Pages

13 September 2010

~Pasal Aidilfitri 2010~

Morning suma...wahh..pagi ni mcm malas je nak bgn pagi. Ujan oih di KL pagi ni. Tak ke ko merasa sedap nak smbg tido je. Pulak tu da bercuti selama seminggu. Adoii...
So, skang da berada di opis. Huhu. Apa barang beraya lama lama kan. 3 ari sudah. Kita raya di KL plak. Tak kurang haibat sbb smlm area umah aku tu berdentum dentam mercun bunga api segala. Kaya2 deme ni. Tu sure nak abiskan stok.

Pagi je trus bkk gmail. Berderet notification dari facebook. Mmg aku online masa cuti tapi masa cuti aku mmg jarang nak bkk email. Mmg tak kuasa la kan. Skali ko..ha..beribu2 notification aku kena delete. Harus la yg byk tu yg reply kad raya yg di tag tu. Hoh. Ari ni aku nak untag semua leh tak?? korang jgn kecik ati eh. Bagi ku raya walau pun sebulan, da abis sebaik shj aku jejak kaki masuk umah KL smlm. Lepas ni edisi post-ari raya je la. Haha. Buleh gitu?

1 Syawal 1431-bersamaan 10 Ogos 2010 hari Jumaat.
Tk byk bergambar thn ni. Ni je la antara yg ada
Kabar angin tetap kabar angin. Takdenya raya ari Khamis. Jadi takde la edisi beraya di KL dahulu.
Oleh kerana rumours tu gak perjalanan kami ke belah Timur amat amat smooth. Tak jem langsung. Hik hik. Cumanya ada jugak xciden. Takut oih sbb masa tu napak bomba tgh mengeluarkan mangsa yg tersepit kat kerusi depan. Kalo ikut aku berani je nak tgk tp my dear kata tak payah la nak berenti2. Keta xciden dgn bas persiaran. Aku suspect keta tu tak lepas nak potong keta dpn dia. Eii..sgt tak berani wey perjalanan ke arah Timur ni sbb org ramai nak balik Kelantan lalu situ. Laju2 weyy..tak sayang nyawa gamaknya deme ni.

Thn ni tak mcm thn lps. Ada belambak2 entry pasal raya. Siap ber part part. Thn ni takde. Beraya di kampung halaman my dear adalah sederhana saja. Takde kecoh2 cam kat kg yg mana subuh sepei' mak aku da jerit2 suh bangun siapkan itu ini. Rileks je aku bgn kul 7. Yg lelain pun rilek je takyah mandi pepagi. 

Tp oleh krn aku da di train bangun pagi trus mandi sunat, makan dan bersiap dgn baju raya, aku buat camtu gak la. Lagi pun kan sunat makan dulu sebelum gi solat Aidilfitri. Tp..owhh...kiciwa jugak la tak dpt solat sunat thn ni. Tskk..giler byk nak ganti puasa nih. Padan muka aku la kan. Last year sket je tp aku lalai. Tk penah tak abis ganti puasa tp thn lps tak sempat nak ganti 3 ari. Mujur da baya fidyah siap masa sebelum raya ari tu. Hantar beras ke rumah anak yatim kt kg.

Raya pertama kami berjalan sekitar2 kg tu je. Then raya ke 2 baru jalan jauh sket. Kampung FIL plak. Kat sana beraya smbil amik moktan. Haibat..Mana tau ada moktan segala. Baju pun tak bawak. Jadi belasah je la. Padahal da berpeluh2 giler.

Pasal makanan plak. Kat sana cam kat tpt aku gak la. Ada lemang. Tp yg bikin aku 'kagum' adalah lemang cicah tempoyak. Walau aku anak Perak yg mana org kata Perak dan Tempoyak tak dpt dipisahkan tp aku tak pernah lagi la seumur idup aku beraya di Perak tgk ada hidangkan tempoyak di pagi raya utk cicah ngan lemang. Tempoyak ni derang masak dgn ikan bilis dan petai. Huhu. Nampaknya aku kena ubah mind set aku bhwa org belah Pahang ni lagi suka makan tempoyak. Aku tau tempoyak tu makan ngan nasik je. Lelain tak pernah pulak aku tau. 

Lagi..owh mak mertua aku buat ketupat palas. Derang buat rendang daging+ ati. Huhu. Terseksa mak noks nak milih daging ke ati. Sbb mak tak makan ati noksss.. huwaa...tetiba tingat rendang pedas mak. Windu giler. Seb bek ada satu umah tu buat rendang pedas cam mak nyer (tp tak leh celen mak nyer yg bhn2 nyer ada pelbagai). Aku makan byk jugak la. Family in law aku ni tak kuat pedas.

Itu je la citer raya aku. Bukan la kata tak menarik raya di sana. Menarik...tp sederhana je la. Takde pun budak2 dtg beraya kat umah. Tak spti kelaziman kat kg aku sanun yg mana kiterang smpai tak terlarat nak melayan bebudak dtg umah. Kalo tghari suma pakat letih nak tido terpaksa ttp sliding door. Kahhh...jahat giler. Ok je la. Tak la letih nak bancuh air, basuh cawan segala kan. Hihi. Dan ok la sbb 1st time beraya di tempat lain. 

So, pada yg da keja ari ni..ku ucapkan selamat kembali bekerja. Ku kerja sehingga Rabu ni. Jumaat tu cuti balik. Nak balik ke pangkuan bonda la semula. Kui kui.

Eh korang, kalo aku buat contest korang nak join tak? Aku da terpikir satu contest ni. Berkait2 dgn raya ni jugak la. Hadiah pun ada dah. Sambil2 aku bosan kat opis takde org ni buleh gak aku reka2 contest ni. Ok tak? Hik hik (kecoh je aku ni kan..org buat contest aku pun sebukkk nak buat contest jugak..yaihhhh).

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign