Pages

8 September 2015

Ke Matta Fair Kita

Dah jadi salah satu event wajib pergi setiap tahun lak.
Sama macam Pesta Buku.
Setgh orang tak suka pergi. Katanya tak suka lah tempat sesak2. 
Takpe. Memasing lah.

Rasa nya semua  manusia pun tak suka tempat sesak.
Sapa yang suka, kan?
Tapi, sesekali. Takde lah kesah nau. Lagipun pergi mmg ada tujuan. So, takde masalah. Lain lah bertema kan "saja, cuci cuci mata".
Ha, tu mmg tak kuasa lah. Baik duk umah - tido.

Matta Fair 2015. Kali ni pergi dua hari berturut2.
Hari Sabtu. Dan Ahad.
Ha..kau. Kemain. Habis RM16 ke situ ja. Sekali masuk RM4. 2 orang dah RM8. 2 hari pergi RM16 lah jadinya.
Tak pelah. Aiols suka ja.

Perancangannya kali ni nak ke Matta Fair sbb nak carik tiket/trip best ke Holland. 
Untuk bulan Mac atau April next year. Sbb  masa tu musim tulips. Memang berangan habis dah dari awal tahun tu ari. Nak pergi. Nak pergi. Siap buat tabungan dah.
Tapi, tu lah. Berangan je lah. Next year ada misi lain. Settle kan lah misi tu dulu. Dah lama nau tertangguhnya dek non. So, takyah la asyik nak travel jauh jauh. Dekat dekat sudehhhh...

So, tujuan pergi kali ni sbb nak carik utk family trip December nanti. Perancangan sedari awal adalah nak ke Sabah. Tapi kan tu hari dah gempa bumi bagai. Depa pun dah takmo. Sbb kami mmg nak gi area Kundasang. Nyaris2 je tu ari nak beli tiket dah. Siap deal apa seme dah ngan agen kat sana (pergi ramai2 harus kena guna agen, kalau 2 orang kami je, mmg redah saja konsepnya).
So, ai selaku ketua rombongan (lantik sendiri), harus lah kena cari beberapa quotation dan buat suggestion.

1st day tu pergi dah lewat. Dalam kul 2pm camtu.
Pergi sekali ngan DikYani n asben dia.
Sebenarnya sebelum tu kiterang ada attend seminar. 
Tu nenati lah citer. Tak citer kat blog ni pun kot. Blog sebelah. Huhu.

Pergi naik tren ke PWTC. Tinggal keta kat stesen LRT. 
Janji dalam sejam setgh jumpa balik ngan Yani.
Rupanya kami yg terlajak lajak.
Heh!

Memula tgk kat booth Sarawak.
Wah. Cam best tau ada trip Miri + Brunei. Urgh. Kalau takde apa2 harus ai grab. Best.


Pastu tu tgk cruise. Oh. Superstar Libra dah takde. Dah cruise ke China.
Rezeki kami lah dapat naik awal tahun ni dulu. Yang tu pun beli masa Matta Fair lah.
Now, dah cruise lain. Costa apa ntah. Dari Italy. Mahal sket dari Superstar. Plus, Superstar restoran dia ada pengesahan halal. Yang ni entah lah. Bila tanya kat orang yg buat pakej islamic cruise tu katanya depa samak tempat makan tu. Err..apakah? Entah. Ai is tak tanya banyak sbb macam.. err.. takpe lah.

Pastu pergi booth Indonesia - Acheh, Lombok. Acheh pun cam best. Murah. Lombok pun. Bali tak tengok. MyDH mmg tak minat Bali. 

Ini kat booth Ripley's (Genting kot). Seme macam eh, ni orang betul
ke robot? Sbb dia pusing2 macam robot. Cara dia tgk macam orang.

Balik tu bincang2 ngan abang2. Then abang kata depa takmo yg bajet tinggi.
Carik murah2 ja. Domestik. Acheh takmo katanya sbb pergi bulan 12. Dulu tsunami bulan 12. Okay.. wateva. Kalau weols je nih dah on ni. Lombok tu pun best jugak.


So, esuknya (Ahad), kami kena carik lagi destinasi percutian yang lain. Cea.. destinasi halanya. Haha.
Terus tuju tempat yang berkenaan saja.. Ambik beberapa quotation. Pastu carik tempat duduk (mmg ramai je akan melepak kat tepi2 utk diskas, sbb mmg kena beli on dat day jugak kan).
Anta w.apps kat siblings tanya mana nak. Bila dah setuju, proceed ja.
Takyah nak tangguh2 dah.

Ada gold coast baru kat Melaka.
Macam best. Siap ada ombak rindu kata promoter tu.

Then beli gak satu tempat lain. Sbb buleh guna smpai bulan 4 tahun depan.
Itu kalau adik badik lain tak pi, kami je pun no hal. 
Walau dah ada plan nak pergi mana, itu pun dah ambik masa 3 jam duk situ!
Dari kul 11 sampai 2 ptg. Aje nyer giler
Hoih. Lenguh lutuit. Lembik kaki seme ada.
Tapi sempat lagi nyinggah kat Sunway Putra Mall tu. 1st masuk lepas depa refurbish. Wah.. dah lawa yer. Ada kaison bagai. TGV pun ada. Okeh. Nanti nak tgk wayang sini lah.

Ha..ingat senang jadi ketua rombongan che kiah.
Dua tahun lepas dah jadi ketua rombongan family trip ke Terengganu.
Agak failed sbb nak carik homestay tmpt sewa tu sesat melarat macam hapa. Haha.

Pergi masa cuti sekolah ni sebenarnya agak mencabar sbb kami jarang sgt bercuti waktu cuti sekolah biarpun anniversary perkahwinan mmg kompom akan jatuh masa cuti sekolah. Orang ramai.
Biasanya kami akan extend percutian anniversary ke bulan Januari.

Tapi, tahun ni.. percutian anniversary kira sekali lah ngan percutian family.
Sbb mungkin tak la kot pergi bercuti bulan 1.
Dan rasanya mmg takde trip oversea untuk next year or maybe next 2 year.

Next trip - Holland - tahun 2018. Haha. Tak padam lagi angan2 tu. Harusss.. nak tgk tulip..
Atau kot mana tahu, diizinkan Allah - buat umrah sekali lagi. InsyaAllah. Amin... :)

3 juta komen

Pegi Holland nak ikut!!

holland pun dalam bucket list kita hihi
Aishah

MYA :
JOmmm...

AISHAH AMIN :
Jom kita sesama buat list dalam baldi utk ke Holland. Hikss :D

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign