Pages

30 September 2015

#rotibypuanstoberi : Basic Bread & French Bread

Hihi. Sudah ada hashtag katanya.
2x sudah meroti.
Seronok betul kan meroti.
Maklum la menda baru.

Ce dah lama, harus ter peruk dalam kabinet.
Contoh dah ada iaitu Trio Slow Juicer.
Sebulan dua mmg hehari juicing. Lepas tu ..... kelaut china selatan. (T_____T)

Okay takpe. Meh ai ciwikan gambar2 ai meroti tu ari.
1st time buat roti guna Trio Bread Maker. Tu ari guna utk buat dough donat saja.
Buat roti basic. Masa tu kak ipar aku ada kat rumah. Buat bersama.
Basic bread guna Trio Bread Maker ni sangat lah senang.
Ikut je resepi yg dia bagi.
Hanya 6 jenis bahan je digunakan.
*Tepung (kami guna high protein flour)
*Minyak
*Gula
*Garam
*Air
*Yis.
Tapi semua ni ada sukatan dia lah. Tak buleh la ikut suka macam masak lauk pauk kan.

So, masuk je semua tu dalam bread maker. Tekan no. 1 - fungsi basic bread.
Tempoh dia dalam 3jam lebih.
Sbb kami buat dah malam. Dalam kul 10 lebih. Maka, kiterang biarkan je. Dan masuk tidur.
Pepagi bangun terus tgk roti dulu.
Teruja giler tgk dah menjadi seketul begini. Yang hitam tu kismis. Tak berapa nampak. Lenkali kena buh banyak sket.
Sebenarnya nak delay timer pun buleh. Katakan nak dia siap masak kul 6pagi, dan kita masukkan bahan dalam kul 12, maka kita delay timer sampai 3 jam. Nanti kul 3pagi pepandai lah dia godak sesorang. Kul 6 kang, InsyaAllah dah siap.



Yang ni kami amik mode "medium" utk crust dia. Tu yg dia macam coklat sgt kulit dia. Plus agaknya dah lama dia duk dalam mesin tu lps siap. 

Seterusnya. 
Pagi Ahad. Bangun terus rasa eh, nak buat roti jenis lain pulak lah.
See..skrg rasa nak makan roti, buleh terus buat. Apa jenis roti plak tu. Hehe.
Lepas Subuh terus meroti. Hihi.

Tapi, mesti ada orang kata, takat buat roti nak tunggu berjam jam, baik beli ja. Kannn...?
Tak kesah lah. Asal ai dapat buat roti sendiri. Home made roti yg gebu gebas.
Kali ni kita buat french bread.
Bahan2 still sama macam basic bread. Tapi ada yg dilebihkan sukatannnya. Macam gula mmg lebih sket utk french bread.
Tempoh pun still sama. But kali  ni aku amik mode "light" utk crust dia.
Lepas tu tunggu 3 jam. Dalam pada tu fikir2 nak cicah ngan apa.
Mula rasa nak cicah ngan mushroom soup je.
Tapi, alang alang lambat lagi masak, moh la kita ke ong tai kim. Beli barang nak buat kacang pool.
Hehe.
Orait. Next time ai share resepi kacang pool plak eh.


Lepas ni nak buat roti sandwich plak. White bread macam roti gardenia tu. Hihi.

Tazkirah Motivasi Pagi IKIM.FM : Bersangka Baik Dengan Allah

Topik motivasi pagi hari ni sangat bagus.
"Bersangka baik dengan Allah"

Mari kita share bersama.
Ustaz kata kita kena bersangka baik dengan Allah atas segala ujian.
Ujian sakit, ujian dalam rumahtangga dll.
Jangan cepat putus asa.
Macam kalau sakit, kita berusaha untuk mengubatinya.

Lepas tu ustaz bagi satu contoh. Contoh yang sangat tepat dengan keadaan kami sekarang.
Ada orang datang jumpa ustaz dan bagitahu dia dah kawen 7 tahun, tapi takde anak.
Ustaz tanya ada ikhtiar tak?
Orang tu jawab, memacam ikhtiar dah buat, termasuk berdoa di depan Kaabah
(wah.. sangat kena dengan kami, terus tanya myDH, awak pernah jumpa ustaz ni ker? Hehe).
Lepas tu orang tu cakap dia macam dah putus harap. Dia rasa mmg Allah taknak bagi dia zuriat.

Lalu ustaz ceritakan perihal Nabi Musa yang dikepung oleh Firaun.
Berlari bersama sahabatnya hingga ke laut.
Sahabat2 dah rasa putus asa. Rasa mmg habis la kena tangkap dek Firaun.
Tapi, Nabi Musa kata 'kita ada Allah. Jangan takut. Allah akan bantu'
Seterusnya jadi lah cerita laut terbelah dan Nabi Musa dapat lari dari Firaun.

Moral dari kisah Nabi Musa tu adalah jangan putus harap.
Sentiasa sangka baik dengan Allah yang Allah akan bantu kita.
Yakin seyakin yakinnya.
Tak boleh ada sekelumit rasa tak yakin dengan kuasa Allah.

Memang, terkadang memang kita akan ada rasa camtu.
Terkadang rasa macam2 dah buat. Macam2 dah doa. Sampai ke depan Kaabah. Berdoa di Hijr Ismail, berdoa di Raudhah.. Kadang rasa down.
Memang ada rasa begitu.
Tapi, tu lah .. kita manusia biasa dengan kekhilafan kita kan.

Sentiasa beristighfar, mohon Allah ampunkan dosa kita.
Perancangan Allah sentiasa melebihi perancangan manusia.
Perancangan Allah sentiasa terbaik.
Maka, bersangka baik dengan Allah.
Yakin dengan Allah.
Dan teruskan berdoa :)



*Disclaimer : Post/entry ini adalah bukan bermaksud saya sudah TIDAK SABAR dengan ujian Allah. Jadi, harap tidak disalah erti dengan mengatakan saya down dan tak sabar dengan ujian.
Post/entry ini adalah sekadar untuk sharing apa yg saya dengar pagi tadi. Ujian ini pelbagai dan bukan org takde zuriat saja ujian dalam dunia ini. Jadi, tazkirah ini boleh diaplikasi utk pelbagai ujian. Kalau tak sabar, dah lama saya duduk rumah taknak jumpa orang, berserah, tak berusaha. Bukan kah Allah dah janji, dugaan yg diberikan adalah sesuai dengan kemampuan hambaNya.

29 September 2015

AidilAdha 1436H

Udah seminggu rupanya tak update entry.
Berhibernate jap seminggu.
Tak cuti pun raya haji.
Tapi, last minute ambil cuti hari Selasa.
Then dapat MC dari Rabu - Jumaat (kira 2 hari je lah kan. Khamis tu mmg cuti raya haji).


So, how my AidilAdha?
Tak balik kampung. Mak beraya sini since abangcik n famili beraya rumah mertua dia kat Kuang. And mmg turn kami beraya kat PJ. Plus mmg tak buleh nak travel jauh masa tu.

Alhamdulillah. Okay aje beraya sini kan.
Buat rendang kerang, kuah kacang and nasi impit.
Mak ada, mak masak. Menjadi lah kuah kacang tu. If aku yg buat, harus entah hapa jadinya.
Tolong sesket je sbb mmg hari Rabu tu kena bed rest.


Jadi, this year no daging korban.
No balik kampung.
Dan paling best. Takde terperangkap dalam jammed *ikon orang joget joget*

Ambik dari balkoni rumah. Dah dekat tgh malam masa ni.
Malam raya tu (Rabu malam). Highway DUKE.

22 September 2015

Bila Fasha Reply Komen

Fasha mana?
Fasha Sandha la...
Haha. Itu pun jakun nau kan.
Kihkihkih.
Takde la. Memang ada je pun artis yg rajin reply komen2 kita kat IG.
Tapi, kali ni Fasha bukan je balas komen, malah mendoakan lagi.
(mesti ada yg kata, apa lah sangat kalau artis yang doakan, bukan para ustaz dan wali pun.. takpe lah. Up to u lah kan... huhu).

Meh la ai citer cemna tetiba plak Fasha balas komen kt IG. IG dia lah. Bukan lah IG aiols. IG aiols katup. Private n confidential. Gitew.
Kisahnya Fasha ada up gambar dia n husben dia and tulis notes begini :


Kebetulan pun, mmg aku tgh on TTC treatment kan, so macam nak say TQ lah sbb dia memahami kami para TTC'ian ni.
So, aku pun tulis :
"beautiful notes from beautiful person. Thank u Fasha kerana memahami. Being "childless" selama lebih kurang 7 tahun memang mengajar erti kesabaran dan mendekatkan diri dengan Allah. Dan sekarang saya on TTC treatment"

Lebih kurang gitu lah sbb aku pun tak ingat dah. Nak carik balik komen tu dah malas sbb banyak komen dalam gambar tu. Dan ramai jugak lah yang dia reply. 


Sebenarnya bukan lah nak di up kan sangat cerita Fasha Sandha balas komen nih.
Kemaruk benau pula nampaknya kan.
Sebenarnya nak highlight kan, ada yg masih prihatin ngan nasib TTC'ian. Dalam ramai yang menyampah dan asyik kata kita meroyan, ada yg masih memahami.
Terima kasih Fasha.
Dan terima kasih pada semua sahabat yang memahami juga sentiasa menyokong.


Doakan ada rezeki kami kali ini. InsyaAllah.....

21 September 2015

Membeli Ikan Di Tanjung Karang

Amboi.. jauh nau pergi beli ikan.
Haha.
Mesti orang cakap gitu kan, kalau kita cakap kita pergi Tanjung Karang ke Kuala Selangor ke beli ikan .
Ala, sekarang ada Latar. Dekat je pun. Sesambil tu buleh tgk keindahan alam. Dapat la tenang kan fikiran jap. Dari rumah aku ke highway Latar mmg dah dekat. So, takde hal.

Sebenarnya dah lama plan, sekali sekala nak pergi beli ikan dekat Tjg Karang / K. Selangor ni. Tapi tak terbuat. Pastu selalu cam takde masa apa seme. Tapi tu ari tgk Nad MamaZN up gmbr kt IG beli ikan kat K.Selangor terus semangat nak beli ikan kat sana muncul balik. Tapi Nad kata tempat dia beli tu masa weekend je ada. Dia cam pasar tani gitu lah. So, ingat nanti pas raya haji lah  baru dapat pergi.

Masa cuti Hari Malaysia tu pergi lah pasar since mak nak datang beraya sini nanti. Nak beli stok ikan, sotong ke udang ke apa lah kira nya. Pergi pasar Chow Kit.
Sekali tgk.. kebanyakan kedai tutup kau....
Tak pernah la Chow Kit ni tutup kalau pun Public Holiday.
Memang tak banyak kedai menjual. Tak banyak pilihan. Tak syok langsung.
Kami suspect sebab himpunan merah, depa tak meniaga.
So, kami lari ke Tesco plak.
Tgk kat PWTC segerombolan merah dah ada. Dengan berselfie bagai.

Kat Tesco pun ikan tak banyak (memang dah tau, tapi saja pergi sbb nak beli Glo. Heheee)
Dah tu. Mana nak pergi.
Gitau myDH, jom gi K.Selangor nak?
Dia pun cam okay2 ja. Jadi marilah pergi.
Hiks.
Langsung pergi pakai baju gi pasar je.
Track, t-shirt. Lantak kan situ.

Kami pernah singgah pasar Penambang. Tapi, kali ni kami ke Bagan Pasir.
Beli ikan kat jeti2 situ.
Bagan Pasir ni depan sket dari Pasar Penambang and before pekan Tanjung Karang. Kena masuk dalam2 sket. Kalau dah sampai nampak menara tali air ni (ye ke nama dia ini. Hehe), maknanya dah terlepas lah dari tempat orang beli ikan tu.

Tapi kalau dah terlepas ke depan, akan nampak pemandangan yang cantik ni (diambil menggunakan iphone6 - tapi kenapa tak lawa macam iklan kat billboard tu.. aku yg tak pandai adjust ke apa ni.. hahahaha).

Memang ramai orang beli ikan kat sini esp hari minggu. Org dari KL pun ramai datang.
Syok nya.


Ikan and segala udang sotong tu idak la murah bebeno.
Tapi kita nak yg segar tu kan. So, mmg di sini lah. Ikan2 baru naik.
Ada 3 kedai situ. Kedai paling hujung (paling belakang) macam murah, tapi banyak dah habis.
Ni kat kedai hujung. Tinggal sotong katak kecik ni. Sedap ke kalau goreng tepung?

Ikan pari ni dia bagi sebekas ni RM15.
Angkat la semua katanya.
Angkat angkat juga.. tapi masalah cemna nak siang ikan pari ni?
Idak le teman reti wehhhh....
Tapi kalau dapat ni mmg best ni. Buat bakar. Mesti sedap sbb dia kecik2. Lembut je agaknya.


2nd kedai macam banyak, tapi agak pricey but still berbaloi lah dari beli kat KL.
Kedai first (parking je pastu jalan sket akan jumpa kedai ni dulu) sama lebih kurang macam kedai second.

So, aku jalan dulu tetiga kedai ni.
Kedai hujung ni cam best sbb ada jeti terus boleh tgk laut. Ambik gambar memang cantik (sekali lagi, apsal la gambau tak macam kat billboard??? Huh!).
Tapi aku beli kat kedai 2nd.

Memang aku kepingin sotong goreng tepung sebenarnya.
Nak carik kat kedai2 tomyam kat KL ni macam takde yg menarik.
Depa suka kan buat cam ala2 kembung penuh tepung tu. Dah macam cokodok kan. Aku tak minat style tu. Aku minat style kedai Senandung Malam Bagan Lalang. If korang biasa makan sana, tahu la cemana rupa dan rasa sotong goreng tepung dia. 


So, kerana geram aku amik 3 jenis sotong.
2 sotong jenis besar dan satu jenis biasa utk masak sambal tu.
Towkey cina tu siap cakap - goreng sekejap saja..kalau lama jadi macam tayar.
Pastu amik ikan siakap sekor sbb nanti abg aku datang hantar mak, buleh masak siakap stim. Ambik ketam, amik udang. Udang besar. Tapi dia tak bagi pilih. Dia yg cedok kan dari bekas tu.
Pastu ikan mabung. And ikan cencaru.
Total semua RM113.00. 
Dia akan masukkan semua dalam beg plastik ada ais.
Sokay lah kan. Tapi nanti nak beli cold box lah. Tu ari menjejes air dia dan terus keta busuk 2,3 ari. Cisssss.

Balik tu singgah makan soto. Sedap yummeh kuah pecal tu. Lupa dah apa nama kedai ni. Ada tag location kat IG. Malas nak pi tengok balik. Huhu.


Okay lah sini. MyDH pun okay.
Dia kata sebulan sekali atau 2x buleh datang sini beli stok.
Next time nak pergi weekend plak tempat yg Nad pergi tu. Macam best jugak.


SEBELUM
SELEPAS

18 September 2015

Trio Bread Maker Dari Go Shop

Tu dia aih.. tetiba cheq nak ber bread maker....
Haha.
Ini semua Go Shop punya pasal.
Duk tgk Go Shop masa cuti hari Kebangsaan tu.

Pastu cam eh, best ja.
MyDH tanya " nak?"
Wah.. macam nak belanja je ni.
"Kalau nak, beli lah" katanya.
Ku dah macam ter kelip kelip. Ye lah, senang nau ni. Tak mintak pun dah offer.
Rupanya orang tu dapat duit kutu bulan ni.
Hiwhiw.
Orang meng-offer, tudung saji kita tadahkan. Haha.
Tapi, katanya awak bayar dulu, nanti dapat kutu baru dia bayar.
Eh...ai okay ja.
Ini lah new toy ai.. trio bread maker. Hahah.

Tak pernah terpikir pun nak ada Bread Maker (BM orang panggil kan).
Dah bertahun orang lain ada mendalah nih pun kan.
Ku baru nak hegeh2 ada.
Ala, bukan apa pun, aku mmg la takde bakat dalam baking ke buat dough ke apa.
So, tu yang macam takde rasa nak BM nih.

Tapi, bila tgk kat Go Shop tu macam senang je dia buat roti apa semua terus macam nak..nak..nak...
Ha... tu lah kuasa iklan namanya. Sebelum beli tu aku survey gak kat Lazada berapa ringgit mendalah nih. Tgk kat Go Shop lagi murah. So, beli yg Go Shop punya.

(T_____T).

Okay. Tu hari ai try buat dough dulu. Dough donut.
1st time buat jadi hampas. Buang semua menda. Membazir btul. Ada kesilapan teknikal sket.
2nd time buat dah okay.


Okay. Boleh telan la.
Ingat buat donut ball, tapi tetiba jadi donut debab.
Tinggal nak buat sambal ikan bilis, belah tengah dia, masuk sambal, jadi burger Malaysia. Haha.

Senang ja guna BM nih. Cam aku buat dough ni, campak je seme skali. Selalu orang kata buh yg cecair dulu baru buh yg kering (contoh, telur dulu baru tepung apa semua), pastu yis tak boleh letak dgn garam nanti tak naik. Yis kena hidupkan dulu lah apa lah.
Yang ni tak payah.
Masuk je seme. Tepung, yis, garam, gula, air. Tekan je menu apa kita nak. Contoh cam dough - no. 8. Masa dia buat adalah 1jam30minit. No. bukan selama itu dia 'menguli'. Dia uli dalam 27 minit (orang lain aku baca siap kena tekan 2x sbb proses menguli depa hanya 14minit), selebihnya doh tu berehat dalam tu dan naik 2x ganda. Hehe.

Senang la uols.
Next time ai nak buat roti. Nak buat french toast, nak buat wholemeal, nak buat kek pisang, nak buat jem. Hahahahaa.. ye lah sangat tu...

Tapi, org ada cyst tak elok makan yeast.
Eh. Its rhyme. Macam pantun lak.
Roti, dough seme ni pakai yeast. Jadi mmg tak elok pun makan selalu.

p/s : Nak marah jugak lah Go Shop nih. Dalam iklan dia, konon elok je dapat 10% untuk pembelian kedua. Kita ni ingat cam beli sebijik, pembelian kedua tu dapat la 10% kan. So, kita boleh la share ngan sesapa. Dpt murah sket. Aku pun tanya ke kak ipar. Dia pun setuju lah nak beli sebijik BM ni. Dah tu masa call nak order dia kata tak boleh dapat 10% serentak masa beli. Kena beli waktu lain sebab 10% tu dapat dalam tempoh 24 jam selepas order.
Okay takpe lah. Sekali bila aku call nak redeem 10% tu, rupanya bukan semua barang entitle 10% tu. Taik ayam betui lah. Bread maker tak buleh, air purifier tak boleh. Dah semua tak buleh aku tanya dia apa yg boleh. Dah terkemut kemut dia jawab apa tah, mendalah yg cam vacuum kecik org buat vacuum kereta tu. Menda tu nak buat kehapa jadahnya.
Bengap betui lah. Next time tak payah letak 10% tu. Mmg la ko ada tulis tertakluk kepada terma dan syarat, tapi kalau TnC cam taik ayam ni tak payah  bagi 10% tu. Kalau cam lazada ke zalora ke apa seme depa bagi diskaun, mmg ada diskaun, bukan nya certain2 barang je boleh redeem.
Cam lelain website ni, even dia tak bagi semua barang, dia buat cam pembelian atas pembelian. Beli barang harga RM100, RM200 ke atas ke entitle 10%. Gitu lah.
Ini nampak sangat ko nak bagi pada barang2 yang dah tak laku. Barang ada orang nak beli kau tak bagi. Terhapa hapa sangat. Cam lah orang beli hadap sangat diskaun2 tu. Takde diskaun pun orang beli la kalau memang nak beli. Choiiii.....

17 September 2015

PP Bil. 8 Tahun 2015 : Imbuhan Tetap Perumahan

Pekeliling berkaitan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 



Bermula November 2015, ITP paling minimum adalah RM300. No more RM180, RM250. 


Alhamdulillah lah kan. Walau kalau ikut kan tidak lah dapat menampung sewa rumah (bagi gred 41 dan ke bawah tanpa pasangan) apatah lagi kalau bayar duit rumah kan.
At least ada lah kata orang tu. 

Dan utk kump Pelaksana banyak juga naik tu.. dalam RM120. Huhu.
Ehem ehem.. "elaun suri rumah" boleh naik jugak lah kot nya nih. Heheeee.

Okay lah uols.
Rajin rajin kan baca Pekeliling ni kalau nak faham lebih lanjut.

If malas takpe. Pepandai lah HR uols uruskan.
Tahu kang bulan 11 masuk lah dalam slip gaji.

15 September 2015

Movie : Maze Runner Scorch Trial

Last Sunday gi tengok Maze Runner.
Actually, weols tak tgk yg Maze Runner 1 kat wayang dulu.
Tgk kat channel Fox je tu ari yg masa hari kebangsaan tu.



Memang cerita favourite aiols lah citer camni.
Aiols memang suka citer sains fiksyen.
Citer2 macam orang pergi bulan ke, pergi kutub buat research pastu jumpa alien lah apa la, tu mmg aiols minat. Haha.

Sapa tak minat citer sains fiksyen harus kata tak best dan tak suka.

Walau citer macam tak masuk dek akal, tp ai suka.
Tak masuk akal la, tak makan tak minum berhari tapi rilek ja jalan tengah padang pasir.
Pastu kena kilat pun buleh rilek2 sengih lagi si Min Ho bila dah tersedar.
Eh. Masa nak ending (bukan last sbb ada lagi satu trilogy last dia) Min Ho kena tangkap. Aduyai. Ni yang buat tak sabar nak tunggu ni.
Ada gak yg carik box set ni kang.
Aku dah pernah buat perangai camni  masa Hunger Games.
Siap beli online dari MPH. Haha. Tak sesabau nak tahu. Tapi, biasalah dalam movie tak lah se detail macam kat buku. Tapi, kita boleh lah bayangkan apa kita baca tu bila tgk movie.
Oh. Dia ada 4 buku rupanya.




Citer ni lebih kurang Hunger Games gak. Cuma cam HG tu kita tahu apa nak disampaikan.
Yang ni tak pasti pulak aku. Dah kenapa nak tangkap bebudak ni utk immune kan depa.

Utk Scorch Trial ni banyak action dari yang 1st.
Sket2 je macam terperanjat.
Pastu berdebar je rasa. 
Bagi aiols, memang best. 
Sapa yg suka Hunger Games, sapa yg suka 1st trilogy Maze Runner ni pergi lah tgk. Macam ni baru tak rasa bayar memahal tapi citer hampeh. 

Oh Teresa, kenapa la pulak kau berpihak pada Wicked (ha..sbb tu aiols kata nak beli box set, sbb tak sabau nak tahu kenapa Teresa buat camtu).



Kali ni weols tgk kat Jusco AU2.
Tempat baru uols.
Cantik. Suka. Suka.
Mungkin ni pun akan jadi port kami tengok wayang.
Tu ari tgk kat Quill City. Tapi, situ macam susah nak parking kalau lambat.

Selalu tgk kt Wangsa Walk. Ada twin seat. Tapi, situ pun parking hazab jugak kalau tengahari. Menyampah.
AU2 ni mmg tempat weols selalu singgah pun. Setiap minggu harus pergi. Seminggu 2,3 kali pun ada gak. Huhu.

Sapa yg suka citer sains fiksyen, buleh la tgk citer ni. Esp yg mmg follow dari Maze Runner 1st last year. Mesti nak tahu apa next episode nya kan.

Skrg ni org dah viralkan troll ni.
Haha.

14 September 2015

Kejadian Kren Tumbang Di Makkah

Terkejut sungguh bila dapat berita ni. Kejadian petang 11 September 2015.
Tahu bila baca kat porem. Masa tu dalam kul 12 lebih. Biasa lah malam tak kerja esuknya, harus la online sampai 1,2 pagi. Hehe. Pastu duk ghalit baca pasai budak pompuan yang menipu orang tu. Yang ni mmg tak boleh blah lah perangai nya. Ada juga orang camni kan. Ngaku dia yang pegi sana sana. Padahai tu gambaq google. Awat nya entah. Yang ni cheq tak mau lah ulaih. (kau kenapa tetiba nak slang Kedah nihh)

Seriyes terkejut dengan berita. Lagi plak kira kami macam baru je lagi buat umrah.
Sepanjang kat sana masa buat umrah tu ari, tak pernah sedetik pun terfikir yg kren ni boleh jatuh.
Entah lah. Memang tak pernah terlintas.

Nak kata aku ni kurang paranoid, tidak lah jugak. Mengkalo kat sini ni, lalu bawah binaan MRT ke bawah pembinaan DUKE (yang semakin hampeh jadi jalan nak masuk area rumah aku), mmg aku rasa risau je tgk menda2 cam tak kukuh je tu.
Tapi, kat sana, mmg takde rasa pun.
MyDH pun cakap camtu. 
Kawan yg pergi sekali tu ari pun, kata tak terfikir.

Tapi, masa kita kat sana mmg pembinaan tak henti2 di jalankan. Habuk2 tu mmg kira cam biasa la tu. Dengan bunyi mesin2 nya. 
Lepas tu macam hari ni kita tgk ada eskelator nak turun tempat tawaf, tgk2 esuk dah takde. Eh. Mana pegi. Dia dah tutup utk buat binaan kat situ plak. Mmg cepat lah dia buat kerja.
Kren mmg lah banyak amat.
Kalau tgk org ambik gambar Kaabah tu, mmg kren ni la "backdrop" nya.


Kalau nak ke masjid tu mmg aku akan lalu satu tempat yg ditutup utk pembinaan dan dalam tu penuh kren. Berceracak sana sini.
Katanya tahun 2020 baru lah siap sepenuhnya pembesaran masjidil haram ni. Wallahualam.


Mostly kren ni agak jauh. Ada yg dekat, tapi tu lah, macam aku cakap tu - tak pernah la dalam kepala ni terfikir "cemna la kalau kren ni jatuh"
Tapi, tak pernah perasan pulak kren yg ada macam tayar kereta kebal ni.
Ye lah, takde masa kita nak belek2 kren yg melambak tu kan. 

Google.
Rasa macam ada ambik gambar area2 situ jugak.
Ambik gambar masa nak ke toilet. Keluar ikut tempat saie. Area dalam tu adalah area tempat saie.
Mujur juga lah kren tu tak hempap terus area orang buat saie. If not, lagi lah ramai yg kena.


Tak boleh bayang (ada tgk video yg gedebuk menda besar jatuh dan terus terpercik darah serta merta. Nauzubillah...)
Mesti masa tu keadaan jadi kelam kabut. Yang cedera, yg meninggal tu pun mungkin ada yg sebab terpijak, tertolak tolak. Tak boleh bayang sbb kita ni antara jemaah yg 'comel' ja antara ribuan jemaah yg lebih besar. Rasa kat Raudhah tu pun cukup lah. Ini plak kalau dalam keadaan ni. Lebih sedih ada jemaah yg hampir sebaya ngan mak jugak. Itu lagi buat sedih tu. Mesti masa tu kelam kabut apa seme. Oh.. sedihnya.
Apa pun, sesama kita mendoakan kesejahteraan pada yg terlibat.
Pada yg kehilangan anggota keluarga tabah lah. Ada hikmah yg hanya Allah yang tahu. Memang perit, tapi Allah lebih tahu apa terbaik utk kita.

p/s : Tak perlu lah berdebat syahid tak syahid ni. Itu adalah rahsia Allah. Yang pasti mereka meninggal di tempat paling suci dan semasa mengerjakan haji (dan mungkin ada yg masih dalam ihram masa tu).

Selamat Datang Zulhijjah

InsyaAllah pada 15 September kita akan menyambut 1 Zulhijjah.


Disamping itu, jangan lupa untuk berdoa pada hari Arafah.

Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.
At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi ï·º mengamalkan zikir doa berikut:
Keterangan Hadis:

*Doa yang paling utama adalah pada hari Arafah seperti zikir doa di atas yang diajarkan oleh Rasulullah ï·º.
*Wukuf pada hari Arafah dimana kesemua para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah demi mengharapkan pengampunan dan rahmat dari ALLAH سبحانه وتعالى.
*Walaupun kita tidak berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji, kita turut dibolehkan untuk mengemukakan permohonan doa walau di mana pun kita berada.
*Nabi ï·º bersabda; “Haji adalah (wuquf) di Arafah.” Ketika berada di tempat ini pada 9 Zulhijjah hendaklah seseorang itu memperbanyak doa, berzikir, dan membaca Al-Quran.
*Rasulullah ï·º bersabda bermaksud; “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” (Riwayat Tirmizi).
Adapun doa yang dimohonkan bergantung kepada keperluan masing-masing dengan syarat tidak bertentangan syariat, seperti mendoakan buruk untuk orang lain atau berdoa agar diberikan segala yang haram bentuknya.


Berkat bulan Zulhijjah ini, ku mohon urusan ku dipermudahkan.
Amin.....

12 September 2015

Sharing Saturday : Kebesaran Allah





Sedikit advantage pada kami yg TTC adalah kami lebih memahami badan kami. 
Betul tak?
Memahami anatomi kejadian manusia. Ceh. Anatomi halanya. Hehehe.
Video kat atas ni antara beribu video dalam UTube yg boleh kita tengok.
Masa tgk video ni rasa macam Ya Allah, tiada yang lebih hebat melainkan mu Ya Allah.
Hebatnya ciptaan Allah.
Subhanallah.... 


11 September 2015

Yakin Dengan Allah

Hari ni kita share something yang agak menarik.
Full article dari blog ni [link : keranakasihnabi]
Panjang, tapi ada yang boleh dimanfaatkan bersama.
Esp pada rakan seperjuangan :)

****

Dalam Al-Quran nul Kareem, Allah Ta'ala mengisahkan keampuhan dan kekuatan senjata doa yang ramai daripada manusia kurang memberi perhatian – bukan pada doanya, tapi meyakini hebatnya doa. Ramai orang berdoa, tapi tidak ramai yang meyakini kehebatan, keampuhan, kekuatan senjata doa. Mereka lebih bergantung pada benda-benda yang bersifat material untuk menjadi asbab, ‘cause-and-effect’, prasarana, walaupun segala itu adalah penting. Tetapi di dalam Al-Quran nul Kareem, Allah SWT menceritakan tentang seseorang yang sudah putus sebabnya untuk mendapatkan apa yang boleh dihasilkan oleh sebab, yang tidak ada lagi wasilah untuk mendapatkannya melalui wasilah itu, iaitu kisah Nabi Zakaria.

Dalam Al-Quran, surah Mariam, Allah SWT berfirman, supaya kita memahami bukan hanya fadhilah doa tapi kehebatan doa, supaya setiap orang daripada kita kerap berdoa kepada Allah dan meyakini hebatnya doa dan mengambil iktibar daripada kisah Nabi Zakaria.

Nabi Zakaria merupakan salah seorang Nabi yang dipilih untuk membela dan menjaga Siti Mariam. Beliau sudah sekian lama menikah tetapi tidak mendapat zuriat, lalu diambillah Siti Mariam untuk dibela dan dididik, lebih-lebih lagi isteri Nabi Zakaria adalah mempunyai hubungan kerabat dengan Siti Mariam. Isteri Nabi Zakaria adalah adik-beradik kepada ibu Siti Mariam. Adalah perkara yang menggembirakan kepada Nabi Zakaria ketika beliau diberi Siti Mariam untuk dididik.

Dengan berlalunya masa, Siti Mariam pun membesar sehingga dewasa. Nabi Zakaria menyaksikan keajaiban padanya – setiap kali Nabi Zakaria masuk ke tempat beribadatnya Siti Mariam (mihrabnya), Nabi Zakaria mendapati ada hidangan makanan yang istimewa. Keistimewaan makanan itu nampak kerana apa yang terhidang tidak ada di luar. Hidangannya merupakan buah-buahan yang bukan di musimnya, untuk menunjukkan tiada sesiapa pun daripada manusia yang mendatangkannya. Macam mana nak mendatangkan buah yang bukan di musimnya? Allah mendatangkan makanan di musim sejuk sedangkan di luar musim panas, dan sebaliknya sehingga itu menampakkan keajaiban setiap kali Nabi Zakaria masuk ke mihrab Siti Mariam.

Nabi Zakaria bertanya, “Bagaimana kamu mendapatkan rezeki ini Mariam?” Jawabnya, “Ia datang daripada Allah SWT.” Maka, Nabi Zakaria, di situ berdoa. “Tuhanku..” Apa permintaan Nabi Zakaria? Beliau meminta untuk dikurniakan cahayamata, yang beliau sudah sekian lama menikah tapi beliau belum mendapatkan zuriat (surah Mariam, ayat 4):


Tapi dalam doanya, Nabi Zakaria penuh sopan-santun dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tulang saya ini sudah rapuh untuk melakukan sebab untuk mendapatkan zuriat, rambut saya pun sudah putih, tapi saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau.”

Kalimat “saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau” menunjukkan keyakinan yang mutlak mantap kalau apa yang didoakan pasti akan didapatkan. Kebanyakan orang kalau berdoa tapi tidak yakin yang doanya akan dimakbulkan, kebanyakan orang berdoa sekadar formaliti, kebanyakan orang berdoa tidak menghayati atau meresapi kalau doanya pasti dikabulkan!.

Tapi Nabi Zakaria mengatakan, “Saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau”. Katanya, “Wahai Tuhanku, berikan kepadaku daripada sisi Engkau…”. Perkataan daripada ‘sisi Engkau’, yakni beri daripada Engkau, bukan daripada aku, bukan daripada sebab yang diambil, bukan daripada ‘platform’ yang diambil tapi daripada Engkau (Allah), supaya manusia, bilamana berdoa yakin kalau datangnya (kabulnya) doa itu semata-mata dari Allah, walaupun datangnya melalui orang, atau sebab.

Surah Mariam, ayat 5:

Sambungan doa Nabi Zakaria, “..berikan aku waliyya…”. ‘Waliyya’ itu ertinya penolong. Subahanallah. Dalam ayat ini, Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT dan mempelbagaikan bentuk doanya – “Ya Allah aku mohon zurriyat yang baik.”, “Ya Allah berikan aku zurriyah walliyah (zuriat yang menjadi penolong)”. Bermacam-macam bentuk doa menunjukkan banyak dan kerapnya Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, seseorang kalau berdoa, jangan sekali-dua. 

Rasulullah ï·º kalau berdoa kepada Allah SWT, terkadang satu permintaan diulang 3 kali, kerana baginda Rasulullah ï·º bersabda, “Allah itu suka kepada hamba yang mengulang-ulang dalam berdoa kepada-Nya.” Kenapa Nabi Zakaria meminta zuriat? Supaya zuriatnya itu dapat mewarisi dirinya dan keluarganya, dan bukan mewarisi harta/takhta, tetapi mewarisi tugasan menyebarkan dakwah dan menyampaikan ilmu.

Dalam ayat ini (ayat 5 surah Mariyam), Nabi Zakaria menzahirkan kerisauannya tentang kaumnya yang mungkin akan terpesong jika tiada yang menyambung dakwahnya, dan kerana itu, Nabi Zakaria memohon zuriat yang baik yang boleh menjadi waris kepada agama yang telah diwariskan kepada keluarga Nabi Yaakub supaya boleh diteruskan oleh zuriat beliau.
Kalau minta zuriat, minta zuriat yang baik, jangan minta zuriat sahaja, jangan minta zuriat yang ‘handsome’ saja, jangan minta zuriat yang cantik saja, minta zuriat yang BAIK, yang mendatangkan manfaat, yang mendatangkan kebaikan, bukan saja minta zuriat tapi minta zuriat yang baik.

Surah Mariam, ayat 7:

Nabi Zakaria berdoa dalam solatnya, dan Allah SWT hantarkan malaikat Jibril memanggil Nabi Zakaria yang masih dalam solatnya. Katanya seperti yang direkodkan dalam ayat 7, surah Mariam. Berita gembira itu diberi saat dia solat. Apa maknanya? Maksudnya doanya dijawab ‘CASH’. Setelah meminta, terus diberikan Allah SWT ketika dia masih dalam solat lagi dan tidak ditunda setelah dia habis solat. Inilah keampuhan kekuatan senjata doa.

Zuriat yang diberikan, diberikan nama ‘Yahya’, dan tiada orang sebelum itu yang dinamakan dengan nama Yahya. Nabi Yahya ialah buah kepercayaan doa seorang ayah kepada Allah SWT. Allah memberitahu ianya sebagai khabar gembira kerana mendapat zuriat merupakan perkara yang menggembirakan seseorang. Kita pun mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat zuriat. Tapi bukan sekadar sebut “Tahniah ye!” tetapi bacakan doa seperti berikut:

Kalau orang dapat rezeki anak, buat majlis aqiqah dan setiap orang yang datang baca doa seperti ini, 10 orang sudah 10 doa, kalau 100 orang yang dihimpunkan? Doakan – kalau tak tahu bahasa Arab, dalam bahasa Melayu pun boleh.

Yahya ertinya hidup, sementara umurnya tak panjang kerana dibunuh oleh Raja yang zalim. Dibunuhnya beliau menjadikan Nabi Yahya syahid – orang yang syahid tak boleh dikatakan mati, kerana Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 169,

Jadi, syahid itu sesuai dengan namanya ‘Yahya’ kerana dia tetap hidup di sisi Allah SWT sehingga suatu masa yang diizinkan. Apa yang diceritakan tentang Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dalam Al-Quran menunjukkan keampuhan dan kekuatan doa. Jadi, kalau nak berdoa, mesti memenuhi adab berdoa, dan salah satu adab yang penting ialah meyakini keampuhan senjata doa yang boleh mendatangkan kepada kita perkara yang apa-apa sebab atau mana-mana manusia tak boleh mendatangkan, tetapi doa boleh mendatangkannya kerana yang memakbulkan adalah Yang Maha Berkuasa yakni Allah SWT. Dan tidaklah ada orang yang paling banyak berdoa melainkan Nabi Muhammad ï·º, penghulu kepada orang yang berdoa. 

10 September 2015

Festival Kraf Antarabangsa

Jemput datang....

9 September 2015

Doa Dipermudah Segala Urusan


8 September 2015

Minggu Yang Hectic

Minggu ni sebenarnya agak hectic.
Like semua menda garisan mampuih (deadlines) nya adalah dalam minggu ni.
Semak. Semak. (semak tu sebutan semak bagi semak samun. Bukan semak utk semak buku okay).
Last week, hari Jumaat lagi dah semak, serabut perut, kurang oksigen.
Tak buleh nak tolerate. Rasa geram. Waktu lunch hour lari balik rumah. Tenangkan otak jap.
Masuk ofis balik. Rilek2 dan kul 5pm balik. Hujan ya amat lebat plak ptg Jumaat tu.
Hujung minggu terus lupakan apa berlaku.

Masuk balik minggu bekerja kembali hectic.
Rasa macam nak aum aum kan orang ja. 
Pulak tu dgn perubahan hormon PMS lagik.
Phew.
Malas nak sebut stress cos ai sekarang ni kena control stress.
Kena. Have to. Menda tu amat penting dan ada kaitan dengan apa yang sedang dan nak buat ni.

Antara yang buatkan hectic minggu ni.
-Meeting. 2 meeting penting yang mmg ai kena handle. Wuhuu... rasa nak menangis sebab macam kelam kabut. Kenapa suka macam ni ah. Suka sangat cam ah, lusa meting, atau nxt week meeting (next week tu macam lama kan. Tapi, kalau dapat tahu hari Jumaat, metingnya pagi Selasa mggu depannya tu, tak rengsa dibuatnya. Kena plak aku memang la tak suka kerja yang takat 'asbol' ni. Mmg bukan aku. But luckily thanks to my adik-adik yang banyak membantu. Hari Jumaat tu mmg assistant aku on leave, so pembantu dia yang dia take over. And I have to sebut gak nama dia sbb dia buat aku lega. Thanks Syira. Namun, semua adik2 unit aku memang byk membantu. Meh la sebut semua - Mazlan, Ayu, Dila dan juga ex assistant dulu - Nanie.. semua pun banyak membantu ni).

-Dalam pada kalut2 tu, aku ternampak sesuatu yang deadlines nya minggu ni. Yang dah lama aku tunggu tunggu pun. But thanks Allah, entah cemana sedang aku serabut perut tu, di temukannya aku dengan maklumat yang satu ni. Terus happy walau deadlines nya dekat amat dah. Boleh ni. Boleh. Sempat lagi (and now, aku sedang bertungkus lumus untuk sediakan apa yang dikehendaki. Luckily I'm in HR lines, senang nak minta segala maklumat dan dokumen apa semua. Alhamdulillah. Terima kasih Allah)

-Ada function malam Khamis ni. Which kena lah bertugas juga. Tak bertugas pun tak boleh sbb banyak kali dah tolak tak dapat bertugas. Yang ni pun kena join jugak. Tugas di luar bidang hakiki. Ada markah dan aku rasa menda camni kena join gak. Kalau tidak, lagi rasa "bintat" kepala asyik fikir berkisar kerja. Sesekali kena join kekawan selain kawan satu dept jugak.

-Have to call clinic minggu ni. Kena buat appointment.  Ini ada kaitan dengan yang atas sekali tu. Aku risau, takut meeting tu jatuh pada tarikh appointment. But again. Allah Maha Penyayang. Sungguh. Memang sepatutnya date meeting tu lah aku ke klinik. Tapi, Dia dah aturkan yang terbaik. Aku dapat siapkan kerja, dan InsyaAllah dapat hantar dokumen sebelum deadlines, dan function tu pun InsyaAllah buleh hadir dan bertugas. 

-Nak buat donut. Hahahaha. Buleh tak masuk dalam list hectic. Hahah. Takde lah. Yang ni saja je ngengada. Nak buat donut lah. Sbb ai baru dapat "new toy" dan teruja dan terus nak buat donut. Nanti ai ciwikan apakah new toy itu. Hihi.

Okay. Itu saja. Saja nak meluahkan di sini. Hihi.

Ke Matta Fair Kita

Dah jadi salah satu event wajib pergi setiap tahun lak.
Sama macam Pesta Buku.
Setgh orang tak suka pergi. Katanya tak suka lah tempat sesak2. 
Takpe. Memasing lah.

Rasa nya semua  manusia pun tak suka tempat sesak.
Sapa yang suka, kan?
Tapi, sesekali. Takde lah kesah nau. Lagipun pergi mmg ada tujuan. So, takde masalah. Lain lah bertema kan "saja, cuci cuci mata".
Ha, tu mmg tak kuasa lah. Baik duk umah - tido.

Matta Fair 2015. Kali ni pergi dua hari berturut2.
Hari Sabtu. Dan Ahad.
Ha..kau. Kemain. Habis RM16 ke situ ja. Sekali masuk RM4. 2 orang dah RM8. 2 hari pergi RM16 lah jadinya.
Tak pelah. Aiols suka ja.

Perancangannya kali ni nak ke Matta Fair sbb nak carik tiket/trip best ke Holland. 
Untuk bulan Mac atau April next year. Sbb  masa tu musim tulips. Memang berangan habis dah dari awal tahun tu ari. Nak pergi. Nak pergi. Siap buat tabungan dah.
Tapi, tu lah. Berangan je lah. Next year ada misi lain. Settle kan lah misi tu dulu. Dah lama nau tertangguhnya dek non. So, takyah la asyik nak travel jauh jauh. Dekat dekat sudehhhh...

So, tujuan pergi kali ni sbb nak carik utk family trip December nanti. Perancangan sedari awal adalah nak ke Sabah. Tapi kan tu hari dah gempa bumi bagai. Depa pun dah takmo. Sbb kami mmg nak gi area Kundasang. Nyaris2 je tu ari nak beli tiket dah. Siap deal apa seme dah ngan agen kat sana (pergi ramai2 harus kena guna agen, kalau 2 orang kami je, mmg redah saja konsepnya).
So, ai selaku ketua rombongan (lantik sendiri), harus lah kena cari beberapa quotation dan buat suggestion.

1st day tu pergi dah lewat. Dalam kul 2pm camtu.
Pergi sekali ngan DikYani n asben dia.
Sebenarnya sebelum tu kiterang ada attend seminar. 
Tu nenati lah citer. Tak citer kat blog ni pun kot. Blog sebelah. Huhu.

Pergi naik tren ke PWTC. Tinggal keta kat stesen LRT. 
Janji dalam sejam setgh jumpa balik ngan Yani.
Rupanya kami yg terlajak lajak.
Heh!

Memula tgk kat booth Sarawak.
Wah. Cam best tau ada trip Miri + Brunei. Urgh. Kalau takde apa2 harus ai grab. Best.


Pastu tu tgk cruise. Oh. Superstar Libra dah takde. Dah cruise ke China.
Rezeki kami lah dapat naik awal tahun ni dulu. Yang tu pun beli masa Matta Fair lah.
Now, dah cruise lain. Costa apa ntah. Dari Italy. Mahal sket dari Superstar. Plus, Superstar restoran dia ada pengesahan halal. Yang ni entah lah. Bila tanya kat orang yg buat pakej islamic cruise tu katanya depa samak tempat makan tu. Err..apakah? Entah. Ai is tak tanya banyak sbb macam.. err.. takpe lah.

Pastu pergi booth Indonesia - Acheh, Lombok. Acheh pun cam best. Murah. Lombok pun. Bali tak tengok. MyDH mmg tak minat Bali. 

Ini kat booth Ripley's (Genting kot). Seme macam eh, ni orang betul
ke robot? Sbb dia pusing2 macam robot. Cara dia tgk macam orang.

Balik tu bincang2 ngan abang2. Then abang kata depa takmo yg bajet tinggi.
Carik murah2 ja. Domestik. Acheh takmo katanya sbb pergi bulan 12. Dulu tsunami bulan 12. Okay.. wateva. Kalau weols je nih dah on ni. Lombok tu pun best jugak.


So, esuknya (Ahad), kami kena carik lagi destinasi percutian yang lain. Cea.. destinasi halanya. Haha.
Terus tuju tempat yang berkenaan saja.. Ambik beberapa quotation. Pastu carik tempat duduk (mmg ramai je akan melepak kat tepi2 utk diskas, sbb mmg kena beli on dat day jugak kan).
Anta w.apps kat siblings tanya mana nak. Bila dah setuju, proceed ja.
Takyah nak tangguh2 dah.

Ada gold coast baru kat Melaka.
Macam best. Siap ada ombak rindu kata promoter tu.

Then beli gak satu tempat lain. Sbb buleh guna smpai bulan 4 tahun depan.
Itu kalau adik badik lain tak pi, kami je pun no hal. 
Walau dah ada plan nak pergi mana, itu pun dah ambik masa 3 jam duk situ!
Dari kul 11 sampai 2 ptg. Aje nyer giler
Hoih. Lenguh lutuit. Lembik kaki seme ada.
Tapi sempat lagi nyinggah kat Sunway Putra Mall tu. 1st masuk lepas depa refurbish. Wah.. dah lawa yer. Ada kaison bagai. TGV pun ada. Okeh. Nanti nak tgk wayang sini lah.

Ha..ingat senang jadi ketua rombongan che kiah.
Dua tahun lepas dah jadi ketua rombongan family trip ke Terengganu.
Agak failed sbb nak carik homestay tmpt sewa tu sesat melarat macam hapa. Haha.

Pergi masa cuti sekolah ni sebenarnya agak mencabar sbb kami jarang sgt bercuti waktu cuti sekolah biarpun anniversary perkahwinan mmg kompom akan jatuh masa cuti sekolah. Orang ramai.
Biasanya kami akan extend percutian anniversary ke bulan Januari.

Tapi, tahun ni.. percutian anniversary kira sekali lah ngan percutian family.
Sbb mungkin tak la kot pergi bercuti bulan 1.
Dan rasanya mmg takde trip oversea untuk next year or maybe next 2 year.

Next trip - Holland - tahun 2018. Haha. Tak padam lagi angan2 tu. Harusss.. nak tgk tulip..
Atau kot mana tahu, diizinkan Allah - buat umrah sekali lagi. InsyaAllah. Amin... :)

7 September 2015

Jus Avocado

Salah satu juice yang agak sukar nak telan.
Pernah la test beli kat kafe office.
Masa tu org kafe tu orang baru. Pastu dia buat jus avocado.
Pastu cam ramai la orang excited nak beli jus avocado.
Ada yang cakap suka..sedap..bla bla bla.. sebab depa dah biasa minum.
So, ikut la beli. Sbb tahu avocado sgt bagus utk TTC'ian.
Sekali.. herghh.. tak buleh telan lah.
Tapi, telan juga. Sbb mahal kot juice tu.

Now, kena ubah. Lepas baca artikel ni 

Eating avocados and dressing salads with olive oil could help women trying to have a baby through IVF, researchers claim.Foods typically eaten as part of the Mediterranean diet may triple the chances of success for women having the fertility treatment.A study found monounsaturated fat – found in olive oil, sunflower oil, nuts and seeds – was better than any other kind of dietary fat for would-be mothers. Those who ate the highest amounts were 3.4 times more likely to have a child after IVF than those who ate the lowest amounts.

Sebenarnya avocado has great benefits. Bukan untuk TTC saja, malah utk semua orang.

Avocado for pregnancy - One of the biggest health benefits of avocado during pregnancy is that they're packed with folate, which is crucial in the early development of your baby. Low folate levels very early on (sometimes even before you know you're pregnant) are linked to neural tube disorders and spina bifida. If you're considering getting pregnant or have just found out you are, an avocado a day can help keep the neurologist away.
Avocado for TTC  - When you're trying to conceive, you'll do and eat just about anything that could possibly make you more fertile, and because of that, you've probably heard about adding avocados to your diet. One of the big reasons avocados are associated with increased fertility is because of the high levels of folic acid, which can increase fertility for both men and women. The other big reason is because of the monounsaturated fat, which creates a healthier environment for conception than one in which you're introducing trans fats.

Dan utk lain lain, baca sendiri kat sini : 12 proven benefits of avocado



Jadi, kita bikin je lah sendiri jus avocado.
1st time buat, beli sebijik kat jusco. Sebijik pun dah nam ringgit lebih.
Taruk susu fresh (me beli yang dalam chiller, bukan dalam kotak cam dutch lady tu), pastu sedikit susu pekat (sikittt ja sbb nanti lagi rasa berlemak lemak), then ice.
Blend ke semua nya (utk buat juice avocado, me tak guna slow juicer - mmg guna blender supaya takde la terbuang serat dia)
Settle.

Up dengan choc syrup.
Jadik lah seperti ini.
Okay lah sbb sebijik avocado bahagi dua. Tak la terasa ke-avocado-an nya tu. Haha.

Then 2nd time, pergi jusco, tgk ada avocado yang diskaun 50%.
Biasa kan kat jusco dia ada barang basah 50% pada waktu petang. Kadang ayam, ikan, sayur etc etc.
3 biji dapat RM9.60. Harga asal RM19.20
Besar. Tapi agak dah masak lah. Dah kaler gelap pun.
So, balik dari Jusco terus lelaju buat juice. Buat 2 bijik.
Macam tu jugak, guna fresh milk. Tak letak susu pekat. Tapi letak gula merah.
Pastu baru letak choc syrup.
Okay la rasa dia sebab letak gula merah tu. Tapi... sebab buat 2 bijik, dia punya likat tu.. ayoooo... telan gak lah cemna pun. Kata nak ambik khasiat dia kan.


Jadi, mari lah amalkan minum (makan?) avocado yang banyak khasiat ini :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign