Pages

4 September 2015

Tazkirah Jumaat : Syukur

Minggu lepas ada tazkirah Jumaat di office.
Ustaz jemputan adalah ustaz Zul Ramli.
Glamer kan ustaz ni. Penulis buku U Turn Ke Jalan Lurus (err.. ai blum baca buku ni ekceli. Huhu. Pasni nak carik lah).

Selalu gak lah kami panggil ustaz ni untuk tazkirah.
Tapi, skrg macam dah lama tak panggil.

Tazkirah kali ni berkisarkan pada konsep bersyukur. Bersyukur agar kita dapat berubah menjadi insan yang terbaik.
Bila kita bersyukur, hidup kita akan lebih tenang. Bila kita tenang, kita akan jadi terbaik.
Namun, jangan sesekali kita rasa diri kita lebih baik dari orang lain.
Bila tgk orang muda, rasa orang tu lebih baik sbb dia belum buat banyak dosa. Masih muda.
Bila tgk orang tua, rasa orang tu lebih baik sbb banyak dah dia buat amalan baik.
Bila tgk orang jahil pun rasa dia lebih baik sbb dia jahil sbb dia tahu. Kita ni dah tahu, pun masih buat lagi.

Pastu tugas syaitan ni memang untuk menggangu manusia.
Supaya kita timbul rasa riak, supaya tidak mudah bersyukur.
Ni pagi2 bangun pun tak syukur pada Allah kata ustaz.

Pastu ustaz kata waktu dhuha adalah waktu paling elok amalkan tasbih.
(bukan spesifik lps kita solat dhuha, tapi antara lepas waktu fajr hingga sebelum Zohor tu).
Tasbihnya :



Baca lah ketiga-tiga ayat ni.
Seeloknya 100kali sehari dalam waktu dhuha tu.
Sambil bebuat kerja pun buleh baca.
Kalau stress, rasa tertekan, cuba ulang2 baca ayat2 ni kata ustaz.

Nak ending, ustaz ceritakan satu kesah.

Katanya pasal jiran dia.
Tapi, cerita ni sama sebijik macam drama yang pernah tayang kat Astro.
Aku rasa aku pernah buat review drama tu.
Tapi, bukan kt blog sini.
Aku ingat pelakonnya Ogy Ahmad Daud, anak dia Mia Sara.

Bila google tajuk dia - Berpaling Dari Jannah mu.

Ustaz citer macam citer tu lah.
Pastu semua pun rasa sedih.
Sebab dalam cerita tu kan, kisah seorang wanita yang dah lama kawen, tapi tak de anak. Selepas 10 tahun, akhirnya dapat anak. Perempuan. Tapi wanita ni jenis suka mengemas rumah dan ada sedikit sikap OCD. Jadi, dia macam rimas anak dia suka buat sepah.

Dan akhirnya dia doa pada Allah, dia nak anak, tapi bukan macam yang ini. Yang suka buat sepah, sedangkan dia suka mengemas.
Last last anak dia eksiden lps dia marah2 anak dia. Anak dia meninggal. Dia terus dirundung rasa bersalah.

Ustaz ni pun cerita lebih kurang lah.
Tapi, ustaz ni punya cerita, anak tu anak lelaki.
Meruntun hati dibuatnya.
Semua para wanita kat dalam dewan dah sok sek sok sek kesat air mata. 
Termasuk lah me, myself. Kisah pulak pasal orang takde anak.

Ustaz kata orang tak bersyukur. Sbb sebelum ada, nak sangat. Bila dah ada, pertikaikan pulak.
Sedihnya.
Moga aku dan sahabat2 yang sedang TTC'ian tidak terkhilaf dan alpa bila dah dikurniakan anak satu hari nanti.
Syukurilah apa yang ada. Jangan menyesal bila sesuatu dah takde depan mata.

9 juta komen

Amin... syukur dgn apa yg ada, InshaAllah itu yg terbaik buat masa ni...

Suka dengan Ustaz Zul Ramli, sebab beliau tak perlu menyanyi atau buat lawak bodoh untuk berdakwah.

Erm sedih pula baca kisah tu, sebab saya pun jenis kuat mengemas..

KekDa, sama la kita....Yani pun tgh cari nak beli buku Ustaz Zul ramli tu. FYI, sekarang Galeri Ilmu tengah buat jualan penghabisan stok kat Kota Damansara (Isnin-Jumaat), Yani ada ternampak buku tu dijual dengan harga RM5 je...serius murah!! Ingat nak gi beli esok tapi dia kata tak buka hari hujung minggu...aduhai!!

Terkesan dengan cerita yang KekDa ceritakan tu....kadang Yani risau juga, kalau diberikan rezeki zuriat suatu hari nanti dan turn out tak seperti yang Yani dan suami impikan, Yani takut Yani pun jadi orang yang tak bersyukur.....aduhaii....

ni aku ada tgk kwn aku ni bru dpt anak no.4 ke 5 xingt..tp dok laa suka bebeno up kat fb ala berungut anak dia suka nages dr mlm smpai pagi..kdg2 nk jee aku tulis sila jgn aa up mcm ni kt fb..dh bunyik mcm ko xbersyukur dikurniakan anak LAGI..kalo xmo, sila aa pakai protection! sakit ati aku yg bertahun2 cuba nk dpt ni baca.. tu blom dia dok berungut hal sakit sana sini laa sb peknen tua..n im same age as her! ciss!!

Harap kita lebih menghargai dan mensyukuri anugerah Ilahi...
Seronok jugak kalau sesekali berada dalam majlis Ilmu ni kan
semoga ianya bermanfaat utk kita semua... tq kekda =))

saya tengok cerita tu. memang terkesan kat jiwa ni.. seronoknya selalu ada tazkirah kat office. nak harapkan diri sendiri dengar tazkirah, aduhai.. dan terima kasih atas tips untuk dhuha tu. insyaaAllah boleh amalkan.

ST :
Allah tahu apa terbaik utk kita.. kan??

BnC :
Kan..ustaz Zul Ramli best.. ada juga lawak diselitkan..
Harap kita nanti tak terkhilaf bila dah dpt apa kita tunggu selama ini.

YANI :
Sesama kita berdoa..moga kita tak terkhilaf nanti..

CHE SUE :
Pregnant tua tu, sampai la ni aku ada terasa dengan seseorang walau dia tak tuju kat aku.. hurmm...

ALIA :
Memang kerap juga kat ofis ni buat tazkirah hari Jumaat. Bersekali bacaan Yasin dan Tahlil. Tp kadang busy tak dpt nak join.


AZURA :
InsyaAllah..sesama kita amalkan :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign