Ok. Ini baru betul2 nyer entry raya. Che Sue yg jauh diperantauan..walo ko berasa geram melihat kami2 asik memperkatakan hal raya, maaf dipinta kerana kami2 di Malaysia ni terlebih hormon gembira kalo nak raya. Huhu..
Sebagaimana tradisi, selalu kalo nak raya aku tempek lagu kat blog aku. Dari blog lama dulu. Tahun ni aku nak tempek lagu Kurniaan Di Hari Raya by Feminin. Lagu baru dan rancak sbb aku namo tepek lagu evergreen nati aku sedih terlebih. Huwaaaaa....
Cahaya pagi ini yang melewati hari
Sayupnya terdengar suara azan bergema
Sinaran oh cahaya tiada terhingga rasa
Itu kurniaan agungnya Maha Esa
Skang ni da pack brg2. My dear keja. Mebi half day je kut. So, ni le 1st time aku balik raya arah Timur. Gegarrr...slalu dgr org citer jem jem jem kat tol Gombak tu dan aku hnya pikir 'ah..itu bukan masalah aku'. Skang padan la muka...rasa2 jem tak ari ni?? Mujur bukan ber mentua kan org Kelantan. Kalo tidak mmg aku bangun tidur bangun tidur masih di dalam kereta. Phewww..
( korus )
Selamat berhari raya
Ampun maaf di pinta
Betapa mesra ku rasa
Di hari yang mulia
Semalam rasa sebak juga tatkala salam ngan mak ucap selamat ari raya. Tsskk...sedih tau. Tp cover2 je. Mana tak sedih ini lah 1st time selama idup 30 thn setgh (ada lak setgh. Haha) tak beraya ngan mak atau lebih tepat tak beraya kat kg aku. Tkde le kedengaran suara mak kejutkan aku subuh2 buta suh kuarkan cawan,gelas, pinggan. Panggil suh kuarkan karpet. Isi kuih2 dlm bekas. Dan paling tak buleh blah aku tak dpt makan nasi impit,kuah lodeh sambal kacang mak. Tak kira..nati balik ujung minggu depan aku nak suh mak buat jugak. Tapi aku tau feel nya takkan sama bila dimakan di hari raya pertama. Huwaa..sedih nehhh...sediihhh..
Linangan airmata rela ku serah segala
Kasih dan sayang berkekalan selamanya
Senyuman dan ketawa teman sanak saudara
Di hari raya bersama kita gembira
Owh. Aku kena sedar. Aku da ada suami. So, nak taknak kita kena adil. Takkan asik nak beraya belah kita je. Dia pun masih ada ibu bapa dan saudara mara. Dan sebenarnya jauh di sudut hati aku excited juga nak merasa beraya di negeri org lain. Umm..mujur juga mak mentua ku masak ketupat palas sebagai main dish di pagi raya. Satu makanan kegemaran aku jugak. Kalo nasi dagang ke makanan2 yg aku tak buleh terima cena? Bak gurauan aku dgn Ani, anak buah aku dulu masa aku kapel ngan anak mami penang. Menitis air mata smbil suap capati di pagi raya.. moekekeke..
Selamat berhari raya
Ampun maaf di pinta
Betapa mesra ku rasa
Di hari yang mulia
Kali ni kebetulan adik beradik aku suma beraya umah mertua derang gak. Mujur Kak Yong anak beranak ada. Kalo tak kesian mak. Sobbsss..
Lupakan segala sengketa mari kita bersama
Mendoakan agar sejahtera oh hendaknya
Desa ku yang tercinta tahunya merindukan
Ayah dan ibu oh di pagi syawal
Semestinya aku rindukan suasana pagi Syawal di kampung aku. Tapi tak mengapalah. Nati ujung minggu kita balik semula yer. Dan thn depan kan kita beraya di sana. So, namo sedih2 ok. Nati balik buleh ziarah kubur ayah.
Selamat berhari raya
Ampun maaf di pinta
Betapa mesra ku rasa
Di hari yang mulia...
Selamat berhari raya
Ampun maaf di pinta
Betapa mesra ku rasa
Di hari yang mulia...
yeh...
Selamat hari raya
ohh... ohh...
Selamat hari raya buat semua kengkawan yg membaca blog ini. Kalo ada line di kg suami nati saya akan apdet selalu ya..semoga semua bergembira di hari raya ni. Maaf Zahir dan Batin.
1 juta komen:
selamat beraya.. jaga diri dan keluarga di musim perayaan ni
Terima kasih atas komen anda :)