Pages

14 September 2015

Kejadian Kren Tumbang Di Makkah

Terkejut sungguh bila dapat berita ni. Kejadian petang 11 September 2015.
Tahu bila baca kat porem. Masa tu dalam kul 12 lebih. Biasa lah malam tak kerja esuknya, harus la online sampai 1,2 pagi. Hehe. Pastu duk ghalit baca pasai budak pompuan yang menipu orang tu. Yang ni mmg tak boleh blah lah perangai nya. Ada juga orang camni kan. Ngaku dia yang pegi sana sana. Padahai tu gambaq google. Awat nya entah. Yang ni cheq tak mau lah ulaih. (kau kenapa tetiba nak slang Kedah nihh)

Seriyes terkejut dengan berita. Lagi plak kira kami macam baru je lagi buat umrah.
Sepanjang kat sana masa buat umrah tu ari, tak pernah sedetik pun terfikir yg kren ni boleh jatuh.
Entah lah. Memang tak pernah terlintas.

Nak kata aku ni kurang paranoid, tidak lah jugak. Mengkalo kat sini ni, lalu bawah binaan MRT ke bawah pembinaan DUKE (yang semakin hampeh jadi jalan nak masuk area rumah aku), mmg aku rasa risau je tgk menda2 cam tak kukuh je tu.
Tapi, kat sana, mmg takde rasa pun.
MyDH pun cakap camtu. 
Kawan yg pergi sekali tu ari pun, kata tak terfikir.

Tapi, masa kita kat sana mmg pembinaan tak henti2 di jalankan. Habuk2 tu mmg kira cam biasa la tu. Dengan bunyi mesin2 nya. 
Lepas tu macam hari ni kita tgk ada eskelator nak turun tempat tawaf, tgk2 esuk dah takde. Eh. Mana pegi. Dia dah tutup utk buat binaan kat situ plak. Mmg cepat lah dia buat kerja.
Kren mmg lah banyak amat.
Kalau tgk org ambik gambar Kaabah tu, mmg kren ni la "backdrop" nya.


Kalau nak ke masjid tu mmg aku akan lalu satu tempat yg ditutup utk pembinaan dan dalam tu penuh kren. Berceracak sana sini.
Katanya tahun 2020 baru lah siap sepenuhnya pembesaran masjidil haram ni. Wallahualam.


Mostly kren ni agak jauh. Ada yg dekat, tapi tu lah, macam aku cakap tu - tak pernah la dalam kepala ni terfikir "cemna la kalau kren ni jatuh"
Tapi, tak pernah perasan pulak kren yg ada macam tayar kereta kebal ni.
Ye lah, takde masa kita nak belek2 kren yg melambak tu kan. 

Google.
Rasa macam ada ambik gambar area2 situ jugak.
Ambik gambar masa nak ke toilet. Keluar ikut tempat saie. Area dalam tu adalah area tempat saie.
Mujur juga lah kren tu tak hempap terus area orang buat saie. If not, lagi lah ramai yg kena.


Tak boleh bayang (ada tgk video yg gedebuk menda besar jatuh dan terus terpercik darah serta merta. Nauzubillah...)
Mesti masa tu keadaan jadi kelam kabut. Yang cedera, yg meninggal tu pun mungkin ada yg sebab terpijak, tertolak tolak. Tak boleh bayang sbb kita ni antara jemaah yg 'comel' ja antara ribuan jemaah yg lebih besar. Rasa kat Raudhah tu pun cukup lah. Ini plak kalau dalam keadaan ni. Lebih sedih ada jemaah yg hampir sebaya ngan mak jugak. Itu lagi buat sedih tu. Mesti masa tu kelam kabut apa seme. Oh.. sedihnya.
Apa pun, sesama kita mendoakan kesejahteraan pada yg terlibat.
Pada yg kehilangan anggota keluarga tabah lah. Ada hikmah yg hanya Allah yang tahu. Memang perit, tapi Allah lebih tahu apa terbaik utk kita.

p/s : Tak perlu lah berdebat syahid tak syahid ni. Itu adalah rahsia Allah. Yang pasti mereka meninggal di tempat paling suci dan semasa mengerjakan haji (dan mungkin ada yg masih dalam ihram masa tu).

5 juta komen

Setuju dgn pendapat kekda nih....
masa kat sana... mmg tak terfikir pun ttg bahaya semua tu
ini semua ketentuan Allah...
beruntungnya jika ada yang meninggal dalam keadaan ihram
dan beruntung juga mereka yang meninggal di sana...
mmg boleh bayangkan betapa kita nih kecil je
dari kalangan mereka2 yg dtg dari negara lain tu...
Al-fatihah untuk mereka yang kembali kepadaNya...

tu la ida tadi ada member story gak..dia abru balik umrah..tak terpikir kren akan jatuh..lg pulak cuaca sana mmg jarang ribut, hujan...kata dia kete pun takde wiper...Wallahualam ..Allah mengetahui semuanya

Alia :
Kan..rata rata yg ke sana sure akan cakap tak terfikir langsung kren tu jatuh. Ada orang yg sebuk2 kata tak selamat la apa la, padahal dia pun tak pernah pergi. Mungkin aura tempat suci yg dilindungi Allah kan.
Tapi, apa terjadi pun ada hikmahnya. Ada benda Allah nak tunjuk, mungkin...

MIMY :
Tu lah Mimy.. mmg tak penah terfikir. Kami pergi dulu musim sejuk nak ke musim panas.. mmg lagi la tak terfikir langsung pasal hujan ke apa ke..

kak...nak tnye...akak ade mention pasal perempuan menipu tu kak...ade link dia tak?

BUNGA LILY :
Link takde.. tapi bule tgk blog2 gosip yg buat entry pasal ni..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign