes pula nak baca Yasin beramai ramai tu kan.
Tp kalo tgk web2 omputih, dia ada memacam pengisian waktu housewarming ni. Tp cam tak sesuai lah. Tuan rumah lagi busy lagi mau buat itu ini kan. Nak layan tetamu pun tak sempat, apa tah lagi nak main game bagai.

7) Doorgift
Ekceli kan, aku mmg nak order cupcake or something yg camtu lah. Nak bagi tetamu bila derang balik. Tp tak sempat. Yieee... geram betul. Ni orang balik, takde bawa buah tangan apa pun. Segan sungguh. Tp tu lah, tak sempat. Kali lain, aku buat lah yer.

8) Kekemasan/deco rumah
Sebenarnya kalo ikut omputih, housewarming ni mmg time rumah selerak2 pun buleh. Tp takkan la kan. Tapi, rumah aku selerak jugak. Hoho. Rumah aku sebenarnya mmg tak deco apa pun lagi masa buat housewarming tu. Mana sempat je gantung. Langsir itself baru gantung sehari sebelum. Jam langsung tak sempat. Gambar2, ayat Al-Quran seme tak sempat nak gantung lagi.Selamba je ajak orang kan. Haha. Sbb tu dlm gambau napak seketul jam atas kabinet tak gantung. Haha. Pedulikkk.... janji tujuan aku nak jamu orang makan tu tercapai.

Apa lagi yer... aku rasa ini je lah kot. Utk peringatan diri aku sendiri juga lah supaya tak jadi lagi camni kut nak buat housewarming/kenduri. Kalut...kaluttt.... Tapi mmg sumpah best bila ajak orang dan jamu makan nih. Next time, kena ada full of preparation.

*edit : lupa lak nak tulis - sbb ada yg komen kata 1st time aku buat makan2. Hihi. Ekceli kan, kat rumah lama, masa bujang2 aku salu buat makan2 ni. Kalo tgk blog lama, mmg la selalu. Every year kut. Lps tu, masa anniversary kiterang yg pertama pun kita ada buat makan2. Tp tu mmg skala kecil - hanya utk rakan2 terhampir sajork. Ngehngeh. Sbb aku mmg sker nak jamu orang makan dan belanja orang makan. Sbb aku sendiri tak suka makan. Hohoho.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign