Pages

1 September 2010

~Pasal Ganyang Malaysia~

Td dengar kat berita. Kerajaan blum kuarkan lagi kenyataan utk tidak menggalak rakyat Malaysia ke Indonesia.
Jadi aku pun ajukan soklan kat my dear .
"kalo la sy blum pegi, nak pegi pas raya ni, awak bagi tak?"
"Tak bagi la. Giler ke hapa"
Aku pun senyum je la. Makna dia sayang aku neh. Haha.
Pas tu dia sambung.
"Tapi..kalo awak da meronta2 nak pegi, nak pegi saya bagi je. Lps tu kalo kena tahan ngan org Indon tu, jadi apa2 nati saya yg dpt pencen awak".

Hahhh!!! kepala hotak berjambul.

Tp kan..mcm la yer sgt dpt pencen aku. Aku keja pun blum 10 thn. Lps tu dia tmbh kata golden hand shake la hapa la. Haha. Saja la tu.

Tu la. Mujur. Alhamdulillah, aku da pegi. Kut tak kerugian dlm RM223-air ticket, RM200++ utk accomodation. Tp my dear kata mana nak samakan nilai tu ngan nyawa.

Btul la kan. Ada lagi ke yg nak kesana pas raya ni? Pikir bebaik la wes. Mmg kerajaan sana kata ok, takde apa, keselamatan rakyat Malaysia dilindungi, tp...eish..aku rasa buat masa ni tak usah pegi la. Keadaan sana bukan sama mcm kat sini.

Kat sini baru je org kita nak bakar bendera Indonesia da kena tgkp. Blum bakar tu, baru nak bakar. Polis kita mmg alert je kan. Kat sana korang rasa ada ke polis derang beria2 nak jaga keselamatan kita. Let's say gi jalan2 kat Jakarta tu lps tu jumpa geng2 yg nak ganyang org Malaysia tu..eii..tak buleh byg kan lah weh. Ngeri wes. Tgk kat tibi smlm pun mcm ngeri je. Dgn lembing2 derang tu cucuk2 bendera.

Better usah pegi dulu la.

Aku pun mmg ada niat nak pegi lagi thn dpn. Tp da mcm ni keadaan nya buleh berpikir2 byk kali gak. Mujur la ticket tak beli lagi retu kan. Tp ok da kut thn dpn.

Tapi kesian la, sbb segelintir ni, industri pelancongan derang leh terjejas. Padahal rakyat Malaysia la paling suka berbelanja kat sana. Kita kat sini pun takde nak abis sekali 1k satu hari. Tp bila kat sana, lebih 1k pun kita buleh abiskan. Masa aku gi tu pemandu pelancong yg bawak siap ucapkan terima kasih masa kiterang nak balik tu sbb sudi membantu ekonomi negara dia.

Tu tak citer lagi yg idup kaya raya bila keja kat sini. 

Bila pikir2 balik mmg geram sgt rasanya. Kita punya la terima citer2 derang, lagu2 derang, bleh nak berbelanja kat sana, tp ada rakyat derang wat buat camni. Tatau la apa tak kena dgn Malaysia ni. 

Gambar hiasan-amik sendiri-dr dlm bas-masa kat Jakarta
Napa la nak benci sgt dgn Malaysia? Napa la nak ganyang sangat Malaysia? Apa yg derang dpt ah? Apa yg kumpulan BENDERA nak pertahankan? Tak buleh kita hidup aman dan damai.  Aku pun pelik.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign