Pages

18 September 2015

Trio Bread Maker Dari Go Shop

Tu dia aih.. tetiba cheq nak ber bread maker....
Haha.
Ini semua Go Shop punya pasal.
Duk tgk Go Shop masa cuti hari Kebangsaan tu.

Pastu cam eh, best ja.
MyDH tanya " nak?"
Wah.. macam nak belanja je ni.
"Kalau nak, beli lah" katanya.
Ku dah macam ter kelip kelip. Ye lah, senang nau ni. Tak mintak pun dah offer.
Rupanya orang tu dapat duit kutu bulan ni.
Hiwhiw.
Orang meng-offer, tudung saji kita tadahkan. Haha.
Tapi, katanya awak bayar dulu, nanti dapat kutu baru dia bayar.
Eh...ai okay ja.
Ini lah new toy ai.. trio bread maker. Hahah.

Tak pernah terpikir pun nak ada Bread Maker (BM orang panggil kan).
Dah bertahun orang lain ada mendalah nih pun kan.
Ku baru nak hegeh2 ada.
Ala, bukan apa pun, aku mmg la takde bakat dalam baking ke buat dough ke apa.
So, tu yang macam takde rasa nak BM nih.

Tapi, bila tgk kat Go Shop tu macam senang je dia buat roti apa semua terus macam nak..nak..nak...
Ha... tu lah kuasa iklan namanya. Sebelum beli tu aku survey gak kat Lazada berapa ringgit mendalah nih. Tgk kat Go Shop lagi murah. So, beli yg Go Shop punya.

(T_____T).

Okay. Tu hari ai try buat dough dulu. Dough donut.
1st time buat jadi hampas. Buang semua menda. Membazir btul. Ada kesilapan teknikal sket.
2nd time buat dah okay.


Okay. Boleh telan la.
Ingat buat donut ball, tapi tetiba jadi donut debab.
Tinggal nak buat sambal ikan bilis, belah tengah dia, masuk sambal, jadi burger Malaysia. Haha.

Senang ja guna BM nih. Cam aku buat dough ni, campak je seme skali. Selalu orang kata buh yg cecair dulu baru buh yg kering (contoh, telur dulu baru tepung apa semua), pastu yis tak boleh letak dgn garam nanti tak naik. Yis kena hidupkan dulu lah apa lah.
Yang ni tak payah.
Masuk je seme. Tepung, yis, garam, gula, air. Tekan je menu apa kita nak. Contoh cam dough - no. 8. Masa dia buat adalah 1jam30minit. No. bukan selama itu dia 'menguli'. Dia uli dalam 27 minit (orang lain aku baca siap kena tekan 2x sbb proses menguli depa hanya 14minit), selebihnya doh tu berehat dalam tu dan naik 2x ganda. Hehe.

Senang la uols.
Next time ai nak buat roti. Nak buat french toast, nak buat wholemeal, nak buat kek pisang, nak buat jem. Hahahahaa.. ye lah sangat tu...

Tapi, org ada cyst tak elok makan yeast.
Eh. Its rhyme. Macam pantun lak.
Roti, dough seme ni pakai yeast. Jadi mmg tak elok pun makan selalu.

p/s : Nak marah jugak lah Go Shop nih. Dalam iklan dia, konon elok je dapat 10% untuk pembelian kedua. Kita ni ingat cam beli sebijik, pembelian kedua tu dapat la 10% kan. So, kita boleh la share ngan sesapa. Dpt murah sket. Aku pun tanya ke kak ipar. Dia pun setuju lah nak beli sebijik BM ni. Dah tu masa call nak order dia kata tak boleh dapat 10% serentak masa beli. Kena beli waktu lain sebab 10% tu dapat dalam tempoh 24 jam selepas order.
Okay takpe lah. Sekali bila aku call nak redeem 10% tu, rupanya bukan semua barang entitle 10% tu. Taik ayam betui lah. Bread maker tak buleh, air purifier tak boleh. Dah semua tak buleh aku tanya dia apa yg boleh. Dah terkemut kemut dia jawab apa tah, mendalah yg cam vacuum kecik org buat vacuum kereta tu. Menda tu nak buat kehapa jadahnya.
Bengap betui lah. Next time tak payah letak 10% tu. Mmg la ko ada tulis tertakluk kepada terma dan syarat, tapi kalau TnC cam taik ayam ni tak payah  bagi 10% tu. Kalau cam lazada ke zalora ke apa seme depa bagi diskaun, mmg ada diskaun, bukan nya certain2 barang je boleh redeem.
Cam lelain website ni, even dia tak bagi semua barang, dia buat cam pembelian atas pembelian. Beli barang harga RM100, RM200 ke atas ke entitle 10%. Gitu lah.
Ini nampak sangat ko nak bagi pada barang2 yang dah tak laku. Barang ada orang nak beli kau tak bagi. Terhapa hapa sangat. Cam lah orang beli hadap sangat diskaun2 tu. Takde diskaun pun orang beli la kalau memang nak beli. Choiiii.....

3 juta komen

wah...dah ada geng utk meroti!
(BM i dah lama x pakai nih... heheheh)

kaki go shhop sama ngan mak ida. go shop ni berhantu kekda HAHHAHAA

Sweet Tooth :
Awal2 mmg excited.. ce tggu dan setahun dua nanti


EIDA :
A ah.. takmo tgk 118 tu..nanti ada je nak beli

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign