Pages

30 September 2010

~Pasal Dah Lama Tak Tengok Wayang~

Biar betul!!
Last aku tgk wayang ngan my dear adalah 13-2-2010. Lu Pikir Lah Sendiri
Ye ker?? Dkt nak setahun tu.
Tp ada pas tu aku tgk ngan Dee. Dah masuk tivi pun ari raya ari tu-Kecoh Betul. (eh. Ahmad Nabil jugak. No..no...no...ai bkn feminat Ahmad Nabil okeh..secara kebetulan je tu).

Tah..tak buleh recall. Ye kut tu yg last. Bapak lama...!! Oww..dulu masa bercintan cintun hampir setiap bulan malah setiap mggu tgk wayang yer. Skang bukan main susah. Tak kira..tak kira..esuk nak pegi jugak. Dah lupa dah kat mana wayang kat BTS tu (tipu!!).

Jadi sok nak tgk wayang lah. Citer apa?. Haha. Segan nak ckp. Tgk je la gmbr ni. Tk napak kalo, sila klik je. Haha.

Best ke citer tu wes? Belasah je la.

Nak tgk cik wiwi. Agaggaaagaaaaaaa............ :P :P    *fitam*

~Pasal BE Yang Berkunjung Lagi~

Got another BE.
Ada 2 BE baru last week dan this week satu lagi melekat.
Syukran Jazilan.

Entry ni bukan nak menunjukkan. Jauh skali nak gi tau earning aku dah pat ploh juta.
Kalo nak tau earning aku tak smpai puluh2 inggit pun.
Tp rezeki BE aku mmg mencurah2 sejak aku join contest DiGi dan anjurkan contest Sedondon Raya tu.

Dan aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada peserta contest dan yg juga sudi jengok blog puanstoberi yg tak seberapa nih (mungkin nak tgk gmbr peserta2 kut kan).
Sbb kunjungan tersebut la BE sudi berkunjung. Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih.

Aku pasan BE Alliance Bank tu smlm. Tp kejap ada kejap takde. Aku ingat campaign. Tp takde pun dlm campaign name tu. Tk kesah la sbb tak sgka nak ada BE baru lagik. Rupanya hari ni tgk iklan tu adalah BE. Tu yg suka tu. Takat ni ada 4 BE yg masih aktip. Nokia E5 paling lama. Digi Iphone dtg skali dgn DiGi Contest. Then sampai Alliance Bank. Alhamdulillah. Walo tak byk earning, tp ada peningkatan.

Pada yg masih menanti2 BE tu..sabar eh.. bebuat tak pasan je. Kang smpai la dia tu. Nati bila da dapat, byk la dia masuk. Takat ni bila dpt BE, campaign da takde. Mmg camtu eh. Ada BE tapi takde campaign. Ke patut boleh je ada dua2. Tp aku tak kesah la..ada, syukur..takde pun takpe.

Terpikir sesuatu pula, kata org 'kalo nak bagi sesuatu pada org, berilah menda paling kita sayang, nanti rezeki kita pula yg mencurah datang'. Apa kaitannya?..biar lah aku je yg membuat andaian dan dapat mengandaikan yg kata2 tu benar :))

Yg penting kena rajin berblog walking juga agar kawan2 lain membalas kunjungan kita :))

Again..terima kasih kawan-kawan. Kita nantikan pula keputusan contest Sedondon PnStoberi tu yer. Love u all.
Banking Made Personal by Alliance Bank

29 September 2010

~Update Pasal Contest Sedondon Raya~

Tak sangka!
Itu je yg boleh che puanstoberi katakan.
Contest yg dianjurkan mendapat sambutan. Nak kata hangat tu, tatau la. Baru 30 org (takat 29/9/2010) yg join. Kalo hangat tu mebi 300 org kut. Tp 30 org ni pun rambang mata nak pilih, apatah lagi kalo 300 org.  He he.

Owh. Pada tarikh tutup contest tu-4 Oktober- saya kena ke Penang plak. Outstation. Jadi, utk mengelakkan lewat mengumumkan nama pemenang saya da kena buat analisis dari skang. Waahh...analisis katanya. Kah..poyo je kan.

Tp seyes..gmbr2 suma menarik tertarik kau mmg da bomb. Susah nak pilih oih. Jadi, kena la buat analisis sket. Saya buat analisis based on criteria yg ditetapkan. Kat mana kriteria tu? Ha..kriteria tu dari syarat2 yg saya buat i.e gmbr owner blog kena ada, sticky note dll. Pada follower baru, mebi saya tak berapa cam owner dia, tp dun wori..saya akan ke blog anda utk 'berkenalan'. Hehe. Suma ni penting utk saya s/listed kan pemenang seterusnya mendapat pemenang terbaik antara yang terbaik ini.

Oh. Dari apa yg saya da analyzed kan, ada beberapa contestant yg tak buat sticky note utk entry tu. Mungkin korang terlepas pandang atau masih tak mahir nak buat sticky note. Pada yg tak berapa mahir buat sticky note, sy da buat entry cemana nak buat sticky note tu - here -.

Apa pun..seronok jugak buat contest ni sbb dapat ramaiiiii kawan baru. Huhu. Thanks korang yg sudi join contest ni. Ingat kut takde org nak masuk. Hihi. Love U All...

28 September 2010

~Pasal Peringatan Dari Nuffnang~

Korang ada baca tak pasal nuffnang community announcement?
Panjang warkah dari nuffnang tu. Berkisar pasal klik klik iklan.
Korang leh baca kat nuffnang atau kalo malas klik je sini - aku dah link kan - nuffnang community announcement

Aku paste sket yg ni (nuffnang..ai mintak kebenaran kopipes eh..sila jgn saman ai..hehe)

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads


Jadi skang aku pun dah paham apa makna CPM dan CPC tu. Skang ni dah jelas kan, dgn meminta pelawat blog meng klik iklan pun boleh masuk dlm penipuan klik. Aku tatau la kalo ada tulis "sila klik iklan ini" pun termasuk juga dlm terma tu, tp aku rasa sapa ada tulis tu better delete dulu kut tulisan tu.. Nati langsung iklan, baik BE mahupun campaign tak masuk. Kalo dulu ada yg dpt je, tp skang ni da jd hot case ni, better biarkan je logo Saya Siarkan Iklan Nuffnang tu sorang sorang. Tu pendapat aku la..sapa yg ada tulis menda tu tp tak effect pun pada earning malah da beberapa kali cash out earning tu tak pe la kan.

Pada pendapat aku capal pacal yg baru je bergiat aktip dlm arena Nuffnang secara serius ni aku rasa CPC mmg mencepatkan earning, tp tak byk membantu naikkan earning. Berapa ramai yg nak klik iklan kita. Kata la aku klik iklan ko, nati ko yg dpt duit kan, so, sapa lak nak klik iklan aku. Kat situ la timbul plak sistem barter tu kan.  Ko klik iklan aku, aku klik iklan ko. Aku tatau pulak ada camtu kesnya. Tp NN da trace skang kan.
Aku pi blog org lain, tetiba ada iklan menarik perhatian aku, mmg aku klik la kan. Bukan utk minta derang plak klik balik iklan aku.

Mmg suma blogger kena bergantung harap pada CPM. CPM as stated by NN tu dia kata dibayar berdasarkan visitor yg berkunjung ke blog kita semasa iklan disiarkan. Yg ni, bagi yg dpt Buffered Earning (BE) sgt sgt la beruntung sbb iklan melekat utk tempoh masa yg lama. Tak ilang ilang. Jadi org masuk je blog ada iklan tu. Sbb tu la suma nuffnanger hunger for BE kan? Ya..aku pun sker gak dpt BE.

Mcm ni la prinsip dia, mcm iklan kat tv. Manade org suruh klik klik. Kalo buleh klik pun tang mana kita nak klik. Butang R? Tp sbb apa tetap ada iklan masuk esp waktu perdana (prime time)?. Sbb masa tu viewers ramai. Contoh waktu perdana adalah dari kul 8 - 10mlm. Waktu famili suma berkumpul tgk tv. Waktu tu iklan yg masuk mmg mahal. Dan kalo rancangan yg tinggi rating nya mcm Cerekarama, utk iklan baru beberapa saat dah berpuluh ribu sekali siar. Mana aku tau? Sbb iklan HKK kami setiap tahun masuk waktu perdana dan slot cekerarama. Walo takde org nak klik iklan tu kat tibi, tp viewer ramai dan bila disiarkan berulang kali org jadi macam "eh...aku nak terai la keropok mony nih. Cam bes je" (aku pun sama wey..carik2 tak jumpa plak..hampagas tul).
Jadi sama la dgn prinsip iklan di blog kita ni. Bila dia tgk blog kita ramai pengunjung esp UV, yg mmg bukan follower, org yg sesekali masuk, maka pengiklan nak la letak iklan kat blog kita. Pendek kata BE senang nak jengah. Sbb tu aku sker je bebudak opis aku yg silent reader masuk baca blog aku. Jadi keuntungan pada aku. Lantak derang la lps tu nak kutuk ke apa ke, yg penting aku dpt duit CPM tu. Haha.
Dan kalo ada yg berminat pasal iklan tu baru la derang klik. Itu satu bonus dan jadi CPC. Tp kalo takde CPC pun CPM pun dah ok.

Bagi aku, kat blog aku ni, simple je. Ada iklan, ada la. Ada BE, Alhamdulillah. Bukan la kata aku taknak duit kan. Tp sekadar nak seronok2. Bukan jadi sumber pendapatan plak kan. Kalo nak klik iklan tu, klik. Taknak biar dia joget situ sorang2.

Hidup kita ni simple. Jangan di complete kan sangat. Biarkan semua berlalu dgn smooth je, tk perlu ada kerungsingang, keterpaksaan dan sebagainya. Yang penting kita happy kan..

Tu jelah dari hampa pacal yg baru nak bergiat aktip dgn NN tapi memacam citer lak keluar akhir akhir ini. Oh ya, ini adalah pandangan saya sahaja. Tidak ada kena mengena dgn yg hidup atau pun yg mati. Huhu.

~DiGi iPhone 4 Real~

Sesudah kita mengetahui mengenai kecanggihan iPhone beserta aplikasi nya yg nom nom nom, kini kita beralih pula kpd plan apa yg patut menjadi teman sejati iPhone ini. Pilihan tentulah DiGi - I will follow you. Follow jangan tak follow.
Ok, kita tukar dari Yellow Man kpd Yellow Chick pula. Ramai Byk nyer chick yg follow you... Huhu.

Anda kini boleh ber iPhone dgn DiGi Plan serendah RM58 dan RM88 dan RM158. Masih mampu milik kan?? Katalah kita ambil plan RM58 sebulan tu tak smpai RM2 pun sehari. RM2 skang apa je boleh dpt. Burger daging biasa boleh la..tp kalo tambah mayonis, extra cheese mmg tak dpt la. (Motip nak sama kan DiGi Plans dgn burger daging?)

So, what you love about the DiGi iPhone 4 Plans?. Kerana harga dia lebih murah dr burger daging ni. Owh, saya tak makan burger daging hari-hari yer. Tp saya guna phone dan web surfing hari hari.

Sesudah itu bila kaya sket, boleh upgrade kepada Plan RM88 pula. Trus dapat ber internet dgn lebih bes sbb dpt limit bandwith 3GB. Tak suka lagi? Kalo RM88, masih tak smpai RM3 sehari. RM3 boleh makan apa yer. Owh..nasi ayam pun tk dpt yer RM3 ye pada masa ini.
Gmbr hiasan : Nasi ayam mmg yg saya masak.
Jadi itu telah menjawab persoalan  what you love about the DiGi iPhone 4 Plans. Kerana harganya murah dari nasi ayam. Tp saya tak makan nasi ayam hari hari. Saya guna phone dan internet hari hari (update blog).

Dan tetiba katalah anda naik pangkat dan otomatik la gaji naik. Boleh la bertukar kpd plan RM158. Boleh dpt free 1,000mins usage. 1,000 minit bersamaan berapa jam eh? Ha..sbb tu kena ada iPhone. Tk perlu congak2, pening pening nak kira. Plan ini tak boleh la disamakan dgn makanan lagi. Tp apa yg anda perolehi dari plan tu paling penting. Secara otomatis nya saya telah menjawab pertanyaan what you love about the DiGi iPhone 4 Plans jugak.

Owh..utk harga2 yg saya sebutkan di atas anda kena auto billing kan bil anda. Sila klik link ini utk keterangan lanjut-DiGi iPhone  atau klik saja iklan DiGi yang keluar di atas blog ini.

Ingat..Dgn DiGi anda boleh merealisasikan impian menjadi kenyataan bersama iPhone 4. :))

~Pasal Cara Nak Buat Entry Melekat~

Saya yakin ramai yg tau buat 'sticky mode' ni, tp ada juga yg masih belum arif pasal sticky mode ni.
Sbb contest sy mewajibkan sticky mode ada yg emel kata tak reti nak buat sticky mode entry.
So, meh la sy wat tuto cemna kita nak tempek entry kita agar dia tak turun2 ke bawah.
Cewah.

Ok, memula kena log in dulu kat blogger. Bagi yg guna blogger la.
(pangg..! sapa yg tak reti nak log in plak puanstoberi oii..)

Buat entry mcm biasa. Lps tu publishkan. Dah publish kembali pada dashboard. Klik pada edit post

Then pilih la semula entry mana yg kita nak sticky note kan.

Bila da dpt tu, pegi pada post option

Pegi pada post date and time.

Ada 2 kan. Satu automatic, satu yg kita scheduled yg ada set date n time. Sticky note ni berbeza dgn scheduled entry sbb scheduled entry adalah entry yg belum kita publish. Tp sticky mode entry yg memerlukan tempoh tertentu untuk diletakkan paling atas entry. Kira mcm nak jual barang ke apa buleh la guna kan.

Jadi update date dan time di situ. (time kalo tak update pun takpe. Date tu je yg penting). Jadi masukkan la date sehingga bila kita nak 'lekatkan' entry kita. Contoh mcm contest saya tu, kena sticky kan smpai 4 Oktober. So, masukkan 4/10/2010 (format date ni ikut format kita la, ada yg month dpn, day tgh dll).

Then publish sekali lagi.

Dan..tara...da ada sticky note.

Huhu. Ok dah kan? Senangkan. Secara K.I.S.S nyer.
-Publish entry macam biasa.
-Edit semula pada date and time
-Publish semula.
Dah siap. Sap Sap Sui kan..

~Pasal Majlis Hari Raya KPKK~

Sapa yg se KPKK, ada yg datang tak petang ni utk majlis hari raya?
KPKK punya tp buat di opis kiterang.
Jadinya kami pun hari ni suma melaram dgn baju raya. Maklum la..ptg smlm pun da ada announcement kata yg perempuan pakai baju raya dan lelaki baju melayu.
Apa lagi..td pepagi suma duk tgk baju raya kawan tu, kawan ni, tgk kasut raya la apa la.
Hai..pompuan pompuan.
Nati ai upload gambar yer.
Sapa ada masa tu meh la singgah.
Mula kul 3 ptg smpai abis makanan la. Huhu.

~DiGi iPhone 4 Play~

Seterusnya..sesudah mensasaukan diri " I want..I want..I want a DiGi iPhone4" (err..sapa yg blur sila refer link ini - iPhone 4 Me -Day 1 Task). Kini teruskan dengan kesasauan, kegilaan anda dgn Digi iPhone 4 Play.

Apa? Dpt iPhone utk di 'play' ? Biar benar kau. Dun 'pray-pray' ah (ikut nada PCK). iPhone canggih camtu nak buat play je. Kalo phone camni tak pe la kan.

Source : Here
Igt dulu masa sekolah rendah. Ada tumbler rupa camni. Aku takde tp my bff - Zirah ada. Kaler pink lagik. "Zirah, ko igt tak?"

Play tu aplikasi yg ada dlm smart phone iPhone ni la. Ada memacam aplikasi ada. Aku tak pernah try tp boleh ke web ini utk baca baca, lihat lihat, berangan berangan. Ha..gitu.

Byk giler aplikasi nyer wey, yg buat aku walawey, terliur..terliur.. Cuba tgk sepintas lalu.
  1.  Apps For Cooks - sapa suka masak2 sila guna aplikasi ini. Ada Martha Stewart nyer resepi suma. Ala..yg dtg opis aku ari tu. Nak masak apa ari ni bang?? Nasi beriyani gam?? Ok..buleh aja dgn iPhone ni. (Martha Stewart ada bagi resepi nasi beriyani gam eh?)
  2.  Apps For Great Outdoor - ini sapa suka xtvt luar pasti sukakan ini. Boleh tgkp gmbr tapak kaki binatang dan iPhone ni trace tapak kaki apa yg anda capture. Boleh kita tgkp gmbr tapak kaki beruang pas ni yer.
  3. Apps For Keeping Current - Ni sapa suka CNN leh la guna aplikasi ni. Tak pyh la tgk kat tibi. Anytime. Anywhere. Dgn iPhone ini. Eceh. Sapa ada saham dunia mesti suka ni, tp saham akhirat dilupa jgn yer.
  4. Apps For Work - Ni sapa terlibat dlm bisnes ke project manager ke sng la. Boleh buat graf suma, anggaran untung rugi. Sng la kalo ada presentation ke apa. Apa barang usung laptop besar masuk bilik meting ye dak. Kita pakai iPhone je. Harus Tuan Pengerusi pun ter kesima. Haha.
  5. Apps For Music - Buleh compose lagu ko. Tak canggih ke tu? Ok, lps ni boleh buat contest 'mari menulis lirik lagu'. Buleh jadi gitar jugak.Kira boleh buat mobile studio la iPhone ni. Tk ke best sungguh tu?
  6. Apps For Student - Wahh..ada jugak khas utk student. Taktau nak convert 1km bersamaan berapa meter? iPhone ini ada jawapannya. Tak tau di mana letaknya medula oblogata? Pankreas? iPhone ada jawapannya. Hui..apsal la masa aku student dulu tkde mendalah ni. Tp persoalannya- mampu kerr? Haha. Pakai 3310 pun masa tu da rasa cukup gempak. Kahh.. Oh ya..tp ingat yer adik2, sila jgn buat ia sbg 'toyol' semasa jwb exam yer. Salah dan berdosa tu.
  7. Apps For Moms And Dads - Mang..aii.. jadi mak pak pun buleh cari info melalui phone je skang ni. Nak blajar lagu 'old mcdonald had a farm ei ai ei ai o.. and on his farm he has some chick ei ai ei ai o.. and they chick chick here, chick chick there.." pun ada dlm ni. Dora pun ada.Nak dapatkan tips keibu bapaan pun mudah je dgn iPhone nih.
  8. Apps For Working Out - Bising badan da mcm tong dram la, tong gas la. Malas nak ke gym? Ala, kita buat kat rumah je. Guna je iPhone ni. Siap boleh carik program mana nak follow utk capai target goal. Malas jugak taktau nak kata apa lah.
  9. Apps For Managing Money - Nak ber Pay Pal ke apa ke suma da tersedia kat sini. Tk pyh la kalut2 nak online atau carik bank kalo tetiba tgh mlm ada kawan kata "ko kena byr mlm ni gak utang aku tu". Walhal kita ni jgn kata broadband, laptop pun takde. Ha..cena. Dgn iPhone ni masalah anda akan selesai. Huhu. Tp masih tak boleh la buat alat ni sbg mesin ATM. Tp mana tau di masa depan ada. Tp celah bedah mana duit nak dtg yer. Emmm...
  10. Apps For Travelling - Khas utk sapa suka travel ni. Info pasal flight suma ada. Tkde la ko kena berlari2 anak takut pintu utk pelepasan da tutup. Never get lost in City Of Light kata nya. Bila la plak aku nak merasa ke Paris ni. Tkpe..berangan dulu. Tp kalo tak ke Paris pun, mungkin iPhone boleh tunjukkan jalan di Parit. Ate' kome ke Bote kite ye? Huhu
  11. Apps For Fun And Game - ini kalo bagi ke anak buah aku mmg tak leh ckp apa la. Mmg terus jadi iPhone 4 Play la jawabnya. Byk game. Gmbr pun cantik. Uhh..again..terliur..terliur..
  12. Apps For Going Out - Kalo tadi ada utk outdoor, tp yg ini utk kita berlibur-libur. Nak carik tpt makan bes, nak tgk movie apa tgh ada kat wayang dan juga boleh call teksi trus di hujung jari anda melalui iPhone ini. Bes ni..lps ni boleh selalu jalan2 cari pasal makan.
  13. Apps For Remote Control - Remote Control TV da rosak. Tkpe..iPhone ni menyelamatkan keadaan. Bukan shj utk tv, malah kereta, motor, basikal (tipu!) pun boleh. Godek je info selanjutnya.
13 aplikasi ni bukan 13 tu sahaja. Dlm 13 tu ada lagi aplikasi2 dia. Dlm aplikasi2 tu ada lagi anak2 dia. Makanya..sekiranya anda selama ini guna phone setakat buat dan terima panggilan, dan kdg2 SMS, anda harus berubah. Ini lah smart phone yg dinantikan-iPhone4.

Seharusnya mmg saya sukakan kesemua aplikasi yg ada pada iPhone ini. Tp antara aplikasi kegemaran saya adalah
★ Apps For Cooks : Dulu saya tak suka masak, tp skang saya suka masak. Lebih2 lagi bila my dear husband saya suka dgn apa yg saya masak hingga makan byk2 smpai badan pun naik byk2 dan org opis pun semua tegur byk2 kata my dear husband da gemuk. Dlm application ni saya boleh dapatkan banyakkkk resipi, saya boleh tau cemna cara nak potong2 daging, cemana nak kira bahan2 dlm kuantiti yg byk. Sng nati nak open house. Pendek kata klik je sini nak tau lebih lanjut : Apps For Cooks

★Apps For Student : Walo saya belum berkesempatan nak jadi student semula saya tetap suka kan aplikasi nih. Maklum la..dulu kan tak merasa ni suma. Dictionary pun ada ni, sng nak cari makna perkataan. Klik sini utk tgk lelain aplikasi yg best sangat.. Apps For Student

★Apps For Moms And Dads : Walo saya masih takde anak saya suka aplikasi satu ini. Sgt bes la. Terutama yg boleh monitor baby tu. Baby da bgn tido pun kita boleh tau. Sila la klik sini - Apps For Moms And Dads.

★Seterusnya, paling suka adalah Apps For Fun And Games : Sapa yg tak suka bermain games kan. Mmg melekakan tp ingat jangan melalaikan. Bahaya tu. Byk game menarik nih. Jadi bosan2 tggu org kat stesen lrt ke apa buleh la main game dlu. Napak kewl kan... Haha. Klik sini : Apps For Fun And Games

Dan jangan lupa ya..kesemua aplikasi ini lebih berkesan sekiranya di'suntik' dgn simkad DiGi. I will follow you... 

So, yellow chuzzle..ai boleh dpt ka itu digi iPhone??

27 September 2010

~Buffered Earning dan kaitannya dgn contest~

Thank you NN di atas kunjungan BE ke kebun stoberi saya ni. Mmg la tak byk mana seolah baru telur sebijik riuh sekampung..tp yg bes nyer BE da rajin jengah..campaign lak jarang2 dpt. Huhu.

BE utk Nokia E5 masih ada. Diselang seli dgn iklan Digi. Digi ada 2 plak tu. Satu yg pertandingan (which saya pun sibuk2 masuk ni) dan satu lagi yg DiGi iPhone je. Sgt2 sesuai dia masuk skang sbb saya pun tgh masuk contest tu. So, trus suruh klik kat iklan yg kat atas tu (kalo masa tu iklan kuning la kuar. Hehe)

Owh. Saya ada some tips la utk gain BE ni. Ni dari apa yg saya perhatikan di blog saya sendiri. Nak naikkan UV dan seterusnya boleh dpt BE adalah dgn cara men join contest dan buat contest.
Mmg sgt2 membantu lah. Boleh tgk di sini. Saya print screen dari community kat NN saya.

Kalo tak, mmg jarang la penuh 3 line tu utk 1 ari.  Selalunya mmg follower sedia ada la. Tp bila bukak pagi ni, terkezut nya..seorang pun bukan dari follower saya. Dan saya da lama tak ping blog kat innit. Jadi saya assume derang dtg sbb contest yg saya join (DiGi iPhone 4) dan juga contest yg saya anjurkan (PnStoberi's Sedondon Raya Contest).

Dan pada 24hb, Jumaat lps, saya launch kan contest saya dan secara kebetulan saya join contest DiGi tu. Mmg mencanak la naik traffic saya. Haha. Mmg la tak mcm femes2 blogger yg boleh dpt beratus malah beribu visitor setiap hari. Tp utk saya yg mmg jarang merayap ke blog org, yg jarang tinggalkan komen di blog org walo da singgah, napak tetiba da naik tu suka amat la.



See, mmg saya tak ramai visitor,ada belas2 je, cuma kdg2 je cecah puluh. tp ari Jumaat tu tetiba naik trus dia. Hikk hikk..

So, kesimpulannya rajin-rajin la join contest esp contest yg dianjurkan oleh Nuffnang. Tak perlu tepek kat innit pun takpe. Just drop link kat komen utk contest yang kat Nuffnang tu dan otomatik pesaing2 akan tgk apa saingan mereka entry kan. Me myself pun akan klik entry blogger lain juga. Mesti la nak tgk org lain buat cena kan.

Then kalo rajin anjurkan la contest. Tp yg ni saya baru 1st time buat. Saya tak jamin la betul ke akan menaikkan traffic. Sbb kebetulan contest saya ni seiring dgn contest DiGi yang saya join. Nak buat contest tak perlu la kut ada hadiah gempak2. Just suka suka kan. Saya pun hadiah tu mmg nyer ada pada saya. So, da lama peram better buat giveaway je. Huhu.

Jadi kawan-kawan, marilah kita berusaha utk mendapat BE. BE saya takde la smpai ratus ringgit. Tp boleh la..utk awal2 nih. Hihi.

~Pasal Soalan Itu~

Pelik oih. Aku pikir da hmpir 2 thn aku kawen ni takde dah la soklan2 mcm tu.
Ada jugak lagik...
Tgk aku gemuk, tnya soklan tu.
Bukan..bukan tak buleh tanya..tp cuma letakkan diri kita pula di tempat org kena tnya tu.
Ter guris tak perasaan?
Cena kalo kita shift kan soklan tu kepada "eh..duk tnya kat org ni, awak plak bila nak kawen? bleh cepat2 beranak"
Boleh??
Tah..aku tak penah la nak sebuk tnya bila org nak kawen, nak beranak..tp org sker la sebuk2 tnya ke aku.
Kalo la ditakdirkan satu hari nati org yg bertanya tu duduk di tpt aku pula, baru dia tahu 'sakit' nya perasaan masa menerima soalan tu.

Dah lama aku tk dgr soalan tu. Sapa tak mengandung dlm 2-5 bulan lps berkahwin mmg la hazab dgr soklan yg sama dan bila kita menjawab pelbagai komen plak yg bersambung lps tu. Ada yg mmg hazab dan ada yg memberikan motivasi.
Entah. Dgn keadaan aku yg hampir 2 thn tak mengandung ni, serius..aku rasa aku amat berbeza dgn org dan kadang2 ia buleh buat aku low-self confident which that's not really me.. keadaan persekitaran yg mendesak aku utk berpikir mcm tu. Tp aku harus hadapi jugak. Dan aku redha sbb aku tau Allah datangkan dugaan ni sbb Dia tahu aku boleh hadapi. Persetankan la org2 dgn soalan yg tu.

Ah! Dah la. Malas nak pikir. Baik aku pikir task seterusnya utk buat entry iPhone tu.

26 September 2010

~Pasal Misi Mencari Oregano~

Tahu kah anda bahawa Oregano (atau daun basil) dan Capsicum adalah 2 bahan yang perlu ada utk memasak makaroni? Tanpanya sama lah seperti memasak mee goreng yang menggunakan makaroni sbg mee nyer.

Haha. Poyo la engkau puanstoberi oii..suma org yg biasa masak makaroni tau bhn2 tu perlu. Ok..ok..namo poyo dah.

Hari ni boleh dikatakan hari misi mencari oregano. Sshnya nak jumpa menatang nih. Geram haku. Dari kul 12 tghari smpai kul 6 ptg mencari oregano. Hai..suma org msk makaroni ke open house thn nih. Haiyakk..

Ni gara2 nak masak makaroni utk potluck befday PIL aku esuk. Memula aku nak masak laksa, tp kansel sbb majlis tu nak buat kat umah mak sedara my dear nun di Kelang. So, kita kasik masak simple sudeh. Kasik buat makaroni. Da beli bhn2 suma kat care4 tp buleh la lupa nak beli oregano/daun basil neh. 

Hari ni mmg byk la urusan nak di setelkan. Nak pi carik kedai cermin la, byr duit keta la, itu la ini la. Jadi boleh carik oregano skali. Kedai cermin tu sbb nak ganti cermin tgkp yg pecah. Lama da pecah tp tak ganti. Skang kena ganti sbb takut 'tetamu' tak diundang masuk ikut tgkp. Da napak kelibat dia semenjak 2 menjak nih. Bahaya oih. Kang berumah tgga lak 'dia' dlm umah aku ni. Eii...namo la pikir...

Lps setel suma tu trus gi KLCC. Bkn soping kat KLCC..tp dtg sini.

HOMEDEC 2010 at Kuala Lumpur Convention Centre.
Sebena lupa ada menda ni, tp pagi bc paper baru tingat. So, harus kena pegi. Carik brochure apa2 yg patut. Usha induction cooker. Bes la. Skang byk yg da ada 2 kegunaan tu, induction + hi-light. Ok..masuk bajet mansion. Usha gak shower. Skang kan byk shower yg petak2 tu. Best. Best.  Macam pancuran air hujan. Masuk bajet jugak. Lps tu da tau kat mana nak cari 'sesuatu' yg aku nak buh dlm b.air utama nati. Yey! lagik.

Nxt week ada lagi. Tp next week more to company yg jual2 barang la. Mcm brg elektrik suma tu la. Sbb tema dia mggu ni-Design It, Nxt Week-Furnish It. 

Bagus ada expo camni sbb mmg dia bg diskaun, pehtu dpt lagi free gift memacam. Ada dpt set piuk la, pisau la..bes lah. Hope nxt year expo camni ada masa dkt2 nak masuk umah dah. Aku mmg alert je expo2 gini. Suka nak pegi. Hehe.

Owh. Td pas carik cermin tingkap tu smpat la lalu kat dpn mansion ku. Owh..hampir siap..da sama tggi da dgn blok2 lain. Yelah..MOF pun da byr 55% kan. Owh. Tk sabarnya nak deco deco deco. Skang ni prinsip nak masuk mansion ni adalah buat yg mana takde dulu. Yg mana ada, sila la pakai yg lama tu je.

Da round2 situ suma gi masuk Cold Storage nak carik oregano. Lorh..takde. McCormick takde, MasterFoods pun takde. Hah..sudah..daun basil pun takde. Italian Herb pun takde. My dear tnya kalo takde menda2 tu tak jadi ke makaroni. Bukan tak jadi abg oi, tp nyer takde la aroma ke makaroni an dia. Capsicum, Basil/Oregano..itu la yg akan mengaromakan makaroni tu. Then my dear kata "jum gi Jusco lah". Hik hik..yey! tak perlu ajak2 dah. Hihi. Biasa arr kiterang. Kalo JJ harus ke AU2. Sbb senang paking, org pun tak ramai. Tp situ tak la byk sgt barang. Kalo brg runcit tu ok je. 

Makan dulu suma sbb da kul 4ptg. Smpai lapau nak carik oregano punya pasal. Lps tu lelaju pi tpt rempah ratus masakan itali tu. Pun takde. Aiyark. Boleh pitam nih. Tp nyer oregano powder ada. Kalo yg powder ni bukan tak buleh tp tak berapa 'kick' lah. Dia kena yg ada serbuk2 daun tu. Baru besh. So, kasik beli oregano powder dgn mixed herb. Tu jer yg ada. Belasah. Bayar trus masuk handbag. Maklum la ari ni kan ari Sabtu. NO PLASTIC BAG DAY.

Lps beli rayau2 jap kat situ. Ingat boleh je ke aku beli 2 ketul menda ni jer. 
 Takdenya.. terperangkap gak. Termasuk Body Shop, ter beli plak "selamatkan Temenggor" nih. Kena caj oih beg ni. 50sen. Derma kata nyer.. hai..susah plak bila ada campaign 'no plastic bag' ni. Tk memasal customer yg kena bear d cost utk bag. Patut rega brg kena turun lah.

Hie..kuawassa tauu...padahal jarang jarang aku beli menda dari BS nih. Ingat saja la nak masuk tgk perfume. Gi pun perfume hantaran ku sudah habis (syok oih..hmpir 2 thn pakai tak abis abis. Tak larat nak bau tu je). Aku plak jenis cpt bosan kalo pakai satu bau je. Retu da beli perfume yg masa perasmian kedai Karyaneka kat KLIA. Bulan 1, lama dah...  Jadik harus kena beli yg lain. Konon nak bajet lah. Ni yg baru  kata adik  promoter yg ramah mulutnya. Mmg seswai jd promoter. Tk memasal dgn hand lotion skali pun beli. Sokaa...bau rose..feminin rasa..awww... Yg kaler ijau tu dpt free. Pencuci muka green tea ke apa tah. Kasik my dear la sbb dia utk oily skin. Ai kan da pakai SimplySiti. Huhu.

Then da lebey kuang je rega ngan kat kaunter tu. Nak bajet ke hapa. Cena nak simpan duit beli shower  pancuran air hujan nih?? Hoihh... Dah la..esuk kita masak makaroni yer.

24 September 2010

~DiGi iPhone 4 Me~

4 biji epal beserta seekor kambing akan muncul pada 24.09.2010. Apakah maksudnya? Jgn lupa ada DiGi juga disitu and...it's yellow.. i will followww youuu.... DiGi nak bagi epal free?? atau kambing free?? Kalo kambing free bes jugak sbb leh buat korban di hari raya haji nati.


Eh. Dulu Yellow Man ni yang jadi maskot DiGi..skang sudah tukar ke kambing eh?? Hi hi..jgn marah eh Digi. Love you lah Yellow Man yang cute giler....

Next... seekor kambing yang kekenyangan akibat makan 4 biji epal itu. What? Kambing makan epal? Biar betul....

Dan hari ini (24.09.2010) kambing kenyang makan epal  yg comel neh bagitau sapa join contest ni boleh menang iPhone4.  Don't be late katanya..everyone will be 'kambing'.. errk...i don't want to be a kambingg...mbeekk.. don wan..don wan..

But I want this...The Future Is In Details.

Kenapa I want this an iPhone 4 from DiGi ??  sebab saya tak penah berangan nak memiliki iPhone. Jadi skang boleh tak saya mula berangan utk memiliki, mengguna dan meng explore telefon berteknologi tinggi ni. Sgt bes ni iPhone 4 ni. Mula saya tak penah nak amik tahu pasal iPhone 4 ni, tp bila tgk kat google..saya rasa cam "wahh...sgt bes...nak la jugak pakai..i want i want i want..." Dan kebetulan saya dpt BE pasal iPhone neh. Lagi la teruja. Memang berseri la blog saya beberapa hari ni dgn kaler kuning. Boleh klik terus iklan tu yer kalo nak tahu detail pasal iPhone neh. So, I want..I want..  Pendek kata (pendek je kata..panjang tak kata okeh).......




23 September 2010

~Pasal Bonus 2 Bulan~

CUEPACS minta bonus 2 bulan

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

SEREMBAN – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak dua bulan kepada kakitangan awam pada tahun ini.

Presidennya, Omar Osman (gambar) berkata, pihaknya berharap peruntukan tersebut akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 pada Oktober ini.

“Kami sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu dan diharap kerajaan dapat mempertimbangkannya,” katanya pada majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini semalam.

Kata Omar, pemberian bonus itu mampu memberikan suntikan semangat selain meringankan beban 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

****
So...utk yg menggunakan tagline "saya yang menurut perintah", what say you?
Tnya kat CC unit aku ni, katanya berpuluh thn dia keja dah..takde penah nye bonus smpai 2 bulan. Bonus 2x bayar adala.

For me : Takde pun takpe, ada pun Alhamdulillah.... tp kalo dpt berdentum dentam la rega brg naik nati.

~Pasal emel spam~

Selalu tul dpt emel terhapa nih. Apa nama dia? Emel spam kan? Kadang kat emel opis pun dia leh ter bolos. Ini baru kejap tadi aku dpt melalui gmail. Salu aku ignore je emel2 camni sbb mmg tau spammer nih. Tp ari ni saja aku balas. Tgk yer apa aku balas.
Dia emel gini ::::::::

How are you? I traveled out and just returned from my oversea trip. Please can I communicate with you confidentially? I have raised enough capital to invest overseas, I want to penetrate Asia market but I need a local person to guide me through. If you are interested let me know so that I can make the necessary arrangements. Do not worry if you have no capital to join and partnership with me, I will make adequate compensations for your assistance.(It is negotiable)

I will give you more details of myself and my business plans when you indicate interest. I await for your email soon
Regards
Buley

Aku reply gini (sebenarnya nak je aku balas - eh..nama ko buley kan? buley blah laaaa!! haha) :::::

hehe...mana dpt emel ni?? cemana kita leh jdi partnership ni?? lawak la awak nih?? tkpe la..cari org lain okeyy... saya ni..biar la hidup secara sederhana je. Lagi pun tu yg diajarkan oleh Islam, agama saya.

Terima kasih yer..

Mungkin ada yg lain berminat..

Bye bye..

**

Haha...korang ada yg berminat nak buat bisnes ngan dia?? leh la email ke dia nih 
ROBERT BAILEY <Callisdunsun@web.de>

source

21 September 2010

~Pasal Ikut BF Ter Chenta~

Remaja Perempuan Hilang Di Kampar Ditemui di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat.

Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis menyerbu flet berkenaan dan menahan ketiga-tiga remaja perempuan itu ketika mereka sedang tidur di ruang tamu manakala dua lelaki terbabit ditahan di sebuah bilik tidur.

"Kesemua mereka memberi kerjasama dan mengakui mereka secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohd Fadzli berkata pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit sebenarnya berada di sebuah ladang kelapa sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di ladang itu.

Katanya, sebaik tiba di Pulau Pinang mereka telah mendaftar masuk di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali bersama-sama teman lelaki mereka selama tiga malam di sini.

Teman lelaki mereka dikatakan mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya membawa mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa mulai 18 September sebelum diberkas hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada lelaki itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih di bawah pengawasan polis di Kampar, Perak.

Mohd Fadzli berkata ketiga-tiga remaja perempuan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.

Katanya, jika terdapat kes melibatkan hubungan seksual, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

"Kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan polis, termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil dadah atau sebaliknya," katanya.

Polis telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan kes aduan hilang anak itu dianggap selesai. BERNAMA

credit : mStar Online
*****************
Hari Raya kedua lari dr umah. Lps tu mak masuk tv sambil nangis tunjuk gmbr anak. Anak kata nak keluar ke pekan, nak beli baju ke apa ke tah.

si kembar
Mintak anak dia balik la. Walo kami marah pun, tu tandanya kami sayang kata mak mereka.
Seterusnya paper ari ni tadi ada gmbr lelaki yg dipercayai teman lelaki derang.
Lps tu kat tv mlm ni kata da jumpa.
Boleh tu, di saat org2 heboh pasal kes bunuh kat ladang kelapa sawit dia tido kat umah kosong kat ladang kelapa sawit. Lps tu bermalam kat hotel murah kat Penang. Lps tu lepak umah sewa kekasih hati.

Umm..tatau nak komen apa. Cakap lelebih kang ada yg kata "belum kena kat ko buleh la ckp"

Umur 14, sanggup tinggalkan mak ayah keluarga sbb nak ikut jantan. Bagus. Sgt bagus perangainya.
Mungkin derang sker nasik lemak buah bidara, sayang selasih ku turutkan. Buang emak buang sedara, kerna kasih ku turutkan. Bongok!

Apa la. Org sibuk2 nak beraya dgn famili dia berebut nak beraya dgn jantansss. Aku yg da beso gedegang ni pun sedih sebak suma la sbb tak beraya ngan mak.
Org sibuk2 risau kan dia, dia boleh buat muka selamba sardin je masa kena "sekolah" dgn polis ke apa ke tah kat dlm tv tadi. Agaknya mmg niat taknak balik umah utk selamanya tu.
Org sibuk2 nak kejar ilmu dia leh nak ikut kekasih hati konon nak sehidup semati. Haibat sgt la gamaknya dpt ber boipren yg dah keja pengawal keselamatan tu. Org jual kang baru la tau hegeh2 nak carik mak.

Aku igt da ke Lombok dah tadi. 
Satu perkataan je aku nak tulis utk derang ni, pepandai la carik apa maknanya -  "G.A.R.E.T".

~Pasal OverDrive~

Anda tahu mengenainya?
Tp adakah anda tahu kegunaannya?
Sapa yg bwk keta auto sure ada mendalah ni kat keta.
Ada button OverDrive (OD) ni di gear spti ini :

Googled yg sama sebijik keta stoberi ai'olls.. huhu
Yang button kecik kat bawah button besar tu. 
Aku pun tatau apa kegunaan sebenarnya. Yg aku tau bila tekan  button tu, tulisan OverDrive OFF akan terpapar di dashboard panel indicator dkt meter tu. Dan tekan bila aku nak naik bukit or memotong kenderaan lain masa kat hway. Masa kat jalan raya biasa dia tak efektif sgt pun kalo ditekan.

So, kat paper tadi ada tulis pasal ni. Jadi aku mcm eager plak nak google apakah sebenarnya kegunaan OD ni. Then carik2 jadi aku dapat rumuskan yang OD ini adalah:
a) by deafult akan sentiasa ON, suis yang disediakan tu utk kita OFF
b) Perlu ada dlm mode OFF bila kita nak memotong..supaya dia lebih pick up. Takde la tetiba dia ter sedak (kalo org biasa bawa keta auto tau la cena rasa dia, mcm dia gerak sendiri ke dpn).
c) OD OFF juga perlu utk pemanduan mendaki tpt tinggi. Dulu aku masa aku drive sendiri paling sker lawan2 ngan keta2 lain kat tpt naik bukit esp bukit lps tol Jln Duta tu n Gua Tempurung. Hehe. Tp kena tekan OD tu dulu supaya dia OFF then naik bukit then jgn brek..kalo brek mmg ko kena high beam la kalo da duduk line kanan tu. Sebab serta merta dia tak pick up dah. Syok oih kalo OD Off ni sbb leh potong keta2 yg berat nih. Haha. Eksen..eksen..tp skang my dear taknak buat camtu. Tp aku tak kesah..lantak la..da silang panggung kat tpt duduk penumpang sila jgn byk ckp. Haha.
d) ada yg cakap pasal RPM high la, RPM low la..tah..taknak tulis sbb aku tak paham mendalah RPM tu. huhu.
e) aku sentiasa ON je OD ni kat memana pun kecuali dlm keadaan aku ckp kat atas tu. Tp ada yg kata kalo keadaan jalan sesak akan membuatkan penggunaan minyak meningkat kalo on Entah. Aku tak penah cuba. Dan takpe la kut..lagi pun jauh mana je la kesesakan yg aku tempuh. Bukan aku berulang KL- Rawang. Kalo yg tu perlu la kut petua penjimatan minyak nih. Huhu. Isi full dari Perak siap smpai KL ada half, lps tu ulang alik ofis tahan seminggu (or 2 mggu kalo mmg pegi-balik opis ajer). Hikss... :P
So..kalo nak tau lebih lanjut leh google..kat sini pun ada skit2 citer pasal OD ni. - when do you use overdrive. Giler lah aku ni, da nak abis da aku byr keta baru sebok nak carik pasal OD nih. Hikss..

Oh ya..kalo nak tau puanstoberi mmg tak reti bawak keta manual. Haha. Bawa semata hanya utk mendapatkan lesen, then da dpt trus bwk keta auto ayah hingga la skang. Harus kena masuk kelas semula kalo nak suh aku bawak manual yer. Sekian.

~Pasal Musibah Demi Musibah~

Hari ini famili kiterang bebtul terduga.
Family kakcik khususnya..tp aku turut rasa ber hiba.
Mmg rasa risau semua bercampur baur la.

Smlm lps Maghrib camtu kakcik call. Aku da risau da tgk no dia naik.
Dia gitau dia nak bertolak ke Perlis pepagi esuk (pg ni la). 
Adik dia da tenat (citer dlm entry smlm ). Dia nak gerak malam tu jugak tak buleh sbb ujan lbt sgt. Lagipun abg aku tak berapa nak boleh kalo drive malam. So, pagi ni tadi, kul 4 am dia gerak.

Sgt menduga btol sbb Adham, anak dia nak UPSR ari ni. Risau juga rasa sbb pikirkan anak sedara aku yg sorang ni. Walo dah dajah 6 tp dia lain sket dari abg dia dulu. Macam manja2 sket la. Dia kena tinggal la dgn mak aku. Udah la tipon umah takde line. Kabel kena curi la tu sbb sejak dari aku kat kg lagi retu. tk bley pakai tipon tu. Seb bek suma ada hp. Pagi td dlm kul 7 aku call. Suh dia jawab elok2 apa suma. Dgr suara dia pun ok. Lega sket ati aku.

Lps tu b4 aku gi keja, call mak. Mak gitau plak Am jatuh basikal sbb nak elak kucing. Seb bek la baru beberapa meter dari umah. Basikal da tak buleh bawak. Dia plak luka2 sket. Ya Allah..mmg bertimpa2 la dugaan. Memula mak citer dia taknak gitau Kakcik, tp tah cemna Kakcik leh dgr plak kat phone masa mak dok panggil2 Am. Jadi trus citer. Masa tu da lambat. Takkan nak jalan kaki. Seb bek Kakcik call kawan dia mintak tolong antar kan Am.

Ya Allah..bertimpa2 tul dugaan nyer. Aku mmg risau2 dah. Cemana dia nak jawab exam, risau by noon kang dia sakit lagi ke. Cemna nak balik lps abis exam kang. Mak aku plak kena amik darah kat klinik ari ni. Satu hal juga tu sbb salu Kakcik anta. Pun mintak tolong kat kawan kakcik yg anta Am tu anta mak ke klinik. Haru biru kami semua dibuatnya.

Pastu baru aku tingat kawan aku yg cikgu kat sekolah Am tu. Mujur gak dia tak jaga exam. Mintak dia tgk kan Am then balik kang mintak tolong antar. Mujur..

Walo aku pun rasa tak sedap ati, tp aku ttp doakan meka yg ditimpa dugaan ni kuat dan anggap lah ini ujian dari Tuhan yg mana menunjukkan Dia ingat pada kita dan Dia pilih kita kerana dia tahu kita kuat untuk menerima dugaan Nya.

20 September 2010

~Pasal Musibah Yang Menimpa~

Hidup ini bukan selalu sihat sentiasa.
Kadang kita sakit, kadang kita sihat gembira.
Kadang penyakit tu datang tanpa di duga.
Source : here

Aku kini sedang berduka di atas musibah melanda family belah Kakcik, akak ipar aku.
Aku rapat dgn akak ipar yg ni sbb dia yg jaga mak kat kg.
Byk jasa nyer pada family aku, so harus la bila dia merasa duka, kami turut merasainya.

Musibah yg menimpa adiknya pada hari raya pertama mmg tak diduga.
Dia tak balik beraya jadi elok bersembang melalui telefon dgn ibu nya dgn gembira pada jam 3 ptg.
Tapi jam 7.30ptg mereka sekeluarga dihubungi dgn berita memeranjatkan.
"Norli jatuh lalu tak sedarkan diri..kena segera buat pembedahan sbb ada detect darah beku di kepala"
Harus la akak ipar aku dan familinya segera ke hospital yang menempatkan adik kesayangannya.
Jarak antara KL ke Perlis tidak lagi menjadi penghalang.
Pada hari raya kedua semua ke sana.
Aku hanya tahu setelah menghubungi emak pada hari tersebut.

Ptg raya kedua tu aku segera menghubungi kakcik. Jelas kakcik mmg sedih. Dia bercerita keadaan adiknya. Adiknya yg tetiba tak sedar terus dibawa ke hospital. Kemudian apabila sedar dia tak kenal org sekelilingnya termasuk anak2nya. Lepas pembedahan baru dia agak ok. Tp tekanan darah rendah pula. Yang paling menyayat hati kakcik kata adik dia ada call dia pada 31hb Ogos utk meminta maaf dan halalkan makan minum. Oh..tetiba sebak rasa hati. Kakcik tinggal di sana utk seminggu.

Smlm baru aku berpeluang jumpa kakcik. Bertanya kan khabar adiknya. Memang takde perkembangan positif. Dia tak boleh bercakap dan tak boleh menelan walo sebutir nasi. Tangan pula mengerekot spti org stroke. Dan dia kembali tak mengenali keluarganya.  Tuhan..aku juga terkejut. Kerana mmg adik Kakcik sihat sebelum ini. Ingat lagi waktu kami ke Perlis mmg dia yg seronok menyambut kami. Memasak itu ini. Kuat la wahai Kak Norli. Kedua2 anak pompuan akak yg berumur 7 dan 5 thn tu amat memerlukan akak. Kuat la kak..

Sehingga kini doktor kat sana tak dpt nak menganalis penyakitnya. Yg amat diperlukan doktor adalah macamana keadaan dia jatuh. Tp yg ada masa dia jatuh adalah anak-anaknya. Suaminya ke rumah maknya yg tak jauh dari rumah mereka. Si anak ni pula ingatkan mak dia tido, lalu diletakkan bantal di kepala ibu. Anak yg sulung tidak mahu bercakap bagaimana ibunya jatuh. Dan dia sendiri asik menangis dan tak boleh melihat keadaan ibunya. Mungkin dia fobia kerana tetiba ibunya senyap sunyi begitu. Si adik pula apa bila ditanya di jawab 'ibu jatuh lps tu ibu tido'.  Paling sedih bila kakcik kata ayah derang da redha sekiranya dia 'pergi' sbb tak sanggup tengok kesengsaraan anaknya tu.

Kakcik pulak kalo buleh mmg dia nak tunggu adik dia. Tp anak dia nak amik UPSR esuk. Mungkin dia pun dlm keadaan 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'.

Pada semua mari lah kita berdoa agar adik kakcik aku, Norli sembuh dan sihat seperti sediakala. Kesian anak2nya yang masih kecil. Kami blum berkesempatan melawat ke Perlis sana. Dan kalo ada sesapa yg tau ada perubatan alternatif area2 Utara sana boleh la bagitau sbb family derang pun blank bilamana doktor pun tak tahu apa puncanya.

Apa yg boleh kita ambil sbg pengajaran adalah- sakit boleh datang tanpa diduga..tak kira tua atau muda.

~Pasal Dpt Status Kembali~

Yey!! Da jd gliterati balik. Yey!
Da bleh post entry kat innit.
Link sini
Yey!!
Lenkali baik2 nak kopipes artikel agar tidak ter kaut skali iklan mereka. Caiss,....

Dah tu je nak tulis.

17 September 2010

~Pasal Rambut Serong~

Walo aku masih bersedih di atas status gliteratti aku yg ditarik, aku teruskan juga menulis. Sob..sob..
Skang nak citer pasal potong rambut pada hari Malaysia. (ini penting sbb nati aku nak refer bila last aku potong rambut).
Rambut aku ni bila panjang dia akan menggugurkan diri nya sendiri.
Byk oih. Kalo lps syampu tu mmg byk la yg gugur. Mcm risau takut nati tetiba takde ber rambut plak kepala ni. Tp..itu da jadi kebiasaan utk aku. Kalo gugur atas bantal tu ya...perlu risau. Mula rasa sayang jugak. Tp apa ada hal. Nati dia panjang la semula.
Last ku trim adalah raya last year. Ani je trim kan masa tu. Dia kan da blaja nak jadi hairstylist. Lps tu dia mula panjang segera dan kalo simpan lagi sket mungkin leh cecah pinggang. Ini adalah agak sukar la sket sbb aku ni jenis tak pakai anak tudung. Nati rambut berjuntaian plak di ujung tudung. Not good kan. Nati ada kak nap tegur. Nati aku yg sentap. So, kasik potong.

Mcm aku citer dlm entry sblm ni, aku biasa ke Derrick Team kat Maju Junction sanun. Selalu tu tak la. Tp ada la. Masa blum kawen dulu la. Lps kawen ni, mana yg sempat je la. Treatment, SPA rambut suma tu mmg tak buat dah. Jadi da ada kelapangan tu trus la pi sana. Ada kedai baru sblh Derrick Team tu. Jadi kasik terai la situ sbb dia murah sket. Kedai baru katanya kan.
Cuci cuci rambut - gunting gunting rambut - blow blow rambut. Aku nak buat takat bahu je ekceli tau. Nak buat bulat je. Mcm Dottie ni. Tp namo la ada rambut dpn. Sbb aku ni tak pakai anak tudung ayat berulang) Nati rimas jadinya.
amik dari Murai dot com lah

Lps tu hairstylist tu kata mao potong pendek je blakang. Aku ok kan je. So, dia pun sedap la potong.

Sekali kan bila siap. Owhh..ini bukan bulat ni.

Ini sudah menyerong. Pendek di belakang. Rambut dpn lak dia serongkan panjang ke pendek.

Sudah jadi pesen rambut skang. Mcm rambut Adira AF dgn Dira Abu Zahar ni. Cuma aku takde rambut dpn tu.

Sumber : Here

Sumber : Here
 Aduh duh duh. Mujur my dear sker.

Tp yg leceh kena blow selalu. Kut tak dia akan jadi mcm ni. Terjongket nati kat ujung tu.

Source : Here
Itu yg aku laju2 gi JJ tu nak carik hair-dryer yg muncung mcm muncung itik tu. Kan kalo kat saloon dia pakai yg tu utk blow rambut kita. Hair-dryer aku skang dia takde muncung cam tu.
Hair dryer sedia ada

Memula aku nak amik brush yg mmg utk blow rambut je. Brand Panasonic. Bes jugak nih.
Bes la menda ni. Nak beli gak lah nati. Hihi
Tetiba napak lak brand Philips wat sale 50%. Hair dryer yg ada muncung itik tu ngan brush dia skali. Mean muncung dia leh tukar2 la. Nak brush tuka brush, nak muncung itik tu tukar la. So, amik yg ni.



Adeh, satu keja lak kan nak blow2 rambut.Kalo tak nati harus kejong je dia. Huks...itu aku kata maleh tu aku nak pi lagi kedai tu. Kalo kat DT tu dia ikut je ckp kita. Nak bulat..bulat la jadi dia. Tp eh..retu aku penah gak potong situ. Suh buat layered. Tp jadi tak cunh. Aku balik kg, aku potong kedai nyonya kat KK je. Zass..trus pendek. Rambut aku sket amat dan nipis amat. So, tak elok ber layered bagai. Dun ever lah.

Dah..nati sblm ujung thn gi buat treatment lah kat DT tu. SPA rambut ke. Hukss..runsing ngan rambut tetiba status gliterati plak ditarik. Huksss......Kesimpulannya aku panggil ini rambut serong. Huksss...

16 September 2010

~Pasal Mana Status Glitterati Aku?~

Waa....nanges. nanges. Mana status glitterati aku?
Aku sedar masa aku nak log in Innit kejap ni tadi.
Dia kata error log in. Aku try masuk lagi p.word. Rasa betul dah. Pun tak buleh.
Lps tu katanya "awak mungkin bukan ahli glitterati" (aku BM kan dia).
Laju2 aku view blog aku.
Wahh..sungguh la. Bunga2 kat bawah tu da takde. Has Gone..!!
Itu makna aku nyer status glitterati tu da has gone.
Waaa...nanges..nanges. 

Aku trus masuk kat web NN. Btul la. Aku nyer membership status da jadi ordinary. Huwa..nanges..nangess...
Baru je BE masuk, dia buat hal plak..

Aku rasa aku tau apa punca dia.
Aku da delete dah pun entry tu. Hah! Aku tatau ikut mana dia masuk sbb masa copy paste tu tak napak pun (mebi kalo guna html ada tu). Masa view ada. Kadang smpai 4 sekali gus. Kuang hajo...patut la derang detect aku ada tepek iklan lain. Iklan yg masuk adalah iklan MAS n iklan UITM. Aku igt tak memberi effect apa2.
Nanges nanges.....

Puncanya adalah dari artikel yg aku copy paste dr paper. Huwaaa...sket je aku copy, smpai 4 iklan yg masuk. Waaa..nanges. Aku da buang dah artikel tu. Harap2 dpt la jadi balik glitterati. Bahaya oih kalo takde status ni sbb mmg tak jalan la iklan ko. Lps tu takleh tepek entry kat innit. Huwaa.... nanges..nanges..

Utk korang, bebaik la yer copy paste artikel dr paper online sbb mungkin korang terbawa skali iklan dia. Yg kita pun tak dibayar satu sen. Bakpe kita nak tepek. 

Ha..ini la bahana dia bila aku da mula ketagih kan iklan. Kalo dulu tak rasa apa pun glit ke tak glit.

Nuffnang..tulung la kembalikan status itu kepada ku. Pleaseee...

~Pasal Pengisian Di Hari Malaysia~

Yeah. Selamat Hari Malaysia suma.
Pertama kali kita bercuti pada 16 Sept (eh..befday Sara la ari ni-Hepi Befday Sara!!-eheh..budak unit aku dan bekas anak buah aku dulu)

Jadi, apakah pengisian anda pada Hari Malaysia ini?
Saya?? Ter isi jugak la. Tkde la makan-tido-tgk tibi-berak je. Dari jam 11 pagi hingga ke 5 petang. Malam pun kalo tak ada juga pengisiannya, tp man man la. Esuk my dear keroje, pehtu nak drive balik kg. Kena rehat secukupnya juga. Risau kang skang ni. (Al-Fatihah utk mangsa yg terbakar kereta tu. Sadis dan ngeri sekali. Dah mmg ajal, kalo dia tak pusing balik pun mesti ada penyebab lain)

Ok, kita mulakan pengisian saya. Oleh krn pada awal nya planning saya adalah hari ni saya nak kembali ke kampung tp sbb my dear kata esuk balik je dgn dia, so..kita shift plan sket utk berjimba-jimba. Kita karoke dulu. Hihi. Lama tak karoke nih. Cam biasa, gi ngan shbt karoke ku la iaitu Dee kat tpt biasa kami la - Kotak Merah.

Oleh krn mood masih hari raya maka lagu pilihan pun byk lagu raya.

Itu Dee tgh nyanyi lagu Nazam Lebaran ke apa ke tah. Yg bwh aku duk nyanyi duet lagu Gelora. Lagu wajib neh. Kui kui kui. Smpat call mak sblm start tu. Gitau tak jadi balik ari ni n gitau tgh karoke. Mak kata beria ber karoke nyer. Haha. Biasa la. Bila ckp karoke msti org igt tpt tu mcm tak baik utk dikunjungi je kan. Jgn risau la mak. Ini tpt karoke keluarga ni. Tidak ada langsung rasa mcm scary ke apa nak masuk. Aku penah la skali gi karoke kat Yow Chuan (tingat Hana kata Low Chuan instead of Yow Chuan-dia gabungkan Low Yat ngan Yow Chuan. Hik hik), situ mmg rasa samting la. Pulak tu takde remote nk pilih2 lagu. Tekan2 mcm keyboard komputer tu. Tkpe la..tak nak pegi dah. Tp dah berkubur pun Yow Chuan tu. Da jadi projek Double Tree pun skang kan kat situ.

Cam biasa kiterang mmg amik yg ada set lunch punya. Aku amik nasik ngan ikan keli sambal cili padi. Dee amik nasik goreng cina. 

Aku nyer tu dlm 14++, Dee nyer 12++. Haha. Mcm giler je makan ikan keli smpai dkt nak 15inggit kan. Tp no hal lah sbb bilik pree. Kira caj bilik mmg da ada dlm rega makan tu. Ok la kan. 2 jam melalak. Byk gak lagu dpt. Paling bes nyanyi lagu Bertakhta di Hati, Senja Nan Merah, Halaman Asmara. Smpai serak sora. Huhu.

Lps abis karoke trus zas pi bangunan berhampiran. My dear da tunggu kat sana. Mula nak gi ngan Dee, tp dia kata nak balik Banting (herghh..tetiba scary je tulis Banting..hihii). So, my dear la temankan. Mao potong rambut. Lama da nak potong asik tertunda je. So, skang...nah amik..!! Pendek dah. Salu aku potong kat Derrick Team tu. Blum kawen dulu salu la buat treatment la, SPA rambut la..tp pas kawen mana sempat je. Wash n blow pun kadang2 je. Ada kedai baru sblh Derrick Team tu, jadi kasik terai la situ. Aku buat wash-cut-blow RM33. Ok la. Kalo kat Derrick Team RM48. Tp aku rasa..pas ni aku nak buat kat DT je la. Bukan tak bes situ. Tah..mcm tak berapa nak selesa la. Citer pasal potong rambut ni nati aku buat satu entry lah. Hehe.

Then oleh krn da potong rambut yg perlu di blow, lelaju nak pi carik something yg memudahkan aku blow rambut ni. Jadi ke AU2 kita.

Kat sana tu beli apa yg dikehendaki lps tu singgah beli my feveret 'Epal Besar'. Nom nom nom..dap nyer chocoholics..tskk..igt nak beli 2 je tp tak pe la..rasa yg lain2 jugak. Da siap beli tu nak balik la. Lalu kat dpn pentas yg ada kat tgh2 tu. Ada pertandingan teka kuih raya la plak. DJ tu tgh carik2 org. Tau je la JJ AU2 ni kan tak berapa nak ramai. DJ tu panggil2 la my dear. Aku suh je my dear masuk. Hihi.

Makan kuih raya smbil ttp mata n teka kuih apa. 8 jenis kuih. 

Aku napak ada kuih kepek pisang, tat nenas, btg buruk tp my dear kata takde. Hihi. Ada 5 peserta. Suma akak2 je, ttiba my dear masuk. Apa lagi, kasik snap la. Haha. My dear dpt sagu hati. Sorang je pemenang. Dapat la voucher seploh inggit. Haha. Lawak lawak.



Jadi abis la Hari Malaysia yg di isi dgn xtvt personal ajer. Kalo tak mlm ni nak beraya umah my bes pren poreber, tk tgk lagi anak dia yg baru lahir tu. Dah sebulan lebih dah. Tp mlm ni dia ke klinik plak.. So, nyer nxt week la kut. Mao tak muat gak baju yg aku beli utk anak dia retu. Umm..

Apa pun Selamat Hari Malaysia kawan2. "Genggaman tangan mu semangat ku oh terus membara...."

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign