Pages

21 September 2010

~Pasal OverDrive~

Anda tahu mengenainya?
Tp adakah anda tahu kegunaannya?
Sapa yg bwk keta auto sure ada mendalah ni kat keta.
Ada button OverDrive (OD) ni di gear spti ini :

Googled yg sama sebijik keta stoberi ai'olls.. huhu
Yang button kecik kat bawah button besar tu. 
Aku pun tatau apa kegunaan sebenarnya. Yg aku tau bila tekan  button tu, tulisan OverDrive OFF akan terpapar di dashboard panel indicator dkt meter tu. Dan tekan bila aku nak naik bukit or memotong kenderaan lain masa kat hway. Masa kat jalan raya biasa dia tak efektif sgt pun kalo ditekan.

So, kat paper tadi ada tulis pasal ni. Jadi aku mcm eager plak nak google apakah sebenarnya kegunaan OD ni. Then carik2 jadi aku dapat rumuskan yang OD ini adalah:
a) by deafult akan sentiasa ON, suis yang disediakan tu utk kita OFF
b) Perlu ada dlm mode OFF bila kita nak memotong..supaya dia lebih pick up. Takde la tetiba dia ter sedak (kalo org biasa bawa keta auto tau la cena rasa dia, mcm dia gerak sendiri ke dpn).
c) OD OFF juga perlu utk pemanduan mendaki tpt tinggi. Dulu aku masa aku drive sendiri paling sker lawan2 ngan keta2 lain kat tpt naik bukit esp bukit lps tol Jln Duta tu n Gua Tempurung. Hehe. Tp kena tekan OD tu dulu supaya dia OFF then naik bukit then jgn brek..kalo brek mmg ko kena high beam la kalo da duduk line kanan tu. Sebab serta merta dia tak pick up dah. Syok oih kalo OD Off ni sbb leh potong keta2 yg berat nih. Haha. Eksen..eksen..tp skang my dear taknak buat camtu. Tp aku tak kesah..lantak la..da silang panggung kat tpt duduk penumpang sila jgn byk ckp. Haha.
d) ada yg cakap pasal RPM high la, RPM low la..tah..taknak tulis sbb aku tak paham mendalah RPM tu. huhu.
e) aku sentiasa ON je OD ni kat memana pun kecuali dlm keadaan aku ckp kat atas tu. Tp ada yg kata kalo keadaan jalan sesak akan membuatkan penggunaan minyak meningkat kalo on Entah. Aku tak penah cuba. Dan takpe la kut..lagi pun jauh mana je la kesesakan yg aku tempuh. Bukan aku berulang KL- Rawang. Kalo yg tu perlu la kut petua penjimatan minyak nih. Huhu. Isi full dari Perak siap smpai KL ada half, lps tu ulang alik ofis tahan seminggu (or 2 mggu kalo mmg pegi-balik opis ajer). Hikss... :P
So..kalo nak tau lebih lanjut leh google..kat sini pun ada skit2 citer pasal OD ni. - when do you use overdrive. Giler lah aku ni, da nak abis da aku byr keta baru sebok nak carik pasal OD nih. Hikss..

Oh ya..kalo nak tau puanstoberi mmg tak reti bawak keta manual. Haha. Bawa semata hanya utk mendapatkan lesen, then da dpt trus bwk keta auto ayah hingga la skang. Harus kena masuk kelas semula kalo nak suh aku bawak manual yer. Sekian.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign