Suami isteri maut ketika pulang beraya (source : Utusan Malaysia)
KUANTAN 12 Sept. - Sepasang suami isteri maut dan tiga anaknya cedera setelah kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam satu kemalangan di Raub semalam.
Mangsa dikenali Adnan Ahmad, 43 dan isterinya, Adira Akhlak Ahmad, 36, berasal dari Ketereh, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Mohd. Samsuddin Wan Osman (gambar), kejadian berlaku pukul 5.30 petang di kilometer 358, Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu, dekat Raub.
Menurutnya, ketika kejadian ke semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mangsa sekeluarga dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu-ke Kuala Lumpur.
"Ekoran kejadian kereta mangsa remuk teruk di bahagian depan, manakala pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian.
''Mereka mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, tengkok dan badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, dua anak lelaki pasangan itu berusia 13 dan 14 tahun serta seorang anak perempuan tujuh tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raub.
"Pemandu bas tidak mendapat sebarang kecederaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
****
Berhati-hati lah ketika memandu. Ingat lah org tersayang juga diri sendiri. Nyawa tak boleh dibeli dgn apa2 pun. Artikel yg aku tepek kat atas tu adalah artikel mengenai kemalangan yg aku saksikan sendiri masa on d way nak balik Raub ari tu. Ekceli berlaku on 9 Sept tu. Kat Metro ada tulis ari Khamis.
Kiterang gerak dr KL lebey kuang kul 4.30pm. Jalan ok. Smooth jer. Keta byk la tapi takde la smpai jem. Oleh krn tu gak byk tul keta yg berdesup2 laju. Aku pun ngeri tgk derang overtake jalan yg double lane. Sungguh berani. My dear kata mungkin org Kelantan yg da tak tahan sgt duk dlm keta lama2. Nak smpai cepat agaknya. Umm..
Then lps je pekan Bentong tu jalan agak clear. Byk la keta2 potong keta kiterang. Tkpe la keta derang beso2. Keta kita kecik je, jd tak perlu la nak laju2. Derang kena saman pun byk duit nak bayar. Tetiba tgk ada ambulan yg bertulis Hosp Raub bwk lelaju. Kiterang pikir "oh..ni ada kecemasan la ni nak antar KL". Lps tu lalu sebijik lagi. Pun bertulis Hosp Raub. Aku pun kata la "kang kalo ada emergency abis plak ambulans ni. Suma da pakai" Sembang2 smpai membayangkan hosp kena beli mcm bas dabel decker tu supaya ramai buleh hangkut sekali jalan.
Sekali tu keta da pelahan. Keta dr arah bertentangan kasik high beam. Kiterang suspect ada road block. Smbil bebel2 marah polis. Tp pikir takkan polis nak buat roadblock plak kan. Udah la petang raya. Suma nak smpai cpt.
Then dari jauh napak keta bomba. Napak polis. Oh..hati mula berdetak. Accident. Baru la teringat ambulans yg laju 2 bijik tu. Ya Allah..mmg tak terpikir yg ambulans bawak org xciden. Mungkin mangsa cedera teruk sgt so derang antar hospital Bentong. Mmg baru sgt xciden tu. Masa lalu tu napak bomba tgh kuarkan mangsa yg tersepit. Keta mmg remuk la bumbung dia. Ada sebijik lagi ambulan yg tgh tunggu. Bas pulak da melencong nyaris tak terjun je dr jalan tu. Tuhan...takut sgt. My dear sempat usik "kalo awak nak jadi org pertama citer kat dlm blog pi la amik gmbr". Ah..ngada lah. Tp ok je kalo nak berenti tgk. Tp my dear tak berani dia kata. Patut mmg buleh kasik org tgk supaya jadi pengajaran supaya tak bwk laju2 mcm org giler.
Disebabkan umah kg my dear tv tak clear so tatau citer. Ari ni la baru berkesempatan aku gugel balik pasal xciden tu. Rupanya ada yang meninggal. Tak tau la salah bas ke atau keta tu laju sgt. Kalo bas tu yg laju, kesian pada mangsa yg tak bersalah menjadi korban. Anak2 dlm sekelipan jadi yatim piatu. Tp kalo keta tu yg laju takkan la wife dia tak sentiasa pesan. Mebi tido kut. Tu sbb kalo nak jalan jauh musim2 byk keta ni aku tak tido dlm keta. Risau oih. Satu takut kang org sebelah kita tu pun tido sama. Satu lagi kang derang bawak laju giler2 sbb bosan.
Lps je lalu kwsn xciden tu suma keta da slow. Tp tak lama...lps tu balik suma berlumba. Haishhh..derang ni mmg tak jadi kan pengajaran langsung. Jgn la kepulangan yg dinanti tp mayat yg diratapi.
Oleh itu berhati hati la di jalan raya ye kawan2. Bagi aku, aku mmg tak berani nak drive belah2 sana tu. Ngeri oih. Dan mujur la nak balik kg aku lalu kut PLUS. Then nak smpai kg pun da ada jalan double lane dan nak potong pun tak perlu tgk keta arah bertentangan. Tp..kemalangan tidak berbau kan. So, berhati hati la yer. Nyawa tak dapat ditukar ganti. Tak pyh la bawak lelaju. Apa yg nak dikejar pun. Kita perlu hormati hak pemandu lain juga di jalan raya. Ewahh..da macam iklan plak ha aku ni. Jadi terima lah iklan EON jaman kecik2 dulu.
Terima kasih atas komen anda :)