Pages

Showing posts with label go shop. Show all posts
Showing posts with label go shop. Show all posts

23 May 2019

Beli Periuk Go Shop

No No No.. 
Bukan periuk CT Nurhaliza tu.
Periuk Shogun tu ja.
Bukan ada plan pun nak beli.
Tapi, sbb ter tekan cenel Go Shop.
Tgh cef wan tgh bebel2 memasak dgn Shogun tu, terus macam nak beli.
Hadoi. Pengaruh betul.
Sbb tu tak bleh tgk Go Shop ni.

Tp, ada juga faktor lain. Sbb nak guna periuk baru utk dapur (elektrik) baru.
Ha. Ni pun blum cerita eh. 
Induction cooker rumah kiterang dah rosak.
After 6 yrs, rosak. 
Bila hantar baiki, kedai kata (kena hantar kat kedai dia semula, bkn bleh hantar tmpt lain) motherboard rosak and cost dia - baik - beli - baru.
So, sbb masa tu dah nak puasa, and mak nak masak masa bulan puasa, have to lah beli baru. Kebetulan ada expo kat PWTC masa tu, terus la order sebijik.
Brand lain. Tapi function sama. Ada induction, ada ceramic.
Lps tu dapat sebijik air fryer percuma bila beli dapur ni.
Air fryer ni nanti kita citer lain. Belum guna pun lagi. Nati mak Rizq nak guna utk buat biskut raya. Hehe.

Okay back tu Shogun.
Nak beli sbb buleh guna dgn ceramic cooker.
Induction cannot utk periuk jenis granite nih.
So, beli lah yg 5 beradik ni.
Murah kat Go Shop ni.
Sbb tu beli tanpa ragu2.
Pulak tu berdesup sampai. Tu hari beli vacuum komain lama nak sampai.
Ni order hari Jumaat, Isnin sampai.
Isnin tu pulak kiterang cuti. Udah la tak bayar lagi. Nasib officemate ada cash bayarkan dulu. Haish.
Best lah.
Tak melekat, nak cuci senang je.
Kadang macam tatau eh, dah cuci belum ni pan ni.
Takat ni baru guna hok pan leper tu je.
Pagi tadi buat siakap ala ala stim utk dak Rizq.
Eh. Cepat masak dia.
Penutup periuk tu buleh guna utk pan.
Tambah masak guna ceramic cooker tu, bila dah turn off pun still masakan tu panas. So, kena pandai control. Kalau masa goreng2, jangan sampai terhangus.
Periuk2 ni tak boleh guna utk dapur gas.
Sayang!
Haha.

Oleh kerana dtg 5 beradik ni, makanya ada lah yg kena keluar. Sbb orang minimalis, ada masuk, kena ada yg keluar.
Periuk2 lama yg dah patah handle, yg dah terbako telinga nya, kena lah keluar.
Itu semua beli kt ikea je.
Pi juai kat recycle centre. Dapat la 2,3 kupang. Jadik lah.

Okay, nanti kita citer gajet air fryer pulak :D

18 September 2015

Trio Bread Maker Dari Go Shop

Tu dia aih.. tetiba cheq nak ber bread maker....
Haha.
Ini semua Go Shop punya pasal.
Duk tgk Go Shop masa cuti hari Kebangsaan tu.

Pastu cam eh, best ja.
MyDH tanya " nak?"
Wah.. macam nak belanja je ni.
"Kalau nak, beli lah" katanya.
Ku dah macam ter kelip kelip. Ye lah, senang nau ni. Tak mintak pun dah offer.
Rupanya orang tu dapat duit kutu bulan ni.
Hiwhiw.
Orang meng-offer, tudung saji kita tadahkan. Haha.
Tapi, katanya awak bayar dulu, nanti dapat kutu baru dia bayar.
Eh...ai okay ja.
Ini lah new toy ai.. trio bread maker. Hahah.

Tak pernah terpikir pun nak ada Bread Maker (BM orang panggil kan).
Dah bertahun orang lain ada mendalah nih pun kan.
Ku baru nak hegeh2 ada.
Ala, bukan apa pun, aku mmg la takde bakat dalam baking ke buat dough ke apa.
So, tu yang macam takde rasa nak BM nih.

Tapi, bila tgk kat Go Shop tu macam senang je dia buat roti apa semua terus macam nak..nak..nak...
Ha... tu lah kuasa iklan namanya. Sebelum beli tu aku survey gak kat Lazada berapa ringgit mendalah nih. Tgk kat Go Shop lagi murah. So, beli yg Go Shop punya.

(T_____T).

Okay. Tu hari ai try buat dough dulu. Dough donut.
1st time buat jadi hampas. Buang semua menda. Membazir btul. Ada kesilapan teknikal sket.
2nd time buat dah okay.


Okay. Boleh telan la.
Ingat buat donut ball, tapi tetiba jadi donut debab.
Tinggal nak buat sambal ikan bilis, belah tengah dia, masuk sambal, jadi burger Malaysia. Haha.

Senang ja guna BM nih. Cam aku buat dough ni, campak je seme skali. Selalu orang kata buh yg cecair dulu baru buh yg kering (contoh, telur dulu baru tepung apa semua), pastu yis tak boleh letak dgn garam nanti tak naik. Yis kena hidupkan dulu lah apa lah.
Yang ni tak payah.
Masuk je seme. Tepung, yis, garam, gula, air. Tekan je menu apa kita nak. Contoh cam dough - no. 8. Masa dia buat adalah 1jam30minit. No. bukan selama itu dia 'menguli'. Dia uli dalam 27 minit (orang lain aku baca siap kena tekan 2x sbb proses menguli depa hanya 14minit), selebihnya doh tu berehat dalam tu dan naik 2x ganda. Hehe.

Senang la uols.
Next time ai nak buat roti. Nak buat french toast, nak buat wholemeal, nak buat kek pisang, nak buat jem. Hahahahaa.. ye lah sangat tu...

Tapi, org ada cyst tak elok makan yeast.
Eh. Its rhyme. Macam pantun lak.
Roti, dough seme ni pakai yeast. Jadi mmg tak elok pun makan selalu.

p/s : Nak marah jugak lah Go Shop nih. Dalam iklan dia, konon elok je dapat 10% untuk pembelian kedua. Kita ni ingat cam beli sebijik, pembelian kedua tu dapat la 10% kan. So, kita boleh la share ngan sesapa. Dpt murah sket. Aku pun tanya ke kak ipar. Dia pun setuju lah nak beli sebijik BM ni. Dah tu masa call nak order dia kata tak boleh dapat 10% serentak masa beli. Kena beli waktu lain sebab 10% tu dapat dalam tempoh 24 jam selepas order.
Okay takpe lah. Sekali bila aku call nak redeem 10% tu, rupanya bukan semua barang entitle 10% tu. Taik ayam betui lah. Bread maker tak buleh, air purifier tak boleh. Dah semua tak buleh aku tanya dia apa yg boleh. Dah terkemut kemut dia jawab apa tah, mendalah yg cam vacuum kecik org buat vacuum kereta tu. Menda tu nak buat kehapa jadahnya.
Bengap betui lah. Next time tak payah letak 10% tu. Mmg la ko ada tulis tertakluk kepada terma dan syarat, tapi kalau TnC cam taik ayam ni tak payah  bagi 10% tu. Kalau cam lazada ke zalora ke apa seme depa bagi diskaun, mmg ada diskaun, bukan nya certain2 barang je boleh redeem.
Cam lelain website ni, even dia tak bagi semua barang, dia buat cam pembelian atas pembelian. Beli barang harga RM100, RM200 ke atas ke entitle 10%. Gitu lah.
Ini nampak sangat ko nak bagi pada barang2 yang dah tak laku. Barang ada orang nak beli kau tak bagi. Terhapa hapa sangat. Cam lah orang beli hadap sangat diskaun2 tu. Takde diskaun pun orang beli la kalau memang nak beli. Choiiii.....

24 November 2014

Beli Barang Dari Go Shop Astro

2 kotak sampai ke ofis ha....

Hiwhiwhiw.
Bukan aku punya lah.
Ni abang n akak ipar aku punya.
Kalau hantar ke kampung, renyah sbb cam lambat apa semua.
So, depa guna alamat ofis kiterang je.

Ala, takde lah yang sampai tu macam  iklan yg Jimmy Shanley jadi orang courier pakai baju Go Shop tu. Orang G-Dex je yang hantar pun. Gimmick sgt kan. Hehe.

Actually kan, aku pun terpengaruh jugak bila tgk barang depa promo kat Go Shop nih.
Ni ala ala cam SmartShop masa kita dedulu tu.
Yang satu menda tu berulang ulang di tunjuknya.
Tapi .... smartshop tu macam tak berapa nak terpengaruh sgt.
Sbb mungkin omputih punya kan.
Yang ni sbb mmg orang melayu, pastu dia buat demo tu mmg macam wah.. best nya. Gitu.

Akak aku beli 2 barang, abang aku beli satu barang (kredit gambar : Web Go Shop)
Chooper Set
Chefline Frying Pan
Magic Saw

Chopper tu macam aku punya yg tupperware tu. Tp yg ni lagi besar. Frying pan tu aku rasa mmg baloi beli. Tapi, ngenangkan rumah aku yg sekangkang kucing ni dah penuh, mmg tak buleh nak beli lagi dah la. 
Magic Saw tu abang aku punya. Entah apa nak di "saw" je aku tak tahu. Huhu.

Tempoh penghantaran?
Depends on stock kot.
Akak aku order Jumaat (14hb), kalau tak silap, pastu dia kata orang tu datang hantar Jumaat.

Tup2, Selasa (18hb) dah sampai.
Cara bayaran - boleh COD macam Lazada gak la.
Alah, pendek kata, kurang lebih, macam Lazada apa semua tu lah.

Aku sebenarnya pun tertarik ngan satu menda nih.
Sbb memang macam eh, bagus nya..
Kalau tgk kat iklan dia promo tu mmg la tertarik.
Tutup air tak tumpah la apa la.
Dan aku dah order pun. Hiwhiwhiw. Order hari Jumaat, dalam Rabu Khamis sampai katanya.
Kalau korang call, orang operator tu cakap macam sistem pulak. Ikut buku betul. Hihi. Lawak pulak. Lepas tu kalau 1st time caller dia amik detail apa kita semua. Pastu nanti tanya " warna kegemaran?", "sukan kegemaran?". Bila citer kat myDH dia kata "eh, apa kena mengena nak order barang pun nak tahu warna kegemaran apa semua". Haha.

Memacam jugak ada. Buleh tgk kat web Go Shop. Pastu kalau bosan2 tak tau nak tgk apa kat TV, tekan je 118. Ada le memacam promo barang dia.
Tgk kat web tudung Jelitasara pun ada. Tp, aku lum pernah lagi tgk promo tu kat tv. Huhu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign