Pages

2 September 2015

Melawat Orang Sakit

Pagi tadi melawat orang sakit kejap.
3 tempat.
Memula ke Kajang. Kemudian ke Ampang. Dan akhir ke Kg Baru.
Di Kajang - melawat officemate bhgn IT.
Buku lali tercedera. Masuk besi. Jatuh semasa di kedai.
Mula mula dia tak perasan cedera. Ingat bengkak biasa.
Bila scan baru tahu, ada kecederaan.
Makanya terus admit, dan minor operation masuk besi.

Di Ampang. Hospital Ampang.
Melawat isteri kepada pemandu di office.
ICU. Dah 3 hari koma.

Rasa sedih tengok keadaan pesakit yang koma sebegitu.
Moga mereka sekeluarga diberi ketabahan.
Malam sebelumnya, abang tu dah call myDH bertanya kan air zam zam yang kami bawa balik dari Umrah dulu. 
Alhamdulillah, masih ada rezeki utk abang tu nak bagi isteri dia.
Kita permudahkan urusan orang, InsyaAllah Allah akan bantu permudahkan urusan kita pula.

Seterusnya dari Ampang ke Kg Baru.
Pusat rawatan Islam Kg Baru.
Mak kepada office mate jatuh bilik air.
Mungkin akan di operate juga. Buat masa ni tak dpt buat sbb ada jangkitan kuman pada paru paru.

2.1 Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  supaya  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."                                                                                        (Riwayat Bukhari)  kredit : islam.gov.my


Sebenarnya, kebelakangan ni office kami asyik menerima berita yang tak berapa baik.
Dimulakan masa akhir Syawal (bulan lepas).
Kematian salah sorang staff. Mengejut. Lelaki. Umur masih muda. 46 tahun. Meninggalkan dua anak masih kecil.
Pada hari yang sama, staff di cawangan Kelantan juga meninggal. Memang dah sakit di hospital.
Tak lama pula staff cawangan Sabah.
Pada masa berita2 ni sampai, dua orang pegawai juga dimasukkan ke wad.
Seorang masalah jantung dan keluar wad.
Seorang lagi dah buat pembedahan di kepala. Ada darah beku. Masih di wad.

Dan kemudiannya, orang2 yang kami lawat ni lah.
Eh. Sebenar ada 2,3 orang lagi yang masuk wad juga lah.

Kita doakan lah semua mereka ini cepat sembuh.
Dipermudahkan urusan.
Dan Al-Fatihah kepada yang telah meninggal dunia.
Dan ahli keluarga mereka tabah.

Sesungguhnya itu juga ujian dari Allah, tanda Allah sayangkan kita.


4 juta komen

tgk org sakit memang bagus...peringatan utk kita yg sihat tu sementara ja...

ST :
Tu lah... kadang tu terleka smpai macam tak sempat nak pergi ziarah..

Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua....
dan semoga Allah memberi kesembuhan kepada mereka...aminn

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign